ANDA SEDANG MEMBACA

8

Hukuman UEFA dan Hukuman FAM

zaileefd2 Jumaat, Mac 28, 2014
Bodo serupa ateras.
Gambar di atas ialah gambar penyokong otak kerbau. Serangan peribadi ke atas Mesut Ozil dari penyokong Bayern Munich ketika perlawanan Bayern Munich menentang Arsenal di Allianz Arena baru-baru ini.

Ini media statement dari UEFA berkenaan kes ini.

Disciplinary proceedings have been opened against FC Bayern München for discriminatory behaviour of their supporters (Article 14 Uefa disciplinary regulations), display of an illicit banner (Article 16(2e) DR) and late kick-off (Article 11(2g) DR) at their Uefa Champions League round of 16 match against Arsenal FC, the 1-1 draw in Germany on Tuesday.

Hukumannya, satu section yang digelar Sector 124 akan dikosongkan 9 April nanti ketika Bayern Munich dijangka akan membelasah Manchester United di peringkat suku akhir Liga Juara-juara Eropah seperti gambar di bawah.

Section bertanda merah ialah Sektor 124 yang akan dikosongkan.
Jadi di sini kita boleh lihat satu kelompok penyokong buat perangai celaka, kelompok penyokong itulah yang dihukum. Tidak membabitkan penyokong lain. Cuma nama kelab ada tercalit sedikit kekotoran tetapi tidaklah hingga melarat ke kelompok lain.

*****
Berbeza di Malaysia (Baca : FAM), satu kelompok penyokong buat taik, semua sekali kena bedal. Persatuanlah yang paling utama kena sebab di Malaysia ni tingkah laku penyokong ialah tanggungjawab persatuan. Memetik peristiwa terbaru iaitu lebih kurang seminggu lepas:
  • JDT didenda RM19,000 sebab satu kelompok penyokong bakar flare.
  • Kelantan didenda RM15,000 kerana satu kelompok penyokong chant "FAM Bangsat, FAM Bangsat".


Ya, kelompok penyokong itu ialah ultras. Lepas tu ultras-ultras ni sibuk pula menghasut penyokong silent majority, ultras kuaci, ultras burger, dan ultras makwe mengumpul duit untuk membayar denda (terutamanya Kelantan). Ini bolehlah diumpamakan ultras yang berak, persatuan tolong cebok, penyokong lain yang flush. Bangang bukan?

Jadi, aku harap FAM bolehlah ubah bentuk hukuman. Jangan nampak sangat nak peras duit orang ramai. Sikit-sikit denda, silap sikit saman. Keadaan tetap macam tu jugak sebab persatuan bukan boleh ubah pun mentaliti depa. Kalau FAM nak tahu, ultras ni tempat mereka di Gate H. Kalau ultras buat taik lagi, suruhlah persatuan kosongkan Gate H. Ultras berkumpul di gate lain, kosongkan pula gate yang itu. Lama-lama lembutlah. Aku kesian sebenarnya dengan persatuan. Persatuan dah banyak beban nak ditanggung, semak lagi kepala sebab perangai ultras yang serupa siamang.

Kesimpulannya, aku tak rasa FAM akan ubah hukuman melainkan ada gesaan dari persatuan. Sistem seating penyokong di stadium Malaysia juga menyukarkan ia untuk direalisasikan. Tapi tak apa. Ini sekadar cadangan. Sebagai peringatan, selagi FAM suka cari salah, selagi ultras suka buat salah, selagi itulah masalah ni takkan tamat. Selama ni pun persatuan kena denda atas tingkah laku ultras kan? Dekat selatan je ada satu kes sebab hooligan botol mineral.

8 Ulasan:

Apostolos Velios berkata...

gate H boys konon, bila kena denda tau plak nak union dgn pnyokong lain kutip duit bayar denda.

Unknown berkata...

Ultras ni memang bangang pun. Hidup penyokong kuaci!

Tanpa Nama berkata...

Poyo lh... ultras natang...

hantuLongkang berkata...

ceh, bakar flare je...UEFA pun akan suruh bayar denda..lain la kalu campak dan terbakar atau kesalahan berulang..

sama dengan chant...kecuali chant/banner/etc yang discrimatory...baru la kompaun atau/dan partial/full stadium closure..kes berulang boleh sampai kena ban dari UEFA..

dan hukuman bayern munich kena tutup section 124 tu pasal discriminatory behaviour i.e: homophobic banner yang mendiskrimniasi golongan gay...tau2 aje la barat punya suara LGBT camna...

bila malayisa pun dah halalkan LGBT dek paksaan via COMANGO lahanat kahaktuih, ko try la angkat banner 'JDT gay'...baru boleh banding FAM dan UEFA punya hukuman tang tu...heh

Tanpa Nama berkata...

Terowong punya kes apecer. Baik komen pasal taufik

Tanpa Nama berkata...

Dey Zailee eat shit!

-Tun Mari Mariappan-

Tanpa Nama berkata...

cilaka tinggal 4 game jer lagi! Takan takat ni jer kot!!..."angkat kaki, jalan terus ,belok kiri le lepas tu sila pergi mampos lagi bagus!."

Tanpa Nama berkata...

Kalau kes tumbuk pengadil macam mana?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...