ANDA SEDANG MEMBACA

2

Tragedi Di Hari Final Europa League

Accurecca Rabu, Mei 15, 2013

Jarum jam di pergelangan tangan Nordin sudah menunjukkan pukul 12.55 tengah hari. Lagi 5 minit untuk menjamu makan tengah hari. Nordin yang sudah muak menghadap monitor komputernya dari tadi, cuba mencari topik untuk memulakan perbualan dengan rakan sepejabat barunya, Thaqif.

“Sembang pasal bola pun OK jugak dengan budak baru ni aku rasa” Nordin bermonolog sendirian. Dia menyinsing lengan kemejanya yang berona jingga muda itu dan berpaling ke arah Thaqif yang duduk di sebelah mejanya.

“Woi Thaqif, malam esok final EL, Chelsea lawan Benfica. Kau agak siapa yang akan menang?” Tanya Nordin memulakan bicara.

Thaqif yang ketika itu sedang tekun menghadap monitor komputernya berpusing ke arah Nordin dan menghela nafas panjang seperti orang sakit asma.

“Aku rasa Chelsea akan menang” balas Thaqif pendek tapi penuh keangkuhan.

“Pasal apa kau pilih Chelsea?” Tanya Nordin meminta penjelasan Thaqif sambil menarik nafas dalam-dalam.

“Chelsea power woi sekarang ni. Gaya permainan dah macam Bayern campur Barca campur Dortmund. Kalau setakat Benfica tu, aku rasa jadi lauk kenduri Chelsea je” jawab Thaqif seraya ketawa menyeringai menampakkkan giginya yang berterabur dan kuning tanda kuat hisap rokok.

“Lagi satu kalau engkau nak tahu Nordin, Chelsea ni dia punya power, kalah kelab London yang lain. Setakat kelab Arsenal tu, dorang ketis sambil buat gaya gwiyomi je.

“Ehh, lebih-lebih pulak budak baru ni. Aku tanya pasal final EL je, yang dia kutuk Arsenal apa hal?” Nordin bermonolog sendirian lagi dalam hatinya yang mula membara. Semua budak ofis lain tahu yang Nordin ni peminat tegar Arsenal dan panas baran.

“Arsenal tu dah berapa tahun tak menang piala, tapi ada jugak yang bangang nak sokong lagi. Arsene Wenger tu dah patut kena tendang dah. Tak faham aku dengan penyokong Arsenal ni. The Professor kepala hotak dorang!” Tambah Thaqif lagi seolah-olah menempah keranda.

“Ahh ini sudah lebih. Dia kutuk Wenger pulak. Cilaka!” Bentak Nordin sambil mengetap giginya kuat-kuat.

“Lagi satu yang aku tak faham penyokong Arsenal ni, dorang bangga sangat dengan corak permainan ART. ART apa jadah kalau tak menang piala nak dekat 10 tahun dah” tambah Thaqif lagi serentak ketawa berdekah-dekah memperlekehkan Arsenal kesayangan Nordin.

Muka Nordin sudah merah. Lengannya sudah timbul urat. Kakinya sudah menggeletar. Peluh sudah mula meleleh di belakang telinganya.

“Ehh, aku lupa nak tanya. Engkau ni sokong pasukan mana woi?” Tanya Thaqif selepas puas gelak mengekek sambil menyeka air mata tanda gelak kepuasan.

“Aku sokong Arsenal la setaannnnnn!” Serentak dengan itu, kerusi ofis hinggap di batang tengkuk Thaqif.

Thaqif rebah menggelepar. Darah terpercik merata-rata. Suasana ofis menjadi hingar bingar dengan pekikan dan lolongan menyuruh Nordin berhenti menghempuk kerusi ke badan Thaqif yang sudah lembik.

Semoga roh Thaqif dicucuri rahmat

2 Ulasan:

faridfadhly berkata...

aku dah lama tak bukak sokernet, tapi bila bukak... sigh

tolong buang gambar tu, aib.

Unknown berkata...

arsenal punya fans sudah sakit jew-bour. pastilah mencari kelendar yang tertera no telefon pakar buasir untuk hentikannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...