Memaparkan catatan dengan label bodo tak boleh nak diajar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bodo tak boleh nak diajar. Papar semua catatan
53

Bangang Tak Bertempat - Jamie Carragher Mahu England Dikendali Jurulatih Inggeris

LuciusMaximus Khamis, Oktober 06, 2011 , ,




"I think it's a form of cheating at international football and it's a bit embarrassing. I've got nothing against Capello. I went with him to the World Cup and got to know him a little bit. But I just think that's what international football is. Maybe it's something in our culture, or because English managers don't get the chance to win club games at the top. Benitez, Houllier, Mourinho - they've all got things about them in terms of having won the big trophies. Does that mean English managers don't get a chance in the Premier League? Look at Chelsea, with a 33-year-old manager (Andre Villas-Boas). In years gone by, David Moyes would have got that position, or an up-and-coming manager who's done a great job. But that doesn't happen any more and with the national team it's about what you've achieved, what you've got in the locker." - Jamie Carragher

Sumber Kardio: Daily Mail


David Moyes - lahir 25 April 1963 di Glasgow, Scotland
Liverpool FC - kali terakhir di bawah pengurus Inggeris pada musim 2010/11, tetapi Roy Hodgson dipecat pertengahan musim dan kini dibawah kendalian Kenny Dalglish (lahir 4 Mac 1951 di Glasgow, Scotland). Pengurus terhebat dalam sejarah Liverpool ialah Bill Shankly, lahir 2 September 1913 di Glenbuck, Scotland

Inilah namanya bangang tak bertempat.
100

AMARAN KERAS DARI SOKERNET

LuciusMaximus Jumaat, Disember 31, 2010 , ,


Gua nak tanya, apasal lu orang sibuk sembang pasal nama gua sekarang ni?


Belia Sabah mahu digunakan digunakan gelaran Harimau Malaysia, bukan Harimau Malaya

TUARAN: Belia di Sabah teruja dengan skuad bola sepak Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki 2010, tetapi mahu gelaran "Harimau Malaya" yang dirujuk kepada skuad itu digantikan dengan "Harimau Malaysia".

Ramai belia di Sabah dikatakan tersinggung dengan ungkapan Harimau Malaya yang sering digunakan pihak media.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Jahid Jahim, berkata ramai golongan belia di Sabah menghubungi beliau yang mengadu tersinggung dengan pihak media yang sering merujuk pasukan Malaysia dengan gelaran Harimau Malaya atau Singa Malaya.

"Saya lihat memang ada asas mereka berperasaan begitu kerana ia tidak melambangkan semangat 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Sepatutnya perkataan Harimau Malaysia yang digunakan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jahid yang juga Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) berharap media nasional terutama pengarang sukan sentiasa bertanggungjawab dan mengambil kira sensitiviti peminat bola sepak di Sabah khususnya golongan belia berhubung penggunaan perkataan Malaya yang jelas maksudnya secara literal, tidak membabitkan Sabah dan Sarawak.

"Walaupun penggunaan perkataan Harimau Malaya yang merujuk kepada pasukan Malaysia yang memenangi Piala AFF Suzuki itu hanya perkara kecil, namun ia bercanggah dengan aspirasi dan semangat 1Malaysia," katanya.


Sumber: Berita Hairan

Ini adalah hujah paling bodoh dalam sejarah bolasepak Malaysia. Memikirkan yang ianya datang dari seorang menteri sukan hanya menunjukkan yang menteri ini tidak faham sebutir haram pun pasal sukan, khususnya bolasepak.

Datuk Jahid Jahim ini aku berani bertaruh sebelum ini tidak tahu sebutir haram pun pasal bolasepak Malaysia. Dan belia Sabah yang merasa tersinggung kononnya pasukan bolasepak Malaysia diberi gelaran Harimau Malaya yang sebenarnya selama ini hanya tahu tengok perlawanan bolasepak Manchester United.

Inilah masalahnya bila kita menjadi juara. Tiba-tiba semua bercakap pasal bolasepak Malaysia dan Harimau Malaya dan semua mengaku jadi pandai. Tapi kalau betul pandai tidak apa. Masalahnya bila ada yang tak berapa pandai berlagak konon pandai.

Pasukan bolasepak Malaysia wujud lama sebelum Malaysia terbentuk atau Malaya mencapai kemerdekaan,yakni pada tahun 1953 ketika melawan Korea Selatan (sebagai perlawanan antarabangsa diiktiraf yang pertama). Lama sebelum itu pula FAM sudah diasaskan pada 1933, bermula dengan Football Association of Malaya dan kemudiannya ditukar ke Malaysia.

Tetapi nama gelaran pasukan bolasepak kita ialah Harimau Malaya bersempena mengambil nama spesis harimau dari nama yang sama yang hanya wujud di Semenanjung Tanah Melayu. Tidak ada kena-mengena dengan isu politik atau perkauman. Dan Pak Belang bernama Harimau Malaya ini (Panthera tigris malayensis nama saintifiknya di Malaysia, Panthera tigris jacksoni di seluruh dunia) dinamakan Harimau Malaya atau Malayan Tiger sebab alamat rumah dia di Semenanjung Tanah Melayu/Malaya, sebab itu bukan dinamakan Harimau Malaysia atau Harimau 1Malaysia. Tak percaya tanya Animal Planet!

Menamakan pasukan bola kebangsaan dengan nama haiwan tertentu adalah normal dalam bolasepak. Pasukan Filipina digelar Azkal yang membawa maksud anjing jalanan dan tidak ada siapa pun yang nak kecoh walaupun maksudnya agak hina. Indonesia digelar Garuda dan walaupun ianya hayawan mitos tetap tidak menjadi masalah. Iraq digelar 'Lions of Mesapotamia' bukannya 'Lions of Iraq'. Singapura pula dinamakan 'The Lions' walaupun kita tahu tidak ada singa di Singapura (kecuali di zoo). Kenapa Tunisia digelar Les Aigles de Carthage (Helang Carthage) walaupun kerajaan Carthage itu sudah beribu tahun terkubur?

Ini semua soal tradisi. Tradisi dalam bolasepak adalah penting. Dan pasukan bolasepak kita dari berpuluh tahun dulu diberi gelaran Harimau Malaya. Itu tradisi bolasepak kita. Mengubahnya hanya membuat arwah Supermokh menyumpah kita semua nanti.

Jadi aku harap Datuk Jahid Jahim dan mereka yang lain sila fahamkan betul-betul perkara ini. Jangn bodohkan diri sendiri, awak tu menteri merangkap ketua pemuda.

Sekarang aku nak tanya, masa Harimau Malaya tak reti main bola dan asyik kalah dulu, apasal Datuk Jahid Jahim tak pernah kompelin isu nama Harimau Malaya ini?

***
Pertama sekali, Luci maafkan gua kerana menumpang di entry lu. Bila baca entry lu ni, gua bergegas pegi ambik gambar yang rasanya tak patut dia punya hipokrit!


Perompak sukan rakyat!

Patutnya datuk Jahid Jahim ketengahkan isu yang lebih nasionalis, isu yang real tentang betapa celakanya nasib marhaen bila Piala Dunia dilacurkan baru baru ini. Lagi, beliau patut menyuruh penaja iklan di atas menyiarkan game game liga tempatan secara intensif, sekurang kurangnya. Iklan iklan macam ni semua nak elak cukai dan...... Kipppaaaasssssssss!!!!
-pidomat tumpang lalu-


47

Penggabungan Johor FA Dan Johor FC – Bukti Sultan Bola Masih Tidur Dan Bolasepak Malaysia Tunggang Langgang

(Laman sesawang Malaysian Super League telah pun mengemaskini jadual suku akhir Piala Malaysia. Tahniah kerana berjaya melakukannya dalam tempoh lebih 24 jam. Kat England sana yang bolasepaknya jadi kegilaan rakyat Malaysia, kemaskini dibuat sebaik saja tamat perlawanan. Bolasepak kita, wajah kita kot?)


Juara Berganda 1991 - Johor FA sebelum dijangkiti Sindrom Down

Johor FA dalam hirarki bolasepak Malaysia boleh kita kelaskan sebagai pasukan kelas pertengahan. Mereka cuma ada 2 Piala Malaysia, 1 kejuaraan liga dan 1 Piala FA dalam trofi kabinet mereka. Zaman kegemilangan Johor ialah ketika di bawah pimpinan Michael Urukalo yang membawa kejuaraan berganda Piala Malaysia dan Divisyen 1 pada musim 1991. Johor ketika itu dibarisi pemain antaranya Hassan Miskam, Salehan Mohd Som, Liew Kim Tu, Abbas Saad, Alistair Edwards dan Ervin Boban. Transformasi Johor bertitik-tolak dari keinginan untuk menyaingi kuasa jiran mereka Singapura (awal dekad 90-an kedua-duanya boleh dikatakan bersaing sengit dalam Causeway Derby). Kejayaan berganda tahun 1991 adalah kemuncak transformasi Johor ini.



Johor FC - penat-penat buat kelab lepas tu kena telan dengan ular sawa

Johor FC sebaliknya pula adalah sebuah pasukan berstatus kelab yang awal penubuhannya pada 1972 PKENJ FC. PKENJ merujuk kepada Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor. Menjuarai Piala FAM (sebuah kejohanan antara kelab) tahun 1994 dan 1995 serta kemudiannya layak bermain di liga Premier 2 pada tahun 1997. Musim 2007 menyaksikan Johor FC melayakkan diri ke Liga Super dan kekal sehingga hari ini.

Apa perbezaan antara Johor FA dan Johor FC? Yang paling ketara pastilah pada nama FA dan FC antara mereka. Johor FA seperti pasukan negeri yang lain adalah sebuah persatuan bolasepak negeri yang menghantar sebuah pasukan sebagai wakil negeri dalam kejohanan bolasepak Malaysia. Johor FC pula seperti namanya adalah sebuah kelab bolasepak, kini milik Johor Corporation sepenuhnya yang juga turut memiliki Stadium JCorp Pasir Gudang, gelanggang keramat Johor FC.

Makanya Johor mempunyai dua pasukan yang bermain mewakili negeri selatan tanah air ini dalam kancah bolasepak (sama seperti Terengganu dan Selangor juga). Sebuah pasukan dibawah kendalian Johor FA dan pastinya dengan mentaliti pengurusan ala kerajaan sementara sebuah lagi kelab yang diurus pihak swasta. Dan seperti kebiasaan, Johor FA tunggang-langgang, dihimpit masalah kewangan, kemelut politik dan sebagainya sedang Johor FC nampak lebih berjaya sebagai sebuah pasukan bolasepak.

Bila perkara sebegini berlaku apa hasilnya? Johor FA menggunakan kuasa politik mereka untuk menekan FAM agar membolehkan hanya pasukan negeri bersaing dalam Piala Malaysia. Ya, ini selepas Johor FA tersingkir dari Liga Super dan tidak layak ke Piala Malaysia 2010 sedang Johor FC mendapat tempat ke-4 liga dan layak pula ke Piala Malaysia.

"Kita mesti akui bahawa format sekarang di mana kelab-kelab dibenarkan bermain pada Piala Malaysia adalah tidak kondusif dan tidak akan membantu menaikkan status pertandingan,” kata Presiden Johor FA, Jais Sarday. Tambahnya lagi, “terlalu banyak pasukan bertanding... ia merampas bakat terbaik yang wujud dari pertandingan perdana bola sepak Malaysia.”

Aiseh brader Jais, kau punya pasukan negeri berterabur (kalah 20 kali dalam liga) ada hati bercakap pasal “tidak kondusif”, “merampas bakat terbaik” kejadah semua. Mungkin brader Jais menuduh Johor FC merampas bakat terbaik dari Johor FA sebab itu pasukan negeri Johor hancur barangkali.

Tidak cukup dengan itu, timbul pula suara sumbang yang mencadangkan agar Johor FA digabungkan dengan Johor FC. Naib Presiden 1 Johor FA, Datuk Abdul Aziz Sapian berkata “biar ia digabung menjadi satu pasukan bagi menghadapi saingan Liga M sekali gus memberi sinar baru kepada bolasepak Johor”. Watahel?!

Kenapa perlu digabungkan? Johor FC sudah pun memberi sinar buat sekian lama kepada bolasepak Johor. Walau berstatus kelab mereka masih mampu bertahan dalam saingan Liga Super dan layak ke Piala Malaysia. Stadium JCorp Pasir Gudang biar pun kecil tetap ada penyokongnya yang hadir setiap kali Johor FC bermain. Johor FC tidak ada masalah kewangan, kemelut politik dan masalah lain seperti yang melanda Johor FA.

Idea penggabungan ini sama seperti memaksa orang yang sihat berkongsi penyakit dengan seorang malaon yang menghidap kusta. Gedebe gila kuasa di Johor FA yang gagal tidak menyedari kesilapan mereka sendiri dan sebaliknya mengambil jalan mudah dengan memaksa Johor FC diserap ke dalam Johor FA. Lepas itu sembang kencang, era kegemilangan bolasepak Johor bakal kembali.

Kalau dibiarkan perkara ini berlaku, matlamat FAM untuk menggalakkan penubuhan kelab bolasepak di Malaysia tidak akan kesampaian. Bayangkan apa pula selepas ini, Terengganu FA lingkup dan PBDKT T-Team FC diserap masuk? Kuala Lumpur FA bungkus dan KL PLUS FC dipaksa bergabung? Kejadahnya?

Benda yang sebetulnya ialah mudah. Johor FA tersingkir dari Liga Super dan gagal layak ke Piala Malaysia. Penyelesaian? Bukan bergabung dengan Johor FC, tapi suruh brader Jais dengan Datuk Abdul Aziz letak jawatan. Dah tak reti buat kerja jangan memandai nak buat masalah lain.

Dan satu lagi perkara yang sepatutnya Sultan Bola dan FAM jadikan iktibar dari peristiwa ini, bolasepak negeri dan bolasepak kelab tidak boleh berjalan serentak. Benda ini dah berapa kali aku tegaskan sebelum ini. Selagi ada pasukan negeri selagi itu pasukan kelab susah nak hidup. Kalau kau duduk di Sentul kau nak sokong Kuala Lumpur atau KL PLUS FC? Kalau duduk di Jengka, Pahang FA atau Felda United FC?

Jalan yang ada hanya salah satu dari dua. Bubar pasukan negeri dan wujudkan pasukan kelab sahaja berdasarkan kedudukan geografi (kalau namanya Felda United FC main kat Cheras yang tak ada Felda apa jadahnya?). Atau tumpukan pada pasukan negeri dan bubarkan pasukan kelab yang tak dapat hidup kerana dibayangi pasukan negeri (macam kes Johor FC, akhirnya nak kena telan dengan pasukan negeri). Benda macam ini pun susah sangat ke nak fikir? Kata brain stroming session kat Wisma FAM, brain storming ke atau makan mihun dengan karipap?

Bodoh tak boleh nak diajar!
85

EUFA Super Cup

LuciusMaximus Khamis, September 02, 2010 ,
"Kepada encik entri, tolong la jangan berlagak sangat. Chelsea tu pun bukannye lebih besar drp Athelico Madrid pun...Klu nak amik fakta, Atletico ada menang EUFA Super Cup, Chelsea apa ada? Setakat domestik boleh la cakap gebang...kakaka p/s: Klu tak tahu apa itu EUFA Super Cup, sila google sendiri...ko kan banyak masa yang tak berguna....."

- Diaz (seorang pembaca Sokernet berilmiah)

Woi tahu tak apa itu EUFA Super Cup?

Kalau nak tahu, ini dia yang dinamakan EUFA Super Cup:








p/s: Histeria aku dibuat oleh si Diaz ni...
87

KARDIOVASKULAR

Okey, ini dengan tanggapan 'KARDIO' ini bukan dikalangan member yang aku kenal yang saja nak 'menceriakan' Sokernet.

Adapun fikir panjang juga aku nak post ke tidak memandangkan nanti dinampak tak 'sporting' pulak ye kan? Tapi since aku memang bukan fan-fave di antara line-up pengulas Sokernet, maka aku membuat posting yang mana aku rasa pengulas lain juga sebenarnya sedikit sebanyak terasa jengkel dan tidak berakalnya nick KARDIO ini.

Tapi aku percaya, provokasi yang dicetuskan tidak lebih dari provokasi yang suka-suka. Aku nampak Kardio sama seperti Bungwahab seketika dahulu. Dan memandangkan nampak gayanya macam ada pattern bersilih ganti makhluk macam ni, aku ambil keputusan untuk memuatkan entri ini supaya mana-mana entiti yang rasa nak teruskan legasi mereka selepas ni bolehlah bermuhasabah diri terlebih dahulu.

Memandangkan Kardio benar-benar mahukan jawapan untuk soalan beliau;

Abang Nazri, sila jawab soalan mudah saya.

Mengapakah kem ManU sekarang memerlukan 3 pengulas, berbanding dengan kem-kem yang lain?
a) Pengulas kem ManU pengecut
b) Pengulas kem ManU bacul
c) Pengulas kem ManU kecut telur
d) Semua di atas
(entri Khamis, 19 Ogos 2010),

o Maka dengan ini aku menjawab persoalan beliau agar beliau akan lebih bahagia selepas ini,

JAWAPAN SOALAN DI ATAS: Kerana pengulas-pengulas Man U adalah kawan aku dan aku hanya ambil kawan-kawan sebagai rakan pengulas. Just get a life dan jangan serius sangat. Bolasepak bukannya agama.

1. Mari kita establish apa itu SOKERNET. SOKERNET adalah sebuah blog (laman web) yang dibina oleh peminat-peminat bola dikalangan yang aku kenal sebagai satu laman untuk menyuarakan apa saja tentang bolasepak, TERUTAMANYA dalam bentuk humoris. Don't take it seriously walaupun kadang-kadang, ada juga yang serius. Bagi aku 'cocktail' yang dihidangkan setiap hari sudah sempurna. Ada entri release tension, ada entri berfakta. Campur-campur.

2. SOKERNET bukan satu bentuk sistem kerajaan. Maka isu diktaktor ke demokrasi ke tidak di-apply di sini.

3. Ruangan komen adalah medan untuk kita bakar-membakar secara muhibbah. Tapi bila KARDIO balik-balik guna point sama dan terbaru sampai menyentuh akidah si pengulas, ouch, aku tak nampak dia sama seperti rakan-rakan pengkomentar lain yang sekadar memprovokasi secara muhibbah. Ini sudah seperti ada dendam yang jahat ni.

4. Ramai yang jadi tukang provok. Si Luca, Pak Kordi (kadang-kadang) dan beberapa nama lagi yang kini jadi member aku dan kerap minum teh sama-sama. Pipiyapong dan Lucius juga aku percaya dapat kawan baru dari Sokernet juga. Mereka masih memprovok secara muhibbah. Kardio, sila belajar dari mereka untuk menjadi tukang provok yang profesional.

5. Jadi anda akan tanya - kalau macam tu susahlah nak jadi pengulas Sokernet. Susah apa jadah? Jadilah member aku, keluar ngeteh dengan aku. Kalau tak suka aku, jadi member Pipiyapong. Takpun jadi pakwe Jannah, oke, Jannah off-limit. Gua punya. Dan Lucius. Dan Obefiend.

6. Aku masih bukak untuk semua provokasi termasuk komentar seperti peminat Man U bodo dan sebagainya. Tapi ada pattern tertentu di mana boleh dibezakan komentar itu bersifat provokasi manja-manja atau memang bersifat jahat.

7. This is a warning for Kardio. Be creative dalam provokasi. Ini bukan Youtube di mana kau buat akaun 2nd hand for the sake nak attack orang without trace. Very immature.

Okey, damage done. Aku dah jadi villain. Selamat berbola.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...