ANDA SEDANG MEMBACA

54

Yahudi 11

LuciusMaximus Jumaat, Julai 16, 2010
Ya, tema Sokernet pasca Piala Dunia ini ialah Yahudi, Freemason dan bagaimana Perkasa boleh melindungi orang-orang Melayu dari diyahudikan oleh konspirasi Freemason ini.

Menyahut pos oleh Obefiend dan Abdul Sokernet, aku dengan penuh sukacita mempersembahkan kesebelasan Yahudi terbaik dunia.

Ya, sejajar dengan fungsi sebagai blog bolasepak, kalau nak cerita pasal Yahudi tetap kena bertemakan bolasepak ye dak?

Formasi: 4-4-2

Penjaga Gol
Avi Ran
Lahir pada tahun 1963, Avi Ran berpotensi menjadi pemain bolasepak terbaik Israel hanya jika tidak kerana nasib beliau yang menemui ajal terlalu awal. Pada tahun 1987 ketika meraikan kemenangan liga Maccabi Haifa di pantai Tiberias, Ran yang sedang mandi telah dilanggar oleh sebuat bot lumba. Beliau menemui ajalnya pada usia 23 tahun dan Israel kehilangan seorang bakat bolasepak.

Pertahanan
Tal Ben-Haim
Lahir pada tahun 1982, Ben-Haim terkenal sebagai salah seorang pemain pertahanan terbaik Israel dan tidak asing kepada para pengikut EPL. Memulakan karier bersama Maccabi Tel Aviv, Ben Haim kemudiannya berhijrah ke EPL dan pernah bermain untuk Bolton Wanderers, Chelsea, Manchester City, Sunderland dan kini bersama Portsmouth. Telah mengumpul sejumlah 54 caps untuk Israel.

Walter Samuel
Bukan rakyat Israel tapi terpilih kerana berketurunan Yahudi. Macam tajuk yang aku letak, Yahudi 11, yakni 11 pemain bolasepak Yahudi terbaik. Walter Samuel kini bermain bersama Inter dan merupakan antara pilihan utama dalam hampir semua perlawanan kelab tersebut. Telah menjuarai 7 kejuaraan Serie A, pernah bermain untuk Newell’s Old Boys, Boca Juniors, Roma dan Real Madrid. Antara kumpulan elit kecil pemain yang pernah menjulang kedua-dua Champions League dan Copa Libertadores, 55 caps bersama Argentina dengan 5 gol dijaringkan.

Juan Pablo Sorin
Rakan senegara Walter Samuel yang juga berketurunan Yahudi. Mamat rambut panjang ini adalah kapten skuad Piala Dunia 2006 Argentina dan mempunyai sejumlah 76 caps dengan 12 gol. Terkenal sebagai seorang pemain yang gemar berhijrah, Sorin pernah bermain di Brazil, Sepanyol, Itali, Perancis, Jerman dan juga tentunya Argentina.

Jonathan Spector
Pemain muda Amerika Syarikat ini adalah bekas pemain remaja dari akademi Manchester United. Kini bersama West Ham United dan baru-baru ini terpilih dalam skuad Piala Dunia 2010 Amerika Syarikat.

Tengah

Julius Hirsch
Tidak ramai yang kenal siapa Julius Hirsch, tapi jangan risau, biar Sokernet ceritakan kisahnya. Hirsch adalah pemain keturunan Yahudi yang pertama bermain untuk skuad Jerman, terpilih setelah kehebatan beliau terserlah dalam membantu kelabnya Karlsruher FV menjuarai kejuaraan Jerman tahun 1910. Ya, cerita seratus tahun dulu punya. Beliau mewakili Jerman hingga tahun 1913, kemudian berkhidmat pula dalam tentera dan terlibat dalam Perang Dunia Pertama. Beliau kemudian dianugerahkan Iron Cross, pingat ketenteraan Jerman atas khidmatnya untuk negara. Seorang patriot Jerman dalam sukan dan perang, Hirsch menemui ajalnya dalam Kem Tahanan Auschwitz ketika Holocaust, hanya sebab beliau seorang Yahudi.

David Beckham
Ya Beckham pakai kopiah Yahudi sebab dia memang seorang Yahudi. Tak sangka dulu ramai awek Melayu berimaginasi seorang lelaki Yahudi ketika waktu senggang mereka.

Yossi Benayoun
Kebanggan Liverpool yang kini mungkin bakal menjadi kebanggaan Chelsea pula. Kapten skuad Israel ini pernah dipuji dan disanjung oleh Rafa Benitez dan Fernando Torres sebagai pemain harapan Liverpool tapi baru-baru ini Benayoun mendakwa Benitez menyeksa kehidupan beliau ketika bersama Liverpool. Heh, memang Yahudi sejati mamat ni.

Ferenc Sas
Siapa Ferenc Sas? Sas adalah pemain tengah Hungary era 1930-an yang kemudiannya menjadi asas kepada Mighty Magyars era 1950-an. Muncul naib juara Piala Dunia 1938, Sas kemudian menjadi antara pemain Eropah terawal yang berhijrah ke Amerika Selatan, bermain untuk Boca Juniors dan menjuara liga Argentina pada tahun 1940.

Penyerang
Gottfried Fuchs
Rakan sepasukan Julius Hirsch dalam Karlsruher FV, tetapi lebih bijak dari saudara Yahudinya dalam bab nak hidup. Fuchs melarikan diri dari Jerman ketika Holocaust dan berhijrah ke Kanada di mana beliau menghabiskan sisa hidupnya. Tetapi sebelum itu Fuchs dikenang sebagai pemain Jerman yang menjaringkan 10 gol dalam kemenangan 16-0 Jerman ke atas Rusia ketika Sukan Olimpik 1912.


Mordechai Spiegler
Sehingga kini kekal sebagai pemegang rekod penjaring terbanyak Israel, 33 gol dari 83 caps. Spiegler adalah salah seorang dari skuad Piala Dunia 1970 Israel, satu-satunya Piala Dunia yang pernah disertai Israel setakat ini. Pemegang anugerah Israeli Footballer of the Year sebanyak 4 kali, Spiegler pernah bermain bersama Pele dan Franz Beckenbauer ketika mewakili New York Cosmos.


Pengurus
Jose Pekerman
Sebagai pemain Pekerman tidak dikenali ramai, tetapi sebagai pengurus Pekerman terkenal kerana pernah menjuarai Piala Dunia Remaja sebanyak 3 kali, termasuk edisi 1997 di Malaysia. Pengurus skuad Argentina pada Piala Dunia 2006 ini bagaimanapun gagal memenangi Piala Dunia untuk Argentina.

Pembantu Pengurus
David Pleat

Pengulas bolasepak dari England yang juga turut menjadi kolumnis untuk akhbar The Guardian. Pernah bermain untuk Nottingham Forest dan menjadi caretaker buat Tottenham Hotspur beberapa kali.

54 Ulasan:

Zo Ahmad berkata...

1st! mgu ni mgu yahudi ke??

meor-name-depan-ku berkata...

Brilliant Info!!!

doyah berkata...

mantabb

talkIZcheap! berkata...

sokernet tetiba dipenuhi entri bertemakan yahudi...

ini bagus, sebagai kesedaran utk pembaca mengenali yahudi dan ancaman2 mereka, sejajar isu2 kapal bantuan yg diserang tentera yahudi sebelum dan ketika Werl Kap berlangsung...

sape kata layan bola tak tahu isu2 semasa?? :P

kareem berkata...

Adakah ini konspirasi politik?

Zinedine Zaiddin berkata...

Habih laa Sokernet dah dikuasai Yahudi dan Freemason. LOL

Cob Nobbler berkata...

Baik aku pergi kenduri Bar Mitzvah member aku dari nak benci-benci Yahudi.

This is good info by the way.But to differ Jew people with the rest,aku rasa tak patut kot.Sebab aku nonton bola sebab talent,bukan sebab bangsa dia ke agama ke what-so-ever.

Jose Pekerman is a hell great Argentinian manager.Far far better than Maradona.He's a Jew,patutlah - Jew ni semua genius belaka.No wonder ramai umat Islam banyak yang butthurt dengan Jew ni.

Mirrul berkata...

Argentina di Piala Dunia 2006 lebih hebat permainannya. taktikal pekerman terbaik masa tu. puas hati walaupun kalah dengan jerman jugak.

talkIZcheap! berkata...

eleh, org Islam... sama2 agama, bangsa pon, bleh butthurt jgk... tgk je kes adi putra...

fikiranlicin berkata...

hehe..kita cerita pasai yahudi ni ingat yahudi ade kesah sama kita ke? Blah la..bagi gua taik tetap taik. najis lagi busuk.

Ocen berkata...

haha avram grant x tersenarai...

Jimmy Stracqualursi berkata...

haru beb baca kisah julius hirsch, RIP bro. yahudi ke apa ke dia tetap manusia, ada hak nak hidup. damn u himmler.

Jimmy Stracqualursi berkata...

oh ya jose pekerman memang superb. sayang la wc06 dulu tak menang.

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

ape2 pun mmg dah ternyata yahudi tu musuh kite... x kire la die dalam bidang ape pun...

aku minat bola... but no racist...

peace...

GGMU

tsubasa berkata...

lepas ni bole update entri 11 muslim plak tak. nk tau gak.. tqvm =)

tsubasa berkata...

'request.. =)

Cob Nobbler berkata...

dany armando:aku rasa statement dua ayat nko tu tersangatlah kontradiknya.

menganggap yahudi musuh - dalam masa sama no racist?abis tu,benci yahudi tu tak racist?

duh!

Anonymous II berkata...

caught red-handed :'> teehee

aqli berkata...

bro, buat la artikel kesebelasan utama Islam pulak..

Cob Nobbler berkata...

lucy,lepas ni buat kesebelasan utama buddha,hindu,rastafari,atheist,pengikut Abuya, Scientology,Ayah Pin,Zoroaster,Majusi dan juga penyembah Zeus.

Dunia ni bukan untuk Yahudi dan Islam je beb.Takkan dua ni je yang wujud?

kareem berkata...

holden..Yg utama dua ni je..Nak akhir zaman yg dua ni je akan berperang...Nak cite pasal ayah pin ape barang..

Luca DK berkata...

ah! mari semua, jom kita makan mekdi!

Pet Shop Boys berkata...

memang kaki bola ah Lucius ni, player Yahudi semua pun dia hafal hahaha...

patut Lucius dapat penaja untuk tgk semua game World Cup macam mamat dalam METRO yg masuk Guiness Book tu...

pakkordi berkata...

Zlatan Ibrahimovic pun boleh tahan jugak permainan dia.

x berkata...

Sokong Holden Caulfield.
Dont be so rasis or fasis.

Pet Shop Boys berkata...

Amboi marah kutuk Yahudi.....heheeh...

bagus bagus pemudan zaman sekarang ni.

kareem berkata...

terpedaya la kome ngan dakyah yahudi tu...

Cob Nobbler berkata...

kareem:apasal nko anggap dua kaum je hidup?siapa cakap?yang lain2 apa pulak cerita?

terpedaya dengan dakyah yahudi?dakyah tak yahudi macam mana pulak?takkan yahudi je ada dakyah?

yahudi tu kaum,abis tu lawan sape?kaum arab?kaum melayu?nko cakap dua kaum je hidup - tu dah lebih pada dua kaum.

p/s:dah fasis tu fasis la..percaya dia je yang betul.agama orang lain salah.

Cob Nobbler berkata...

p/s lagi:dakyah yahudi tu macam dakyah pembangkang macam TV3 selalu cakap ke?dakyah ni apa menatang ni?bahasa apa?kalau bukan islam nko panggil dakyah,kalau islam nko panggil dakwah la,macam tu?

p/s:penduduk China ada 1 billion.tak logik - penduduk Yahudi dalam dunia baru ada 13 juta.Mana boleh jadi utama.Islam bukan kaum - islam agama.Nko cakap kaum.haha!

nak mengkaum2kan islam ni,assabiyah ke?

adijaya berkata...

saya memohon pihak pengulas buat entry baru. selagi tak keluar entry baru, lagi la panjang perbincangan pasal yahudi ni. sekian.

pepa berkata...

grr... kasihan... rasanya dalam Quran tade plak laknat ke atas Osama bin Laden... hehe

yahudi punya thoughts "semua makhluk kt dlm dunia neh bangsat kecuali jews" so baik ke.... hehe

p/s tgk jek bola tuh... takyah komen lebih...

Cob Nobbler berkata...

pepa:tu yahudi ke zionism?
pernah ke bukak torah tu?

oh ya - how about "bahasa arab bahasa syurga",how's that?

Pet Shop Boys berkata...

nape Nami O Fish tukar nama ke Holden Caulfield ek?

Cob Nobbler berkata...

saje.

kareem berkata...

holden, lu jangan lupa ustaz lu pesan,pokok nanti boleh cakap...

"Hai orang Islam, inilah orang Yahudi ada dibelakang saya. Kemarilah! Dan
bunuhlah ia!”

Gua tak penah pun cakap islam tu kaum. Yang gua cakap, masa nak kiamat tu nanti yang dua ni je akan berperang. Lu nak gua petik hadis lagi ke pasal yang dua ni akan berperang?


Pasal yahudi ni genius ni memang gua tak nafikan. Tapi, sewangi-wangi yahudi pun, akhir zaman, orang Islam akan memerangi mereka jgak bai...

pepa berkata...

aku rs holden bkan islam beb... tak pon kalu islam dah dah dah... ngeee

p/s sekarang zaman Nabi Muhammad S.A.W... guna Al-Quran.... Taurat guna masa zaman Nabi Musa A.S.... (if ko kate td torah tuh means Taurat la....) n if ko da bukak kitab Taurah pon... sure ke ko da abeh kaji Al-Quran... apa dia ckp pasal yahudi?!?

pepa berkata...

err yahudi ke zionism ek? hmmm nak ikot kamos mmg dua2 lain maksod.... tp zionism tuh gerakan from Yahudi.... so jap soalan td tuh camne ek.... sbb nak terangkan dlm bentuk wikipedia ke ke ke... apa eh aku tak paham soalan... dem....

p/s Yahudi + Zionism = Israel...

Cob Nobbler berkata...

kareem:mana dalil saintifik lu?ustaz nko dapat bukti saintifik mana ni?bahasa apa dia cakap?

ustaz nko mesti cakap pokok tu cakap bahasa arab..

kah kah kah!

islam memerangi yahudi?apasal - islam ni gila perang ke?bukan ke islam tu maksudnya aman?apa kes nak sibuk berperang ni?yang nko ikut rentak si zionist tu buat apa?

zionist bukan semua yahudi,yahudi bukan semua zionist?

pepa:aku tak suka dilabel apa-apa pun.cukup label gua Homo Sapiens.Manusia.Human.cukup.Label2 ni buang karen gua je..

Soal keagamaan aku - bukan ditangan nko.Nko bukan Tuhan.Aku tak ambik pot pun apa yang nko rasa tentang aku - sebab bagi aku,racism itu penyakit.

Zionism gerakan from Yahudi,Wahabbi gerakan dari Arab apa citer?Nazi gerakan dari Aryan apa citer?

Pendek kata,Zionist ke,Wahabbi ke,Nazi ke - ni semua satu akar-akar kecik je dari satu superstructure besar yang dipanggil FASCISM.fasis.ada paham?

eJAI berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
kareem berkata...

"kareem:mana dalil saintifik lu?ustaz nko dapat bukti saintifik mana ni?bahasa apa dia cakap?"

Ko nak bukti saintifik makhluk yg bawak rasulullah naik ke luh mahfuz di langit ketujuh masa israk mikraj?

"islam memerangi yahudi?apasal - islam ni gila perang ke?"

sebelum lu lempar tuduhan islam gila perang jika berperang ngan yahudi, ada lebih baik dulu lu kaji perang badar, perang tabuk dan lain2 perang yg dipimpin rasulullah dulu.Sebab dan mengapa kena berperang tu lu kaji la.

Dan mengapa islam memerangi yahudi mase akhir zaman tu nanti pun lu cari la hadis pasal tuh..

talkIZcheap! berkata...

korang salah blog kot ni?? haw haw haw!!

adijaya berkata...

kepada holden caulfield,

pada mulanya saya hanya memerhatikan dari jauh sahaja perbincangan anda tentang topic ni. tapi setelah melihat anda sudah melampaui batas, saya sebagai rakan satu negara cuma hadir utk mengingatkan. seandainya anda adalah seorang muslim, maka ambil la pesan-pesan ini sebagai ilmu fardhu kifayah dan anggap sebagai tazkirah dari saya. tapi jika sebaliknya, anggap saja ini tidak ada kena mengena dengan anda. saya hanya menyampaikan dan sesungguhnya yg baik itu datangnya dari Allah swt, dan yg buruk itu adalah kekurangan diri saya sebagai makhluk. hakikatnya kedua-duanya itu datang dari-Nya.

memang benar nabi Muhammad S.A.W. tidak pernah memusuhi sesiapa sahaja termasuk yahudi dan kristian. nabi juga melarang membunuh bangsa yahudi sesuka hati.

persoalannya, kenapa bangsa ini dilaknat Allah secara terang-terangan di dalam al-Quran?
kita sedia maklum setiap ayat² al-Quran adalah kata² Allah, wahyu² Allah kepada nabi untuk disampaikan kepada seluruh umat manusia.
kita juga membacanya berulang kali dan menghayatinya. perkataan "Yahudi Laknatullah" dibaca dan dihafal oleh seluruh jutaan manusia di muka bumi sejak sekian lama.

kenapa yahudi ini dibenci setiap manusia?
ini buktinya:

Doktrin Keagamaan Yahudi kepada bukan Yahudi :

1. “Hanya orang Yahudi yang manusia, sedangkan orang-orang bukan Yahudi bukanlah manusia, melainkan binatang” (Kerithuth 6b hal.78, Jebhammoth 61a)
2. “Orang-orang bukan Yahudi diciptakan sebagai budak untuk melayani orang-orang Yahudi” (Midrasch Talpioth 225)
3. “Jika seorang Yahudi membunuh seorang Cuthea, tidak ada hukuman mati. Apa yang dicuri oleh seorang Yahudi boleh dimilikinya” (Sanhedrin 57a)
4. “Orang-orang bukan Yahudi harus dijauhi, bahkan lebih dari pada Ba..bi yang sakit” (Orach Chalim 57,6a)
5. “Jika dua orang Yahudi menipu orang bukan Yahudi, mereka harus membahagikan keuntungan bersama” (Choschen Ham 183,7)
6. “Setiap orang Yahudi boleh berbohong dan sumpah palsu untuk membawa seorang bukan Yahudi kepada kejatuhan” (Bhaba Kama 113a)
7. “Orang Yahudi boleh mengeksploitasi kesalahan orang bukan Yahudi dan menipunya” (Talmud IV/3/54)
8. “Orang Yahudi boleh mempraktikkan riba' terhadap orang bukan Yahudi” ((Talmud IV/2/70)
9. Ketaatan mutlak kepada para rabi (pendeta Yahudi, pen.) sebagai pemegang otoritas tafsir Talmud : “Barangsiapa tidak taat kepada rabi, mereka akan dihukum dengan cara dijerang dalam kotoran manusia yang mendidih di neraka” (Erubin 2b)
10. Boleh melakukan kejahatan asal tidak dikenali sebagai Yahudi : “Bilamana seorang Yahudi tergoda untuk melakukan kejahatan (zina?), maka hendaklah ia pergi ke suatu kota dimana ia tidak dikenal orang dan lakukanlah kejahatan itu disana” ( Moed Kattan 17a)
11. “Haram hukumnya berbuat baik kepada Ghoyim (Bukan Yahudi), ” (Zhohar 25b)
12. “Hanya orang Yahudi satu-satunya manusia yang harus dihormati oleh siapa pun dan oleh apa pun di muka bumi ini. Segalanya harus tunduk dan menjadi pelayan setia, terutama binatang-binatang yang berwujud manusia, yakni Ghoyim, ” (Chagigah 15b)
13. “Seorang Ghoyim yang berbaik pada Yahudi pun harus dibunuh, ” (Soferim 15, Kaidah 10)
- “Barangsiapa yang memukul dan menyakiti orang Israel, maka ia berarti telah menghinakan Tuhan, ” (Chullin, 19b)

wallahualam.

Oh Me berkata...

Orang Islam macam Holden backing Yahudi....baguslah tu.

Tapi Ada ke orang Yahudi nak backing orang Islam?

Takut kalau nak bercerita tentang anti-facist dan anti-racist ni, hanya kita je yang terhegeh-hegeh....

mr. hafis berkata...

adijaya.

sumber : talmud tu dari yahudi ke illuminati?

jangan samakan talmud dengan torah.

dah baca pasal 13th tribe?

adijaya berkata...

talmud adalah sebahagian daripada prinsip-prinsip dasar yahudi. talmud bermaksud catatan tentang perbincangan para guru agama yang berkaitan dengan hukum yahudi, etika, kebiasaan dan sejarah. talmud mempunyai dua komponen:
1. Mishnah - yang merupakan kumpulan Hukum Lisan Judaisme pertama yang ditulis
2. Gemara - discussion mengenai Mishnah dan tulisan-tulisan yang terkait dengan Tannaim yang sering membahas topik-topik lain dan secara luas menguraikan Tanakh

istilah talmud dan gemara seringkali digunakan bergantian. gemara adalah dasar dari semua aturan dari hukum rabinik dan banyak dikutip dalam penulisan rabinik yang lain.

prinsip-prinsip yahudi (wajib diterima oleh bangsa yahudi)

1. hari raya
2. doa
3. tanakh
4. halakha
5. TALMUD
6. mitzvot
7. kebiasaan

semoga bermanafaat.

Jimmy Stracqualursi berkata...

pak long aku bangsa yahudi, tak ade pun aku tengok dia amal kan doktrin yahudi tu. hum.

Cob Nobbler berkata...

arwah awek aku orang yahudi,takde pun aku tengok dia amalkan doktrin yahudi tu.

sama la macam macam orang islam makan kurma sunat,bela jambang sunat,pakai serban sunat - sebab itu kebudayaan arab yang digaul-gaulkan dengan islam oleh puak wahabist.

sekarang ni,aku boleh kata apa yang nko baca tu adalah dari sebelah extreme yahudi yang racist.gua pun benci yahudi racist.tapi gua benci religious fascist yang nak membenci2 kaum/agama lain ni.

straight to the point - gua tak suka dilabel apa-apa pun.cakap la apa nak cakap - tapi gua tak label diri gua apa-apa.gua adalah apa yang gua percaya.lu orang bukan tuhan nak judge gua.

oh ya,kalau dah benci yahudi sangat,sila jangan percaya dengan nabi musa,nabi daud,nabi ishak,nabi sulaiman,nabi isa dan segala nabi-nabi yang ada susur galur yahudi.

wahabist telah berjaya mencipta golongan islam fanatik seperti kamu ini menjadi religious fascist.thanks to penemuan petroleum oleh kaum saud yang seterusnya dilantik menjadi raja saud oleh franklin rossovelt,yang memerlukan petrol untuk berperang dunia kedua - dan akhirnya menjadikan kamu semua islam - seorang yang fasis.

yeah - dalam tak sedar kamu semua jadi barua amerika.

kareem berkata...

holden,gua ucapkan selamat maju jaya dengan pegangan lu tuh...

Cob Nobbler berkata...

Gua punya kawan Yahudi lagi ramai dari Yahudi kat APCO Worldwide.

Haha - gua dah selamat,dah maju dan dah jaya kerana bagi gua,gua tak jumud,gua boleh terima apa jua budaya dan adat resam takde masalah,gua boleh survive kat mana-mana pun kalau gua tercampak.Pendek kata,gua takkan terkial-kial macam orang pergi Haji nak tanya jalan - tanya dalam Bahasa Melayu.

mr. hafis berkata...

gua sokong lu holden.

Oh Me berkata...

Arwah awek Holden orang yahudi? hehe...boleh percaya ke ni?

pepa berkata...

wahhh ayat ko....

hehe dude...aku doakan ko sempat tunaikan haji b4 mati (if ko tak penah pegila) n ko dapat sesuatu kebaikan dari-Nya... insyALLAH....

btw,
- Daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Jika ada sepuluh orang Yahudi beriman dengan ku, tidak akan tinggal di atas bumi seorang Yahudi pun melainkan ia memeluk Islam.” – al-Bukhari dan Ibnu ad-Dhirris
-Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: “Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israel telah dilaknat (di dalam kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka ‘menderhaka’ dan ‘selalu menceroboh.” (al-Maidah :78)

-->a fact yang if ko nak debatekn gak, harap2 iman ko tak terpesong....(xyah nk dok bangga kan sangat berkawan or berawekkan yahudi)...biarla terkial2 nk tanya jln nk menunaikan haji at least dia da terang2 dpt keizinan utk jadi tetamu kehormat rumah Allah... dr ko y still dok kat situ... n sebok carik point utk membenarkan kewujudan manusia laknat disisi Allah dimuka bumi....

semoga ko dpt petunjuk... n tak tergolong dlm klompok yahudi kt akhirat kelak....

salam (and again... if ko muslim la....)

talkIZcheap! berkata...

hey, chill all... semua dah lari topik... :p

untuk menjernihkan suasana, mgkin ada baiknya jika sokernet buat plak kesebelasan 11 orang2 agama/bangsa lain plak, tak kisah la Islam ke, Buddha ke [apa bangga sgt org Islam main bola professional? kebanyakannya cnfirm bukak aurat!]

baru la nampak tak berat sebelah, ye tak?? huhu...

Cob Nobbler berkata...

oh me:kenapa,tak caya?ingat aku tak boleh ke?

pepa:bla bla bla hura hura hura!peh!
kalau takde pedagang arab datang - nko konfirm ke nko ni islam?
pernah terfikir macam mana nko jadi islam?

oh ya,yahudi je ke kena laknat?arab macam mana?arab bunuh yahudi takpe - sila rujuk massacre di grenada.bunuh orang yahudi - suci.takpe.

sama la perangai macam zionis.zionis ke,wahabbi ke,nazi ke - semua sama - fasis.aku percaya kepada Satu Bangsa Manusia.

talkizcheap:ntah,apa nak bangga ntah orang Islam main bola professional - konfim mamat2 ni petik nama Ribery,Khalid Boulahrouz,Anelka - nama Sami Al Jaber mesti terpinggir..

p/s:aku nak gak tengok kat Uptown - sejak mufti buat fatwa pasal baju salib/setan bla bla bla,orang start beli jersi Arab Saudi atau Al-Ahli.Al-Shabab ke.

haha...i bet still korang semua Liverpool,Chelsea,MU..lepas tu bebel gua pasal agama..kah kah kah!

Melayu..melayu..hahaha!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...