ANDA SEDANG MEMBACA

87

KARDIOVASKULAR

Nazri Khamis, September 02, 2010
Okey, ini dengan tanggapan 'KARDIO' ini bukan dikalangan member yang aku kenal yang saja nak 'menceriakan' Sokernet.

Adapun fikir panjang juga aku nak post ke tidak memandangkan nanti dinampak tak 'sporting' pulak ye kan? Tapi since aku memang bukan fan-fave di antara line-up pengulas Sokernet, maka aku membuat posting yang mana aku rasa pengulas lain juga sebenarnya sedikit sebanyak terasa jengkel dan tidak berakalnya nick KARDIO ini.

Tapi aku percaya, provokasi yang dicetuskan tidak lebih dari provokasi yang suka-suka. Aku nampak Kardio sama seperti Bungwahab seketika dahulu. Dan memandangkan nampak gayanya macam ada pattern bersilih ganti makhluk macam ni, aku ambil keputusan untuk memuatkan entri ini supaya mana-mana entiti yang rasa nak teruskan legasi mereka selepas ni bolehlah bermuhasabah diri terlebih dahulu.

Memandangkan Kardio benar-benar mahukan jawapan untuk soalan beliau;

Abang Nazri, sila jawab soalan mudah saya.

Mengapakah kem ManU sekarang memerlukan 3 pengulas, berbanding dengan kem-kem yang lain?
a) Pengulas kem ManU pengecut
b) Pengulas kem ManU bacul
c) Pengulas kem ManU kecut telur
d) Semua di atas
(entri Khamis, 19 Ogos 2010),

o Maka dengan ini aku menjawab persoalan beliau agar beliau akan lebih bahagia selepas ini,

JAWAPAN SOALAN DI ATAS: Kerana pengulas-pengulas Man U adalah kawan aku dan aku hanya ambil kawan-kawan sebagai rakan pengulas. Just get a life dan jangan serius sangat. Bolasepak bukannya agama.

1. Mari kita establish apa itu SOKERNET. SOKERNET adalah sebuah blog (laman web) yang dibina oleh peminat-peminat bola dikalangan yang aku kenal sebagai satu laman untuk menyuarakan apa saja tentang bolasepak, TERUTAMANYA dalam bentuk humoris. Don't take it seriously walaupun kadang-kadang, ada juga yang serius. Bagi aku 'cocktail' yang dihidangkan setiap hari sudah sempurna. Ada entri release tension, ada entri berfakta. Campur-campur.

2. SOKERNET bukan satu bentuk sistem kerajaan. Maka isu diktaktor ke demokrasi ke tidak di-apply di sini.

3. Ruangan komen adalah medan untuk kita bakar-membakar secara muhibbah. Tapi bila KARDIO balik-balik guna point sama dan terbaru sampai menyentuh akidah si pengulas, ouch, aku tak nampak dia sama seperti rakan-rakan pengkomentar lain yang sekadar memprovokasi secara muhibbah. Ini sudah seperti ada dendam yang jahat ni.

4. Ramai yang jadi tukang provok. Si Luca, Pak Kordi (kadang-kadang) dan beberapa nama lagi yang kini jadi member aku dan kerap minum teh sama-sama. Pipiyapong dan Lucius juga aku percaya dapat kawan baru dari Sokernet juga. Mereka masih memprovok secara muhibbah. Kardio, sila belajar dari mereka untuk menjadi tukang provok yang profesional.

5. Jadi anda akan tanya - kalau macam tu susahlah nak jadi pengulas Sokernet. Susah apa jadah? Jadilah member aku, keluar ngeteh dengan aku. Kalau tak suka aku, jadi member Pipiyapong. Takpun jadi pakwe Jannah, oke, Jannah off-limit. Gua punya. Dan Lucius. Dan Obefiend.

6. Aku masih bukak untuk semua provokasi termasuk komentar seperti peminat Man U bodo dan sebagainya. Tapi ada pattern tertentu di mana boleh dibezakan komentar itu bersifat provokasi manja-manja atau memang bersifat jahat.

7. This is a warning for Kardio. Be creative dalam provokasi. Ini bukan Youtube di mana kau buat akaun 2nd hand for the sake nak attack orang without trace. Very immature.

Okey, damage done. Aku dah jadi villain. Selamat berbola.

87 Ulasan:

keriangandunia berkata...

.-~([KELAB PENYOKONG KARDIO])~-.

Nazri berkata...

hahaha

Unknown berkata...

Ala, biar lah...budak2 sekolah jer tu agaknya...tp nak kenal jugak ngan bungwahab, saper yek?

YNWA!

nazry berkata...

Saya rindu ulasan provokosi abg Nazri! kamon abg Nazri teruskan comment and backup MU! kamon kamon! :D~

[peminat ulasan provokasi NAZRI]

blitz berkata...

apa lagi kardio.. dh sampai masa lu jawab soalan gua aritu.. kalau lu berani nak jawab la..

meor-name-depan-ku berkata...

Tegar biarlah bertempat!!!!

kitt berkata...

oh..rindu zaman bungwahab yg rancak..
sampai ada beliabencibungwahab hoh..

Wahida Jumaat berkata...

" 'cocktail' yang dihidangkan setiap hari sudah sempurna. Ada entri release tension, ada entri berfakta. Campur-campur."

betul2...join sokernet sbb nk tahu bola.. :)

Nazri berkata...

well at least bungwahab kreatif dan menghiburkan.

meor-name-depan-ku berkata...

hai wahida, Akhil Hayy sehat?

talkIZcheap! berkata...

takde beliabencikardio??

Fathi Roseli berkata...

hahaha...wahida ni de kaitan ngn akhil hayy ke..hehe...mmg head shot kne kt KARDIO...nk seyes2 gi msuk parlimen..haha

blitz berkata...

serius takpe tp jangan sampai jadi kurang ajar..

Zo Ahmad berkata...

Fenomena KARDIO semakin berleluasa..siap ade entry utk lu lagi ni kardio!tabik la kat lu! hahahaha

ewanthology berkata...

glamer tul kardio ni skrg.. huhu

adijaya berkata...

hello nazri, lama tak dengar khabar. masuk sokernet pun jarang-jarang. masih kat indonesia ke?

camne suasana puasa kat bali? mesti buka puasa bersama awek cun kat pantai jinbaran, takpun refreshing sambil lepak tgk orang surfing depan mc'd kuta.

kalau nak datang bandung, roger la.

.Gory. berkata...

Kepada sesiapa yang berkenaan.

Kalau nak jadi serius, pergilah cerita bola dekat mahkamah.

Kalau rasa menyampah dengan Sokernet, jangan baca. This is a BLOG, moron! Tempat bersantai membaca apa yang ditulis. Kalau tak suka, tak perlulah baca!

Dulu sekolah awak bencikan buku teks sejarah, dan awak hanya baca sebab dipaksa oleh SPM.

Di sini, SPM tak memaksa awak mengambil subjek bolasepak tulen atau sastera bola atau whatever, so turn around and look for the EXIT door.

Ah, emosi sudah, auuwww.

Jorji berkata...

Kalau sentuh pengulas Manchester United, aku tak emo. Tapi kalau sentuh Manchester United, aku tak akan berdiam diri :P

Ya aa auww!

MOFASAD berkata...

lantak semua.. gua tak amek portt....


[gua penyokong kelab luca de ketiak bacin]

i'msosupernotcool berkata...

xlame lagi ngeteh la kardio dgn nazri..
selamat..

Cob Nobbler berkata...

kardio glamer..kah kah kah!

Am Cerdik berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Luca DK berkata...

hi holden!

WassapBerasap berkata...

gua pon terasa.. keh2..

FdausAmad berkata...

Gua sentiasa memberi kemaafan pada lu kardio..
Walaupun hati ni sedikit terguris.
Eceeehhh!!!!

Am Cerdik berkata...

ynwa kardio..wakaka

eh,assalamulakum semua..

nmz berkata...

kardio ni baru baca sokernet agaknya
tak faham style penulisan pengulas2 n
tak faham provokasi n trolling kat sokernet ni
whatever it is, sokernet still the best :D

talkIZcheap! berkata...

j or ji jugak yg class... wakaka!!

Kiubrubik berkata...

"Labels: bodo tak boleh nak diajar"

ni je paling klakar.

pingu berkata...

Ye r tu!! Kardio!! jom kite g ngeteh!!

Jiraya berkata...

makin panas sokernet...keep up the good work utk para pengulas yg penuh dgn ilmu didada.lagipun epl masih panjang lagi.suka duka warga sokernet akan dikongsi bersama dgn kelab pujaan masing2.
majulah sukan tuk negara bersama warga sokernet yg suka bertekak sesama sendiri.

LS berkata...

Betul lah. Balik2 up point sama. Apa gila? Soalan mudah konon. Soalan mudah orang tanya Kardio taknak lak jawab. Benda senang, ni blog depa, depa punya suka. Macam ko la Kardio, kenapa ko tanya org, sebab ko punya suka la ye tak? Tapi tak perlu nak over bro. Gua tau lu period dah lama.

BTW, Kardio. Any comment?

Wan Fazli berkata...

kardio nie saje je nak glamer.......
Gile glamer gamaknye......

Wahida Jumaat berkata...

kardio femes..terbaik lah!

p/s: ini wahida xda kene megena dengan akhiy hayy ke hape ke... peace ;)

kardio berkata...

Abang Nazri:

Terima kasih kerana menjawab. Jadi jawapannya adalah sebab kawan-kawan. Kan senang jawab dari awal dulu.

Yang penting saya lihat abang Nazri ni kelihatan sangat emosi dengan komen saya. Nampaknya provikasi muhibbah saya berjaya juga, bukan? =)

Sebenarnya, kecenderungan untuk cepat marah itu membuktikan abang Nazrilah yang kurang berakal, bukan saya. Jadi, rilekslah jangan marah-marah. Just get a life dan jangan serius sangat. Bolasepak bukannya agama.

Abang Blitz:
Apa soalan abang blitz? Boleh ulangi?

Jiraya berkata...

kardio dah datang hahahaha

meor-name-depan-ku berkata...

waheeyyydaaa.....

City Laundry Cafe berkata...

hi kardio....

fikiranlicin berkata...

gua syak kardio ni geng geng deme jugak la..biasa la, stail UMNO BN..geng up geng nak tutup kesalahan (lebih kurang la)

Unknown berkata...

tringat bungwahab..

Wahida Jumaat berkata...

meor-name-depan-ku
jgn wat kontroversi disini.hahaha..*t jadi bahan*
dah follow..always darah biru

p/s:sok ak bgn mesti dah byk comment..so xmo gnggu..kardio ke hape ke..nite~

mat berkata...

lu ni emo la kardio..pastu nk cover line plak.. trick lama tu..sandarkan pada kenangan ke??

jamsarisabian berkata...

dia datang..jeng3..dengan lenggang lenggok nyaaaa..dia datang..jeng3..hahaha..

pingu berkata...

aku tau sangat si kardio nih.. die... nak cakap manu leh menang bpl season nih, pastu die pon nak jadi pengulas gak.. camtu la citenye aku rase..

BanDeLa berkata...

terus gelak2x baca sokernet...
gelak2x dapat gak info pasal bola...
kehkehkeh

talkIZcheap! berkata...

EUFA, EUFA, EU... eh, salah post...

kitt berkata...

haha..talkIz..siut je,tp aku paham, pening hoh post2 lately ni demi memuaskan hati pembaca2 yg berilmiah & ingin tahu itu..

ayob berkata...

bungwahab hidup lagi tak? gua rindu.

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

Kah kah kah! Padan muka lu, Kardio.
Kepada semua pengomen, lain kali komen elok-elok. Kasi kreatif. Tak main jahat. Bergaya. Ada mutu. Ada art. Senang cerita macam Arsenal main.

Wei Kardio ni fan mana?

jamsarisabian berkata...

gaye emosi ngan provokasi gua rase kardio nih arsenal nih..hahahahaha..

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

kahkahkah... kardio geng pipi la wey... hampeh...

r.k berkata...

sejak due menjak ni , banyak pula post untuk melayan kerenah pengomen ,

ilmiah lah , berakal lah , link la , jawab soalan la ..

dah tak macam sokernet yang asal .
1Malaysia menjana transformasi ?? heh .

LS berkata...

Kardio,

"Jadi jawapannya adalah sebab kawan-kawan. Kan senang jawab dari awal dulu."

lu sapa org nak layan lu ek? Adoih.

ayobkelubi berkata...

naz

kau bikin aku gelak besar!. HAHAHAHAHAHAHAHA!.terima kasih!.

apa lak yang budak2 ni nak serius benar dlm blog, diulang B.L.O.G sokernet ni?.

adeehh..sengal wak kang betul. org dtg sokernet untuk membaca cerita bola yang lain dari lain. org dtg baca sokernet sebab nak cari kawan-kawan baru.

mcm aku. dari sokernet. gua kenal ustaz pdaus ahmad. siap aku tapau mee goreng lagik. keh keh keh..

adatlah tu, kalau kena nganjing. dah namanya bolasepak. pernah tak pergi stadium, lepas tu penonton bolasepaknya budi bahasa tinggi?. takdenya. semua pakat maki hamun referee, player, provok sana,provok sini. kalau yg bersopan pun sbb ada awek kat sebelah. kalau bini kat sebelah, dia pakat maki jugak tapi lepas game abis...semua pakat isap okok sama2 kat luar stadium. apa ada hal?.

dalam erti kata lain.

takleh gurau, dok surau.

David Archuleta berkata...

macam mane dgn entri brlagak lucius yang tibe2 emo bile org ckp die xde sumbang ape2 kt bola m'sia? ilmiah ke kalo mcm tu?



kardio, kite geng!

jiwa sifar berkata...

kem liverpool ade berapa pengulas ek?

mrlrie berkata...

fesbuk kardio apa ha'a? fren fren fren... hehehe

Jarr berkata...

bulan depan aku gi Bali ngeteh ngan Nazri, tapi teh tarik dlm botol tu...sedap dowwh.

Azlan Zed berkata...

pergh, main passing2...

amik nombor-amik nombor.

lepas obe, sape?

hehe.

HafizChan berkata...

Gua kalau gua masuk http://www.1malaysia.com.my/ gua jadik serius...Pakai font TNR tuh! Indie sangat

oni berkata...

nazri, jannah off-limit lu punya. adik jannah boleh? okeh tak jannah?

Tabok berkata...

Kardio, Kardio, keras betul hati kau
20 people like this. stail facebook plak

Tukang Terjun berkata...

"Sebenarnya, kecenderungan untuk cepat marah itu membuktikan abang Nazrilah yang kurang berakal, bukan saya. Jadi, rilekslah jangan marah-marah. Just get a life dan jangan serius sangat. Bolasepak bukannya agama."

Gua quote Kardio je nih.. Jadah apa lu Kardio? Kalau lu tak suka, lu bukak la blog bola sendiri. Tulis sendiri. Kita tengok banyak mana yang nak join lu baca blog tu. Yang lu nak memekak tak tentu hala kat sini apesal? Kencengmanes ke apa lu?

Lu nak series-series, nak main2 fakta tak tentu hala, baik lu pegi baca wikipedia gua rasa. Orang baca sokernet nak suka-suka sambil nak "bakar-membakar amalan mulia".

blitz berkata...

kardio : sebab lu buat-buat tak igt soalan gua itu hari..

Mengapakah profile kardio sekarang tidak disertakan dengan email, berbanding dengan tukang-tukang komen yang lain?
a) Kardio pengecut
b) Kardio bacul
c) Kardio kecut telur
d) Semua di atas

haa.. tunggu apa lagi.. jawab la..

LuciusMaximus berkata...

@maharaja gila

Lu gila apa? Dah masuk Sinar Harian mestilah nak berlagak!

jamsarisabian berkata...

kan da dapat sebijik gila..hahahaa..

Unknown berkata...

Pipi:lu nyer ulasan jugak yg true ART..haha

Pet Shop Boys berkata...

Setuju dgn Nazri...Setuju sangat.

tak kisahlah Man U nak letak berapa penulis pun. itu hak mereka sebagai juara liga. kan?

Bukan salah Man U mereka team yang popular.

w4die berkata...

kardio terbaik!! hahaha..

Jiraya berkata...

saya menyokong lucius sebab kita satu kapal warna biru

mikhaelahmad berkata...

confirm, berdasarkan bedah siasat awal, Kardio ni fan Arsenal.

linda radzi berkata...

hahaha
please please please
jangan samakan kardio dengan bungwahab.
terima atau tidak,
cara mereka berdua berbeza.
bungwahab,
memberi komen yang amat keras, tepat, tajam dan straght edge je to the point.
memang nampak sangat dan jelas yang beliau nak memancung setiap entri2 yg di post berserta dengan pengulas2nya sekali.
kira potong habis laa..
membuatkan kehadirannya memang ditunggu2.
setiap entri yg di up, org akan menunggu ntah apa la yg bungwahab nak bantai ni lagi.
bungwahab memang sweet.
ekekekeke jadik nya bungwahab mmg best.
komen yg pendek2 je.
tapi memang bagi org menyirap jek!

berbanding kardio,
yang mempunyai gaya komen yang agak kelam sopan santunnya di situ.
tetapi mempunyai unsur2 sarcastic dan sarcastard yg aga garang rona dan tona warnanya.
kira jahat gak laa..
kira kalau lucius ada up apa2 entri tentang sesuatu yang bersifat counter strike, memang lucius tengah menyirap la tu.
tp ini entri nazri yg up daa..
boleh tahan gak brader nazri punya hangin ni..
mengkin beliau dah lama sgt bersabar di samping hanay memerhatikan serangan2 kardio dari jauh.
sebab kardio usik manure barangkali, dan belum chelsea lagi tu.
saspek kardio ni liverpool ni.. hehehe

talkIZcheap! berkata...

bungwahab legend siott...

linda radzi berkata...

come on..
itu auranya bungwahab..
walaupun beliau dah lama tak menunjukkan dirinya yang hodoh tu,
namun nama beliau masih lagi disebut2 sehingga kini..
setuju dgn talkizcheap.
bungwahab adalah legend..

kardio berkata...

Abang Blitz -

Jawapannya ialah sebab saya rasa tak perlu. Saya datang sini bukan sebab nak bercinta pun.

Tapi kalau abang Blitz nak email juga, sila email ke AduanRakyat@TV3.com.my

mirovsky berkata...

kesian kardio... hahaa...

aku rasa dia mesti nyesal login blog nie... :D

kaw2 retaliation...

korang nie pun... x baik laa menganjing dia camnie... kasi can laa...


p.s : mana feedbek kardio?... merajuk ka?

keli berkata...

Kardio......nak sain..

blitz berkata...

kardio : nampak sangatlah pengecut.. takut sgt org tahu identiti sebenar.. setakat nak provok orang tp menyorok.. keh keh keh..

r.k berkata...

hi amxar ..

kareem berkata...

ah lu nazri..bile plak lu nak ngeteh ngan gua..Gaduh dah gaduh...

erika_kartuna berkata...

kardio berbunyi hebat laksana satria domain

David Archuleta berkata...

lucius babi.. kah kah kah.. rilek2..gurau je..

kardio, lpas ni kalo nak komen letup2, pakat dgn aku dulu woi!

mambangmabuk berkata...

apakah ini..mana dtg mamat2 serius ni..

Roy Salleh berkata...

Kesian jugak aku tengok kardio ni. Stok kena bahan.

Siapa suruh mulut longkang sangat.

Ha ha ha.

chesterchaz berkata...

hahaha.. kardio kardio..
agaknye da bleh la kalo nk create account baru ni..
muahaha

orang_es berkata...

ye la abg kardio, letak la gambar. boleh buat kardio fan club (kfc) nnt. woi jom ramai2 pakat cr identiti kardio ni.

ONLY BENEFIT berkata...

haha sumpah/khekok ketawa setan aku bace komeng pengkomeng skalian,,
kepada kardio cukuplah kencing berdiri,
itu kan prangai setan..,
setan tu red devils,
red devil tu manure..,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...