ANDA SEDANG MEMBACA

10

Melihat Masa Depan

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. Rabu, Ogos 14, 2013 ,
Ini Nostradamus


Nostradamus adalah seorang peramal barat yang begitu terkenal. Ramalannya tentang peristiwa yang bakal berlaku adalah 90% tepat. Tapi ini bukan cerita pasal dia, ini cerita pasal sebuah pasukan pandai main bola dari England iaitu Manchester United. Dan cerita ini berkaitan dengan ramalan juara musim ini.

Mudah untuk meramal siapa yang bakal menjuarai musim ini. Penguasaan bola yang mantap, tandukan padu di udara, skill yang mempesona serta gaya yang terbilang. Ciri-ciri itu tidak ada pada pasukan lemah lain yang bertanding dalam Liga Perdana Barclays musim ini. Kebanyakan pasukan yang bertanding hanyalah sebagai pelengkap jadual dan tidak lebih dari memberi sokongan moral kepada pasukan ini untuk mengangkat mereka sebagai juara pada penghujung saingan. Bersama pengurus baru tidak sedikit pun mencacatkan rentak mereka, malah kembali dengan lebih padu dan jitu.

Terkenal dengan falsafah bola sepak menyerang, pasukan Manchester United dengan bersahaja menjuarai perisai komuniti tanpa perlu mengeluarkan banyak peluh. Sistem one touch football yang diterapkan begitu mudah difahami pemain di samping gelekan menarik membuatkan lawan terkaku dan kejang. Ini adalah faktor menyebabkan mereka begitu digeruni lawan. 

Tidak seperti pasukan lain yang bermati-matian bermain di dalam perlawanan pra-musim, Manchester United hanya sekadar memberi pendedahan kepada bakat-bakat baru untuk digilap dan kemudian dijual kepada pasukan lain yang ketandusan pemain hebat. Mereka tidak kisah kalah pada perlawanan pra-musim kerana mereka tahu di hujungnya hanya mereka sahaja yang dipilih untuk bermain pancut-pancut air botol. Tanpa perlu menggigit pemain lawan, mereka tetap ditakuti dengan cara mereka sendiri.

Untuk apa beli pemain baru kalau akhirnya cuma merebut slot kelayakan ke Liga Juara-juara sahaja? Jadi mereka tenang tanpa perlu mengeluarkan buku cek bagi mendapatkan pemain bangang seperti 50 juta paun.

Jadi, mudah kan untuk meramal?

Ini pasukan Juara!

10 Ulasan:

kobetz berkata...

pancut2 air botol tu padu..;-p

haziq berkata...

bakal juara sekali lagi!!

king niko IX berkata...

develop young player jelar season nih...xyah nk bazir2 beli star..bg chance kt academy plak

Mambo Macho berkata...

50 paun yg bangang..haha

http://mambomacho.blogspot.com/

Mambo Macho berkata...

50 paun yg bangang..haha

http://mambomacho.blogspot.com/

Mambo Macho berkata...

50 paun yg bangang..haha

http://mambomacho.blogspot.com/

gomomerahgomo berkata...

tak ramal juara liga perdana pulak ke

hantuLongkang berkata...

MU ni kalu masuk liga super, musim seterusnya turun liga perdana...
pasal pengadil Liga M tak makan rasuah, sangat tegas dan pandai tengok jam..

yang jenis bising tepi padang, luar padang hatta dalam media, tak 4 match, mahu 4 bulan kena gantung...kecuali MU letak william wallace XXVIII keh2

Manfaat Sejagat berkata...

Code to join this league: 209637-427666

Tanpa Nama berkata...

Man u bkn power pn,, ngan barcelona yg kene titik ngan bayern tu on x pernah lepas,, kesudahannya, sunderland yg mak ko sokong,,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...