Memaparkan catatan dengan label cerita bola sepak malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cerita bola sepak malaysia. Papar semua catatan
9

Pemain Power Malaysia Yang Kasihan


 
Pada suatu senja yang agak berangin, saya menonton sebuah forum sukan terbitan milik seorang hartawan berbangsa India. Sambil tangan sibuk membalut sesuatu, deria saya menangkap akan setiap perbualan mereka. Mereka berbual santai. Terkadang serius, terkadang bergelak ketawa dan terkadang tergagap gagap macam celaka. Saya hanya mampu korek hidung dan menjentik tahinya ke tepi.

Mereka mendakwa telah mendapat senarai terkini pemain yang akan dipanggil menjadi pelatih skuad Harimau Malaya. Tiba-tiba mereka menyebut satu nama. Tangan saya yang sedang sibuk serta merta terhenti. Nama itu adalah Tam Sheang Tsung. Selain Tam, antara pemain lain yang mereka sebut adalah Nazmi Faiz, Amri Yahyah, Indera Putera dan Piya. Perkara itu agak menarik perhatian saya. Rupanya saya terlalu memandang rendah kepandaian FAM barangkali. Tau jugak mereka  pilih pemain, ingatkan hanya tahu anjurkan parti mabuk minum Brandy.

Selain Tam Sheang Tsung yang kini mewakili Shenzen Shenhua, Malaysia memiliki ramai lagi budak ajaib yang bermain di luar negara. Antaranya Nazmi Faiz ( FC Beira Mar ), S. Kumaahran - Sanjeet Dinesh ( trial Cruzeiro ), Sean Gan Giannelli ( Atletico Arrezo ) dan pemain harapan seluruh umat Malaysia, Fakri Saarani ( FC Barcelona ). Pemain pemain Malaysia yang hebat di mata saya pula adalah Ashaari Samsudin, Piya, Zairo, Indera Putera, Idris Karim, Alex, Fadli Shas, Shahurain, Rozaimi, Rezal Zambery, Manaf Mamat serta beberapa lagi nama yang sebahagian besarnya langsung tidak bermain pada Piala AFF yang sudah. Bodoh piang.

Berbalik kepada senarai nama pelatih di atas, senarai nama tersebut sejumlah 70 orang. Adakah harapan untuk kita melihat rombakan besar seperti yang dijanjikan akan tercapai? Itu lu orang boleh fikir sendiri. Gua ada hal lagi penting.

Assalamualaikum.
 
Boleh tambah lagi player pilihan korang di ruang komen.
25

Iklan: Cerita Bola Sepak Malaysia

LuciusMaximus Rabu, Februari 01, 2012 ,



Projek Cerita Bola Sepak Malaysia (CBSM) adalah satu usaha murni untuk menceritakan perihal bola sepak Malaysia. Apa yang hendak diceritakan kali ini bukanlah tentang kenapa Malaysia tidak ke Piala Dunia, atau Piala Asia atau Piala Negara-negara Afrika. Juga bukanlah tentang kenapa FAM sangat power dalam bermesyuarat tapi mati pucuk dalam mentadbir bola sepak. Bukan juga tentang kenapa pemain bola kita suka tendang bola ke langit, bergambar tanpa baju di tepi kolam renang, skandal dengan artis atau model dan kemudian mudah pula disuap bookie. Bukan, bukan itu semua.

 Tetapi apa yang hendak diceritakan dalam CBSM ialah tentang bagaimana setiap pasukan negeri yang bertanding dalam kancah bola sepak tempatan, dari Perlis hinggalah ke Sabah, pernah pada satu masa bernasib baik dan menjuarai piala-piala yang dipertandingkan oleh FAM.

Dalam erti kata lain, CBSM ialah cerita tentang Perak menjuarai Piala FA 1990, atau tentang Sabah menjuarai liga musim 1996, atau tentang Terengganu menjuarai Piala Malaysia 2001. Atau juga tentang cerita Kedah menjuarai kesemua Piala Malaysia, Piala FA dan kejuaraan liga pada tahun 2008. Ini sebagai contoh.

Tapi apa yang lebih menarik, cerita-cerita ini akan diceritakan oleh anda. Ya, projek CBSM ini terbuka buat mereka yang merasakan ilmu bola sepak mereka setaraf atau jauh lebih hebat dari abang fakta seperti Lucius Maximus.  Kalau anda penyokong Kelantan dan mahu menulis cerita tentang Kelantan menjuarai Piala Malaysia 2010, silakan mencuba nasib.

Projek CBSM mensasarkan untuk menghimpun sejumlah 16 cerita bola (terdiri dari 13 negeri dan 1 wilayah serta 2 cerita lagi tentang Singapura dan Brunei) dalam satu buku bola yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Berminat menyertai projek CBSM?

Berikut ialah pengeras dan pantang larangnya:

1) Satu cerita untuk setiap satu pasukan negeri. Oleh itu hanya cerita yang terbaik akan dipilih mewakili pasukan negeri tersebut.
2) Cerita tersebut mestilah karya anda sendiri, lengkap dengan fakta dan tepat dari segi sejarah.
3) Menceritakan dengan menarik kisah kejayaan pasukan tersebut. Contohnya jika ia tentang Pulau Pinang menjuarai liga tahun 1998, maka ceritakan perjalanan Pulau Pinang dalam menjuarai liga. Jika ianya tentang Selangor menjuarai Piala FA dan Piala Malaysia 2005, ceritakan tentang kisah Selangor menjuarai kedua piala tersebut.
4) Panjang setiap cerita ialah sekitar 2,500 hingga 5,000 patah perkataan dalam bahasa Melayu ejaan Rumi.
5) Ditulis oleh seorang manusia yang menjiwai bola sepak.

Mereka yang berminat mahu bercerita bolehlah menghantar draf 500 patah perkataan pertama ke ceritabolasepak@gmail.com untuk penilaian pakar dan tindakan selanjutnya.

Tarikh tutup penyertaan projek CBSM ialah 29 Februari 2012 bersamaan 7 Rabiulakhir 1433H.

Sebarang perkembangan terkini dan pengumuman mengenai projek CBSM akan dihebahkan di laman Facebook rasmi Cerita Bola Sepak Malaysia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...