ANDA SEDANG MEMBACA

25

Iklan: Cerita Bola Sepak Malaysia

LuciusMaximus Rabu, Februari 01, 2012 ,



Projek Cerita Bola Sepak Malaysia (CBSM) adalah satu usaha murni untuk menceritakan perihal bola sepak Malaysia. Apa yang hendak diceritakan kali ini bukanlah tentang kenapa Malaysia tidak ke Piala Dunia, atau Piala Asia atau Piala Negara-negara Afrika. Juga bukanlah tentang kenapa FAM sangat power dalam bermesyuarat tapi mati pucuk dalam mentadbir bola sepak. Bukan juga tentang kenapa pemain bola kita suka tendang bola ke langit, bergambar tanpa baju di tepi kolam renang, skandal dengan artis atau model dan kemudian mudah pula disuap bookie. Bukan, bukan itu semua.

 Tetapi apa yang hendak diceritakan dalam CBSM ialah tentang bagaimana setiap pasukan negeri yang bertanding dalam kancah bola sepak tempatan, dari Perlis hinggalah ke Sabah, pernah pada satu masa bernasib baik dan menjuarai piala-piala yang dipertandingkan oleh FAM.

Dalam erti kata lain, CBSM ialah cerita tentang Perak menjuarai Piala FA 1990, atau tentang Sabah menjuarai liga musim 1996, atau tentang Terengganu menjuarai Piala Malaysia 2001. Atau juga tentang cerita Kedah menjuarai kesemua Piala Malaysia, Piala FA dan kejuaraan liga pada tahun 2008. Ini sebagai contoh.

Tapi apa yang lebih menarik, cerita-cerita ini akan diceritakan oleh anda. Ya, projek CBSM ini terbuka buat mereka yang merasakan ilmu bola sepak mereka setaraf atau jauh lebih hebat dari abang fakta seperti Lucius Maximus.  Kalau anda penyokong Kelantan dan mahu menulis cerita tentang Kelantan menjuarai Piala Malaysia 2010, silakan mencuba nasib.

Projek CBSM mensasarkan untuk menghimpun sejumlah 16 cerita bola (terdiri dari 13 negeri dan 1 wilayah serta 2 cerita lagi tentang Singapura dan Brunei) dalam satu buku bola yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Berminat menyertai projek CBSM?

Berikut ialah pengeras dan pantang larangnya:

1) Satu cerita untuk setiap satu pasukan negeri. Oleh itu hanya cerita yang terbaik akan dipilih mewakili pasukan negeri tersebut.
2) Cerita tersebut mestilah karya anda sendiri, lengkap dengan fakta dan tepat dari segi sejarah.
3) Menceritakan dengan menarik kisah kejayaan pasukan tersebut. Contohnya jika ia tentang Pulau Pinang menjuarai liga tahun 1998, maka ceritakan perjalanan Pulau Pinang dalam menjuarai liga. Jika ianya tentang Selangor menjuarai Piala FA dan Piala Malaysia 2005, ceritakan tentang kisah Selangor menjuarai kedua piala tersebut.
4) Panjang setiap cerita ialah sekitar 2,500 hingga 5,000 patah perkataan dalam bahasa Melayu ejaan Rumi.
5) Ditulis oleh seorang manusia yang menjiwai bola sepak.

Mereka yang berminat mahu bercerita bolehlah menghantar draf 500 patah perkataan pertama ke ceritabolasepak@gmail.com untuk penilaian pakar dan tindakan selanjutnya.

Tarikh tutup penyertaan projek CBSM ialah 29 Februari 2012 bersamaan 7 Rabiulakhir 1433H.

Sebarang perkembangan terkini dan pengumuman mengenai projek CBSM akan dihebahkan di laman Facebook rasmi Cerita Bola Sepak Malaysia.

25 Ulasan:

kobetz berkata...

nk join..

Cob Nobbler berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
hellghast berkata...

gua terpaksa tolak,gua pemerhati dan pengkritik,bukan pengarang

Nik Zulkhairi berkata...

aku setakat baca boleh la. kalau nak tulis, haram..

mdazlnshkni berkata...

mesti best.

nami nape padam komen?

Skudal berkata...

bagus idea ni...khas untuk ULTRA negeri....apa lagi..

Hazwan berkata...

menarik2

julu berkata...

bro Jarr..
apa lagi.. PETEH GANU PETEH la.. :)

hantuLongkang berkata...

Pok Mang kecewa...Pok Mang marah...Pok Mang maki...Pok Mang ludah...

"brayok, mis semata" Pok Mang menyumpah..kertas bercetak 2416 di campak jauh..

Pok Mang bukak tv...
Perak 1-0 Terengganu...

Pok Mang kecewa, marah, maki dan ludah lagi...tiba-tiba penalti..Pok Mang ketap gigi..

cerita selanjutnya, tanya budak2 perak yang balik hampa tahun 2001..hahah

NNELANG!

Tanpa Nama berkata...

Cambest je projek ni...

kueh bakar berkata...

NAZMI FAIZ da masuk mangga..kehkehkeh

Aziz Nasution berkata...

wooo.. menarik ni.. tapi memandangkan sang editor nya ialah Luci, baik aku jadi pembaca je la.. huhu

tukang sapu berkata...

minat tp mls nak cari buku sejarah sukan sepakbola malaysia(ada ke?)

gud luck utk projek ini.

Jarr berkata...

Terengganu aku amik.

syamem berkata...

macammane dengan pasukan berstatus kelab? MPPJ Selangor? Telekom Melaka? NS Cempaka? Johor FC?

r.k berkata...

ghua sebenarnya nak tulis pasal Nismilan menang Liga Super , Piala FA , Piala Sumbangsih dan Piala Malaysia 2012 . tapi tarikh tutup bulan 2 . maka , ghua postpone niat ghua ni .

Kama Irahsa berkata...

mampuih nk cr kejayaan pasukan melaka. kih3..

asstref berkata...

elok le tu, bior ramai yang participate. lepas tu pakat2 angkat balik team tempatan. idok le tumpo deme esok-esok.sokong kena sokong yob, tapi tegor kena tegor juge.

mcphisto berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
mcphisto berkata...

deme kene tulih dalang base ganu la jarr..
nok sedak ag base ganu alek ulu nung..
baru nellang sek iterrrrr
supe abg id towww

jumari jipan berkata...

Bagus idea ni. tapi malang aku tak pandai mengarang.

Apapun kalau buku tu keluar nanti aku pasti beli.

jumari jipan berkata...

Idea yg sangat bagus.

Buku tu keluar nanti aku pasti beli.

bicara mak dara berkata...

great entry indeed..

btw i just voted for you for Worlds Bloggers And Social Media Awards 2012.. All the best ya... =)

Plsssss vote me back for THE WORST BLOG OF THE YEAR @http://socialmediaweek.com.my/awards/category.php?id=33 "click vote di link www.bicaramakdara.com ye Thank youuuu =)

hantuLongkang berkata...

kemah Jarr...bereh awok2 kita

talkIZcheap! berkata...

idea ni dah boleh bungkus dah ni... selain terengganu, takde team lain yang nak ditulis, semua pakat nak baca, takde sape nak tulis, LOLZZ!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...