Jarum jam di pergelangan
tangan Nordin sudah menunjukkan pukul 12.55 tengah hari. Lagi 5 minit untuk
menjamu makan tengah hari. Nordin yang sudah muak menghadap monitor komputernya
dari tadi, cuba mencari topik untuk memulakan perbualan dengan rakan sepejabat
barunya, Thaqif.
“Sembang pasal bola pun OK
jugak dengan budak baru ni aku rasa” Nordin bermonolog sendirian. Dia
menyinsing lengan kemejanya yang berona jingga muda itu dan berpaling ke arah
Thaqif yang duduk di sebelah mejanya.
“Woi Thaqif, malam esok final
EL, Chelsea lawan Benfica. Kau agak siapa yang akan menang?” Tanya Nordin
memulakan bicara.
Thaqif yang ketika itu
sedang tekun menghadap monitor komputernya berpusing ke arah Nordin dan
menghela nafas panjang seperti orang sakit asma.
“Aku rasa Chelsea akan menang” balas Thaqif pendek tapi penuh keangkuhan.
“Aku rasa Chelsea akan menang” balas Thaqif pendek tapi penuh keangkuhan.
“Pasal apa kau pilih Chelsea?” Tanya Nordin meminta penjelasan Thaqif sambil menarik nafas dalam-dalam.
“Chelsea power woi sekarang
ni. Gaya permainan dah macam Bayern campur Barca campur Dortmund. Kalau setakat
Benfica tu, aku rasa jadi lauk kenduri Chelsea je” jawab Thaqif seraya ketawa menyeringai
menampakkkan giginya yang berterabur dan kuning tanda kuat hisap rokok.
“Lagi satu kalau engkau nak
tahu Nordin, Chelsea ni dia punya power, kalah kelab London yang lain. Setakat
kelab Arsenal tu, dorang ketis sambil buat gaya gwiyomi je.
“Ehh, lebih-lebih pulak
budak baru ni. Aku tanya pasal final EL je, yang dia kutuk Arsenal apa hal?”
Nordin bermonolog sendirian lagi dalam hatinya yang mula membara. Semua budak
ofis lain tahu yang Nordin ni peminat tegar Arsenal dan panas baran.
“Arsenal tu dah berapa tahun
tak menang piala, tapi ada jugak yang bangang nak sokong lagi. Arsene Wenger tu
dah patut kena tendang dah. Tak faham aku dengan penyokong Arsenal ni. The Professor
kepala hotak dorang!” Tambah Thaqif lagi seolah-olah menempah keranda.
“Ahh ini sudah lebih. Dia
kutuk Wenger pulak. Cilaka!” Bentak Nordin sambil mengetap giginya kuat-kuat.
“Lagi satu yang aku tak
faham penyokong Arsenal ni, dorang bangga sangat dengan corak permainan ART.
ART apa jadah kalau tak menang piala nak dekat 10 tahun dah” tambah Thaqif lagi
serentak ketawa berdekah-dekah memperlekehkan Arsenal kesayangan Nordin.
Muka Nordin sudah merah.
Lengannya sudah timbul urat. Kakinya sudah menggeletar. Peluh sudah mula
meleleh di belakang telinganya.
“Ehh, aku lupa nak tanya.
Engkau ni sokong pasukan mana woi?” Tanya Thaqif selepas puas gelak mengekek
sambil menyeka air mata tanda gelak kepuasan.
“Aku sokong Arsenal la
setaannnnnn!” Serentak dengan itu, kerusi ofis hinggap di batang tengkuk Thaqif.
Thaqif rebah menggelepar.
Darah terpercik merata-rata. Suasana ofis menjadi hingar bingar dengan pekikan
dan lolongan menyuruh Nordin berhenti menghempuk kerusi ke badan Thaqif yang
sudah lembik.
Semoga roh Thaqif dicucuri rahmat |
2 Ulasan:
aku dah lama tak bukak sokernet, tapi bila bukak... sigh
tolong buang gambar tu, aib.
arsenal punya fans sudah sakit jew-bour. pastilah mencari kelendar yang tertera no telefon pakar buasir untuk hentikannya.
Catat Ulasan