ANDA SEDANG MEMBACA
27
Apa persamaan antara Thomas Cup dan FA Cup?
Kedua-duanya berasal dari England.
Tapi satu piala boleh dimenangi oleh Malaysia jika Hafiz Hashim ‘dilahirkan semula’ sementara yang satu lagi sampai kiamat pun Malaysia tidak akan dapat walaupun Hafiz Hashim ‘dilahirkan berkali-kali’.
Thomas Cup
Malaysia bakal berentap dengan China petang ini dalam perlawanan separuh akhir Thomas Cup.
Laluan skuad badminton negara ke perlawanan separuh akhir boleh dikatakan sangat mencabar.
Malaysia diberi kemenangan percuma ke atas skuad Nigeria yang terlewat gara-gara pemain badminton mereka terlepas kapal terbang menonton perlawanan Chelsea – Wigan Athletic. Tetapi kemudiannya tumpas kepada Jepun dalam saingan kumpulan.
Bedah siasat yang dijalankan menjurus punca kekalahan kepada dua perkara. Pertama salah seorang pemain beregu Malaysia yakni Fairuizuan Tazari adalah penyokong Arsenal maka dia sedikit emo. Yang kedua ketika perlawanan perseorangan ketiga menentang Jepun, Hafiz Hashim masih belum ‘dilahirkan’ lagi.
Kalau belum lahir memang tidak boleh main badminton. Tak percaya tanya Bidan Sepiah.
Tapi Malaysia dikira bernasib baik apabila bertemu Denmark dalam suku akhir. Kenapa? Kerana tidak ada rakyat Malaysia yang bertandang ke Stadium Putra untuk memprotes perbuatan media Denmark menyiarkan kartun yang menghina umat Islam.
Selebihnya kemenangan 3-2 ke atas Denmark memang sudah dijangka kerana menurut Haji Hasbullah Awang, pada malam itu Hafiz Hashim sudah menemui ‘kelahiran semula’.
Memang kalau kita sudah dilahirkan, kita boleh bermain badminton dan juga mengeluarkan ‘senjata-senjata simpanannya’. Masih tak percaya? Bidan Sepiah boleh sahkan.
Tangkisnet, maaf, Sokernet menjangkakan perlawanan separuh akhir petang ini bakal ditentukan hingga ke perseorangan ketiga.
Datuk Lee Chong Wei walaupun sudah bercucu dijangka boleh menang ke atas Lin Dan. Perlu menang sebenarnya.
Untuk beregu pertama, gandingan mantap Koo Kien Keat-Tan Boon Heong mungkin dapat mencuri mata ke-2 negara bila bertemu Cai Yun-Fu Haifeng. Walapun beregu China mempunyai rekod pertemuan yang lebih baik (menang 4 dari 7 pertemuan), faktor tempat sendiri boleh menjadi penentu.
Perseorangan kedua dijangka antara abang otai, Wong Choong Hann dan Chen Jin yang 9 tahun lebih muda. Di sini seperti sebelum-sebelum ini, pihak lawan akan mencuri mata pertama. Melainkan Choong Hann ada minum kopi Radix ‘mai sechewen’.
Beregu kedua Zakry Latif-Hoon Thien How yang masih baru dan kurang kadar keemoan pula bakal berentap dengan Guo Zhengdong-Xu Chen yang merupakan pasangan beregu ranking ke-5 dunia. Sekali lagi, pihak lawan dijangkakan bakal mencuri mata di sini berdasarkan kelebihan pengalaman dan keserasian.
Dijangkakan menjelang jam 11 malam, kedudukan masih terikat Malaysia 2-2 China. Haji Hasbullah Awang dan Kwan Yoke Meng mungkin masih belum mengantuk pada masa tersebut.
Perlawanan perseorangan ketiga terpaksa diadakan dan China dijangka meletakkan anak muda Chen Long dan bukannya pemain berpengalaman Bao Chunlai. Sementara itu di seberang jaring, nasib Malaysia bakal ditentukan oleh pemain yang ‘dilahirkan berulang kali’ dan banyak ‘senjata-senjata rahsia’.
Semuanya bergantung pada Hafiz Hashim.
Mungkinkah Hafiz Hashim akan menemui ‘kelahiran semula’?
Mungkinkah ‘senjata-senjata rahsianya’ masih rahsia?
Mungkinkah Haji Hasbullah Awang akan menyebut perkataan ‘rama-rama’?
Dan mungkinkah Kwan Yoke Meng pernah gagal Bahasa Melayu ketika SPM dulu?
Segala-galanya bakal terjawab malam nanti.
FA Cup
Didier Drogba hanya lahir sekali tapi Chelsea boleh menang FA Cup berkali-kali.
Sendiri mau ingat!
Prebiu – Thomas Cup & FA Cup

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
27 Ulasan:
haha..aku kerja kat company denmark..
abis la gua kena potong gaji ini bulan..
kah kah kah!
gara-gara menggelakkan bahasa kwan yoke meng..depan manager denmark..
dia ingat gua gelakkan team dia kalah..
kah kah kah!
rama - rama menerjah jaring !
YEaH !
Hahahaha..lucy oh lucy..karanganmu masih mantop walaupun mengulas mengenai Thomas Cup! Hahaha
gua pun harap gua tak mengantuk nak tunggu match abis. Malaysia menang 3-0!
pergh terbaik!
harap harap begitulah hendaknya.
Mungkinkah Haji Hasbullah Awang akan menyebut perkataan ‘rama-rama’?
Dan mungkinkah Kwan Yoke Meng pernah gagal Bahasa Melayu ketika SPM dulu?
hahaha...cilakak punya lawak ar lu punya karangan...
Pendek je FA cup punya prebiu ye...lagi pun lawan Portmorth...nak bakar-bakar siapa pun kat sini kan...huhuhu
"Mohd Hafiz Hashim, dia masih lagi yakin dan masih lagi mahu berusaha. Aoooooh!"
"Shoji Sato meminta agar dia diberi ruang seketika, agar dia dapat mengesat peluh di bahu, erk...di badannya"
Dah macam kelas bahasa sastera dah nonton piala thomas ni
Muahaha...cam gampang. mesti gelak gua sampai ke khutbah Jumaat tengahari ni...
ahaha ulasan terbaik
yeah kita akan ROBOHKAN TEMBOK BESAR CHINA
kul bape match nie?? Rashid dah bagi kata2 semangat mahukan Malysia jadi pemusnah Naga..Harimau Malaya lawan Naga Mata Sepet..pehh dah macam plot Crouching Tiger Hidden Dragon kot..
ahaha...'dia patut angkat ini bola'kata Kwan Yoke Meng, sebijik macam Lim tat
Aku yakin dengan persembahan hafiz Hashim yg baru lahir tapi dah pandai lompat, smash dan bermain dijaring lagak orang dewasa akan meranapkan Bao Chunlai.
Kelebihan Hafiz Hashim ialah ketiadaan ekspresi muka hatta ketika mendahului, ketinggalan, menang atau kalah menjadi penentu malam ni.Ayuh Malaysia.
p/s: Hasbullah dulu suka citer sejarah bapak pemain, nelayan lah, pekebun lah, peneroka felda lah.malam ni mesti plot menarik dari Hj Hasbullah.
haha.. korang ni nak tgk player kite main badminton ke nk dgr ulasan Hj Hasbullah dgn Yoke Meng???..haha
Kwan Yoke Meng pun kene bahan... wakakakakkaka
malaysia kalah 3-0. bookie thomas dah bgtau. ehh, mana shankly?
kahkahkahkahkah...sial la entri ni...kahkahkahkahkahkah...
errr..ada ke tangkisnet? keh keh keh keh...
test market tangkis net nampak luci
Risaunye..risaunye..risaunye....
中华人民共和国 3-0 Malaysia 9:37pm.
laman web bola sepak dunia??
your prediction this time going down the drain... hope Chelsea too.... hehe :p
*idup Portsmouth!! pasal aku such a glory hunter!!
**tak sempat Hafiz nak main... huhu
Akhirnya Hafiz tidak sempat 'dilahirkan semula'.. Kawan2 yg lain dah 'mati' dulu..
lucy baru je nak bukak blog baru tangkisnet, tgok2 Malaysia dah KO dulu..huhu..
Malaysia kalah lagi....emmm.... takpelah dah biase. Lin Dan dan pasukan China mmg power tahap gaban. Pe pun aku respek dgn pnyokong Malaysia.
patut bgi lin dan hafiz lawan dulu... baru kene strategi...
cycroc..lin x bole lwn hafiz unless hafiz ade rank lbh dr chong wei..sbb ikt rule x slh aku bkn bole ltk suke2 sape lwn sape..rank trts tiap ngre akn lwn rank trts ngre len..2 sbb chong wei 1, choong han 2 n hafiz 3..cm2 gak la ngn beregu..kalo hafiz nek no 1 mknnye single msia no 4 kne amik turn no 2 n single no 5 amik turn no 3..kalo ade slh tlg btlkn..hehe..
Catat Ulasan