Fungsi setiap maskot ialah simbolik kepada kelab mereka. Selain dari untuk menaikkan semangat para penyokong, maskot juga ialah penghibur, bahan gelak dan bahan cacian para penonton. Atas sebab itu barangkali kebanyakan individu yang bekerja sebagai maskot merahsiakan pekerjaan mereka dari kawan-kawan.
Sokernet dengan penuh rasa tawaduk melihat beberapa maskot yang ada di dalam EPL demi pengetahuan am dan kesejahteraan rakyat 1Sokernet.
Stamford The Lion
Tipikal seperti mana-mana lelaki Chelsea, Stamford sang singa sentiasa menarik perhatian dan didampingi oleh kaum wanita. Biarpun si wanita ialah peminat Manchester United. Diilhamkan dari motif singa yang terdapat pada lambang kelab dan nama stadium, Stamford adalah simbol kekuatan dan semangat Chelsea serta United Kingdom of Great Britain. Sejajar dengan cogankata Pride of London. Maskot paling best untuk kelab yang paling best. Zigger Zagger!
Billy The Badger
Seteru Chelsea, Fulham juga tidak ketinggalan untuk menonjolkan maskot mereka sendiri. Setelah merasa kelihatan bodoh kerana menggunakan Terry Bytes (sebuah kalkulator) sebagai maskot sebelum ini, pengurusan Fulham telah memilih Billy, seekor badger (dalam bahasa Melayu apa nama menatang ni?) sebagai maskot baru mereka. Pilihan yang bijak, sesuai dengan Fulham yang kecil tapi mempunyai semangat melawan yang tinggi, macam badger juga.
Herbie The Hammer
Jika tuan ke Boleyn Ground, jangan terkejut bila melihat makhluk pelik berkepala petak. Itulah Herbie, si tukul yang merupakan maskot kepada The Hammers. Pernah hampir disaman kerana dikatakan meniru karakter siri popular rancangan TV kanak-kanak, Herbie biarpun berkepala petak adalah insan normal seperti kita semua. Kenapa? Kerana Herbie juga ada Facebook.
Mati-mati selama ini kita ingatkan cap ayam pada lambang Tottenham Hotspur ialah seekor ayam jantan. Rupanya salah. Kenapa? Kerana Chirpy seperti gambar di atas mempunyai payudara. Maka memang sah cap ayam pada Spurs sebenarnya adalah seekor ayam betina. Yang menerangkan kenapa Spurs bukan Big Four.
Budak-budak tadika pun tahu Fred si merah tidak lain dan tidak bukan lagi ialah seekor setan yang berwarna merah. Sekalipun mukanya comel seperti beruang Teddy tetapi dua batang tanduk hitam itu menonjolkan sifat jahatnya yang sebenar. Cuma berdasarkan gambar di atas kita tidak pasti siapa yang lebih setan, Fred atau Pak Alex?
Tidak mahu ketinggalan dengan kelab jiran, Manchester City juga mahu menonjolkan maskot mereka. Cuma yang meragukan ialah tidak dapat dipastikan menatang apakah Moonchester ini sebenarnya. Bila diamati dengan lebih teliti, pihak Sokernet percaya Moonchester ini ialah seekor toyol mata duitan, sama macam Robinho.
Ini yang paling tidak masuk akal, kerana haiwan yang dijadikan maskot bukan saja sudah pupus malahan tidak ada sangkut paut dengan identiti kelab Arsenal. Atau adakah kerana Denver The Last Dinosaur dan Barney and Friends merupakan peminat Arsenal? Tidak dapat dinafikan kemungkinan tersebut kerana Gunnersaurus, Denver dan Barney semuanya mempunyai sifat yang serupa iaitu berperut buncit. Hanya abang Pipiyapong saja yang tahu jawapannya. Tapi apa yang pihak Sokernet muyskil, kenapa tidak guna saja meriam sebagai maskot? Boleh namakan sebagai Siti Meriam, tak pun Meriam Bellina. Tak gitu?
20 Ulasan:
moonchester ngan gunnersaurus rex tu mmg x leh blah, tak relevan langsung dengan identiti kelab
liverpool takde maskot eh? guna la bola pantai jadi maskot, ok ape?
i love you,
you love me,
we're a happy family,
with a great big hug,
from BARNEY to Rex,
wont you say you love PP too!
Cayalah Jorji, ada bahan baru nak kutuk Arsenal ni, hahaha!
Hahahah sama cam Robinho wth XD
Good on you Lucius! Nanti bila aku jumpa nama badger dalam BM aku bagitau hangpa, haha!
Aku dah jumpa. Teledu. No shit.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Teledu
maskot pasukan harimau malaya takde ke?
besi...nih utk epl jerk....nway good job lucius....byk pengetahuan yg aku dpt.
mmg moskot chelsea jugak terbaik!
liverpool aku dgr tgh berbalah.sama ada nk kekalkn burung swan tuh atau pun tukar kepada bola sepak pantai. dingin masih dalam bilik mesyuarat sambil jannah bancuh kopi janda.
keh keh keh
bagus betul pengisian entri kali ni. baru aku tau aku penah terserempak ngan teledu kat kl tower aritu.
Stamford, Stamford...!!!
kau kau punya lu bagi...gua tak tahan gelak!kah!kah!kah!
best...!!
jadahnye setan merah muka cam teddy bear??!bajet comel la tuh...kehkeh
ade plak maskot x comel. toyol city tu pon bajet comel. dinosaur pp pon bajet comel. singa tu pun bajet comel. apetah lagi ayam betina tuh, kompom la lagi bajet comel.
chirpy jea yng berbonjol di dada..heh
kalau letak maskot dewa sekalipun kalau main mcm xde kaki baik xyah nak bermaskot-maskot..
anyway..
cayalah young guns ! ! !
ceit...Ini jelas artikel provokasi~ haha
Gunnersaurus tu sepatutnya ialah seekor biawak meriam, di alter oleh pihak komitee supaya kelihatan comel.. kan ada kena mengena tu...
--papepun Carlsberg memang takleh gi ngan Carling beer?
Haha!
haah...die xleh nak masuk...kehkeh
nape maskot Chelsea je dapat peluk awek cun?
boncit arr gunnersaures rex tu...wat malu keturunan rex jea..hihihi
Catat Ulasan