Memaparkan catatan dengan label hari lucius. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hari lucius. Papar semua catatan
22

Bookstock 2010 - Majlis Pelancaran Buku Cerita Piala Dunia Lucius Maximus

Pipiyapong Abdillah Hamzah Jumaat, Disember 17, 2010 , , ,





Sempena Bookstock 2010 yang akan berlangsung di UYA Disto pada 17, 18 dan 19 Disember ini, kami membawakan majlis pelancaran buku Cerita Piala Dunia kepada anda semua! Semua dijemput hadir membawa keluarga dan sanak saudara.

Berikut adalah maklumat dan tentatif majlis:

Majlis Pelancaran Cerita Piala Dunia - 19 Disember 2010 (ahad)

8.00 malam - Tetamu, ratu-ratu cantik, kerabat diraja, ahli-ahli kehormat, Exco, ADUN dan dif dif mengambil tempat
8.05 malam - Nyanyian Negaraku dan lagu negeri Pahang
8.10 malam - Bacaan doa
8.15 malam - Ucapan alu-aluan dari CEO UYA Distro
8.30 malam - Lucius Maximus naik pentas tersengih-sengih
8.35 malam - Budak-budak jerit, "Woi lancar la, lancar la!"
8.40 malam - Lucius membacakan fragmen fragmen dari Cerita Piala Dunia dengan penuh perasaan
8.50 malam - Hadirin bertepuk tangan
8.52 malam - Lucius melancarkan Cerita Piala Dunia dengan air mata bergenang
8.53 malam - Hadirin bersorak riang
8.55 malam - Lucius Maximus mendepakan tangannya tanda puas hati
9.00 malam - Hadirin mula rasa tak selesa dengan telatah Lucius
9.05 malam - Lucius mengambil tempat di meja autograf
9.10 malam - Tetamu beratur panjang ingin mendapatkan autograf sampai ke Shah Alam barisan
9.30 malam - Tetamu yang tak beli buku lagi terhegeh-hegeh baru nak beli
9.40 malam - Buku habis dan 2-3 orang mengamuk pecahkan cermin kedai
9.45 malam - Sesi beramah mesra dengan Lucius Maximus
10.15 malam - Diskusi bola beramai-ramai yang dikendalikan oleh moderator, Bart Ahmad
11.15 malam - Sesi beramah mesra lagi dengan Lucius Maximus
12.00 malam - Sesi menonton perlawanan bola Manchester United lawan Chelsea
2.00 pagi - Perlawanan berkesudahan seri 0-0
2.05 pagi - Semua balik
2.10 pagi - Jamuan

Maklumat selanjutnya boleh didapatkan di sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...