1979 - Singapura
1980 - Selangor
1981 - Singapura
1982 - Pulau Pinang
1983 - Melaka
1984 - Selangor
1985 - Singapura
1986 - Wilayah Persekutuan
1987 - Pahang
1988 - Kuala Lumpur
1989 - Selangor
1990 - Selangor
1991 - Johor
1992 - Pahang
1993 - Kedah
1994 - Singapura
1995 - Pahang
1996 - Sabah
1997 - Sarawak
1998 - Pulau Pinang
1999 - Pahang
2000 - Selangor
2001 - Pulau Pinang
2002 - Perak
2003 - Perak
2004 - Pahang
2005 - Perlis
2006 - Negeri Sembilan
2007 - Kedah
2008 - Kedah
2009 - Selangor
2010 - Selangor
2011 - Kelantan
2012 - Kelantan
Senarai Pemenang
Selangor 7x
Pahang 5x
Singapura 4x
Kedah 3x
Pulau Pinang 3x
Yang lain lain belum King lagi.
Sebab apa aku senaraikan benda ni semua kat atas. Kenapa
bukan sejarah Piala Malaysia, bukankah Piala Malaysia adalah piala keramat di
Malaysia. Ya memang Piala Malaysia adalah piala keramat dan teragung di
Malaysia tapi kejuaraan yang sebenar di dalam bolasepak di negara masing
masing adalah kejuaraan liga.
Aku datang ke Sokernet untuk membasmi mentaliti dan persepsi
yang salah tentang keangkuhan sesebuah kelab. Kejuaraan liga adalah titik
penting untuk kita mengangkat kejayaan kelab. Kita sering menyebut tentang EPL,
La Liga, Serie A, Bundesliga dll, tapi di Malaysia amat berbeza. Kita jarang
memperkatakan tentang MSL, sebaliknya sentiasa menunggu Ogos atau Septemper
untuk bercakap tentang Piala Malaysia.
Hanya separuh musimkah keghairahan kita?
Mungkin disini silap FAM kerana tidak menjadikan
Liga bermain sepanjang musim atau adakah
ini keunikan bolasepak di Malaysia?
Kita tinggalkanlah persoalan itu semua dan berbalik kepada
tajuk di atas.
Sesuai dengan gelarannya King of Malaya, Selangor terus
unggul dalam apa jua kejuaraan. Seperti Manchester mereka kekal berkuasa di
takhta kejuaraan, tapi seperti Liverpool mereka juga terus bersejarah dengan
kegemilangan lampau.
The Red Giants antara yang konsisten dalam MSL :
2008 - Keempat,
2009 - Juara,
2010 - Juara,
2011 - Ketiga
2012 - Ketiga.
2009 - Juara,
2010 - Juara,
2011 - Ketiga
2012 - Ketiga.
Jadi kepada FAS sila jangan meneruskan Misi 33 yang dianggap
mustahil tu tapi usahakan Misi 8 yang lebih realistik dan lebih rasional. Ini
adalah misi utama.
Pencabar utama Selangor semestinya Pahang yang kembali ke
MSL semata mata untuk menyaingi rekod Selangor. Tok Gajah yang setahun bercuti
dari MSL kerana itu adalah stategi. Dengan 5 kejuaraan yang mereka miliki kini tidak mustahil Pahang
sekali lagi berupaya untuk memintas Selangor seperti mana pada musim 2004 mereka telah berjaya menyamakan jumlah kejuaraan lima kali pada waktu itu, sebelum Selangor
kembali mendahului kejuaraan dengan menang untuk kali keenam dan ketujuh pada
musim 2009 dan 2010.
Sementara itu, Kelantan. Apa yang ingin kita bualkan ya.
Kerana bolasepak ini main bola, menang piala dan sandarkan pada kenangan tidak
boleh dipisahkan. Buat The Red Warriors try harder. Kini di landasan tepat
menjatuhkan keegooan Selangor dan Pahang.
Johor? Oh menang sekali tahun 1991. Itu Johor. Jangan ada
yang bangang nak mengaku itu piala Johor Darul Takzim FC. Kini glory hunter
bermaharajalela di selatan. Memang masa depan cerah buat The Southern Tiger.
Fantasi ya, realiti belum diterjemahkan lagi.
Aku faham kenapa Firdaus Abdillah Hamzah begitu angkuh bila berbicara soal Pahang kerana dia memang layak. Kita perlukan seorang pengulas dari Selangor untuk mengimbangi kebongkakan Pahang. Yang ada hanya Lucius yang selalu berbangga dengan Perak. Phuii. Konsisten, konsisten, konsisten. Kau Chelsea ke Arsenal. Bangga menang Sumbangsih secara konsisten. Tu cerita 2007, sekarang kau nak konsisten apa. Konsisten ambik import bangang ke. Kemon Perak, dah la sejarah pun takde apa nak diceritakan, kegemilangan pun takde. Era Norizan Ali Hassan dah berlalu, tiada magik Azrai Khor di Perak.
Aku faham kenapa Firdaus Abdillah Hamzah begitu angkuh bila berbicara soal Pahang kerana dia memang layak. Kita perlukan seorang pengulas dari Selangor untuk mengimbangi kebongkakan Pahang. Yang ada hanya Lucius yang selalu berbangga dengan Perak. Phuii. Konsisten, konsisten, konsisten. Kau Chelsea ke Arsenal. Bangga menang Sumbangsih secara konsisten. Tu cerita 2007, sekarang kau nak konsisten apa. Konsisten ambik import bangang ke. Kemon Perak, dah la sejarah pun takde apa nak diceritakan, kegemilangan pun takde. Era Norizan Ali Hassan dah berlalu, tiada magik Azrai Khor di Perak.
p/s : Kepada Majlis Tertinggi Sokernet jangan panggil Nama Nami sebagai wakil pengulas dari Selangor. Aku bangkang Aku penah tanya dia banyak benda pasal Selangor, banyak tak tahu yang dia jawab pun melalut. Last last dia block aku kat facebook.
3 Ulasan:
ok. nais punai. salam dari jiran lembah klang korang!
kalau bab ni memang aku setuju dengan pendapat engko.
Tentang Nami aku setuju.
Dia penganalisis politik.
Dulu Setan sekarang burung Bayan.
Catat Ulasan