ANDA SEDANG MEMBACA

7

Sabahawks Terbang Tinggi 2.0

Jali Bah Jumaat, Januari 17, 2014

Musim baru liga bola sepak Malaysia untuk musim 2014, aku tak ambik kisah sangat sebenarnya liga bola sepak Malaysia ni. Bukan lah bermaksud aku tak patriotik atau aku berkiblatkan barat secara total dalam bab sokong menyokong bola ni, tapi semua benda yang kita buat, tonton, dengar sampai benda kita nak telan masuk dalam mulut pun kita nak kepuasan, bermutu dan penuh  keunggulan.

Apa lagi dalam bab tengok bola ni. Benda ni tak ada kompromi bagi pencinta bola sepak tegar macam aku.

Tapi tak sah kalau tak sokong pasukan negeri sendiri, ah panjang betul mukadimah aku nak start bila ni.

Jadi aku menyempatkan diri juga nak buat entri pasal Sabahawks. Kau kupas panjang lebar pasal Arsenal, Manchester United atau Barcelona, abah kau lahir dekat situ ke?.

Ya, Sabah, apalah Sabah nak dibandingkan dengan JDT atau Pahang. Beza bagai langit dan bumi. Main pulak dekat Liga Perdana. Menang atau kalah, ah siapa nak ambik kisah.

Tapi soal main Liga Super ke Liga perdana, itu semua tak penting sebab Negeri Sembilan yang pernah menang piala Malaysia beberapa kali musim-musim lepas pun main sama dalam Liga ni. Kedah yang pernah menang treble semusim pun masih berminat main kat Liga Perdana masuk musim yang kedua.

Apa lagi? Kelantan pun pernah terjerumus sama dalam Liga Perdana ni. Jadi siapa berani kata Liga Perdana ni tak power?. Power sampai kiamat.

In Milomir, We trust

Bab-bab meramal ni aku tak berani nak cakap jauh mana Sabahawks boleh pergi. Boleh jadi pencabar utama top 3 atau sekadar pasukan belasahan. Ah entah, aku malas nak fikir. Dalam bola sepak ni macam-macam boleh jadi.

Manchester United yang juara 23 kali EPL musim ni pun boleh terkeluar dari persaingan top 3. JDT yang perabis duit juta-juta beli player musim lepas tak ada satu pun piala dibawa balik ke Larkin.

Jadi tahun ni cerita nya tetap sama macam tahun lepas, misi kembali ke Liga Super. Aku harap tahun ni misi tu menjadi.

Hampir satu musim aku tak ambik kisah pasal Sabahawks. Bukan pasal Sabahawks tak power, tapi aku sakit hati dengan SAFA yang malas buat kerja. Aku belek je paper aku tengok result dua ni je selalu aku hadap, kalah seri je, jarang betul menang. Tapi tu dulu. Sekarang aku dengar Milomir Seslija dah ambik alih jadi coach, Sabahawks jadi power balik.

Dari segi barisan pemain,aku perati  banyak muka baru. Paling menarik aku nak tengok prospek besar bekas pemain Harimau Muda B Maxsius Musa. Rozaimi pun dah habis kontrak dengan Harimau Muda A sekarang main balik dengan Sabahawks. 

Khidmat kuda tua Zainizam Marjan, Rosdin wasli dan Reitahudin Embran tak boleh dipandang sepi. Bisa orang lama ni lah sebenarnya paling beracun. 

                                                     Form is temporary, Class is permanent

Jadi keseimbangan tu penting, pengalaman orang lama dengan yang baru bila bergabung buat team tu lebih dinamik. Pemain import yang Milomir bawa masuk pun boleh tahan. Playmaker Srecko Mitrovic, defender Predrag Pocuca dan striker Marwan Sayedeh dari Syria. 

Jadi complete dari defender sampai striker, 3 posisi utama orang Malaysia kita lintang pukang macam Yahudi mabuk bila di atas padang. Kau memang genius Milomir.

Jadi aku harap semua import ni menjadi, perabis duit rakyat bayar gaji mahal tapi main standard pemain kampung nak simpan buat apa. Bangang.

Friendly dengan Sarawak dulu pun sabah menang 1-0. Sarawak tu, semi finalis piala Malaysia tahun lepas.  Lepas tu selamba badak je tapau Cebagoo FC 6-0 minggu lepas. Jadi ini satu petanda aras yang positif.

                                                                  Boleh bah kalau kau!. 

7 Ulasan:

Unknown berkata...

liga kat mesia ni sama je level player bah.

AimYou berkata...

"Manchester United yang juara 23 kali EPL..."

Ni statement masa hadapan ke??

Apostolos Velios berkata...

tapau cebagoo 6-0 ? kau ingat cebagoo tu team liga super ke ?

Unknown berkata...

Kedah memang treble bukan semusim.. Tapi dua musim berturut-turut...

Tanpa Nama berkata...

'Jadi aku menyempatkan diri juga nak buat entri pasal Sabahawks. Kau kupas panjang lebar pasal Arsenal, Manchester United atau Barcelona, abah kau lahir dekat situ ke?'

tu pasal lah malaysia tak pernah maju... kesiann...

Azhanhizan berkata...

Tang Man Utd menang 23 kali tu yg tak bleh than tu..
Kebutuhan ape yg membutuhi ini...

fitri5 berkata...

ah, tak sabarnya nak tengok sabah power macam dulu. aku malas cakap lah yang aku ni orang pahang. kakaka!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...