ANDA SEDANG MEMBACA

8

Free State Stadium


Free State? Bersempena dari nama provinsi Free State di mana ianya terletak. Nama sebenar stadium ini ialah Vodacom Park tetapi atas sebab penajaan ia dirujuk sebagai Free State Stadium sepanjang Piala Dunia ini.

Kapasiti? 48,000 penonton.

Perlawanan? 5 perlawanan kumpulan dan 1 perlawanan Round of 16.

Kos? Stadium yang asalnya dibina pada 1995 ini dinaik taraf dan dibesarkan dengan USD40 juta, meningkatkan kapasiti asal 36,538 kepada 48,000 penonton.

Bloemfontein? Sebuah bandar dengan populasi 369,568 penduduk di mana terletaknya Free State Stadium. Terkenal dengan jolokan “bandar bunga ros” kerana banyaknya bunga ros, Bloemfontein ialah ibu negara kehakiman Afrika Selatan. Juga antara tarikan utama ialah Bloemfontein Zoo dan Boyden Observatory. Bloemfontein juga bakal memberikan cabaran kepada pasukan bertanding kerana terletak di altitud ketinggian 1,395 meter dari paras laut.

Kalaulah aku yang jadi papan luncur itu

Koresponden? Lieschen Botes, gadis berumur 24 tahun ini adalah kelahiran Welkom dan anak jati Free State. Model SASI Swimwear 2007 ini mempunyai 2 tattoo di tubuhnya (lokasi tattoo adalah rahsia Sokernet) dan menggemari cokelat. Pantai terbaik yang pernah dikunjungi Lieschen? Emerald Bay Pangkor Laut di Pulau Pangkor. Walauweh!

Nota kaki: photo shoot untuk SASI Swimwear 2007 telah diadakan di Emerald Bay Pangkor Laut

Sebelum ini:
Peter Mokaba Stadium dan Lee-Ann Liebenberg!
Royal Bafokeng Stadium dan Palesa Vedala!
Mbombela Stadium dan Shashi Naidoo!

8 Ulasan:

Jarr berkata...

time time demam world cup ni takyahla kau sogok pompuan pakai two piece ke apa...tak selera der..
nak tgk kick off besok je ni...tak sabor ni nak tgk subkhiddin beraksi, dia ref match mana ekk?

Union Equatoriale berkata...

jarr lu gay ke?

Jarr berkata...

eh belum gay lagi bhai...cuma skang ni yg mendtgkan selera, gambar jojie kakak ella pakai bikini aku nak tgk..selera aku selera kampung...kekekekekee.

Buenaventura Durruti berkata...

Aku tak rasa niat Lucy menyogok perempuan. The whole idea is to share tentang stadium WC2010, dan berkongsi cerita di sebaliknya. Interesting sebab info yang dikongsi memang tak ditulis dalam keluaran khas majalah World Cup yang lain.

Koresponden tu semua, macam penyeri di hujung artikel je kot. Biasalah Lucy suka subliminal messaging.

Tapi serius tak tahu pun ada photo shoot kat Pangkor, cis!

Jarr berkata...

err...saya hanya berlawak buena :)

takde bukan membuat statement serius seperti blog serius :P

rekues aku gadis lubnan masih membara..cepat la lucy.ish la dia ni..

Buenaventura Durruti berkata...

No problemo. Kita enjoy je gambar stadium dan awek yang ada...

ace farhan berkata...

Mantop !
Err maksud saya stadium tuh.

pakkordi berkata...

370 ribu penduduk pun ada stadium besar? Saiz selayang aje ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...