ANDA SEDANG MEMBACA

4

Arthur Wharthon Sang Pioneer

Unknown Khamis, Januari 03, 2013 ,

Hakikatnya seorang pioneer sejati sering ditekan oleh kebanyakkan orang untuk melakukan perkara dalam keadaan berbahaya. Tidak terjadi perkara tersebut sehingga pada tahun 1882, seorang laki-laki digelar Athur Wharthon telah mengembara ke England untuk mempelajari sesuatu tentang kehidupan bersifat formal.

Masa yang diambilnya tidak pula begitu lama, dan merasakan sesuatu yang dilakukan sekadar mencakupi lumrah hidup seorang manusia, dia telah melakukan hal-hal yang sering dilakukan oleh kebanyakkan bangsanya. Iaitu menjadi Atlet

Dengan sisa pengalaman yang diperolehi dia berpindah ke Durham. Tidak janggal bagi seorang Arthur Wharthon yang berdarah Scotland campuran Ghana untuk menyesuaikan diri. Hanya Tuhan saja yang merestukan tentang hakikat perjalanan seorang Athur Wharthon maka tidak main-main dengan restuNya, dia telah melakukan catatan dunia 10 saat lari 100 meter. Catatan inilah yang menjadikan Arthur Wharton atlet profesional dan diundang untuk pelbagai pertandingan.

Dengan hanya berbekalkan fizikal, Arthur Wharthon telah menerima pelbagai tawaran kelab bola sepak profesional di England. Preston  North End menjadi medan buat Arthur mempamer bakat seorang laki-laki yang pernah bercita-cita besar sewaktu di Jamestown. Tetapi perjalanan menjadi seorang penjaga gol profesional dalam bola sepak bukanlah perkara yang main-main di England. Menjadi pemain semipro bersama kelab Preston North End selama tiga tahun membolehkannya menjadi pemain profesional bersama kelab
Rotherham United.

Jika korang semua terkagum dengan kehebatan Rene Higuita itu tidak menjadi hal yang besar. Tetapi saatnya korang semua harus belajar mengenal seorang pioneer sejati bila saat undang-undang bola sepak tidak digubal dan seorang penyerang dibolehkan menyerang penjaga gol membuatkan catatan menarik dari Athur Wharthon harus kita tahu. Bagaimana Arthur Wharthon mencipta satu upaya menyelamatkan diri dari terjahan keras Penyerang lawan dengan bergayut di palang gol adalah perkara yang pelik jika difikirkan.

Upaya Arthur Wharthon membela kelabnya tidaklah begitu megah dan terlalu bagus. Tetapi cakap-cakap pada masa itu menyebut Arthur Wharthon adalah calon terbaik bagi membela pasukan kebangsaan England saat itu. Tetapi kentalnya diskriminasi rasial tahun 1894 tidak memberi peluang buat Arthur Wharthon. Sehingga dia menyertai kelab Sheffield United saat usianya sudah meningkat menyebabkan prestasinya menurun.

Hanya dengan gelaran pemain bola sepak dan menjadi seorang penjaga gol adalah sesuatu yang ingin dikenang bukan saja oleh Arthur Wharthon, tetapi penyokongnnya sendiri. Tetapi hal itu tidak terjadi disaat prestasinya menurun dan menyertai pula kelab biasa membuatkan Arthur Wharthon hilang pesona dan prestijnya. Tahun 1902, Arthur Wharthon bersara sepenuhnya dari dunia bola sepak dan gelaran penjaga gol dengan keadaan yang mendukacitakan. Tahun 1930 lenyaplah sudah pesona dan prestijnya yang sebelum ini hanya seperti puing-puing dilautan menunggu ombak menghempas. Dia telah meninggal dunia dalam keadaan tidak punya apa-apa.

Lumrah kehidupan tiada apa yang harus dikenang mereka yang telah pergi, dan kehidupan harus diteruskan. Tetapi, di Sheffield sebuah gerakan bernama Football Unites, Racism Divides FURD telah membukukan kisah seorang pioneer sejati ini.

Ianya bukanlah satu sejarah yang harus di kaji dengan mendalam, tetapi ianya lebih kepada anti racism yang begitu dingin sambutannya sekitar 1890an dan bagaimana seorang pioneer sejati ini dengan jantannya menerobos satu dimensi yang kental dengan soal rasialnya.

Soal racism ini bukan perkara baru dan sehingga kini masih diperdebatkan dengan cara sopan. Tetapi tidak terlepas dari kebocoran benteng yang dibina bagi membudayakan anti racism ini. Ianya bukanlah perkara seksi dan perlu dikenang pun. Tetapi bagaimana seorang pioneer sejati ini berjaya membuka jalan kepada bangsanya menyusup masuk ke dalam negara yang kuat dengan soal rasial dan itu satu kejayaan yang harus diraikan!



4 Ulasan:

kobetz berkata...

petai wat hal..
baca 2 kali baru paham..
babeng lu..;-p

Chaeo berkata...

Huhhh fakta2

Chaeo berkata...

Huhhh fakta2

Badang berkata...

Cipan mana lak ni...?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...