ANDA SEDANG MEMBACA

21

Liverpool VS Aston Villa : Aftermath

MDM FARAH FAIZURA Selasa, Ogos 25, 2009 ,
Prolog
Hari ini aku tak ada mood. Mood nak buat lawak pasal Jamal Abdillah @ Jama pun takde. Kalau ada mood pun, cuma mood nak memarang dan menakik. huh. Semuanya sebab ramalan aku sebelum ini betul, tetapi terbalik. Aku ramalkan Liverpool menang 3-0. terbalik pulak jadi kalah 3-1. Yang betul adalah berkenaan Lucas. Aku ramalkan Lucas akan main seperti biasa, main macam haram dan ia memang betul, sampai boleh jaringkan gol sendiri. Power beb! Jadi seperti kata Hasbullah Awang, “Apa sudah jadi?” Aku pun nak menganalisis kekalahan ini dalam bentuk cerpen sedih, dengan hati yang ditoreh-toreh.

Sebelum perlawanan. Anfield.
Rafa tersenyum kecil melihat Lucas berjaya mengelecek Mascherano. Rafa mencatat sesuatu pada buku nota kecilnya sebelum berpaling kepada Sammy Lee yang terus menjerit-jerit kepada Nabil yang berlari lemah kerana berpuasa.

“Sammy, aku dah dapat 1st eleven aku untuk malam ini,” kata Rafa sambil membetulkan kaca matanya.

Sammy menoleh dan berhenti berteriak kepada Nabil dan mengerut dahi memandang wajah Rafa yang terus memandang ke arah Lucas, yang menunjukkan skill menimbang bola di hadapan Nabil yang berpuasa.

“Bos nak masukkan Lucas?” soal Sammy dengan mimik wajah yang tegang.

“Ya. Prestasinya dalam latihan memuaskan hati,” jawab Rafa sambil sesekali menjeling pemain Greek yang baru dibelinya sedang bercakap-cakap dengan Voronin berkenaan cara menjaga rambut.

“Tapi bos, bukan bos tak tahu, Lucas tu cuma jaguh waktu training je. Walaupun skuad Brazil dah panggil dia untuk team nasional, tetapi ia belum cukup,” bantah Sammy Lee.

“Kita tak ada pilihan. Aquilini pun masih cedera. Nak beli pemain tengah yang ada visi menyerang, tuan Amerika tu tak bagi duit yang cukup. Tau nak untung jek. Bodoh punya Amerika,” jawab Rafa dengan mimik wajah yang geram sambil mencatat-catat lagi dalam nota kecilnya.

“Tapi, kita masih ada Gerrard. Mengapa tidak kita letak saja Gerrard di tengah. Kemudian second striker kita boleh letak Voronin ataupun Kuyt,” kata Sammy Lee sambil dahi berkerut apabila melihat Voronin sedang mengikat rambut pemain Greek itu. Pemain Greek yang Sammy syak adalah daripada keturunan Spartan.

“Sammy, kalau kita tak beri peluang kepada Lucas, sampai bila-bila pun Lucas tidak akan mampu menunjukkan prestasinya. Kau jangan risau. Aku yakin dengan Lucas,” jawab Rafa dengan nada serius.

Sammy hanya mengangguk kecil. Dia nak cakap apa lagi, kalau bos dah cakap macam tu. Tapi tanpa Rafa sedar, keputusannya itu adalah antara keputusan yang akan melukakan jutaan hati penyokong Liverpool di seluruh dunia. Kalaulah Rafa tahu perkara itu.

Masa perlawanan.
Rafa terus menunjukkan aksi isyarat tangannya yang pantas selepas Gerrard terlepas peluang keemasan di depan pintu gol. Aksi isyarat tangan Rafa itu membuatkan pemain Greek yang baru itu mengerut dahi dan dia berbisik kepada Voronin, “Risau aku tengok Rafa. Silap-silap boleh jadi Naruto.”

“Aku pun minat Naruto,” kata Voronin sambil menunjukkan isyarat tangan Naruto untuk memanggil Gamabunta (Katak raksasa yang boleh bercakap)

Pemain Greek berketurunan Sparta itu menahan nafas. Dia diam jek sambil tengok Lucas tendang bola ke laut.

“Tapi, aku tak risau sangat pasal tu. Tapi, aku risau tengok Gerrard. Bukan kau tak tahu, kalau Gerrard tak perform, satu team ni tak perform. Lebih-lebih lagi kalau defend lawan kawal Gerrard, kawkaw. Tak ada siapa lagi dah nak support Torres,” kata Voronin pula.

Pemain Greek berketurunan Spartan seperti yang Sammy syak itu mengangguk-angguk kepala dan berkata, “Memang Liverpool banyak sangat bergantung pada Gerrard, ya?”

“Tak jugak. Cuma, ada waktunya. Tapi, aku rasa malam ini, Liverpool banyak bergantung pada Gerrard jek. Tengah macam tak ada support. Nasib baik ada Benayoun tu lincah,” jawab Voronin sambil memandang Lucas yang baru mengasari pemain Aston Villa.

“Bahaya ni,” kata pemain Greek itu apabila pemain Aston Villa meletakkan bola dengan berhati-hati.

Voronin cuma diam. Dan kemudian. Gol! Lucas menjaringkan gol sendiri. Voronin mengeluh kecil. Itulah permulaan kecelakaan Liverpool.

Selepas tamat perlawanan. Analisis.
Aku malas dah nak tulis cerpen. Aku nak tulis point-point yang aku ingat saja.

  1. Penjaga gawang Aston Villa pasti akan dinobatkan menjadi hero kerana banyak save bola. Tetapi bola yang dia save tu, semua bola yang terus tendang ke arahnya saja. Tinggal nak tangkap or tepis jek. Cuba kalau bola tu leret, mampus dia nak save.
  2. Muka Torres masih biru sebab berlanggar dengan Wigan minggu lepas. Defend Aston, kawal kawkaw. Kesian dia.
  3. Gerrard tak perform macam yang aku nak. Tapi lagi ok daripada Lucas.
  4. Defend Liverpool masih sangat lemah kalau bola lintang dan tanduk ni. Liverpool perlukan defend yang macam Hyypia tu, hebat diudara. Bukan sekadar hebat ditanah rata.
  5. Benayoun agak meyakinkan dengan lariannya.
  6. Lucas, aku malas nak cerita.
  7. Kuyt, tetap menjadi pemain pilihan aku. Dia rajin dan tak kenal putus asa. Kalau dia kerja KFC, dia akan terpilih sebagai 'Staff of the month' (Ye ke anugerah tu? Hahaha. Betulkan kalau salah.)
  8. Insua, seperti yang Rafa cakap, “Insua tu, tak lama lagi, national team pangillah dia tu.” Ya, dia memberikan alternatif serangan yang baik.
  9. Glen. Bagus mamat ni, satu alternatif serangan yang baik jugak.
  10. Babel, seperti yang aku ramalkan dia akan ganti Benayoun, dan dia suka pulak try jauh-jauh. Oklah tu. Tapi, kalau dia passing kat orang lain, lagi ok rasanya.
  11. Defend Aston Villa, dan midfield agak kemas malam ini. Sidwell tu walaupun macam rangka jek, tapi mantop.
  12. Liverpool kuasai game, tapi Villa yang menyempurnakan peluang.
  13. Voronin masuk jadik 2nd striker ganti Lucas dan Gerrard main kat tengah, baru ada gol. Tapi boleh pulak Gerrard kasi penalti kat Aston.
  14. Pemain Greek berketurunan Spartan tak main malam ni.
  15. Peluang Liverpool menjuarai 3 cup tahun ini, kabur tetapi bak kata Rafa, “Kita perlu optimis.”
  16. Semua pembenci Liverpool sedang ketawa kuat-kuat dan buat ayat yang mencabar kesucian Ramadan untuk peminat Liverpool.

Epilog.
Aku tetap tengok game tu sampai habis. Game yng menamatkan rekod 31 tanpa kalah digelanggan sendiri. Game untuk kekalahan yang ke 52 kepada Aston Villa. Dan aku tetap akan sokong Liverpool. Ok, bagi peminat Liverpool, anggaplah Ramadan ini adalah Ramadan terakhir untuk kita. Jadi, ayuhlah kita tingkatkan lagi amalan kita dan paling utama, tingkatkanlah lagi kesabaran kita.

21 Ulasan:

LuciusMaximus berkata...

Lepas game ada sahur tak? Sedap?

hanuman berkata...

kekekek...nasib baik ada gak 1 gol....ekekeekeek..wa tak tau nak komen apa..nak pecah perut tgk result..man u dah kalaha,liver dah kalah...nampaknya taun ni epl milik the blues la...spur dgn city tak pyh nak berangan..ekeeke

GuardianX berkata...

apa pun aku tetap sokong Liverpool..
Suh dorang jual laa si Lucas the belangkas tuh ...

Shank berkata...

yah .. we still in track my prenn ..

Alke berkata...

Rafa sudah terkena jampi Sir Alex, early season, Sir Alex sudah declare Liverpool hampeh, chelski boley challenge MU. Tu yang rafa buat bukan2 tu. kekekekekeke

Tanpa Nama berkata...

pemain liverpool ramai yg puasa sebab respek kat nabil kut

Tanpa Nama berkata...

kops kalah pada villa,
villa plak kalah pada wigang minggu lepas.
wigan plak kena titik baik punya ngan MU.

so berdasarkan amalan ilmu mantik yg aku belajar dulu.
level Mu ngan kops skrg ni ibarat jurang mindanao dengan gunung tahan.
huahuahua

Tanpa Nama berkata...

hebat hebat 3-1

zan berkata...

Takpe la..Apa nak buat..
Memang kita masih terasa ketiadaan xabi alonso..
In Rafa we trust!

shah a.fuad berkata...

Yeah! setuju, lucas patut dijual. sissoko 100x lagi bagus dr lucas, main mcm hampeh. Rasa nak lempang pun ada.

medihebat berkata...

ilmu mantik aku tak berapa fantastik...tapi aku rasa ada kene mengena gak...burnley kasi 1-0 kat man u...stoke menang 2-0 dgn burnley...maka, stoke dgn man u juga jurang mindanao tapi gunung tahan letak tepi...

bloodynose berkata...

setuju dgn shah afuad..momo memang the best.tahun lepas pasal dia xmain la chelsi boleh menang dgn juve ms ECL

ayobkelubi berkata...

bawak bertenang!.

apa yang penting?. jual lucasssssss!

Kap berkata...

punah poin aku!!

[ a D D y ] berkata...

wa still sokong liverpool walaupun turun liga..
xpayah la duka berduka ni..
dulu pun liverpool slalu kalah gak..
skang je fan2 man u nak bahan..
sebab rasa terancam..

maoi berkata...

"dulu pun liverpool slalu kalah gak.." --> bagus la kalau dh sedar.. hahaha

FIRZA berkata...

takziah la dingin.....wa bersahur dlm keadaan girang tdi......

atok berkata...

btol.
bola byk g kat keeper dan liv kuasai permainan.
tp kredit patut untuk petrov yg relax je kwal tgh bile dpat bola.
tp x ley lwan barry la.
haha awal perlwanan,liv bajet boley gegar aston 5 0 mcam season lpas.
taik ang benitez.
kakakkaka

Tanpa Nama berkata...

jual lucas bukan boleh dapt byk duit..suh dia buat air je lah..

kueh bakar berkata...

best blog ni..

-MsGoodNite- berkata...

Aku respect gak Liverpool ni, tp tak sokong pun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...