ANDA SEDANG MEMBACA

18

Rebiu: Normal Service Resumed

LuciusMaximus Khamis, Januari 28, 2010

Jangan biarkan pemikiran anda dikaburi oleh pos seperti di bawah. Belum sampai seminggu kem Manchester United pukul canang kerana berada di puncak klasemen, hari ini pula mereka mekdono tentang kejatuhan mereka ke tangga ke-2 EPL. Tiba-tiba nak kecoh pasal League Cup, Wembley dan budaya makan sireh di kalangan masyarakat Melayu dan India.


Nampak sangat ini semua konspirasi Freemason. Kena pula dengan Thaipusam yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Aku bajet Nazri dan Jorji mesti tengah sibuk-sibuk praktis angkat kavadi.

Kembali ke hal ehwal bolasepak yang sebenar, Chelsea seperti yang telah diramalkan semalam menang bergaya ke atas Birmingham City, 3-0.


Florent Malouda terlebih dulu menggegar jaring seawal minit ke-4. Diikuti dengan Frank Lampard melalui gol dari jarak 20 ela pada minit ke-31 hasil hantaran lintang oleh Michael Ballack. Gol ketiga tiba di minit ke-89, sekali lagi oleh Super Frank. Boring? Aiman tak kisah.


Kemenangan Chelsea malam tadi mengakhiri rekod tanpa kalah Birmingham City sebanyak 12 perlawanan berturut-turut. Tanpa Didier Drogba dan rakan-rakan Afrika, Chelsea telah menang semua empat perlawanan, menjaringkan sejumlah 17 gol. African Cup of Nations? Aiman tak kisah.

Dengan kemenangan bergaya malam tadi, Chelsea kini selesa di persada liga dengan 51 mata dari 22 perlawanan, kurang satu perlawanan berbanding Red Devils dan The Gunners. Puncak Klasemen? Yang ni Aiman kisah.


Dan seperti meletakkan gambir ke sireh yang memang sudah sedap, Sekolah Sukan Arsenal pula hanya mampu seri dengan Aston Villa malam tadi. Dengar cerita Pipiyapong mahu sambung maternity leave, sekarang minta paternity leave pula.


Sebelum mengakhiri rebiu ringkas hari ini, sempena Thaipusam yang bakal menjelang tiba, berikut pendedahan eksklusif ala-ala bolasepak dan agama.

Cis Dingin, rupanya pendedahan Manchester United kau hanyalah diversion tactic semata-mata.

18 Ulasan:

Nazri berkata...

aku percaya Chelsea pun ada gambar sebegini. Tak apa, Sabtu ni aku cuma recce-recce di Batu Caves sana.

Berto berkata...

kenapa la diorg x angkat emblem FAM??
apsal la kelab epl gak yg diangkut mereka??

MDM FARAH FAIZURA berkata...

Sebanarnya, aku terjumpa Kavadi Liverpool dulu. hahaha. Cis!

Nazri berkata...

bert - ni isu patriotism. Kena kaji dan ulas ni.

LuciusMaximus berkata...

Gua tau, lu saja je nak cuba rahsiakan dari pengetahuan rakyat Malaysia

julu berkata...

lucius..
apa kes??..
fans Chelsea kat tmpat aku nk tgk MU main..
diorg rela sokong city xnk kasi MU menang..
team sndir main pon xnk tgk..
kah2...

pakkordi berkata...

Kavadi liverpool tu pakai photoshop.

Jorji berkata...

gila la..kavadi manchester United,memang takleh aku nak pusing backing lagi dah. terpaksa tabik terus!

Tanpa Nama berkata...

perang saraf ni terbaik punya. Dingin pecah rahsia la..

deus X machina berkata...

cantek lagi kavadi m.u dari liverpool punya
aku nak google cari arsenal dgn chelsea punye lak
erk888

HafizChan berkata...

Dah agak dah...ini mesti kerja orang dalam

mizu_sama berkata...

julu,jgn sbb sorang fan ko nak anggap suma fan sama.kat umah aku,1st half aku ngan kawan aku,fam man u tgk gem chelsea,2nd haf tgk gem man u.hasilnya,kami dapat tgk semua gol..last gol lampard pun aku dpt tgk,sbb tuka channel jap.

julu,apa motif ko crite sifat kawan ko?nk ckp gem chelsea bosan ke?aman x kisah..haha

sufian berkata...

cis...

eddie dewanaga berkata...

wel wel... wel wel... wel wel....

hehehehe...

talkIZcheap! berkata...

agaknya kalo chelsea xmenang apa2 sezen nie, Aiman xkisah jugak kot??

Raiden berkata...

haha xsangka ak ad kabbadi bola kat Msia nie

gempak siot

Berbo berkata...

lucius dan mizu sama ni orang yang sama ke?

julu berkata...

haha..
aku ckp mmber aku tu sbb ble MU main jek sume fans chelsea, Liv, arsenal bahkan spurs skali pon akan sookong team lwn MU..
sbb korg taw MU mmg kuat.. MU mmg hebat..
tu point aku sbenarnya..
hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...