ANDA SEDANG MEMBACA

14

Rangkuman Persahabatan Piala Dunia

Lucius Maximus Isnin, Jun 07, 2010 ,
Ada sebab kenapa beberapa pasukan Piala Dunia menamatkan saingan perlawanan persahabatan mereka lebih awal. Argentina contohnya menutup tirai perlawanan persahabatan mereka seawal 25 Mei, England pada 30 Mei dan Jerman pula 4 Jun.

Sebabnya mudah saja, mengurangkan risiko pemain tercedera dan tidak sempat pulih untuk Piala Dunia kerana kesuntukan masa.

Beberapa pasukan kurang bijak bagaimanapun memilih untuk bermain dalam perlawanan persahabatan sepanjang hujung minggu yang lalu. Cari nahas sebenarnya. Kita sendiri yang bukan pemain professional pun cukup arif risiko yang terpaksa ditanggung.

Macam contoh, kalau malam ini malam Jumaat, elakkan bermain futsal di petang Khamis. Baik terus balik rumah main permainan yang lebih menggembirakan.

Contoh tersebut khusus untuk yang sudah berkahwin sahaja.

Cote d’Ivoire 2 – Jepun 0

China 1 – Perancis 0

Slovenia 3 – New Zealand 1

Belanda 6 – Hungary 1

Afrika Selatan 1 – Denmark 0

USA 3 – Australia 1

Ghana 1 – Latvia 0

Slovakia 3 – Costa Rica 0

Algeria 1 – UAE 0

Romania 3 – Honduras 0

Serbia 4 – Cameroon 3

Switzerland 1 – Itali 1

Nigeria 3 – Korea DPR 1

Sementara itu, Jerman yang terkenal dengan teknologi dan efisiensi mereka telah mendedahkan rahsia kemajuan pasukan bolasepak Jerman.

Saintis sukan, Juergen Buschmann dari Universiti Sukan Cologne berkongsi dengan Sokernet cerita ketika Piala Dunia 2006 di Jerman.

“Dalam suku akhir menentang Argentina, pasukan Jerman telah dibekalkan nota-nota berkenaan pasukan lawan yang dikumpulkan oleh para pelajar universiti”, jelas Buschmann.

Antara penerima nota tersebut ialah Jens Lehmann. Salah satunya berkenaan Roberto Ayala. Nota tersebut bertulis “Ayala, wait long, long run-up, right”. Lehmann menunggu ke saat akhir, menerpa ke kanan dan menghalang sepakan penalti Ayala. Jerman layak ke separuh akhir Piala Dunia 2006.

Untuk Piala Dunia 2010, sejumlah 54 pelajar universiti telah dibekalkan komputer riba oleh persekutuan bolasepak Jerman, DFB. Mereka menganalisa dan mengumpul data semua pasukan yang bersaing dalam Piala Dunia, dari pemain ke pengurus, taktik, corak permainan dan juga latar belakang negara berkaitan.

Pihak Sokernet bagaimanapun tidak dapat mengesahkan jika para pelajar tersebut turut menggunakan Sony Vaio seperti yang digunakan oleh kakitangan Sokernet.

Berita lanjut.

14 Ulasan:

afterc berkata...

1st..(sambil diraikan dengan 3 tumbukan padu ke udara)...hahaha..

fikiranlicin berkata...

macam haram. Germany ni sampai 2nd ound je ini kali.

Wan Perlis berkata...

tak lama dah
mmgu depan

Hidemichi berkata...

Luci mesti niat asal nak tgk artis2 hindustan sebelum jumpa yg ni!
Apa pun, German mmg bermain bolasepak genius.

Shankly berkata...

* bookie yg menyokong keganasan, dgn bantuan live brodcast and sponsor
akan memilih ENgland vs german di Final.

** Bookie yg berpijak di bumi nyata mem_pai_kan German vs Argentina di Quarterfinal

*** Bookie yg suka beli 4d dibandar Api Api pai baik punya cilok -
German draw vs Serbia and
Juara Kump C - England vs German (naib Juara kump D) at 2nd round . hahaha

iftitah berkata...

wait.. sokernet takde wat fantasy league ke world cup ni?

Hambali ® berkata...

hati terdetik mengatakan Jerman akan juara ... ah kena tikam cepat-cepat ni .... kang miss plak.

BuLiBaKaLaUkAu berkata...

Macam contoh, kalau malam ini malam Jumaat, elakkan bermain futsal di petang Khamis. Baik terus balik rumah main permainan yang lebih menggembirakan.

Contoh tersebut khusus untuk yang sudah berkahwin sahaja.

p/s: Gua se7.. main gol2 ngan bini pun menyihatkan badan apa.. pahala pun dpt..

BanDeLa berkata...

harap quater jumpa argentina weiiiiiii....

kareem berkata...

ooo...patutla mase sebelum sepakan ayala, gua ade nampak Lehmann macam tengok nota ape ntah..Gua ingat ni konspirasi FIFA nak tolong german mase tuh...

Nice info dude!(tapi tak sangka lucy bace hindustan times,kehkehkeh)

Raiden berkata...

lehman nie ada degree, so die paham gak la pasal statistik nie..Germany nie memang buat skill perang dunia kedua..

The Charlatans KL berkata...

jerman ni tu la sume bende nak teknikal, daripada kereta sampai la ke bola. memang meticulous planning dari awal sampai akhir. main barai cemana pun tup tap ade kat final. stail beb.

Sang Karipap berkata...

Hail Hitler!!

Ini semua kesan peninggalan Hitler la ni, dengan taktikal n planning yg superb, team x de harapan pun buleh menang.

Err dalam kes ni aku x kata Germany adalah team yg xde harapan tu. Heheh

Jarr berkata...

Hitler bukan German pon...wakakakakka.

tapi aku kagum dengan ideologi Hitler..aku suka dia!tapi aku tak suka team WC german...:p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...