ANDA SEDANG MEMBACA

39

Lu Ingat Kelab Lu Sayap Kiri Dan Punk? Nampak Sangat Lu Belum Kenal FC St Pauli

LuciusMaximus Selasa, Ogos 24, 2010 , , ,

Soalan yang mungkin timbul sebelum kita mengenali FC St Pauli ini lebih lanjut. Siapa FC St Pauli ni sebenarnya? Kelab mana? Siapa pemain bintang dia? Berapa kali dah menang Champions League? Bersejarah macam Liverpool ke?

Layan video dulu.



FC St Pauli ini kalau kita nak menilai dia dari segi bagaimana kita suka menilai kelab-kelab Big 4 di England, atau Real Madrid dan Barcelona mahupun AC Milan dan Internazionale, memanglah jauhnya seperti langit dengan bumi. Tapi ada satu perkara yang menjadikan St Pauli ini unik dan mempunyai jutaan peminat dari seluruh dunia, tetapi perkara itu bukanlah berapa banyak trofi sudah dimenanginya atau siapa pemain ternama yang menyarung jersi St Pauli.

Sebaliknya, St Pauli ini menjadi ikutan jutaan peminat bolasepak kerana statusnya sebagai sebuah kelab ‘kult’ atau dalam bahasa omputih, ‘cult’. Lupakan AS Roma dan sayap kiri mereka, atau Liverpool dan kelas pekerja, St Pauli jauh lebih proletariat dan sosialis dari kelab-kelab tersebut.

FC St Pauli adalah sebuah kelab bolasepak Jerman yang bertapak dalam daerah St Pauli di bandaraya Hamburg. Sebenarnya kelab ini bukan saja bergiat dalam sukan bolasepak, tetapi juga sukan-sukan lain. Bagaimanapun dalam bolasepaklah St Pauli menjadi ikutan meluas seluruh dunia.


Ditubuhkan pada tahun 1910 (tetapi mereka lebih suka memanggilnya sebagai Non established since 1910), tahun ini merupakan ulangtahun ke-100 St Pauli. Musim 2010/11 juga sangat bermakna kerana ia merupakan detik kembalinya semula St Pauli ke dalam Bundesliga selepas 8 tahun menghilangkan diri bermain di liga bawahan bolasepak Jerman.

Pada dekad 1980-an, sesuai dengan lokasi kelab ini yang terletak berdekatan Reeperbahn (sebuah kawasan pelacuran terkenal Eropah), St Pauli melalui revolusi social yang ketara. Elemen politik berhaluan kiri, fahaman anti fasis, budaya punk atau mana-mana subculture yang lain menular dalam kelab ini. Ketika bolasepak Eropah dilanda fahaman Nazisme dan perkauman, St Pauli berdiri gagah dengan slogan ‘Gegen Nazis’ mereka.


Elemen kiri dan subculture ini membawa St Pauli ke arah budaya yang lebih progresif. Mereka dikenali ramai sebagai anti perkauman, anti seksisme dan anti homofobik. St Pauli dilihat sebagai simbol sebuah kelab yang anti kapitalisme dan sebaik mungkin menolak sebarang unsur komersial yang melampau. Keterbukaan mereka dalam menerima perbezaan jantina juga meletakkan St Pauli sebagai antara kelab yang mempunyai paling ramai peminat wanita.

Dan penerapan nilai-nilai ini semua sangat jelas dalam pengurusan harian St Pauli. Nama stadium mereka ditukar kepada Millerntor-Stadion, setelah nama asal dari bekas presiden kelab bernama Wilhelm Kock ditolah kerana pernah terlibat dengan parti Nazi. Corny Littman, satu masa dulu presiden kelab merupakan presiden kelab bolasepak pertama yang secara terang-terangan mengaku gay. Dan pengurus mereka, Holger Stanislawski adalah bekas pemain St Pauli serta popular di kalangan peminat sebagai seorang yang anti komersialisme, sentiasa turun ke padang dengan seluar jeans, t-shirt, jersi atau memakai jaket. Pakai sut macam Jose Mourinho? Dah kira sell out!


St Pauli memulakan perlawanan liga mereka dengan lagu iringan Hell’s Bell oleh AC/DC dan meraikan setiap jaringan gol dengan lagu Song 2 oleh Blur. Asian Dub Foundation, Turbonegro, Bad Religion, KMFDM dan Sigur Ros semua pernah menghasilkan lagu mengenai St Pauli atau menyarung jersi dan t-shirt St Pauli dalam pertunjukan mereka.

St Pauli tidak pernah menang apa-apa trofi dalam bolasepak Jerman, tetapi tetap menjadi ikutan ramai peminat bolasepak. Bak kata peminatnya, “St Pauli adalah cara hidup. Kami bukan kelab yang mahu membuat duit, kami hanya sukakan bolasepak.”

Cara hidup, sukakan bolasepak dan penerapan pegangan progresif.

FC St Pauli.

39 Ulasan:

ewanthology berkata...

cam gempak je team ni

blitz berkata...

entri berilmiah.. mesti linda radzi suka ni..

meor-name-depan-ku berkata...

Hail de Club!!!

syahid berkata...

terbaekk!

farwalis berkata...

patutla hooligan jerman samseng2.. huhaa!

julu berkata...

mntap..
tp diorg x dahagakan trofi ke???
hee

kamarul arifin berkata...

sukakan bolasepak.patut kasi sultan bola baca ni, baru sultan bola tau betapa tinggi nilai sukan bolasepak.

Zinedine Zaiddin berkata...

Football just a game..HAHA

Unknown berkata...

passionate totale...

r.k berkata...

it is St pauli , mate . cheers

fariz izwan berkata...

Sumpah kalau gua tak follow sokernet gua akan ketinggalan salah satu info penting yang perlu gua tau sebagai kutu bola.Syabas lucius.

sharkpitt berkata...

Sumpah aku rasa entri ni kool gile!Tahniah!All hail FC St Pauli

Heysátan berkata...

you'll never walk one?

msyafiqg berkata...

entri cool dan maskulin...terbaik luci...

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

sempoi gile team ni...

diazhavanaz berkata...

ada team macam nih kat msia, aku follow...

LS berkata...

Nice!

ayobkelubi berkata...

lucy.

mana mau beli ini jersi. sokernet carikan boleh?

Azlan Zed berkata...

nicely shared lucy.

+10 utk bad religion.

;)

amirul berkata...

jersi st. pauli jersi plg style ah dri mcm2 jersi yg ak pnah tgok..ak da try cri jersi ni kt pdg besar tapi x jumpe dol..hahahaha

RyuJi berkata...

ni ibarat team sholin soker la kot..
tp klo team ni ade kat mesia pening gak sultan bola neh..

Jarr berkata...

great info.haram aku tatau kalau lucy tak ckp..
hahah..salute!

Jimmy Stracqualursi berkata...

baca entri ni sambil layan WIZO, peh padu!

saudagar gaRAM.. berkata...

kalolah malaysia ada satu kelab rebel camni..

perghhhhhhh...

Gen Mayhem berkata...

ini baru cool

Dewajiwa berkata...

as usual..mantap lah

kuma berkata...

nice info

Alke berkata...

Aku rase St.Pauli n bakal menggantikan poster2 Red Devils dalam laptop aku. Hail St.Pauli, unity through society!!!oi!! Lucy, a very good info!!!!

RyuJi berkata...

macam mane lucy boleh tau bende ni..aku rase lucy ni alien..

pakkordi berkata...

Gua suspect skit konotasi "tak kesah tak menang, tak de duit, janji cinta bola". Ideal sangat. Illuminati sponsor kut? Good read though.

kitt berkata...

haha..good article.

Azri Rotten berkata...

whoa! siap ade logo antifa. hahaha!

linda radzi berkata...

apahal blitz main petik nama orang plak ni!

haa ini la baru lucius maximus yang saya kangen tu.
rasa cam dah lama je tak baca entri ilmu suluh hidup camni.
apa barang main post2 entri gambar2 ayam ye tak?
setakat nak post entri gambar ayam ke, sardin ke, tak payah guna otak pun takpe..
lain kalau entri camni.
baru la aktif skit otak area kiri bawah.

btw, mengenai st pauli ni,
saya penah tengok kelab ni beberapa tahun dulu kat mana punya video ntah kat internet.
itupun tak sampai seminit.
tapi memang langsung tak tahu apa ada di sebalik kelab ni.
kelab punk ke, kelab sosial ke, kelab gedebe ke..
ingatkan kelab bolasepak biasa macam tronoh fc.

artikel ni,
saya suka!

Tanpa Nama berkata...

ho ho holy shit.

St Pauli kini adalah team favourite aku kat Bundesliga

fariz izwan berkata...

"setakat nak post entri gambar ayam ke, sardin ke, tak payah guna otak pun takpe.."

Tersembur murtabak gua!Hahaha

Unknown berkata...

luc,mintak info pasal penaja2 team bpl macam artikel season lepas..terasa malas nak gugelll

DaGreat is here ? berkata...

cool abis . ade bju dia tak ? tlg carikan ye .

zul efron berkata...

ini jersi St. Pauli 2010/11

http://www.footballshirtculture.com/10/11-kits/st-pauli-1011-dyf-kits.html

cilakak.
memang punk!!

.Gory. berkata...

abang lucius, mintak tolong. baju punk yang gaya mural tu ade jual mane mane tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...