ANDA SEDANG MEMBACA

15

Sieg Heil!

LuciusMaximus Jumaat, Jun 04, 2010 , ,
Jerman menjadi antara pasukan pertama yang melabuhkan tirai perlawanan persahabatan setelah menundukkan Bosnia Herzegovina 3-1 di Frankfurt, malam tadi.

Koresponden Sokernet di Jerman, Alec Empire melaporkan gol-gol Jerman dijaringkan oleh Philipp Lahm (50) dan dua penalti oleh Bastian Schweinsteiger (73 dan 77). Gol Bosnia dihasilkan oleh Edin Dzeko (15).

Dengan kemenangan tersebut, jelaslah Piala Dunia 2010 bakal pulang ke negara yang pernah didiami oleh Adolf Hitler.

Sepanyol 1 – 0 Republik Korea

Sepanyol yang kononnya faveret memenangi Piala Dunia sekadar mampu menang 1-0 menentang Republik Korea. Republik Korea di sini membawa maksud Korea Selatan, yakni Korea yang tidak ada banyak pagar karan dan kawat berduri.

Siapa yang undi Sepanyol di sebelah masih sempat tukar kepada Jerman.

Mexico 2 – 1 Itali

Cayalah El Tri, memang semangat Azteca!

Siapa yang undi Itali, bolehlah beralih ke Jerman juga.

Galacticos Datang Malaysia

Kelab bolasepak paling power dalam galaksi Bima Sakti dilaporkan bakal bertandang ke Malaysia bulan Ogos nanti.

Mengikut sumber rasmi kerajaan, lawatan Real Madrid bertujuan untuk menimba ilmu dari skuad Harimau Malaya selain berminat untuk mendalami lebih lanjut gagasan 1Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri.

Pejabat Sokernet pagi tadi telah dihubungi oleh Jose Mourinho yang berminat mendapatkan serba sedikit maklumat berkenaan Amri Yahyah yang pernah merobek gawang Manchester United 2 kali tahun lepas. Namun atas semangat patriotisme, kami enggan mendedahkan maklumat ayam tambatan Harimau Malaya ini.

15 Ulasan:

MOFASAD berkata...

hahahaha..... siot je tang amri 2 weh!!


haahahha

ashraf sahdan berkata...

cilakak, tak ada wakil kem Perancis ke woi?

ashraf sahdan berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
FreeMen berkata...

"Mengikut sumber rasmi kerajaan, lawatan Real Madrid bertujuan untuk menimba ilmu dari skuad Harimau Malaya selain berminat untuk mendalami lebih lanjut gagasan 1Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri."

ayat ni yg aku tak tahan. hahaha. galacticos menimba ilmu dari harimau malaya.

iftitah berkata...

aku dah agak, amri yahyah mesti masuk real.

Pet Shop Boys berkata...

Football is 90 minutes game, played by 22 players and in the end German will wins -Gary Lineker.


Walau tanpa ballack jangan underestimate German.

jamsarisabian berkata...

mngkn lps lwn m'sia nnt JM akn sign amri men ngn real..cayalah..hak3..

Kuwe berkata...

spain dengan jerman ni sama boleh lepas peringkat kumpulan.

Bagi test harimau muda dulu lah. Ayam tambatan tu orang tak lepas awal awal. Hehh.

Berto berkata...

sehebat mana pon jerman ni, akhirnya rebah ditgn skuad Oranje juga..

Manjungmari berkata...

algeria beb. takkan takde kot

eleynashikin berkata...

go go germany!!

oohh penat la harini.. x larat komen la luci huhu

eleynashikin berkata...

@poser : ada komen kat sini gak? kan ni team poser?

sorry luci. panas..

Berto berkata...

@poser : aku kot poser tu..kehkeh, x pe2, jerman bersempadan dgn belanda

Besi Karat berkata...

bukan ko kot bert.hahaha.

aku rasa kalau mourinho tak usha amri yahya pun,dia boleh usha adik beradik zaquan tu.stylo sikit.
heheh

Sito Kebaboom berkata...

Mengikut sumber rasmi kerajaan, lawatan Real Madrid bertujuan untuk menimba ilmu dari skuad Harimau Malaya

hahahaha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...