Hari demi hari aku sabar tunggu bila kejantanan sebenar
Harimau Malaya era millenium ni terserlah balik. Aku tengok main pun macam tu
juga, tengok Singapura makin menapak di depan, Jepun tak payah cerita dah macam Barcelona
main dah aku tengok. Malaysia ni je aku tengok tak ubah-ubah. Mungkin benda-benda
ni boleh bagi power balik Harimau Malaya ni.
Terserlah kejantanannya di situ |
1. Rombak FAM
Sultan Bolo ketawa geli hati bila disuruh letak jawatan,
Shabery Cheek mesti datang back up. Yang jelas FAM semakin mengarut. Kebebalan
bermaharajalela dan kebal dengan segala kritikan. Rombakan perlu untuk kebaikan
bola sepak tanah air. Terlalu banyak kepincangan, ketidakrelevenan dan
kesungguhan yang FAM tunjukkan sungguh mendukacitakan rakyat jelata.
Apa yang aku harap, FAM sebagai badan induk utama mengawal
atur urusan bab-bab bola sepak ni perlu bertaubat dari kesilapan lampau. Kalau tak
mampu nak bertaubat, pergilah berubat. Kurangkan kebebalan, mudah terima
kritikan dan jangan terlalu ego. Kalau boleh lah, kita nak badan FAM ni bebas
dari unsur kepolitikan, serahkan pada yang pakar yang layak, cintakan bola
sepak dan ada semangat memajukan industri bola sepak tanah air.
2. Bagi kemas Liga Malaysia
Stating the truth, FAM gagal membentuk satu liga bola sepak
yang betul-betul kompetitif dan berdaya saing. Liga macam manakah yang kita
nak? Taraf liga cap ayam, liga daerah, liga kampung, atau setaraf EPL, LA Liga
atau Serie A?. Boleh bukan tak boleh. Rancang dengan sistematik, cantik dan tersusun. Format liga perlu ditetapkan
untuk jangka masa panjang, tak perlu nak ubah-ubah, tempoh perpindahan pemain
yang sesuai. Buat malu je keluar berita kes pemain sign kontrak semasa dalam
kem latihan.
Sekejap kurangkan jumlah pasukan, kejap benarkan lepas tu haramkan pemain import. Sekejap macam
ni, sekejap lagu tu. Macam mana liga kita nak maju?. FAM ni macam orang hilang pedoman hidup.
3. Tukar Rajagopal
Kalau kita fikir guna akal yang lurus, Rajagopal sebenarnya
tak perlu susah-susah, tak perlu pun bereksperimen sebenarnya . Pemain dah
ada, yang tahu dan layak wakil negara itu jelas dan yang sekadar tahu tendang
bola pun bukan kita tak nampak.
Taktikal Gopal tak fleksibel, mudah dibaca lawan, lemah semua
aspek. Tiada X-faktor, lepas juara AFF Suzuki 2010 dan Sukan Sea, tak banyak
perubahan dan peningkatan yang kita nampak. Kandas dengan Singapura untuk
kelayakan piala dunia, boleh seri pulak dengan Bangladesh, terlepas AFF Suzuki
2012, apa lagi yang perlu Gopal
buktikan?. Ong Kim Swee jauh lebih baik.
Aspek pemilihan pemain kebangsaan pun masih lemah, tak
telus. Kadang-kadang aku terfikir macam mana Rajagopal pilih pemain, mungkin
tengok TV je sambil makan capati (tapi sekarang dah rajin datang stadium,
bagus). Balik-balik pemain yang tak ada fungsi dipanggil. Yang beraksi
cemerlang sepatutnya diberi peluang. Faktor usia bukan penghalang, 30,31 tahun
masih boleh lari, Jalaludin Jaafar tu masih steady je main untuk Pahang aku
tengok walaupun umur dah 38 tahun. Kalau lagi bagus dari Amar, Safee Sali
kenapa tak ambil?.
4. Panggil bakat-bakat di luar
Kita ada Titus James Palani yang hilang ditelan masa. Cerita
pun banyak versi. FAM cakap player tak nak datang, tapi player cakap tak dapat
panggilan, mana satu yang betul pun aku
tak tahu. Nazmi Faiz boleh balik sekejap, tunjukkan pengalaman yang ada dekat
Portugal. Mungkin Fakri Shaarani dah insaf dan jadi power sekarang, apa
salahnya Rajagopal panggil balik. Semua tu boleh dipanggil datang main untuk
Malaysia. Sean Gan Giannelli bagi besar sikit lagi, budak baru nak up, bagi
cukup power dan pengalaman lagi baru Malaysia panggil untuk main senior team.
Budak ajaib yang hilang ditelan zaman |
5. Banyakkan aksi persahabatan kompetitif kelas A
Fam perlu proaktif. Atur sebanyak mungkin aksi persahabatan
kelas A. Ni sibuk nak lawan pasukan negeri je, memang dah tahu lah siapa menang.
Alasan tak ada pasukan luar yang available memang tak boleh pakai. Paling koman
pun dapat lawan Vietnam ke, Thailand ke jadilah. Lagi bagus dapat lawan
negara-negara Timur Tengah. Bagi pengalaman untuk pemain kita.
Malas nak buat kerja memang habuk je lah yang kita dapat. Tak
dapat kelas A punya friendly, lawan Selangor, Sabah atau Sarawak pun jadilah
kata FAM. Macam mana mentaliti pemain kebangsaan nak meningkat? Lawan main pun
lebih kurang je, makin bodoh lah jawabnya. FAM memang bangsat.
6. Tingkatkan kemahiran
Mungkin ini satu penghinaan untuk pemain malaysia. Tapi aku
rasa betul, basic skill masih belum layak untuk bersaing aksi kompetitif di
peringkat antarabangsa. Nak buat macam mana, dekat Malaysia yang terbaik dari
ladang tu je kita ada.
Kalau Alex Ferguson jadi coach Malaysia pun mesti Ferguson menangis tengok. Malaysia tetap main macam
sampah kalau benda ni tak ada peningkatan. Nak jadi hebat, rajin-rajinlah
praktis sendiri dekat padang. First touch masih tak berapa nak betul, tahan
bola ke laut, passing berterabur, shooting tak power, tak konfiden dan lemah
akal fikiran, semuanya masih di taraf amatur. Tak percaya tengok aksi persahabatan
Malaysia lawan Iraq nanti 1 Februari ni.
6 Ulasan:
apebende la ni jali bah. bosan dan benda yang orang selalu ulang2. bah bah bah.
Mmg FAM bodo, xsedar diri, revolusi bola sepak diperlukan d m'sia!!
betul jali bah.. walaupun ramai yang dah ulas..tapi aku tak bosan nak baca lagi.. teruskan sampai kiamat..kehkehkeh
Siaran ulangan astro
Panggil je Maloney yg main Wigan Athletic tu. Kan ke dia Sarawakian? Dia xmewakili mane2 negara pun, tp bukan sbb xpower, sbb ramai yg sgt power dr dia.
But, Nazmi, yes, pd aku dia akan jd our next Malaysian "Pirlo" or "Modric", deep-lying playmaker. Moga Nazmi improving to better progress & tlg Malaysia "tenangkan" bhgn midfield yg kerap buang bola & xde hala tuju.
Point 6 je boleh buat masa sekarang. Yang lain tu masih dalam perbincangan walaupun abang abdul sudah mendirikan rumah 2 tiang 3 x 7 kaki tu. Kah kah kah
Catat Ulasan