![]() |
| Silat Gayong |
Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, pasukan juara sebenar tidak memerlukan permainan pelik-pelik untuk menang. Simple touch diadun dengan sedikit teknik sihir, sudah cukup untuk menumbuk padu ke muka haters yang berkeliaran. Berbekalkan patch emas di lengan, para pemain Man Utd mempamerkan gaya mudah dan senang dipandang untuk memenangi perlawanan.
Swansea bukanlah pasukan yang kerdil. Permainan mereka sebelum ini menarik ketika bertemu pasukan lemah seperti Arsenal, Chelsea dan Liverpool. Mereka tiba-tiba jadi kaku dan hilang arah tatkala berdepan dengan juara Inggeris. Kegentaran mereka dapat dilihat dari segi tahan bola berterabur dan sepak bola guna keting. Michu yang sebelum ini menjadi igauan ngeri penjaga gol pasukan lemah yang disebutkan diatas nampak seperti hilang arah dan berlari-lari tiada guna.
Perlawanan dimulakan dengan sedikit bosan kerana penguasaan bola yang melampau oleh Man Utd. Tiada pemain Swansea yang berani tampil kedepan untuk merebut bola. Kalau ada pun akan disergah Vidic sampai meninggal. Robin Van Persie yang baran melihatkan keadaan ini kemudian bertindak menjaringkan gol pertama menerusi gerakan silat. Terpinga dan terkejut melihatkan keadaan yang berlaku, Wellbeck pula menjaringkan gol sambil pejam mata dua minit kemudian.
Selepas itu pemain United bagaikan dirasuk saka kerana tidak henti-henti melancarkan serangan yang bertubi-tubi ke arah pintu gol Swansea. Mujurlah mereka masih ingat tuhan dan bertindak bijak untuk menikmati perlawanan tanpa menjaringkan gol lagi.
Waktu rehat digunakan sepenuhnya oleh para pemain dan pegawai pasukan United untuk bermain Candy Crush. Tiada kata-kata berunsur taktikal yang diberikan oleh David Moyes kerana kejang melihat cara pemainnya bermain. Kalau ada pun hanya pesanan berupa nasihat agar bermainlah secara bersama-sama dengan Swansea.
Separuh masa kedua United dilihat mengendurkan asakan mereka. Ternyata pesanan yang diberikan Moyes digenggam erat oleh pemain United. De Gea yang sebelum ini dilihat bersila sudah mula berdiri. Pertahanan United mula membuka ruang untuk pasukan Swansea mempamerkan gaya mereka. Tetapi Van Persie ni dasar kepala batu. Dia merembat masuk gol ketiga United, kali ni dengan gaya sepakan peluru. Moyes yang berang kemudian mengeluarkan Van Persie untuk menghentikan dia dari menjaringkan gol. Ini bagi menjaga air muka penyokong Swansea, Liverpool, Arsenal, Chelsea, City, Bayern Munich, Real Madrid dan Barcelona.
Menjerit dari luar, Moyes mengarahkan pertahanan United untuk memberikan gol saguhati kepada tuan rumah. Wilfried Bony kemudian dipilih oleh pasukan United secara sepakat untuk menjaringkan gol. Setelah itu barulah nampak penyokong mereka gembira. Mereka dikhabarkan bakal mengadakan kenduri kesyukuran kerana dapat menjaringkan gol menentang United.
Menjelang minit akhir perlawanan, Wellbeck bercadang untuk menamatkan perlawanan dengan cara aneh. Dia berniat untuk mengechip bola menuju tiang tetapi tidak sengaja telah menjaringkan gol keempat.
Tamat perlawanan, Swansea 1-4 Manchester United.
LANGGANI RSS KAMI

