ANDA SEDANG MEMBACA

62

Rebiu: Arsenal 0 – Chelsea 2+1

Sepanjang 30 tahun karier aku dalam bolasepak, sudah banyak isu mengenai Arsenal atau yang bersangkut dengannya yang aku tulis.

http://tronohtranquility.blogspot.com/2009/04/ini-bukan-shebby-singh-yang-tulis.html

http://tronohtranquility.blogspot.com/2009/05/realisme-4-idealisme-1.html

http://tronohtranquility.blogspot.com/2009/08/alahai-karim.html

http://sokernet.blogspot.com/2009/09/bolasepak-101-bolasepak-bukan.html

http://sokernet.blogspot.com/2009/09/arsenal-tepuk-air-dalam-dulang.html

Ada banyak lagi.

Dari tulisan-tulisan aku yang lepas tentang Arsenal, boleh disimpulkan Arsenal sebuah kelab yang bermain bolasepak dengan cantik tapi mudah goyah bila bertemu seteru yang bermain tanpa belas kasihan, pragmatik dan tidak berbunga-bunga.

Juga boleh disimpulkan bahawa peminat-peminat Arsenal ini lazimnya berjiwa budak-budak, mudah tersinggung, emosional dan sentiasa berfikiran oleh kerana pasukan mereka bermain dengan cantik maka mereka yang sepatutnya menang, bukan pihak lawan yang bermain buruk dan kasar.

Jika tidak percaya boleh baca komen-komen peminat Arsenal dalam pos-pos di atas.

Aku sedar, aku banyak bermusuh dengan peminat Arsenal. Aku kerap menyinggung jiwa muda mereka, mempersendakan perspektif bolasepak mereka yang agak naif dan falsafah mereka bermain cantik adalah segala-galanya. Aku tahu aku kerap menaikkan darah para peminat Arsenal, Arsene Wenger dan Abu Dhabi.

Aku minta maaf. Aku susun sepuluh jari memohon ampun kepada semua anak-anak muda atau peminat Arsenal yang masih berperangai budak-budak di luar sana.

Oleh kerana niat aku cuba untuk menjernihkan keadaan yang keruh antara aku dengan peminat Arsenal, aku ringkaskan rebiu perlawanan tempoh hari yang sudah pun menjadi sejarah, bak kata Bungwahab.

1) Kedatangan Chelsea ke Emirates disambut meriah oleh 60,067 penonton yang tanpa melengahkan masa mem-boo Ashley Cole, satu upacara tradisi peminat The Gunners.

2) Arsenal macam biasa bermain dengan hantaran pendek, serangan pantas dan corak permainan yang menarik sesuai dengan jolokan pasukan paling menghiburkan dan ‘beautiful football’ mereka.

3) Chelsea pula memilih untuk bermain dengan tidak berbunga-bunga. Agak membosankan kalau diikut dari sudut pandangan peminat Arsenal (atau Barcelona). Rentak permainan agak perlahan, penuh berhati-hati dan tidak ada sebarang gerakan menarik berisiko tinggi.

4) Minit ke-41, Ashley Cole yang di-boo oleh peminat Arsenal memberi hantaran lintang buat Drogba yang dengan mudah dikuis masuk ke penjuru atas gol melangkau jangkauan Almunia. Anak muda bernama Vermaelen yang ada berdekatan melihat penuh takjub skil yang ditunjukkan Drogba.

5) Minit ke-44, Ashley Cole yang masih di-boo oleh peminat Arsenal sekali lagi membuat hantaran silang yang disambut baik untuk jaringan sendiri oleh Vermaelen. Drogba yang ada berdekatan melihat penuh takjub anak muda bernama Vermaelen yang cepat belajar.

6) Separuh masa kedua menyaksikan Arsenal lebih banyak menguasai permainan. Sesuai dengan corak permainan menarik, The Gunners bertukar hantaran pendek sesama mereka. Pas, pas dan pas bola adalah kemahiran Arsenal. Tetapi cubaan menjaringkan gol? Hampas.

7) Chelsea bertahan dengan baik dari kepungan Arsenal yang diterajui oleh Arshavin (bukan pemain Piala Dunia 2010). Benteng 4 Chelsea, Terry, Carvalho, Ashley Cole dan Ivanovic tidak mudah goyah dan menjalankan tugas mereka dengan tekun. Banyak makan garam barangkali.

8) Traore cuba bersaing dengan Drogba tetapi jatuh bila bertembung dengan penyerang Pantai Gading tersebut. Arshavin juga cuba melakukan perkara yang sama ke atas Ivanovic tetapi lelaki pendek Rusia ini tersungkur di tangan gergasi Serbia. Pembayang untuk Arsene Wenger, Patrick Vieira.

9) Melihat kepada ketidak keupayaan anak-anak muda Arsenal bersaing dengan veteran Chelsea yang sasa, Fabregas nekad membuktikan sebaliknya dan menjatuh Essien. Tendangan percuma untuk Chelsea minit ke-86, gol melalui tendangan padu Drogba. Kecewa, Fabregas barangkali terbayangkan Camp Nou.

10) Dari 60,067 penonton di awal permainan, tinggal 6,067 penonton dalam 10 minit terakhir, majoriti darinya penyokong Chelsea. Peminat Arsenal yang kaki boo orang seperti biasa melarikan diri meninggalkan pemain muda mereka terkapai-kapai di ambang kekalahan. Ini adalah sesuatu yang lumrah, seperti musim lepas ketika tewas 1-2 kepada Chelsea dalam separuh akhir Piala FA atau tewas 1-3 kepada Manchester United dalam separuh akhir Liga Juara-Juara.

11) Kalah 3-0, rumusan yang boleh dibuat ialah Arsenal seperti biasa goyah dan mudah tertekan berdepan dengan pasukan besar yang lain. Mereka mungkin menang besar ke atas Everton atau Blackburn Rovers tetapi bila berdepan dengan Chelsea dan Manchester United, terberak.

12) Dan ianya tidak dibantu dengan sikap para Gooners yang menghabiskan 90 minit permainan mem-boo pemain lawan dan bukannya menaikkan semangat pemain sendiri, kemudian bertindak keluar dari stadium secara tergesa-gesa ketika kekalahan hampir pasti.

13) Macam aku selalu cakap, main cantik tidak ada gunanya. Arsenal mungkin pantas dan licik, seperti sebuah Ferrari dan Chelsea pula sebuah Mitsubishi Lancer Evolution, tidak sepantas Ferrari tetapi lasak dan utuh. Di atas jalanraya biasa yang berselekoh dan tidak rata sebuah Ferrari adalah sarapan pagi untuk Evo.

62 Ulasan:

Pipiyapong berkata...

Cis. Tunggu laa pembalasan gua nanti.

meyour berkata...

xde hal lucius..
kitaorang bekap lu..

senang2 lawatlah kubu kuat kita..
hahah

azlan berkata...

kat fan liverpool perlu mintak maaf? x payah la kan. ckp apa pun kt diorang, ttp sama jer. balik balik sejarah.

j or ji berkata...

Arsenal musim ini target 4 piala ke kedudukan no. 4 ha?

aku pun dah keliru dah ni.

:P

Lucius Maximus berkata...

Aku ingat kedudukan ke-4 untuk setiap kejohanan kot?

pakkordi berkata...

Azlan, tak mintak maap pun takper. Aiman tak kesah.

Bro, Main cantik supaya hati kita senang. Takkan nak letak gambar awek tak cantik pakai jersi chelsea kan? Tak senang hati lah bro. Tapi kalau awek cantik, tak pakai baju langsung (dalam ertikata lainnya, menang), lagi manyak syiokk oooo!

Sorry, terlucah skit. Maklumlah, saya fan liverpool dan saya tak gay.

aRief berkata...

kite tggu ape kate bungwahab

eddie dewanaga berkata...

akhirnya Lucius berbunyi... perfect!

scootrulez77 berkata...

Yang peliknya, Chelsea-Arsenal match abis tak sampai pon 24 jam, BungWahab da cakap itu sejarah.(comment dia dalam artikel sebelum nih).

Bukan ke kira berita hot from the oven? Mestilah blog ni akan ulas 'the most recent' match. Takkan nak citer pasal World Cup tahun 2010 kat Afrika kut?...

Sebetul betul sejarah ialah Liverpool zaman Ian Rush,Shankly dsb itu baru Sejarah lama. :-). Maaf, Liverpool plak kena..

Berbalik pada match tuh, aku tensen sebab 2 gol pertama masuk aku ada di dapur atau gi buang air. Setuju sgt dgn pendapat Lucy, Arsenal main cantik tapi mental strength tak cantik/power. Mereka tak boleh main kasar/keras, rata2 player Arsenal disayurkan ketika high ball, lightweight. Mereka xde otai gangster seperti Viera, Gilberto, Adams, Parlour yang buat part time bouncer di London..

Pendek kater, Arsenal kena cari 2-3 orang kaki pukul yang boleh main bola sebelum bola mereka dimainkan..hehhee

ehsan berkata...

aku main masuk je ni..
fan2 arsenal emo kaw2..
bila team aku(MU) kalah ngn chlsea..
dorg yg lebey2 kutuk,sonok suma la..
bila dorg kalah, aku cakap ckit je..
suma nak emo..
haha..
budak2 baru nak up...
boo org ja pndai...
kalo menang xpa gak..
ni kalah lg mau boo ka??
hahahahahaha...
fan arsenal all emo like women!

NikLas berkata...

emo ke???
x lah.
stakat kecewa ada la.. maklumala bila team kesayangan kita kalah.
tapi takpe, "ayam masih berlaga", liga masih panjang lagi...
come on Gunners..

FIRZA berkata...

ah..PP goyang.....hakhakhak....

Anak Abdullah berkata...

budak2 baru nak up mmg support chelsea kn?
sokong team menang..biase sgt la..br kenal epl da bising mcm itik gersang..
haha..
selamat la rusia ade minyak..

Redz da Tsar berkata...

PP...Komen? hahahaha... Senyap je nie..

sheila berkata...

kepada arsenal fans: "Experience is important".
kadang2 kesian gak tengok budak2 tue bersusah payah nk lawan chelsea,paling x bley tahan arshavin, x silap wa 3 kali dia jatuh kena rempuh player chelsea.. tp nak wat cam ner kan..
x de kamus kesian dalam bola sepak..... :DD

bungwahab berkata...

same shit, different article!

nyzm berkata...

aku tengok blog ni macam-macam team ada. ada team la liga, serie a, bundesliga, ligue 1, tapi aku tengok asyik posting pasal team dari EPL je. bosan gilaa. pasal El Clasico pun takda preview ke review ke

3rat berkata...

player tgh due2 tim cantek..
silap arsenal kat traore ngan eduardo..
bdan lemah,x cukup makan telur separuh masak + kicap haha

Darus Interferon berkata...

tabik spring toing toing untuk defenders dan Petr Cech....aku harap lepas ni rekod clean sheets bertambah lagi...

Fariz Bakar berkata...

aku harap pihak sokernet mengimport lebih ramai lagi contributor yang meminati liga selain EPL. kalau boleh, posting pasal kelab Al-Ahly 3-4 kali satu hari pun lebih cun. bosan juga asyik cerita EPL. apa perkembangan terbaru pasukan Boavista misalnya.

*kalau Arsenal menang, komen aku tak macam ni.

R.K berkata...

Alik-alik ade je suara cakap budak baru nak up sokong chelsea.
Ala, apa salahnya kalau baru nak sokong chelsea (kepada yang baru)? 10 tahun lagi, lama la jadinya.. kita yang dah lama, beri la sokongan.

Tak majoriti Gunners yang emo. Orang sekitar aku, kumpulan yang paling emo adalah kem ManU. Dan yang paling kental adalah kem Liverpool.
So, its subjektif.

Anyway, Chelsea menang. 3 gol.3 gol. 3gol.

Dengan Manu 1-0
Dengan Koppers 2-0
Dengan Gunners 0-3
^^
Kami berhak bangga. setakat ini.

mAxx berkata...

btul tu rk

jgn stereotypekan sume fan chelsea sokong after roman..

aku sokong since hoddle manage lg..

dewajiwa berkata...

keh keh keh.
point no 4 dengan 5 tu memang cam gampang. wakakaka.

same shit? kah kah kah

Sang Pemimpi berkata...

meng-boo player yg gilakan duit adalah satu tindakan berasas dan sebagai satu bentuk pengajaran bahawa duit bukanlah segalanya...Contohilah Anelka yang x diboo pun oleh penyokong di emirates..
Main bola kena ada sifat loyalty dan tak mengata kelab lama bila dah blah..

Cashley Hole memang deserves that!!

deusXmachina® berkata...

itulah arsengal....
main cantik memg tak guna kalo kalah
igt miss world ke nak cantik2...
erk888

awall udinn'ALFIE'starr berkata...

err..ngape x boo anelka sedangkan dia pergi meninggalkan arsenal dgn tawaran lumayan dr real madrid?arsene seboleh boleh nk dier stay...haha..korg x ingat sejarah neh...cpat belajar ngan fans liverpool...haha

zan berkata...

Fuh..
Anelka kes lain bro. Dah banyak kelab dia pusing sebelum masuk Chelsea tu.
Agak2 kalau dia keluar2 Arsenal je terus masuk Chelsea, mau panas baran dia keluar balik tu.

Arsenal dah takde otai. Semenjak acara keluar beramai-ramai dulu (Viera, Henry, Pires) dah takde key player atas padang yang boleh handle budak2 muda ni.

Zaman Campbell-Keown-Adams-Seaman jugak yang yang jadi igauan.

YNWA!

AmirAsyraf berkata...

bungwahab patut jd crew sokernet gak la..msti artikel dia best2..

Lullaby berkata...

aku tak harap menang pun sebab nampak sebelum ni formation diamond ancelotti tu memang susah gila nak tembus.
dengan seladang 4 ekor tengah, 2 kulit hitam, memang nak kena peluk baru nak jatuh, rabak macam mane nak lepas.
tapi kira nampak fairplay pun dah ok
arsenal main pun macam main sukaneka sikit malam tu, tak serius macam bawa bola atas sudu.
tak rasa emosi langsung, kecewa ada lah, maybe sebab lawan chelsea, bukan man utd -.-

i'msosupernotcool berkata...

xla bro..
bukan sume gunners emo..
kecewa bese la..
tp mmg chelsea deserve pon..
arsenal surely suxx mlm tu..
eduardo n song n traore n gallas all playin like shitte..
wenger need to find anthr striker..
tp season awal lg kan..
lot of thing bley jd..
still hv faith for the young gun..

Up The Gunners!!

medihebat berkata...

thanx supernotcool...aku rasa arsene sepatutnya kekalkan 2-3 star supaya dapat bimbing budak2 muda...bukan pi jual player bila dah star sket, demand gaji tinggi sket...benda bulih bincang...

tapi game mlm tu mmg chelsea on form...bukan arsenal off form cuma tak kena taktikal...

~to all gunners, season panjang lagi...kali ni biar kami berseronok dulu...WE STILL GOT LES BLUES~

ChesterChaz berkata...

"tetapi bila berdepan dengan Chelsea dan Manchester United, terberak"

aku suke wehh ayat nih.. lawak arrr.. hehehe..
(adakah peminat2 arsenal turut terberak? hehehe

gascoigne berkata...

tak perlu nak minta maaf kat LIverpool fan, sebab kami dah maafkan pun...ahak...

tapi aku respek gak kat Arsenal fan ni...4 tahun tak menang apa, tak pulak membebel suruh Arsene Wanker quit ek? hehe...

Apa-apa pun Kuyt juga tetap dihatiku!

mizu_sama berkata...

yurp...x semua fan arsenal emo.fan emo nie pekara subjektif.fan man u pun ada emo,fan liver pon ada emo,fan chelsea pun ada emo.

tp bungwahab fan mana yer?emo dia x penah abis.hahaha

FS berkata...

sebagai fans chelsea, wa suka jugak tengok team arsenal main.game memang cantik.tapi arsenal kena ada juga player2 senior.baru la player muda main dengan penuh sifat respek dalam jiwa.kalau dah kucar-kacir, player senior bley jugak lead.

apa2 pun, chelsea getting stronger..cayalah!

SFB berkata...

peh... panas telinga fans arsenal ni.. hehe

bungwahab berkata...

satu lagi penulisan bermentaliti rendah oleh lucius sesuai untuk budak2 baru nak up yg baru berjinak2 nak tengok bola.analisis berdasarkan emosi yg tak matang dan pemahaman dangkal dalam bolasepak.
penulisan yg sekali lagi cuba memaksa pembaca-baca blog untuk bersetuju dan menerima penulisan2 bodohnya terdahulu.
hanya golongan mentah seperti anak-anak ikan lucius contohnya mizu_sama,eddie dewanaga yg bersorak menelan bulat pandangan cetek lucius.

eddie dewanaga berkata...

rasa-rasanya, seingat gua, sepanjang komen gua kat sini, gua tak penah petik nama2 dan labelkan diorang sesuatu... sama ada komen itu cerdik atau bangang ataupun berbaur menghina...

tapi lama kelamaan, makin dibiarkan, makin melalut pula si bungwahab ini mencari nama dgn cara sebegini, makin di provok, makin menjadi dia melatah bagaikan orang yg takde otak.

ingatlah bungwahab, ini cuma keseronokan sementara je, jangan bikin rosak program orang, jangan rendahkan maruah sendiri...

bungwahab berkata...

eddie dewanaga..
emo nampak baru sakat sikit2.keh.keh.keh.
nak berseloroh pun tak boleh tak 1malaysia ler macamni.kursus btn dah pernah pergi ke belum?

SocketWorld berkata...

maybe player Arsenal + fans dia kena gi PLKN then BTN..
bagi kental semangat dia + lasak sket...

starr struckk berkata...

tak lengkap kemenangan chelsea tanpa post lucius. thumbs up, even aku bukan fan chelsea. way to go lucius.

Sang Pemimpi berkata...

Arsene Wenger lain drp Rafa Benitez.Falsafah die tu yg buat org respek bai...Xmcm Benitez...haha

nyzm berkata...

ak ela bungwahab, relaks lah takkan semua nak serious

R.K berkata...

@mizu_sama bungwahab tak perlu fan mana-mana untuk emo. beliau mencari fan untuk emo bersama beliau..^^

seloroh 1Malaysia je bungwahab.. jangan emo a~

Shankly berkata...

aduh .. sian arsenal .. x dapek den nak tolong ..

lwn Man City (mlm nie) sah bungkus.. Lwn The Reds (13 dec) kompom terlingkup ..

mAxx berkata...

maybe bungwahab fan leeds..

tu yg emo memanjang..

medihebat berkata...

bungwahab fan daratista...luci tak cerita pasal liga gudang garam...pasal tu dia emo...wahahahaa..

bungwahab berkata...

emo juga fan chelsea ni walaupun asyik kata fan lain emo.keh.keh.keh.bebudak ler katakan cepat tersentuh memang nak menang jer.
kelab sejarah juga chelsea ni walaupun asyik kata fan lain sejarah jer lebih tetapi asyik ulang benda yg dah lepas juga.
kalau fan chelsea mengutuk diaorg kata sinikal kalau kena kutuk diaorg kata lebih-lebih pulak.keh.keh.keh.biasa le bebudak tak tahan kena kutuk.

scootrulez77 berkata...

BungWahab,
Pekabar? Rata rata tulisan bloggers dan pengulas blog ni semuanya rendah dari segi maklumat,ilmiah dan daya kreativiti. Cuma tulisan BungWahab jer yang nampak kemas, ulasan yang tepat, tidak berseloroh dan penuh ilmiah. Saya amat bangga kerana dapat membaca ulasan BungWahab.

Syabas Bung! Syabas!

Tulisan Bung memang memberi inspirasi kepada golongan muda. Teruskan!

1Malaysia

3rat berkata...

aku harap chelsi kalah tim pencari2 permata berdarah mereka melakukan aktiviti cari gali di angola nnt..
bru ancelotu tau pengangan saudagar essien

amANI berkata...

Kita tengok Januari nanti masa Piala Afrika, Essien takda, Mikel takda, Didier 'Donna' Drogba takda, menjadi lagi ke tidak sistem berlian Ancelotti tu lagi.

Fans emo tak emo lantak pi la. Akal fikiran dan hati perasaan milik diri sendiri.

SURALAYA berkata...

Besalah tu...dah kene titik, macam2 andaian la kuar...hehehe..

Salam hormat penuh sejarah buat geng di kem KolamHati...

Ulasan pertama dari Stamford Bridge.

Bogus berkata...

easy-payment.co.cc

Sang Pemimpi berkata...

cayalah bungwahab...kahkahkah

Bogus berkata...

singgah ler kat world-cup-africa.co.cc

babazahra' berkata...

woi ape gaduh2 ni? setakat tengok bola dalam tv pun mahu gaduh? gua suruh Gaddhafi hack sokernet kang baru tahu, terus keluar cerita Al Ahli Benghazi pulak.

Pipiyapong berkata...

Keh keh keh... Main line line arab je lu skang ye...

mizu_sama berkata...

bung,cari publisiti murahan ker?keh keh keh

mizu_sama berkata...

bung,aku menelan ke semua kata2 lucius?kalau dah segala hujah dia berasas,salahke aku mengakui?kau ni jenis tak boleh terima pendapat orang.sepanjang komen kau mengutuk lucius,ada tak kau beri hujah balas?tang mana shit nya artikel lucius?tak ada.kau lah bodoh melulu macam segelintir penyokong parti politik yang tak mahu membuka mata hati.sekian.

aku ter emo kah?kah kah kah.tak ada pun. keh keh keh

Nik Shazwan berkata...

aku tak paham apsal hang kata arsenal pandai pass aje tak pandai jaringkan gol. cube tgk arsenal pye jumlah gol sume bape.

dah chelsea mmg kuat, mmg la tak dapat jaringkan gol.

Hidemichi berkata...

sang pemimpi,

yes you are right...Ashley Cole deserved the boo... Look at what he has become... better player in a better team! ha-ha.

Ilmi Ahmad berkata...

brader... ni kan bola sepak. tak mesti main cantik mesti mng. takde word 'adil' dlm kamus bola sepak bro. kalo 'betul2' adil, argentina tak kan mng world cup pd ketika maradona guna tgn score gol. france pun xleh layak world cup bila henry guna tgn control ball.
so, mksd aku ialah, bese la team kalah kena kutuk. team mng bangga2. team musuh kpd yg kalah pun tumpang skaki mengutuk. haha. emo tak emo tu hal msg2. tp terima je la hakikat yg ada. karang bila team korang mng, time tu la nk bangga2 or bg fakta2 yg spatutnya. sebab team kau dah menang!

:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...