ANDA SEDANG MEMBACA

25

Berita Liverpool - Mencari salah.

MDM FARAH FAIZURA Khamis, Ogos 27, 2009 , ,
Sesi mencari salah orang (Tak baik)

Sekarang adalah waktu yang elok untuk marah-marah dengan kelab kesayangan sendirik. Mengapa elok? Pasal baru 3 game jek pun. Sebab, baik marah sekarang dan carik salah, berbanding nak marah dan carik salah, waktu hujung musim. Dah takde makna dah waktu tu. Lebih kurang macam kau beli kaset Kak Melah @ Ramlah Ram sekarang. Dah season.

Waktu Moores dan Parry berjabat tangan dengan Hick dan Gillet, sambil mengumumkan pembinaan stadium baharu Liverpool, aku memang enjoy. Enjoy gila lah. Macam stadium tu nak buat kat kampung aku jek. Hairan betul.

Itulah tawaran menarik yang dibuat oleh Hick dan Gillet sampai Moores tolak DIC, tanpa dia sedar DIC tu dah taraf infiniti punca kewangannya. Sedangkan Hick dan Gillet, orang Amerika yang memang involved dalam bisnes sukan, di Amerika, sebenarnya berhutang dengan bank untuk membeli Liverpool. Berhutang yang sangat banyak. DIC pula, walaupun tawaran mereka cuma kurang sikit, tapi daripada duit mereka sendirik, dan DIC sekarang sudah menunjukkan belangnya dengan Manchester City. Beli pemain macam makcik-makcik beli sayur kat pasar tani jek.

Jadi mengapa tidak ada stadium lagi? Sebab pertamanya, antara niat Hick dan Gillet nak ambil Liverpool ni, adalah untuk membiayai Taxes Ranger di Amerika. Texas Rangers ni main sukan yang kita main waktu PJK dulu, baseball. Pastu, ekonomi meleset, dan alasan ni jelah yang Amerika tu cakap kat orang ramai. balik2 ekonomi meleset.

Apa macam? Jadi kalau ada yang bertanya, bagaimana pula dengan pembelian pemain oleh Rafa yang dah dekat 200 juta sejak dia datang ke Anfield? Itu semua duit hutang, bukan dari poket orang Amerika tu. Hutang semua tu. Macam kau beli Home Theater kat Court. Hutang. Tengok sekarang, Liverpool dan takde duit nak beli pemain kelas A macam Torres. Balik2 pemain kelas B. Yang duit jual Keane dulu pun, rasanya tak tau dah pakai ke tak. Entah-entah dah pakai kat Texas Rangers.

Tapi untuk berlaku adil dengan dua orang Amerika yang tak tau pasal bola tu, kita boleh cakap, yang Rafa pun salah. Mengapa salah? Yalah, sebab dia beli pemain yang under valued, macam Babel, Voronin, hah siapa lagi. Senaraikanlah sendirik. Malah terkadang, macam Keane, dia beli mahal pastu jual balik, murah. Pakai kejap je pun. Dah taraf henpon CSL dah aku tengok, takpun M-Mobile. Jadik kalau kau ada duit, kau nak ke bagi orang macam Rafa belanjakan duit kau?

Itu belum lagi masuk dengan taktikal Rafa yang tak konsisten tu. Main nasib-nasib jek. Contohnya lawan Aston hari tu, adakah patut, main dengan dua midfield yang bersifat bertahan macam Mascherano dan Lucas. Padahal, Liverpool ni kuat, boleh jek main serang bertubi-tubi dengan kelab tak kuat macam Villa. Last-last midfield Villa relek-relek jek bila midfeild Liverpool dapat bola, pasal mereka tau, alih-alih, midfield Liverpool ni pasing kat Reina balik. Tak mengancam pun. Belum cerita pasal zonal marking. Ah, banyak betullah, tak puas hati aku. Main taktikal sangat ni, boleh mabuk tau tak!

Itu satu hal. Alang-alang salahkan Rafa dan Amerika tu, kena salahkan jugak Moores dan Parry. Bekas pengarah dan chief excutive Liverpool. Waktu tu BOD Liverpool tak setuju pun nak jual Liverpool kat Amerika tu, tapi sebab tawaran stadium dan lebih 8o juta pound masuk dalam poket depa, Moores dan Parry terima. Nasib baik depa ni dah takde. Sebab Parry jugaklah dulu Daniel Alves yang power tu tak masuk Liverpool.

Jadi apa kesimpulan daripada semua ini? Kesimpulannya, ayam terlepas, tangan bau taik. Tangan siapa? Tangan peminat-peminat Liverpool la. Mana tahan bila kena tanya, bila nak menang BPL ni? EPL memang dah tak merasa langsung dah.

Tapi, untuk lebih adil lagi, apa yang kita perlu buat sebagai peminat Liverpool? Tetap sokong juga. Dengan harapan suatu hari nanti Rafa boleh buktikan yang aku salah pasal dia. Aku berharap sangat pada akhir musim ni, Rafa datang kat aku dan cakap, “Tengok, aku dah menang BPL, Euro, dan FA untuk Liverpool. Kau? Apa kau buat? Tau nak marah2 orang jek! Bingai!”

Ya, aku tunggu hari itu. Waktu itu aku akan mengaku aku salah dan aku sanggup nyanyi lagu Axl- andai dapat ku undurkan waktu kat Anfield.


25 Ulasan:

Buja berkata...

ulasan penuh emosi . syabas ! . Teruskan beremosi .

hak3

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

Selera lagu lu memang buat gua nak mengamuk...

macdontknow berkata...

sejarah mungkin berulang by newboyz 1...

shah a.fuad berkata...

Hahaha. Lagu tak boleh blah. Lagu thomas takde ke ?

medihebat berkata...

lu nak emosi...baik lu attach lagu nyanyian kumpulan STRAW - DEMO OGHE TINO KAWE OGHE JATE..

Dewajiwa berkata...

jual je Rafa tu

zan berkata...

Huhu..aku memang bersetuju sangat dengan ko..
Apa2 pun..
In Rafa We Trust! (selagi boleh trust la..)

Azhan berkata...

mak aihhh,
seleksi lagu boleh mencetuskan ketegangan.

Azlan Zed berkata...

patut la org kata penyokong liverpool emo... an an...

bloodynose berkata...

Aku macam sizen lepas gak.masih berani nak bet jersi,liverpool menang kat OLD TRAFFORD.mgkn sokong melulu,tapi kesan sizen lepas masih terasa..

saudagar gaRAM.. berkata...

masa spurs balun liverpool aritu pun,member gua ada jugak yang back up liverpool..

mamat tu kata,rileks ar beb..
masih ada lagi 37 game lagi..

dan gua jawab..
memang ada lagi 37 game..
gua tau..
tapi,first game of the season,ada berapa?

satu je beb..

Tanpa Nama berkata...

Rafa tu bapa angkat rafael dalam cite ninja tertel tu....banyak sgt makan kepala ikan bilis itu yang buat susah nak berfikir baik....



brado-brado

Shank berkata...

ramalan Bookie - Champ League

Man u , Juv , Marseile ,stadard Leige ,

ARsengal , real Madrid ,Foirentina , Wolsburg

Chelshit , Porto , sturgart , macabi Haifa

Liverpool , Rangers , dynoma kiev , APOEL ..

hahahaha

Alexia Aqram berkata...

terima lah hakikat. kan itu lebih elok wahai liverpoodians sekalin.

Tanpa Nama berkata...

bli pmain ikut nafsu.. ade ke Glen, penyanyi indon tu dia bli 17 juta. pastu komplen duit xde.
tgk man u.. arsenal.. bli pmain murah DAN berkualiti... vermalen.. sagna.. brape je.. rafael dan fabio..bpe sen je. alih2 nk salahkan owner.. dia org berniaga.. bukan nk main bola sgt pun. apa pun 3 games 3 points kira ok lah.. anggap je LiverFool seri 3 matches, kira sama gak... mcm x kalah la jugak. season lepas pun seri 7 games, kalah 2 je...ada harapan lagi tu.... hahahahahahahahahaha. you'll never walk alonG with EPL trophy...:)

Kap berkata...

tinggal harapan, tinggal doa..
long live Real Madrid :)

joegrimjow berkata...

liverpool terbaik
haaa
peduli apa

Amirul Idham berkata...

voronin dia beli free beb..

tapi aku masih tak puas hati dgn owner liv ni..
habis siot semua duit liverpool dia bazir kat kelab texas bodoh tu..
permainan baling bola pukul pakai kayu yg bodo tu..

yg paling bengang tu, duit buat stadium baru pun dia sebat..
dia sebenarnya guna duit liv ni utk bayar hutang kat company milik diorang yg bnyk hutang dan utk kelab texas dia tu...

dan satu lagi..
cuba kau jgn letak lagu rock kapak yang tahap bangsat macam tu lagi..
sakit sial jiwa aku mendengarnya...

Tanpa Nama berkata...

awal2 dah kalah dua game..kena gi seminar tingkatkan konpidendiri dulu..

-MsGoodNite- berkata...

marah-marah ke? erm.. i baca rasa nak gelak pon ada! tp mmg patut pun marah! main ntah hape2

[ a D D y ] berkata...

wa rasa lucas patut jadik winger..
xbley men mid..
naikkan babel jadik striker..

Firol berkata...

live from anfield lah kirenya...

Tanpa Nama berkata...

bukan anfield lg..
dh jadi ENDfield

ayobkelubi berkata...

takpe

pedulikan EPL ni kejap, baik layan SELANGOR lagi bestlah!. hehehe.

addyhaikal : wa setuju ngan lu.LUCAS tak kreatif, inovatif dan tentatif untuk umpan ke torres.

adijaya berkata...

haha.. penyokong liverpool macam dah tahu je mereka tak dapat masuk champions league. cuma tak pernah terlintas di fikiran mereka bahawa liverpool akan finish ke-7. bawak-bawak la bersabar dan membiasakan diri dengan europa league. next season pun sama, liverpool out of top 4. jadi kalau dah terbiasa, tak terasa sangat peritnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...