ANDA SEDANG MEMBACA

12

Prebiu: FC Porto Lawan Chelsea

LuciusMaximus Rabu, November 25, 2009
Estadio do Dragao - Tidak ada naga hidup di sini


Mereka-mereka yang sedang lepak di Porto sekarang sambil makan Bacalhau:
Petr Cech
Henrique Hilario
Ross Turnbull
Branislav Ivanovic
Ashley Cole
Yuri Zhirkov
Ricardo Carvalho
John ‘Captain Marvel’ Terry
Alex
Michael Essien
Juliano Belletti
John Obi Mikel
Michael Ballack
Florent Malouda
Deco
Joe Cole
Salomon Kalou
Nicolas Anelka
Didier ‘The Drog’ Drogba
Gael ‘Taxi’ Kakuta

Super Frank tidak dapat hadir kerana sibuk dengan persiapan hari raya, dengar cerita dia ke Serbia mencari kuda buat korban.

Dari senarai di atas, Deco, Carvalho dan Hilario pernah bermain untuk FC Porto. Mereka bertukar angin ke Chelsea setelah menolak jemputan Liverpool yang bukan sebuah kelab Big 3 di England.

John Terry akan mengepalai skuad Chelsea malam ini buat kali ke-300. Ianya nombor yang sangat signifikan. Pertama kerana 300 juga ialah judul filem yang mengisahkan 300 orang lelaki Sparta berspender yang pernah melawan tentera Parsi ribuan tahun dulu. Kedua pula ialah nombor 300 itu sangat cantik dan bersesuaian untuk meraikan tamatnya saingan Liverpool dalam Champions League musim ini.

Dijangkakan Carlo Ancelotti bakal mencampur-adukkan pemain berpengalaman dan muda. The Drog berkemungkinan direhatkan di bangku simpanan. Tujuan membawa lelaki Afrika dari Pantai Gading ini ke Portugal adalah untuk merehatkan fikirannya sebelum membelasah budak-budak sekolah sukan Arsenal hujung minggu nanti.

Chelsea setakat ini belum pernah menang di Estadio do Dragao. Tidak seperti Liverpool yang pernah menang di Stadium Ferenc Puskas. Tetapi itu semua tidak penting kerana apalah ertinya kemenangan jika akhirnya terkeluar dari saingan Champions League?

Seperkara lagi yang tidak begitu penting ialah rekod FC Porto yang nampaknya jauh lebih gah dari Chelsea. Juara liga 24 kali, juara piala Portugis 14 kali dan juara Eropah 2 kali adalah pencapaian hebat FC Porto setakat ini. Tetapi seperti kita sedia maklum itu semua hanyalah rekod sejarah. Tidak ada faedahnya jika masih hidup dengan sejarah lampau.

Nasib baik FC Porto bukanlah sebuah kelab gila sejarah. Atas prinsip itulah mereka masih lagi bersaing secara sihat untuk pusingan kalah mati Champions League.

Bak kata Tuan Haji Hasbullah, harus diingat bahawa barisan FC Porto bukan calang-calang kesebelasannya. Perhatian haru ditekankan kepada pemain asal Brazil, Hulk. Selaras dengan namanya, Hulk berpotensi untuk menjadi Incredible Hulk dan mempunyai keupayaan merobek benteng The Blues.

Seorang lagi pemain yang perlu diberi perhatian ialah Cristian Sapunaru. Pemain asal Romania ini ialah bek kanan FC Porto dan agak cemerlang dalam tugas menyapu bersih mana-mana serangan yang dilancarkan oleh pihak lawan. Eloklah dengan nama Sapunaru beliau, macam penyapu.

Mengepalai serangan FC Porto ialah Radamel Falcao. Pemain asal Colombia ini telah menyumbat 2 gol dalam saingan Champions League. Di dalam saingan liga pula beliau telah menjaringkan 7 gol dari 7 perlawanan. Nama beliau diinspirasikan dari legenda Brazil dan Roma, Falcao. Nasib baik dah besar pandai main bola macam Falcao si legenda.

Tilikan untuk malam ini, seri 1-sama. Joe Cole untuk Chelsea dan Hulk untuk FC Porto. Seri pun kira cukuplah sebab sudah memang layak ke pusingan kalah mati.

Sekiranya kalah, sila maklum itu sekadar percaturan pihak pengurusan. Namun dukacita diingatkan nasib Chelsea tidak sebaik Liverpool yang berjaya layak ke Europa League. Manchester United dan Arsenal pun tidak pernah ke Europa League setakat ini. Liverpool memang mencipta sejarah.

12 Ulasan:

akuadanama berkata...

ceh...liverfool gak jadik bahan.simpati le sikit lucy oii

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

Dengar cerita kalau Chelsea menang game ni, 3 mata penuh tu, Ancelotti nak sedekah pada Liverpool. Gua dengar cerita je laa.

Lim Eng Leong berkata...

ayat lu memang ................ . . .


hahahahahaha~

leh wat fun club lu lucius!!...

keh3

Alke berkata...

hahahaha...liverpool akan sentiasa mencipta sejarah yang orang lain seronok kenang, bukan fan mereka

meor-name-depan-ku berkata...

yes....masih lagi dalam UCL.

mane2 yang dah tersingkir tu.
teruskanlah bermimpi tak pun kenang jer sejarah-sejarah lame.

THE BLUES STILL GOT THE BLUES!!!!!

mikhaelahmad berkata...

aku menyesal tak sokong kelab yang mampu pergi europa league. sesal tidak sudah.

hahaha

angeldream berkata...

black zidane tu maen mcm cun aje.

:angeldream:

BraderDiego berkata...

Wei..
Apsal Nazri Vovin lama tak keluarkan artikel? dah kena fired ke?

Dah lama tak gurau-gurau dengan brader N

r.k berkata...

aii~ kenapa la chelsea tak layak ke europa league cup kan~

tahniah liverpool!

eddie dewanaga berkata...

Lou, takkan J.Cole sorang je..?
gua kasi 2, Anelka dan dia.

naga itu akan tumbang dalam sarang sendiri...

Ke berkata...

lek dlu beb..
kalo lepas group stage tp akhirnya xdpt cium piala xguna gak kan ??
jgn konpiden sgt ye bro.. :p

AmirAsyraf berkata...

ley msuk 2nd round much better la kn dr xlpas group stage..ley wat sejarah 1st team mnang europa league..klau mnang la...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...