Sesi mencari salah orang (Tak baik)
Sekarang adalah waktu yang elok untuk marah-marah dengan kelab kesayangan sendirik. Mengapa elok? Pasal baru 3 game jek pun. Sebab, baik marah sekarang dan carik salah, berbanding nak marah dan carik salah, waktu hujung musim. Dah takde makna dah waktu tu. Lebih kurang macam kau beli kaset Kak Melah @ Ramlah Ram sekarang. Dah season.
Waktu Moores dan Parry berjabat tangan dengan Hick dan Gillet, sambil mengumumkan pembinaan stadium baharu Liverpool, aku memang enjoy. Enjoy gila lah. Macam stadium tu nak buat kat kampung aku jek. Hairan betul.
Itulah tawaran menarik yang dibuat oleh Hick dan Gillet sampai Moores tolak DIC, tanpa dia sedar DIC tu dah taraf infiniti punca kewangannya. Sedangkan Hick dan Gillet, orang Amerika yang memang involved dalam bisnes sukan, di Amerika, sebenarnya berhutang dengan bank untuk membeli Liverpool. Berhutang yang sangat banyak. DIC pula, walaupun tawaran mereka cuma kurang sikit, tapi daripada duit mereka sendirik, dan DIC sekarang sudah menunjukkan belangnya dengan Manchester City. Beli pemain macam makcik-makcik beli sayur kat pasar tani jek.
Jadi mengapa tidak ada stadium lagi? Sebab pertamanya, antara niat Hick dan Gillet nak ambil Liverpool ni, adalah untuk membiayai Taxes Ranger di Amerika. Texas Rangers ni main sukan yang kita main waktu PJK dulu, baseball. Pastu, ekonomi meleset, dan alasan ni jelah yang Amerika tu cakap kat orang ramai. balik2 ekonomi meleset.
Apa macam? Jadi kalau ada yang bertanya, bagaimana pula dengan pembelian pemain oleh Rafa yang dah dekat 200 juta sejak dia datang ke Anfield? Itu semua duit hutang, bukan dari poket orang Amerika tu. Hutang semua tu. Macam kau beli Home Theater kat Court. Hutang. Tengok sekarang, Liverpool dan takde duit nak beli pemain kelas A macam Torres. Balik2 pemain kelas B. Yang duit jual Keane dulu pun, rasanya tak tau dah pakai ke tak. Entah-entah dah pakai kat Texas Rangers.
Tapi untuk berlaku adil dengan dua orang Amerika yang tak tau pasal bola tu, kita boleh cakap, yang Rafa pun salah. Mengapa salah? Yalah, sebab dia beli pemain yang under valued, macam Babel, Voronin, hah siapa lagi. Senaraikanlah sendirik. Malah terkadang, macam Keane, dia beli mahal pastu jual balik, murah. Pakai kejap je pun. Dah taraf henpon CSL dah aku tengok, takpun M-Mobile. Jadik kalau kau ada duit, kau nak ke bagi orang macam Rafa belanjakan duit kau?
Itu belum lagi masuk dengan taktikal Rafa yang tak konsisten tu. Main nasib-nasib jek. Contohnya lawan Aston hari tu, adakah patut, main dengan dua midfield yang bersifat bertahan macam Mascherano dan Lucas. Padahal, Liverpool ni kuat, boleh jek main serang bertubi-tubi dengan kelab tak kuat macam Villa. Last-last midfield Villa relek-relek jek bila midfeild Liverpool dapat bola, pasal mereka tau, alih-alih, midfield Liverpool ni pasing kat Reina balik. Tak mengancam pun. Belum cerita pasal zonal marking. Ah, banyak betullah, tak puas hati aku. Main taktikal sangat ni, boleh mabuk tau tak!
Itu satu hal. Alang-alang salahkan Rafa dan Amerika tu, kena salahkan jugak Moores dan Parry. Bekas pengarah dan chief excutive Liverpool. Waktu tu BOD Liverpool tak setuju pun nak jual Liverpool kat Amerika tu, tapi sebab tawaran stadium dan lebih 8o juta pound masuk dalam poket depa, Moores dan Parry terima. Nasib baik depa ni dah takde. Sebab Parry jugaklah dulu Daniel Alves yang power tu tak masuk Liverpool.
Jadi apa kesimpulan daripada semua ini? Kesimpulannya, ayam terlepas, tangan bau taik. Tangan siapa? Tangan peminat-peminat Liverpool la. Mana tahan bila kena tanya, bila nak menang BPL ni? EPL memang dah tak merasa langsung dah.
Tapi, untuk lebih adil lagi, apa yang kita perlu buat sebagai peminat Liverpool? Tetap sokong juga. Dengan harapan suatu hari nanti Rafa boleh buktikan yang aku salah pasal dia. Aku berharap sangat pada akhir musim ni, Rafa datang kat aku dan cakap, “Tengok, aku dah menang BPL, Euro, dan FA untuk Liverpool. Kau? Apa kau buat? Tau nak marah2 orang jek! Bingai!”
Ya, aku tunggu hari itu. Waktu itu aku akan mengaku aku salah dan aku sanggup nyanyi lagu Axl- andai dapat ku undurkan waktu kat Anfield.
LANGGANI RSS KAMI