Memaparkan catatan dengan label Bolasepak Sebenar. GGMU. Tumbukan padu ke udara.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bolasepak Sebenar. GGMU. Tumbukan padu ke udara.. Papar semua catatan
23

Menuju 21

Silat Gayong


Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, pasukan juara sebenar tidak memerlukan permainan pelik-pelik untuk menang. Simple touch diadun dengan sedikit teknik sihir, sudah cukup untuk menumbuk padu ke muka haters yang berkeliaran. Berbekalkan patch emas di lengan, para pemain Man Utd mempamerkan gaya mudah dan senang dipandang untuk memenangi perlawanan.

Swansea bukanlah pasukan yang kerdil. Permainan mereka sebelum ini menarik ketika bertemu pasukan lemah seperti Arsenal, Chelsea dan Liverpool. Mereka tiba-tiba jadi kaku dan hilang arah tatkala berdepan dengan juara Inggeris. Kegentaran mereka dapat dilihat dari segi tahan bola berterabur dan sepak bola guna keting. Michu yang sebelum ini menjadi igauan ngeri penjaga gol pasukan lemah yang disebutkan diatas nampak seperti hilang arah dan berlari-lari tiada guna. 

Perlawanan dimulakan dengan sedikit bosan kerana penguasaan bola yang melampau oleh Man Utd. Tiada pemain Swansea yang berani tampil kedepan untuk merebut bola. Kalau ada pun akan disergah Vidic sampai meninggal. Robin Van Persie yang baran melihatkan keadaan ini kemudian bertindak menjaringkan gol pertama menerusi gerakan silat. Terpinga dan terkejut melihatkan keadaan yang berlaku, Wellbeck pula menjaringkan gol sambil pejam mata dua minit kemudian.

Selepas itu pemain United bagaikan dirasuk saka kerana tidak henti-henti melancarkan serangan yang bertubi-tubi ke arah pintu gol Swansea. Mujurlah mereka masih ingat tuhan dan bertindak bijak untuk menikmati perlawanan tanpa menjaringkan gol lagi.

Waktu rehat digunakan sepenuhnya oleh para pemain dan pegawai pasukan United untuk bermain Candy Crush. Tiada kata-kata berunsur taktikal yang diberikan oleh David Moyes kerana kejang melihat cara pemainnya bermain. Kalau ada pun hanya pesanan berupa nasihat agar bermainlah secara bersama-sama dengan Swansea.

Separuh masa kedua United dilihat mengendurkan asakan mereka. Ternyata pesanan yang diberikan Moyes digenggam erat oleh pemain United. De Gea yang sebelum ini dilihat bersila sudah mula berdiri. Pertahanan United mula membuka ruang untuk pasukan Swansea mempamerkan gaya mereka. Tetapi Van Persie ni dasar kepala batu. Dia merembat masuk gol ketiga United, kali ni dengan gaya sepakan peluru. Moyes yang berang kemudian mengeluarkan Van Persie untuk menghentikan dia dari menjaringkan gol. Ini bagi menjaga air muka penyokong Swansea, Liverpool, Arsenal, Chelsea, City, Bayern Munich, Real Madrid dan Barcelona. 

Menjerit dari luar, Moyes mengarahkan pertahanan United untuk memberikan gol saguhati kepada tuan rumah. Wilfried Bony kemudian dipilih oleh pasukan United secara sepakat untuk menjaringkan gol. Setelah itu barulah nampak penyokong mereka gembira. Mereka dikhabarkan bakal mengadakan kenduri kesyukuran kerana dapat menjaringkan gol menentang United. 

Menjelang minit akhir perlawanan, Wellbeck bercadang untuk menamatkan perlawanan dengan cara aneh. Dia berniat untuk mengechip bola menuju tiang tetapi tidak sengaja telah menjaringkan gol keempat. 

Tamat perlawanan, Swansea 1-4 Manchester United.
9

Melihat Masa Depan

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. Rabu, Ogos 14, 2013 ,
Ini Nostradamus


Nostradamus adalah seorang peramal barat yang begitu terkenal. Ramalannya tentang peristiwa yang bakal berlaku adalah 90% tepat. Tapi ini bukan cerita pasal dia, ini cerita pasal sebuah pasukan pandai main bola dari England iaitu Manchester United. Dan cerita ini berkaitan dengan ramalan juara musim ini.

Mudah untuk meramal siapa yang bakal menjuarai musim ini. Penguasaan bola yang mantap, tandukan padu di udara, skill yang mempesona serta gaya yang terbilang. Ciri-ciri itu tidak ada pada pasukan lemah lain yang bertanding dalam Liga Perdana Barclays musim ini. Kebanyakan pasukan yang bertanding hanyalah sebagai pelengkap jadual dan tidak lebih dari memberi sokongan moral kepada pasukan ini untuk mengangkat mereka sebagai juara pada penghujung saingan. Bersama pengurus baru tidak sedikit pun mencacatkan rentak mereka, malah kembali dengan lebih padu dan jitu.

Terkenal dengan falsafah bola sepak menyerang, pasukan Manchester United dengan bersahaja menjuarai perisai komuniti tanpa perlu mengeluarkan banyak peluh. Sistem one touch football yang diterapkan begitu mudah difahami pemain di samping gelekan menarik membuatkan lawan terkaku dan kejang. Ini adalah faktor menyebabkan mereka begitu digeruni lawan. 

Tidak seperti pasukan lain yang bermati-matian bermain di dalam perlawanan pra-musim, Manchester United hanya sekadar memberi pendedahan kepada bakat-bakat baru untuk digilap dan kemudian dijual kepada pasukan lain yang ketandusan pemain hebat. Mereka tidak kisah kalah pada perlawanan pra-musim kerana mereka tahu di hujungnya hanya mereka sahaja yang dipilih untuk bermain pancut-pancut air botol. Tanpa perlu menggigit pemain lawan, mereka tetap ditakuti dengan cara mereka sendiri.

Untuk apa beli pemain baru kalau akhirnya cuma merebut slot kelayakan ke Liga Juara-juara sahaja? Jadi mereka tenang tanpa perlu mengeluarkan buku cek bagi mendapatkan pemain bangang seperti 50 juta paun.

Jadi, mudah kan untuk meramal?

Ini pasukan Juara!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...