ANDA SEDANG MEMBACA

14

Analisis : Liverpool Vs Sunderland (Liverpool Power Dengan Tiba-Tiba)

Lockomotive Mokhsva Khamis, Januari 03, 2013




                                 Fantastic Captain, Berkaliber, Power, dan Ayah Penyayang..


Jangan bajet terkejut…Yang tengah makan cekedis, teruskan makan..Yang pegang tangan dengan makwe, teruskan bercumbuan di taman..Ya, semalam Liverpool menang ke atas Sunderland 3-0 di Anfield. Kemenangan tahun baru yang bermakna untuk Liverpool menangkis semua kutukan-kutukan pedas dan penyokong yang jeles dan mengembalikan ‘power’ yang dulu pernah dikecapi. Pagi tadi, ramai penyokong Liverpool gembira kemain atas kemenangan ini walhal rasanya berapa kerat saja yang menonton perlawanan tersebut. Yang tak true sangat Reds di dadanya tu mesti sedang asyik berasmara dalam mimpi sampai terlepas subuh..Ceh.

Semalam, Liverpool turun dengan formasi 4-3-3(Pepe Reina, Andre Wisdom, Daniel Agger, Glen Johnson, Martin Skrtel, Steven Gerrard, Lucas, Jordan Henderson; Stewart Downing, Raheem Sterling, Luis Suarez) manakala Sunderland pula turun dengan formasi 4-2-3-1(Simon Mignolet; Craig Gardner, Carlos Cuellar, Matthew Kilgallon, Danny Rose; Jack Colback, Sebastian Larsson; Adam Johnson, Stephane Sessegnon James McClean; Steven Fletcher).

Bagi team power macam Liverpool, formasi seperti ini adalah perkara biasa. Cumanya, aku tidak berapa setuju dengan tindakan Rodgers meletakkan Andre Wisdom bermain di sebelah kanan kerana Wisdom berhadapan dengan Sebastian Larsson yang kita tahu kelicikannya 30 kali ganda lebih baik jika dibandingkan dengan Fakri Saarani. Berkenaan back four Liverpool, kelihatan tidak ada masalah kecuali silly mistake yang selalu dilakukan oleh Agger yang selalu memberikan sepakan percuma kepada pihak lawan. Dan perkara inilah yang selalu dibuat oleh Aidil Zaquan yang tak reti-reti main slow-slow bila depan gawang.

Liverpool melancarkan serangan melalui 3 serangkai utama iaitu melalui Suarez,Sterling dan juga Downing tetapi orang yang mengatur segala perancangan ini ialah Lucas Leiva. Ya, mamat yang pernah injured 1 tahun inilah yang merancang segala gerak-geri Liverpool. Hantaran pendek yang kemas, bertenaga, dan berdedikasi, stail mematikan bola yang power macam Incredible Hulk, dan tackle yang tidak memudaratkan pihak lawan agar tidak injured macam dia dan bila injured, kekuatan batin tak berapa nak ada sangat, so senanglah John Terry take-over tugas mereka sebagai pemberi nafkah batin.

Pada minit ke 15, Liverpool diberikan sepakan percuma diluar kotak penalti Sunderland dan sepakan itu diambil oleh Downing, namun kecekapan Mignolet menafikan bola tersebut untuk menemui jaring Sunderland. Keputusan masih tidak berubah. Pada minit ke 19,sedang Sunderland leka menyerang, mereka terlupa untuk bertahan. Fantastic Captain clear bola dari kawasan berbahaya, kemudian di control dada dengan baik oleh si gigi arnab,kemudian menghantar bola lambung kepada Sterling belum sunat, dan dengan ketenangan tahap moskhsa, Sterling melambungkan bola dengan steady dan bola menerjah jarring.Ok, kesilapan Sunderland disini adalah mereka lupa apa itu back four. Tidak ada seorang pun yang high pressing ketika si arnab dengan steady mendada bola dan  Carlos Cuellar juga ketinggalan untuk meninggalkan Sterling belum sunat dalam keadaan offside. Ini kesilapan yang selalu pasukan Harimau kita selalu lakukan yang bajet Usain Bolt kononnya dapat mengejar pemain lawan daripada menjaringkan gol. Padahal,lari pun macam berat telor. Cis..Liverpool mendahului 1-0 hasil jaringan Sterling belum sunat. Liverpool meneruskan penguasaan bola dengan hantaran kemas nak mampus, high pressing, sekali-sekala melakukan trigger-run walaupun tak berapa nak power, dan melakukan percubaan luar kotak penalti. Ketika Liverpool sibuk menyerang macam yang sama sibuknya macam kenduri kahwin keluarga, Sunderland hampir menyamakan kedudukan melalui James McClean hasil umpanan Steven Taylor Fletcher.Ok, ini gerakan sangat menarik. Tanyalah sesiapa sahaja, mesti mereka akan kata ini gerakan menarik. Kalau Tanya KJ, mesti dia kata tidak sebab dia tak reti pasal bola dan sokong team yang serupa dengan UMNO,iaitu Man Utd. Gerakan ini dipanggil wall-passed kalau mengikut teori Rinus Michel. Sebastian Larsson melarikan bola, kemudian pass kepada Taylor Fletcher, dan sebelum bola sampai ke kaki Fletcher, McClean sudahpun berlari meminta bola manakala Larsson pun berlari ke kanan untuk memecahkan dan menarik Skrtel agar membuka ruang untuk Fletcher menghantar bola kepada McClean dan usaha itu berhasil namum finishing McClean macam celaka dan bola sedikit tersasar dari gawang Liverpool. Nah, jenis serangan seperti inilah yang diperlukan oleh pasukan negara. Bukan asyik mengharapkan mistake pihak lawan. Tapi dengan keadaan bola negara sekarang, dengan control bola pun macam fakyu, tahan bola pun macam setan, tak payahlah berangan-angan nak buat wall passed tu. Belajarlah kasi power benda basic dulu baru move kepada tactical.

Goal kedua Liverpool hadir pada minit ke-26 hasil jaringan gigi arnab. Dengar cerita, mamat ne dah score 13 bijik sebelum perlawanan dan dijangka akan mencabar pemusnah Manchester United dari dalam, RVP. Ini gerakan biasa-biasa saja. Fakri juga boleh buat sebenarnya. Gol ini hasil daripada satu counter-attack yang pantas. Sekali lagi Fantastic Captain memainkan peranan dengan menghantar bola ke kawasan untuk diambil oleh si gigi arnab,dan berlaku sedikit pergelutan antara si gigi arnab dan Carlos Cuellar. Mulanya,kelihatan Cuellar yang bakal menang dengan pergelutan tu, tetapi mungkin dengan kuasa gigi, dia tergelincir dan Suarez berjaya melarikan bola dan menyepakkan ke penjuru kiri gawang Mignolet. Bola menemui jaring. Penyokong Liverpool di Anfield mahupun kedai mamak bersorak keriangan sampai tak ingat subuh. Ok, sekali lagi defender Sunderland melakukan kesilapan sama seperti gol pertama. Ketika Sterling belum sunat challenge bola udara dengan Kilgallon, Gardner tidak cover langsung tempat Kilgallon dan membiarkan kawasan itu kosong. Fantastic Captain dengan pantas mengutip bola perebutan Sterling belum sunat dan melakukan one touch passes kepada gigi arnab yang kemudiannya berlaga macam ayam dengan Cuellar dan menghasilkan gol ke 2 Liverpool. Hasil dari pandangan atas, kelihatan banyak ruang untuk si gigi arnab. Hal ini terjadi akibat tidak ada closed up dan covering baik dari pasukan Sunderland. Yelah, Gardner berlari lenggang macam nak pergi pasar, Danny Rose macam berat telur, dan challenge body Cuellar tidak kuat macam Badang, dan terhasillah goal kedua Liverpool. Perlu diingat, zaman bola sepak moden menekankan sistem covering, bukan lagi one man marking. One man marking tu zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kedudukan berubah 2-0 dan wasit meniup wisel penamat untuk separuh masa pertama. 

Penyokong Liverpool bergembira macam lepas dapat puaskan nafsu masturbasi masing-masing.
Separuh masa kedua bermula dengan gayanya. Aku pun dah habiskan 4 batang untuk menunggu separuh masa kedua dengan harapan Liverpool jangan jadi bangang macam sebelum ini. Liverpool memulakan separuh masa kedua dengan passing kemas, high-pressing, control comel, dan macam-macam lagilah jenis taktikal yang power untuk dilaksanakan. Manakala Sunderland pula jadi bangang sebab asyik main long-ball saja. 8 minit berselang, Liverpool menukar angka scoreboard kepada 3-0 hasil jaringan si gig arnab sekali lagi. Ok, inilah bukti Fantastic Captain. Menghantar bola dengan tepat dalam jarak 40 meter kepada si gigi arnab dan 1 control yang tak berterabur ditunjukkan dan gol ketiga menjelma. Penyokong kembali bersorak gembira. Penyokong di Malaysia juga bersorak,tapi dalam hati sebab memikirkan esok kena kerja dan fikir nak cari pot baik untuk tidur kat office. Gerakan gol ketiga ini dipanggil penetration atau penembusan dalam Bahasa Melayu. Sterling belum sunat dengan bijak melakukan trigger-run dengan menarik perhatian Cuellar untuk membuka sedikit ruang kepada si gigi arnab agar selesa menerima bola tanpa pressure dari defender. Manakala Gardner pula bangang sebab tak perasan yang si gigi arnab sudah berlari ke ruang yang dicipta oleh Sterling belum sunat dan dengan 1 control comel,PANG!!! Gol ketiga dijelmakan. Pujian patut diberikan kepada Gerrard dan Sterling kerana dapat menghidu peluang keemasan seperti itu. Nah, ini yang bola sepak kita tidak ada. Safee Sali budak motor tak reti buat larian macam Sterling, Mat Yo pun tak reti, Safiq pun tak terer nak hantar quick passes,Kunalan yang jadi Messi yang lari tak tentu hala,so jangan hairanlah gol-gol yang kita jaringkan tipikal saja.

Liverpool dengan steady bermain semakin kemas dengan kemasukan Joe Allen yang dengar cerita season lepas kemain complete passesnya meletup dengan Swansea dan mengeluarkan Sterling belum sunat. Kemasukan Joe Allen merubah sedikit formasi Liverpool dengan membiarkan si gigi arnab bermain keseorangan di hadapan. Selepas itu, pada minit ke 67 pula, kemasukan Suso mengganti Jordan Henderson dan kekemasan Liverpool semakin terserlah. Sebenarnya, aku tidak tahu sangat apa fungsi Jordan Henderson sepanjang 67 minit di padang sebab tidak ada gerakan menarik yang dilakukan yang boleh merobek hati peminat Sunderland. Semua gerakan biasa-biasa saja. Minit ke 74 pula, Rodgers mengeluarkan Martin Skrtel dan memasukan Carra kuda tua yang reti sepak berterabur dan covering tak berapa nak power. Nasib ada pengalaman sedikit dan serangan Sunderland pun tak power. 90 minit berakhir dengan kemenangan mutlak milik Liverpool dengan jaringan 3-0.

Ramai penyokong yang bangun pagi terus post kat FB menyatakan YNWA la, Liverpool menang la, apalah,inilah..Dan perkara itu dicemburui oleh kelab kelab lain sebab selama ini mereka mengharapkan Liverpool terus bangang untuk season kali ini. Kepada penyokong Arsenal, Man City, Chelsea yang dengar cerita kalah semalam sebab keangkuhan Rafa yang tidak menurunkan captain fantasy aku,Juan Mata, dan kelab-kelab yang lain, jaga-jaga,Liverpool tengah power sekarang ni dan kita hanya bermusuh ketika pasukan kita berlawan sahaja,lepas itu setel. Tapi kepada penyokong Setan Merah(segelintir) yang asyik banggakan team sendiri tanpa mengkritik team dan hanya tahu nak menang sahaja,kita akan bermusuh sampai bila-bila selagi dunia ini belum kiamat. Peh, macam gaya ustad masjid Bangi.


14 Ulasan:

kacipcrew berkata...

pada minit ke-15 (scroll, scroll, scroll)

pakkordi berkata...

boleh ringkaskan lagi rasanya. Good job brader.

eJAI berkata...

zzzzzzzz

Calence berkata...

celaka sama plak ,aku pon scrol dekat pada minit ke 15 tu..

Unknown berkata...

kelakarnyeeeeeeeeeeeee

Lockomotive Mokhsva berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

macam panjang sangat brader..tapi okay la daripada entry sebelum ne..cerita ntah mende la..at least dalam sokernet ada juga ulasan perlawanan..bukan memaki tak tentu pasal..tu yang tak taw pasal bola jek memaki macam haram..

kobetz berkata...

ni lintas langsung dari RTM 1 ke?

tim bru nk powe entry ttp bangang abadi..kah2

Maniax berkata...

kau tahu tak malaysia ni da buat macam2 untuk kempen membaca, tapi tak jadi2 jugak...

jadi tulis la ringkas2 sikit, ini blog bola, bukan tesis.

chanz berkata...

mana hang tau Sterling belum sunat bro, hang tengok penis dia ka..

(lol can't believe i read all that)

ijan de bunks berkata...

Babi mmg minit ke 15 tu aku terus scroll. Karangan bukan main lagi. Nampak dekat bung wahab ni memang kena maki

Jerry Mohd Faizal berkata...

Hanya sampai minit ke -15 juga :(

f.islahi berkata...

bukan senang nak tengok fan liverpool bersorak kemenangan.kipidap,iklas dari rival

zeff berkata...

baru menang 3-0 dah berjele, kalau 8-2 xtau ah.
mlm ni liv jmpe team kampung yg blh kitai, tulislah sekurg2nya 8000 patah pekataan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...