ANDA SEDANG MEMBACA

19

Benda Basic

zaileefd2 Isnin, April 28, 2014
Bangang tiada tara


Aku bukak twitter nak tengok makwe denyut dan terbaca tweet ini dari ateras. Barangkali mereka kecewa dengan sambutan dingin ke atas perlawanan Filipina menentang Malaysia. Yela, main jauh depa tak boleh pergi sama. Dah tak boleh bakar flare, perkecilkan minat orang ajelah kan. Lepas tu guna sentimen patriotisme untuk kasi kukuh sikit statement sendiri yang bangang. Dah habis power la tu taruk hashtag #SupportLocalFootball lepas kritik sikap peminat EPL di Malaysia. Meh aku nak tanya;

Adakah aku kena jadi orang London dulu untuk berbual ghairah tentang Arsenal?
Adakah aku kena jadi orang Merseyside dulu untuk membahan Manchester United?
Disebabkan aku orang Malaysia, adakah aku kena lebih fokus kepada Safie Sali yang mewakili Malaysia?
Disebabkan aku orang Malaysia, adakah aku kena lebihkan pasukan bola negara aku yang terumbang ambing ni?

Kepala takuk dia. Orang minat bolasepak. Bukan minat pasukan. Bebalnya jelas nampak tahu bila cakap "bersungguh sokong EPL macam la dia beranak kat London."

Orang Malaysia tak tengok Liga Monyet ni sebab bolasepak tempatan ni tak sedap. Terima aje lah. Kenapa susah nak jujur pada diri sendiri? Ya, Sokernet pun ada tengok Liga Monyet sekali sekala. Tapi macam ko pergi zoo, ko mesti nak tengok sugar glider. Takkan nak tengok punai kan? Begitu juga dengan pengulas Sokernet yang sekali sekala meluangkan masa untuk tengok Liga Monyet. 

Sini la aku tanya engko lagi satu ateras-ateras semua yang katanya patriotik. Engko tengok tv? Engko kenal Ryujin Juwara? Kau pilih mana antara Ryujin Juwara dengan Batman? Kalau engko pilih Batman, starlite la dahi sendiri. Patriotik celaka apa kalau pilih Batman jugak.

Habis yang itu, ini lagi satu ultras bangang tak faham fundamental bolasepak. Suku-sakat ni bangang sepesen.

Bangang tanpa penghujung

Tiga minggu Liga Super rehat tetapi yang disibukkan mereka ialah tak boleh main flare, tak boleh chant, tak boleh terkinja-kinja, tak ada tifo. Fakoff. Orang sibuk dengan prestasi Kelantan yang dah macam Kedah, depa boleh pulak pikir benda-benda picisan macam ni. Akal mana akal?

*****
Point dia senang aje, ketiadaan semangat sukan. Kefahaman dan roh bolasepak jelas tak ada dalam diri ultras-ultras. Menyokong atas sentimen patriotisme dan bukannya atas sentimen rasa cinta yang mendalam ke atas sukan ini. Sebagai penyokong bolasepak yang selalu memerhati, khalayak yang sokongannya macam ni biasanya makwe-makwe belen yang status Facebooknya berbunyi "ittew sokong tak kira apew ponk jadi. Selamanyerrr Harimau Malaya." Dah tu apa beza ultras dengan makwe-makwe belen kalau macam ni la sebab utama ke stadium? Makwe belen pun takat gigit kuku aje bila Safee Sali tak score penalti. Takde maki-maki marah. Ultras lagi la tak marah.

Malas cakap lagi panjang. Bukan deme paham. Kesimpulannya, jangan perkecilkan minat orang. Kita semua ada motif masing-masing dalam memilih pasukan kegemaran. Yang pasal gaduh-gaduh membahan tu biasalah. Kau fan Chelsea, kau fan Liverpool, kau Manchester United, aku Arsenal. Kita semua berbeza tapi jangan lupa bahawa kita minat satu perkara yang sama iaitu bolasepak. Biarlah kita bersatu atas dasar minat bolasepak dan membahan sekali sekala atas dasar mempertahankan pasukan.

19 Ulasan:

Unknown berkata...

Hanya sokernet yang mampu perbetulkan akidah bolasepak budak budak alteras ni.

Apostolos Velios berkata...

berkurun lama jugak aku menunggu update yang puitis

Unknown berkata...

Yeah bang mmg sedap dibaca ulang2..sentimen patriotisme kononnye..mmg kepale T die lah..caya bang! luahan yg ckup padat..i lap u

Madafakkka™ berkata...

"Orang minat bolasepak. Bukan minat pasukan"
aku suka statement tuh. powerrr2

nor abdellah samad berkata...

Ryujin Juwara yg koi xtahannn tuhhh!! Gampangg!!

Tanpa Nama berkata...

Aku pilih Ryujin Juwara pasal makwe dia boleh tahan gegar2 tek.

Btw naisssss zaileee!

Tanpa Nama berkata...

Selamanya ultras bangang..

racYnc berkata...

Power.

Tanpa Nama berkata...

power cikgu, power!

Unknown berkata...

aku baca sambil nanges ni lee..windu tahu winduu...

Unknown berkata...

Org minat Bolasepak, Bukan Minat Pasukan?? Bangang punye statement.. Ko minat tgk bola, tapi tak minat Liverpool, MU, Chelsea?

Tanpa Nama berkata...

Bernas bang... Menangis keinsafan kalau ateras baca. Ke ateras hati batu?

Tanpa Nama berkata...

Power bang power.. Tapi part "Orang minat bolasepak. Bukan minat pasukan. " macam tak kena je bang?

zaileefd2 berkata...

Orang minat pasukan - dia tengok pasukan tu aje main, minat pasukan tu aje, minat atas sebab pasukan tu ialah pasukan tu. Bukan fokus pada permainan tapi pada perkembangan kelab aje. Contohnya ateras Malaya ni la.

Minat bolasepak - suka satu team kegemaran tapi pasukan lain main pun dia tengok. contohnya aku yang Arsenal, kalau game Chelsea vs ManUtd pun aku akan sanggup tengok tengah2 malam.

Tanpa Nama berkata...

hari ni baru aku tahu ape itu Ryujin Juwara....wakakakak hampehhh...

Tanpa Nama berkata...

perghhhh...aku mmg terkesima dgn ulasan tuan terhadap ultras malaya nie..mmg terbaik..salute bro....

Socialcarboncopy berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Socialcarboncopy berkata...

minat bolasepak tp tgk epl je?
pfftttt

Tanpa Nama berkata...

Genius bang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...