ANDA SEDANG MEMBACA

20

Rebiu Fulham Lawan Chelsea – Minit Ke Minit

Lucius Maximus Isnin, Ogos 24, 2009
Jejak Kasih - Encik Drogba dari Ivory Coast ditemukan dengan saudara kembarnya Anelka dari Perancis yang terpisah semenjak dilahirkan

Minggu lepas tekaan aku untuk perlawanan ini ialah Chelsea menang, 2-1 dengan gol jaringan Didier Drogba dan Nicolas Anelka untuk Chelsea manakala Clint Dempsey menjaringkan gol tunggal Fulham.

Ulasan pra perlawanan, Jamie Reeves dan Paul Masefield (ESPN Star) berhujah bahawa agak mustahil untuk Drogba dan Anelka bermain bersama.

Sepak mula – Chelsea
1 Aku tuangkan gelas pertama air soya Yeo’s yang dibeli di Servay 3 jam sebelum perlawanan bermula dan buka kacang Supernut berperisa bawang.

12 Ballack dan Drogba berebut untuk mengambil tendangan percuma. Drogba meletakkan bola di posisi yang dikehendakinya dan kemudian Ballack mengubahnya kembali. Ballack mengambil tendangan dan berjaya menghantar bola ke penonton di belakang gol, barisan W kerusi nombor 12.

17 Isi air soya untuk kali kedua di dalam gelas. Jumlah kacang Supernut ditelan setakat ini, 21.

20 Chelsea berkampung di luar kotak penalti Fulham, Mikel mendapat peluang untuk melakukan rembatan tapi tersasar beberapa inci dari tiang. Aku bangun untuk pergi buang air kecil.

27 SMS dari sumandak, ajak pergi kelabing. Bulan puasa, aku balas.

30 Tendangan Terry melepasi palang. Aku tertidur.

38 GOL! Anelka menguasai bola, melakukan lorongan bola yang sempurna untuk Drogba, penjaga garisan tiba-tiba merasakan bendera terlalu berat untuk dinaikkan, Drogba menghantar bola masuk ke gawang di penjuru melepasi Schwarzer yang terkapai-kapai. Aku hampir tersedak kulit kacang.

43 Lari ke 813 untuk menonton Burnley lawan Everton. Ada gaya macam Everton bakal senasib dengan Manchester United.

Tamat separuh masa pertama. Pergi seterika baju dan seluar untuk pakaian kerja.

51 Tipikal, Fulham menguasai perlawanan separuh masa kedua. Kamera fokus ke arah Ancelotti untuk beberapa saat. Tekaan aku tepat, Ancelotti mengenakan sut Armani warna kelabu dan tali leher Chelsea berwarna biru. Agak-agak di mana aku boleh beli?

54 Drogba menguji Schwarzer sekali lagi selepas menyambut baik bola lintang Anelka. Aku berjaya habiskan semua kacang Supernut. Tuang air soya ke dalam gelas untuk kali ketiga.

60 Sakit perut, masuk jamban sekejap.

65 SMS dari kawan, terkena tuduhan belot kerana tidak bertandang ke rumah dia untuk menonton bola. Aku jawab ‘rumah kau takde Supernut’.

69 Lari ke 811, FC Girondins de Bordeaux 1 OGC Nice 0.

72 Lampard melakukan lerekan yang melepasi gawang gold dan hanya beberapa inci melepasi tiang gol. Penonton yang mengenakan jersi Fulham perlahan-lahan berjalan keluar dari Craven Cottage.

75 Tertidur lagi.

78 GOL! Drogba membuat hantaran ke arah Anelka. Meluru melalui bahagian tengah dan bersemuka satu lawan satu dengan Schwarzer. Le Sulk melakukan side step untuk memperdaya penjaga gol Fulham dan dengan lafaz Bismillah menyumbat bola masuk ke dalam gol.

80 Aku rasa Anelka tak puasa, macam selalu.

83 Tuang air soya ke dalam gelas untuk kali keempat. Lari ke 813 sebentar, Burnley 1 Everton 0. David Moyes agak berair matanya.

90+3 West London Derby tamat. Semua penonton di Craven Cottage bersorak gembira bila PA mengumumkan bahawa England telah memenangi Ashes.

Tekaan aku Chelsea menang, betul. Dua gol untuk Chelsea, betul. Jaringan oleh Drogba dan Anelka, betul. Cuma yang tidak betul ialah tiada gol untuk Fulham dari Dempsey.

Moral? Aku sepatutnya ganti Jamie Reeves dan Paul Masefield di ESPN.

Atau kita boleh kata, Sokernet jauh lebih tepat dan betul berbanding ESPN.

20 Ulasan:

angeldream berkata...

game agak berhati-hati. dan mampu menaikkan mood sleepy.tapi ape2hal, 3points secured

:angeldream:

j or ji berkata...

aku rasa tak lama lagi futball pundits semua tu akan merujuk ke blog ini utk preview game.
LOL.

aku nak juga bergandingan dgn edleen di sporscenter Malaysia.

Blogger Ini Tidak Mahu Dikenali berkata...

semalam punya game ok sajor.
cis aku bengang dengan lampard. cis cis cis.

well, status team "ranum" memang tak mau raya gol.

Nazri berkata...

j or ji - ah, nak Edleen je. Kau bergandingan dengan Rashid Saleh.

FIRZA berkata...

game slow gila....tapi tetap menang bergaya..mana main gol2 ehsan ni!....pe klas!

sekali lagi, wa rase kem Chelsea Chelsea review mmg terbaek!.......

pd pandangan bernas wa, bek lu apply keje kat ESPN....mne la tau dpt berganding dgn Paula Malai Ali....

giafranco zola berkata...

selamba menang... walaupun masa aku banyak di habiskan dalam jamban sepanjang perlawanan; ni mesti angkara kuah soto makcik suzi belik kat bazar ramadhan.

kem chelsea punya reviu dan segala tulisan memang termantop dalam ni.

syabas penulis!

Tanpa Nama berkata...

Chelski dh jadi Itali.. main pun mcm Serie A.
Ngantuk beb.. gua bape kali tertido kat kedai mamak... sib baik gua x bawak bantal busuk gua aje.

Lucius Maximus berkata...

Gua ada mintak ESPN hari tu, pergi interview sekali dengan Tuan Haji Hasbullah Awang. Cuma masa ujian tu diorang tayang game american football suruh gua ulas. Mana gua tau beb.

Pipiyapong berkata...

Patutnya Dempsey score minit ke-2.

Gua bersyukur tak jadi penyokong Chelsea. Main macam setan boring.

ayobkelubi berkata...

amboi jorji. lu nak yang garing aje.

aku tiada masalah untuk perlawanan semalam kerana aku sibuk membuat teh perisa vanilla sama goreng roti gulung sosej.

aku kecewa sikit saja, apasal anelka tak nak tunjuk taring lagi.
bak kata hj khair kat opis aku. (Fanatik Chelsea).
"Ko tengoklah season ni,kompom Drogba dapat kasut emas".

eh, apasal aku punya komen ni macam aku sokong chelsea pulak ni?. syoohhh, syoohhh, setan bulan puasa kena kurung kan?. konpius betul ah.

meyour berkata...

MENANG......... tu yang penting!!!!!

3 in a row..... GO THE BLUES!!!!!!

john jenin berkata...

layak jadi pengulas di ESPN?hak ptuih...perasan.kat rtm pon blum tentu layak.kah kah kah...

giafranco zola berkata...

oiit pipi... banyak lak cekodok lu. Yang main mcm setan tu setan merah nuun.

medihebat berkata...

seperti awal kedatangan mourinho...game chelsea agak hambar...attack tak sharp...tapi papehal MENANG...Drogba offside...? linesman telajak sket...Anelka..? dia tolak dribble goalie...

Kap berkata...

sama macam aku..
mengantuk seh!!
tukar2 channel..
tapi takde supernut, air soya yeo's..

hanuman berkata...

org yg matang dia tak gelojoh..tenaga bukan untk 10 game jer..tpi byk lagi...so team yg sdh ranum ni mmg pandai kontrol ejakulasi...menjamin kepuasan bersama..ekekek...salam ramadhan..

FIRZA berkata...

tu dia.....hanuman mmberi alasan yg kritis lagi berkesan......nk tru setan merah dan meriam buluh bgi ayt cenggini?....bayang pun blum tntu weh.....bijak gila.....

paraxixth berkata...

berkat drogba potong rambut.lala.. anelka dah tunjuk taring

mizu_sama berkata...

stakat nie,kem chelsea berjaya memberi ribiu terbaik...kem2 lain tah apa tah,melalut jer

kem chelsea jugak jujur bg ribiu..game chelsea yg agak mengantuk pun dia bg tau..x de la nk memuji jerk..

aku tgk gem nih pun tuka2 chanel..elak ngantuk,kawan aku(fan setan merah) siap bedengkur layan gem..lahanat tul.

pape pun,skuad ranum menang jugak..bak kata hanuman,game byk lagi,wat pe nk kejar2...rilek2 suda...

sekian,ulasan dr sy dr ulasan2 yg di ulas oleh pengulas2 yg telah mengulas.

atok berkata...

match yg bpak bosan.
4 ot dari chelsea.
hampeh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...