Baru lepas berak tadi, gua terbaca tentang senarai terbaru pemain Harimau Malaya untuk kelayakan Piala Asia 2015 :
Goalkeeper :
- Khairul Fahmi Che Mat, Farizal Marlias, Norazlan Razali
Pertahanan :
- Aidil Zafuan, Fadhli Shas, Amirizdwan Taj, Faizal Muhamad,
Nik Shahrul Azim, Mahali Jasuli, K Reuben, Asrarudin Putra Omar, Azmi Muslim.
Tengah :
-Shakir Shaari, Shukor Jusoh, Helmi Rameli, Affize Faizal
Mamat, Yong Kuong Yong, Azamuddin Akil, Nor Farhan, Ashaari Shamsudin.
Penyerang :
- Khyril Muhymeen, Amri Yahyah, Abdul Hadi, Fauzi Roslan.
Makwe yang ceria |
1 - Dari senarai yang ada, ini line up pilihan gua.
Menggunakan formasi 4 – 2 – 3 – 1 :
Apek
Mahali – Aidil Zafuan
– Fadhli Shas – Azmi Muslim
Shakir Shaari – Shukor
Jusoh
Azamudin NorFarhan
Amri Yahyah
Fauzi Roslan
2 – Goalkeeper adalah posisi paling steady untuk Malaysia.
Apek dan Farizal memiliki keupayaan teknikal yang hampir setara. Namun antara
tiga lahanat ni, pilihan gua tetap Apek sebagai goalie utama. Apek lebih
meyakinkan dari segi komunikasi atas padang. Tentang isu kemungkinan kekurangan
air lutut, itu cerita lain.
3 - Lawan kita adalah pasukan dari negara timur tengah. Maka kita
memerlukan centre back yang agresif secara fizikal, laju dan boleh bersaing
untuk bola di udara. Dari senarai yang ada, Aidil dan Fadhli adalah yang
terbaik untuk centre back. Mahali dan Azmi pula memiliki kelajuan dan stamina untuk
kerap overlapping di kanan dan kiri.
4 - Kemampuan ( Mahali dan Azmi ) ini penting untuk membolehkan Alex dan Farhan lebih
peluang untuk melakukan dribble dan cut inside serta bermain secara inverted
winger. Kelebihan Alex dan Farhan, mereka juga bijak untuk mencari ruang di far post
untuk melakukan rembatan. Cara permainan old school winger (stay wide dan
crossing) kurang sesuai jika di ambil kira pertahanan lawan yang pastinya
tinggi tinggi dan power ketika bola tinggi.
5 – Shakir bagus sebagai deep lying midfielder. Dia juga
berkebolehan sebagai ball tackler dan membuat long through ball jika perlu.
Shukor Jusoh boleh bermain sebagai advance midfielder dan bertindak sebagai ball passer (kepada flanker dan forward) dari kawasan tengah. Barisan tengah kena rapat untuk senang melakukan hantaran
pendek. Alhamdulillah Ya Rabbi, Amar dan Shafiq tiada dalam senarai kali ini.
6 – Amri sangat true jika dapat bermain sebagai attacking
midfielder ataupun shadow striker. Namun, kunci kepada serangan negara gua letak
kepada Fauzi Roslan aka Koji. Dengan ketiadaan Wak Lan, mungkin coach Raja boleh cuba meletakkan Koji pula sebagai false number nine ( striker tapi kerap untuk drop deep di kawasan tengah bagi mendapatkan bola). Ruang yang ditinggalkan boleh di gunakan
oleh Farhan dan Amri untuk melakukan serangan. Selain itu, Koji juga bagus sebagai poacher, pandai untuk beat offside trap dan score. Gerakan ini mampu
mengelirukan musuh namun kesefahaman yang tinggi amat diperlukan.
7 – Sebenarnya gua minat lagi Ashaari, cuma berdasarkan
prestasi semasa, Alex dan Farhan lebih layak. ( Gua rasa bersalah pulak kalau tak
mention pasal ni. )
8 – Rasanya harapan untuk masuk Piala Asia 2015 tu memang tak ada. Jangan harap sangat. Burung yang terbang tinggi, kalau jatuh, parah
nanti. Tengok, gua dah cerita burung pula. Tapi bagus sebenarnya, nanti banyak
sikit modal untuk kita minta coach ( dan presiden ) letak jawatan. Apa pun,
selamat berjuang Harimau Malaya!
5 Ulasan:
makwe tgh2 tu yummy ya amat!
minx ulasan lebey psl makwe.. HM xyh cite..keh3..
msia biru sgt ranum
pergh, menarik boleh buat tips dalam FM.
point yang ke 7 tuh adalah sixthsense....
looks like somebody's been dreaming and drooling but nobody's gonna wake him up..so let me :D
false 9, false defender apalancau semua tu memang menarik kalau kena gaya...pemain bagus2..1 touch dan passing bagus, forward run mengancam, paham erti sebenar chanelling, etc2...ada pernah kita nampak kualiti tu kat pemain2 malaysia?..
taktikal moden macam tu wujud apabila pemain2 ada pelbagai kualiti..hasilnya lumayan tapi kalau kurang pemain yang mampu laksanakan, lagi senang untuk dibelasah..
malaysia?..kita perlu berpuas hati dengan taktikal yang orthodox, perlu rajin yang amat dan stamina tinggi..sekurang2nya, dapat kurangkan risiko dibelasah, peluang seri lebih cerah dan ada kemungkinan menang..
dan jangan cerita pasal overlaping sangat..pasal pasangan overlap(i.e: track back) memang mahali tu selalu malas hahah..dia dapat defend gila2 pun aku dah bersyukur :D..
ok..selamat kembali ke alam realiti...hahah
Catat Ulasan