Memaparkan catatan dengan label cerita piala dunia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cerita piala dunia. Papar semua catatan
22

Bookstock 2010 - Majlis Pelancaran Buku Cerita Piala Dunia Lucius Maximus

Pipiyapong Abdillah Hamzah Jumaat, Disember 17, 2010 , , ,





Sempena Bookstock 2010 yang akan berlangsung di UYA Disto pada 17, 18 dan 19 Disember ini, kami membawakan majlis pelancaran buku Cerita Piala Dunia kepada anda semua! Semua dijemput hadir membawa keluarga dan sanak saudara.

Berikut adalah maklumat dan tentatif majlis:

Majlis Pelancaran Cerita Piala Dunia - 19 Disember 2010 (ahad)

8.00 malam - Tetamu, ratu-ratu cantik, kerabat diraja, ahli-ahli kehormat, Exco, ADUN dan dif dif mengambil tempat
8.05 malam - Nyanyian Negaraku dan lagu negeri Pahang
8.10 malam - Bacaan doa
8.15 malam - Ucapan alu-aluan dari CEO UYA Distro
8.30 malam - Lucius Maximus naik pentas tersengih-sengih
8.35 malam - Budak-budak jerit, "Woi lancar la, lancar la!"
8.40 malam - Lucius membacakan fragmen fragmen dari Cerita Piala Dunia dengan penuh perasaan
8.50 malam - Hadirin bertepuk tangan
8.52 malam - Lucius melancarkan Cerita Piala Dunia dengan air mata bergenang
8.53 malam - Hadirin bersorak riang
8.55 malam - Lucius Maximus mendepakan tangannya tanda puas hati
9.00 malam - Hadirin mula rasa tak selesa dengan telatah Lucius
9.05 malam - Lucius mengambil tempat di meja autograf
9.10 malam - Tetamu beratur panjang ingin mendapatkan autograf sampai ke Shah Alam barisan
9.30 malam - Tetamu yang tak beli buku lagi terhegeh-hegeh baru nak beli
9.40 malam - Buku habis dan 2-3 orang mengamuk pecahkan cermin kedai
9.45 malam - Sesi beramah mesra dengan Lucius Maximus
10.15 malam - Diskusi bola beramai-ramai yang dikendalikan oleh moderator, Bart Ahmad
11.15 malam - Sesi beramah mesra lagi dengan Lucius Maximus
12.00 malam - Sesi menonton perlawanan bola Manchester United lawan Chelsea
2.00 pagi - Perlawanan berkesudahan seri 0-0
2.05 pagi - Semua balik
2.10 pagi - Jamuan

Maklumat selanjutnya boleh didapatkan di sini.
6

Iklan: Cerita Piala Dunia Di Sabah Suda!

LuciusMaximus Rabu, November 17, 2010 ,



Ya, yang paling dinanti-nantikan kini telah tiba. Cerita Piala Dunia kini sudah tiba di Sabah dalam jumlah yang terhad. Sangat terhad!

Harga RM25 melalui tangan. Sedia dihantar terus kepada pembeli oleh tuan penulis sendiri. Dan bisa ditandatangani depan si pembeli jika mahu! Sesiapa yang berminat, sila emel segera ke praetor.lucius.maximus@gmail.com dan tinggalkan nombor telefon untuk dihubungi!

Pat pat siku lipat,
Siapa cepat dia dapat!
27

Berita terpaling Hot Tahun 2010

FdausAmad Isnin, November 01, 2010

Cerita Piala Dunia oleh pengkritik bola sepak indie nombor 1, Lucius Maximus kini boleh di-order sekarang.

Cerita Piala Dunia + Para Penulis Sokernet
220++ muka surat
RM25 (termasuk pos)

Bagi yang berminat untuk mendapatkannya,

1. Buat pembayaran sebanyak RM25 ke akaun berikut:

1621 0663 5004 (Maybank)
Mohd. Saufy Nizar

2. Hantar e-mel bertajuk 'CPD' ke dubookpress@gmail.com dengan menyertakan sekali bukti pembayaran dan alamat.

3. Sila bercakap sopan dengan Abdul Dubook.

4. Bagi yang ingin membeli pakai tangan, anda boleh membelinya di UYA Distro bermula pada minggu hadapan.

Yang benar, Pipiyapong. <-- abang sweet:)




Kalau gua tak silap, buku ini cuma dicetak 200 keping sahaja!


Cepat order sementara barang masih ada.




p/s: dubookpress pte.ltd adalah syarikat milikpenuh bumiputra.


p/s lagi : Signature Lucius?, buat masa sekarang, perkara itu kami tak dapat sediakan..

p/s/s lagi-lagi: Signature? Datang Sabah. Atau pun tunggu aku balik Semenanjung nanti (Lucius)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...