ANDA SEDANG MEMBACA

47

Penggabungan Johor FA Dan Johor FC – Bukti Sultan Bola Masih Tidur Dan Bolasepak Malaysia Tunggang Langgang

(Laman sesawang Malaysian Super League telah pun mengemaskini jadual suku akhir Piala Malaysia. Tahniah kerana berjaya melakukannya dalam tempoh lebih 24 jam. Kat England sana yang bolasepaknya jadi kegilaan rakyat Malaysia, kemaskini dibuat sebaik saja tamat perlawanan. Bolasepak kita, wajah kita kot?)


Juara Berganda 1991 - Johor FA sebelum dijangkiti Sindrom Down

Johor FA dalam hirarki bolasepak Malaysia boleh kita kelaskan sebagai pasukan kelas pertengahan. Mereka cuma ada 2 Piala Malaysia, 1 kejuaraan liga dan 1 Piala FA dalam trofi kabinet mereka. Zaman kegemilangan Johor ialah ketika di bawah pimpinan Michael Urukalo yang membawa kejuaraan berganda Piala Malaysia dan Divisyen 1 pada musim 1991. Johor ketika itu dibarisi pemain antaranya Hassan Miskam, Salehan Mohd Som, Liew Kim Tu, Abbas Saad, Alistair Edwards dan Ervin Boban. Transformasi Johor bertitik-tolak dari keinginan untuk menyaingi kuasa jiran mereka Singapura (awal dekad 90-an kedua-duanya boleh dikatakan bersaing sengit dalam Causeway Derby). Kejayaan berganda tahun 1991 adalah kemuncak transformasi Johor ini.



Johor FC - penat-penat buat kelab lepas tu kena telan dengan ular sawa

Johor FC sebaliknya pula adalah sebuah pasukan berstatus kelab yang awal penubuhannya pada 1972 PKENJ FC. PKENJ merujuk kepada Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor. Menjuarai Piala FAM (sebuah kejohanan antara kelab) tahun 1994 dan 1995 serta kemudiannya layak bermain di liga Premier 2 pada tahun 1997. Musim 2007 menyaksikan Johor FC melayakkan diri ke Liga Super dan kekal sehingga hari ini.

Apa perbezaan antara Johor FA dan Johor FC? Yang paling ketara pastilah pada nama FA dan FC antara mereka. Johor FA seperti pasukan negeri yang lain adalah sebuah persatuan bolasepak negeri yang menghantar sebuah pasukan sebagai wakil negeri dalam kejohanan bolasepak Malaysia. Johor FC pula seperti namanya adalah sebuah kelab bolasepak, kini milik Johor Corporation sepenuhnya yang juga turut memiliki Stadium JCorp Pasir Gudang, gelanggang keramat Johor FC.

Makanya Johor mempunyai dua pasukan yang bermain mewakili negeri selatan tanah air ini dalam kancah bolasepak (sama seperti Terengganu dan Selangor juga). Sebuah pasukan dibawah kendalian Johor FA dan pastinya dengan mentaliti pengurusan ala kerajaan sementara sebuah lagi kelab yang diurus pihak swasta. Dan seperti kebiasaan, Johor FA tunggang-langgang, dihimpit masalah kewangan, kemelut politik dan sebagainya sedang Johor FC nampak lebih berjaya sebagai sebuah pasukan bolasepak.

Bila perkara sebegini berlaku apa hasilnya? Johor FA menggunakan kuasa politik mereka untuk menekan FAM agar membolehkan hanya pasukan negeri bersaing dalam Piala Malaysia. Ya, ini selepas Johor FA tersingkir dari Liga Super dan tidak layak ke Piala Malaysia 2010 sedang Johor FC mendapat tempat ke-4 liga dan layak pula ke Piala Malaysia.

"Kita mesti akui bahawa format sekarang di mana kelab-kelab dibenarkan bermain pada Piala Malaysia adalah tidak kondusif dan tidak akan membantu menaikkan status pertandingan,” kata Presiden Johor FA, Jais Sarday. Tambahnya lagi, “terlalu banyak pasukan bertanding... ia merampas bakat terbaik yang wujud dari pertandingan perdana bola sepak Malaysia.”

Aiseh brader Jais, kau punya pasukan negeri berterabur (kalah 20 kali dalam liga) ada hati bercakap pasal “tidak kondusif”, “merampas bakat terbaik” kejadah semua. Mungkin brader Jais menuduh Johor FC merampas bakat terbaik dari Johor FA sebab itu pasukan negeri Johor hancur barangkali.

Tidak cukup dengan itu, timbul pula suara sumbang yang mencadangkan agar Johor FA digabungkan dengan Johor FC. Naib Presiden 1 Johor FA, Datuk Abdul Aziz Sapian berkata “biar ia digabung menjadi satu pasukan bagi menghadapi saingan Liga M sekali gus memberi sinar baru kepada bolasepak Johor”. Watahel?!

Kenapa perlu digabungkan? Johor FC sudah pun memberi sinar buat sekian lama kepada bolasepak Johor. Walau berstatus kelab mereka masih mampu bertahan dalam saingan Liga Super dan layak ke Piala Malaysia. Stadium JCorp Pasir Gudang biar pun kecil tetap ada penyokongnya yang hadir setiap kali Johor FC bermain. Johor FC tidak ada masalah kewangan, kemelut politik dan masalah lain seperti yang melanda Johor FA.

Idea penggabungan ini sama seperti memaksa orang yang sihat berkongsi penyakit dengan seorang malaon yang menghidap kusta. Gedebe gila kuasa di Johor FA yang gagal tidak menyedari kesilapan mereka sendiri dan sebaliknya mengambil jalan mudah dengan memaksa Johor FC diserap ke dalam Johor FA. Lepas itu sembang kencang, era kegemilangan bolasepak Johor bakal kembali.

Kalau dibiarkan perkara ini berlaku, matlamat FAM untuk menggalakkan penubuhan kelab bolasepak di Malaysia tidak akan kesampaian. Bayangkan apa pula selepas ini, Terengganu FA lingkup dan PBDKT T-Team FC diserap masuk? Kuala Lumpur FA bungkus dan KL PLUS FC dipaksa bergabung? Kejadahnya?

Benda yang sebetulnya ialah mudah. Johor FA tersingkir dari Liga Super dan gagal layak ke Piala Malaysia. Penyelesaian? Bukan bergabung dengan Johor FC, tapi suruh brader Jais dengan Datuk Abdul Aziz letak jawatan. Dah tak reti buat kerja jangan memandai nak buat masalah lain.

Dan satu lagi perkara yang sepatutnya Sultan Bola dan FAM jadikan iktibar dari peristiwa ini, bolasepak negeri dan bolasepak kelab tidak boleh berjalan serentak. Benda ini dah berapa kali aku tegaskan sebelum ini. Selagi ada pasukan negeri selagi itu pasukan kelab susah nak hidup. Kalau kau duduk di Sentul kau nak sokong Kuala Lumpur atau KL PLUS FC? Kalau duduk di Jengka, Pahang FA atau Felda United FC?

Jalan yang ada hanya salah satu dari dua. Bubar pasukan negeri dan wujudkan pasukan kelab sahaja berdasarkan kedudukan geografi (kalau namanya Felda United FC main kat Cheras yang tak ada Felda apa jadahnya?). Atau tumpukan pada pasukan negeri dan bubarkan pasukan kelab yang tak dapat hidup kerana dibayangi pasukan negeri (macam kes Johor FC, akhirnya nak kena telan dengan pasukan negeri). Benda macam ini pun susah sangat ke nak fikir? Kata brain stroming session kat Wisma FAM, brain storming ke atau makan mihun dengan karipap?

Bodoh tak boleh nak diajar!

47 Ulasan:

mrlrie berkata...

politik dalam dunia bolasepak M'sia tak dapat dipisahkan...

afterc berkata...

bodoh dan membodohkan..serta kurang ajar

ayobkelubi berkata...

kalau macam ni.mmg jahanam bola kat malaysia.

derang tak nampak ker apa yang johor fc buat ni?. nak kembalikan sense of belonging rakyat johor.

bongok!.

jiwa sifar berkata...

pantek.haram jadah.aku selaku warga warehouse sand sgt berduka cita.

tp kalo johor fc lwn kelantan...warna merah akan melenyapkan warna oren..kihkihkih..abe2 ramai deh kat sini.

-zAp- berkata...

gabung pun xda guna.team negeri slalu sgt ada financial problem

Cob Nobbler berkata...

Kat Singapore pun buat kelab la weh..

Gua nak tunggu Cheras United vs Gombak Rovers satu hari nanti..tadak negeri-negeri..

Kalau ikutkan,kat Argentina(sebab blog gua selalu ulas Liga Argentina),ada gak banyak negeri(provincia) - Buenos Aires,Santa Fe,Mendoza,Entre Rios etc.,tapi dorang main ikut kelab gak.Macam River Plate dengan Boca Juniors main kat Wilayah Persekutuan Buenos Aires,kalau Independiente atau Racing Club de Avallenada main kat Avallenada,Arsenal de Sarandi dengan Banfield main kat outskirt Buenos Aires.Estudiantes dengan Gimnasia La Plata main kat La Plata.No problem.Ia berdasarkan bandar tempat kelab tu - dan the best part,siapa-siapa pun boleh tubuhkan kelab - dan dalam satu bandar,ada banyak kelab,tak ke meriah tu?

Ini,Kuala Lumpur FA,satu je la team.Ada KL Plus pun nak kena gabung-gabung.Ini satu cabaran buat KLFA - cari bakat baru.Baru meriah.

LS berkata...

NAIS!

aranhellstorm berkata...

Tanjong Karang Tigers vs Tronoh Trankuiliti Fc final Piala Malaysia (baru) pergghhhhh....cuba ko bayangkan tu..heh

Jorji berkata...

budaya lembu punya susu,sapi dapat nama adalah perkara biasa dalam politik.

Aman Malaysia awalnya bukan kerja kerajaan tapi bila dah boom, tak pasal-pasal jadi agenda menteri.

dalam bolasepak pula, FAM tiap tahun kene ngap dgn Pahang FA...

Tanpa Nama berkata...

Tak sukanyew dengan sikap Johor FA. Menyampah I.

FdausAmad berkata...

Sokernet sedang menguruskan satu interview khas dengan pengurus Johor FC, encik Md Faizal Abdullah..hal serius macam ni kena dapatkan pendapat dari orang hands-on.

Luci/jorji/Obe

Bos suruh kita hendel buat soalan..hantar cepat pada gua.

Ejoi berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Dewajiwa berkata...

paling bernas punya point(s) kat atas nih.
dapat liputan kat TV entri nie memang bergegar punya lah

lara nur berkata...

bihun dengan karipap.teh tarik jangan lupe taruk.

btw entry yang bagus.

menunggu entry interview sokernet dengan pengurus johor fc.

Zinedine Zaiddin berkata...

Sekolah bertingkat-tingkat, bodo berlapis2. Sendiri wat kerja macam taik, senang2 je nak telan team orang lain. Apa dia ingat murah2 aje nak buat kelab bola mcm tu?

Ni la dia Meleis~

ong ong kedek kedek berkata...

macam cilake politik2 ni...
politik kapitalis dalam acuan renaissance+feaudal+purba kat negara kita ni kotor, jadi masuk laa bidang ape pon komfem kotor tu terpalit hu3

Hazwan berkata...

aku nk hantar ke utusan la artikel ni hehe

Syafiq berkata...

satu entri y bagus..thniah lucy.
mmg malaysia nye pjalanan bola sepak sndri pn da tunggang langgang..
bygkan format liga kite pn x tetap..watdehell.
taun ni liga super 14 team..taun dpn blom tentu lg 14 team..
piala malaysia pn cmtu gak..format ikot dan die je..haha..klaka pn ade gak..

elok gak diswasta kan team2 bola kt malaysia ni..bru la jalan sket team tu..
bru pntadbiran team diurus btol2.
x la korup je mnjang..
gaji x byr la,.elaun x masuk la..haha..

hrp2 dpt la dgr...kuantan lion vs marang ranger.wth

Kap berkata...

kemas.
kembalikan kegemilangan kelab kelab zaman super-mokh dulu.
biar ada kelab dari bank, buat kicap, buat gamat, kedai motor ke.

politik malaysia ni segala apa boleh sebat nak sebat.
asal boleh datang duit.
penyakit melayu ke ni wei!!
malu aku.

Amirul Idham berkata...

Johor FA tu sebenarnya tak de duit. Gaji pemain pun kecik, tu belum lagi kes yang tak bayar gaji lagi tu.

Johor FA dah tak de duit, itu sebab mau telan Johor FC

-MsGoodNite- berkata...

gua bru dgr pasal ni hampir sminggu lepas. Kira ramai jg la x setuju kan?! Tggu ape lg? Hntr la surat bantahan

Alexia Aqram berkata...

lucy.

Johor FA dah tinggal sejarah. FA Johor dah takde modal. Program Jkid dah melingkup. Akademi bola sepak pun melingkup. Nak harapkan pelapis dari Piala Nike, 100plus pun tak guna kalau balik2 ada kroni dalam kesebelasan utama.

si jais memang nak kena pelempang sulung dengan fanz johor gamaknya.

bubar saja johor FA. ganti nama lain, JB United. kan senang, itupun kalau berani nak berentap dengan Kulai FC lah.

jamsarisabian berkata...

pade brader yang nak antar entry ke utusan tu..wa sokong..kalo boleh lu anta ke berite harian, harakah, kosmo, harian metro, the star, malaysiakini, sinar harian, dan juga al-jazera..bagi setepek taik kat muka dak-dak atas FAM tuh..Macam sial..

saudagar gaRAM.. berkata...

johor..
pas zaman ervin boban..alistair edwards..abbas saad..annuar abu bakar..hassan miskam..

zaman tu..sempoi.
gua tak pegi tuisyen tengok bola pun bapak gua senyap..


lepas dah jatuh tu,kalo ada bola pun gua lagi layan pegi baca komik pree masa nak pg tuisyen..

snomed3 berkata...

steady sokernet! jontik tolo eh selagi deh buek bondo bangang!

mankaran berkata...

Bota United VS Parit City wah best gak

fikiranlicin berkata...

bergabung mende lak dah. ingat Flashman ke. PUKI!

Luca DK berkata...

holden,

projek liga bolasepak lembah klang belum lagi jadi kenyataan. jangan lu jadi macam fam gak.

so, kalau nak berbincang, datang kedai gua:

UYA! Distro
No. 26, Tingkat 1,
Jalan SS 15/8B,
47500 Subang Jaya,
Selangor, Malaysia

Email:
weareuya@gmail.com

Contact us:
+603-90182122

amirulismail berkata...

luci, lu patut tulis buku pasal bola sepak Malaysia.

K berkata...

aku nak highlight lagi dua benda yg lucy tak masuk dlm artikel.
1) MB Johor keliru dengan JFC & JFA. WTF! katanya ini merugikan Johor.
2) sebenornya, JFA dah pernah NGAAAPPP satu lagi kelab di Johor nun. kelab apa? Johor Pasir Gudang. ohh, nama glemer - Pasir Gudang United. ini berlaku musim lepas. kesian, dah layak ke Liga Perdana, tapi......

Johor antara negeri yg paling banyak kelab bola sepak. aku bagi contoh, JFC, Muar FC, MBJB FC, Melodi Jaya. bayangkan nasib kelab2 ni lepas ni. mesti kena NGGAAAPPP jugak bila JFA sengkek + jatuh divisyen!

K berkata...

* tak sure Pasir Gudang kena NNGAAAPP tu season lepas atau 2 season lepas.

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

Agak malang apabila badan yang sepatutnya membangunkan bolasepak seperti Johor FA kelihatan seperti 'pembunuh' kepada kemajuan bolasepak negeri Johor itu sendiri.

Kelab-kelab bolasepak di Johor sepatutnya dibantu untuk maju oleh Johor FA, kerana ini membuka lebih banyak peluang kepada bakat muda untuk menyertai berbagai kelab yang ada, sekaligus memberikan peluang untuk mereka menunjukkan bakat dan menjadi pelapis kepada bolasepak Johor itu sendiri. Kalau kerja asyik nak membaham sahaja, sampai bila-bila pun tak akan maju.

Mungkin ini cara orang politik mengurus bolasepak?

Khy~Nur berkata...

tindakan mereka umpama menutup rezeki org lain...kenyataan seperti lebih menjimatkan, menaikkan prestij adalah helah yang paling x bleh diterima dek akal difikirkan oleh mereka-mereka ini.

bila penyokong gantung banner bantahan, pegawai FAM siap ugut jika tidak diturunkan akan dikenakan tindakan ke atas kelab. terpaksa diorg pindah ke tempat penonton...inilah sandiwara bola sepak negara kita yg ingin memajukan poket dari memajukan bola sepak itu sendiri...


Kelab Penyokong Siber Johor FC
Official : http://www.johorfc.com
FB : http://www.facebook.com/kpsjfc

tsubasa berkata...

ape kejadahnya!! gua harap pergabungan ini tidak akan terjadi!!

oni berkata...

gua dengar NESV nak beli Tambun FC. tunggu mase je ni....

SangKunang berkata...

kepimpinan PBNJ yg bangang, nak ditariknya JCorp ke sama level bangang dengan dia...

sampai MB Johor pun dah kene hasut ngan malaun2 nih.. sial...

kenapa yg PBNJ beriya sangat nak JFC???
jawapannya, lembah harta terletak di dalam poket Johor Corporation. Abis laa pasni KFC, Pizza, Ayamas, Hospital kene paw ngan geng2 PBNJ

Cicadasx berkata...

Setuju!!

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

kesian johor fc. penat2 bertatih sendiri akhirnye nak kene telan. ape la bangang sangat johor fa nih. kalo dah main bola gentel telo memang la tersungkur. dah tu nak gak tarik telo orang lain biar same2 tersungkur. kejadahnye?

Obefiend Weiland berkata...

gua johor

tapi gua tak setuju dengan penggabungan. apa lagi

demo jalanan!bakar stadium haji hassan yunus yok

jom saing ramai ramai

Unknown berkata...

apa nak jadi dengan bolasepak johor..dulu ramai pemain johor wakil malaysia..sekarang xkan nak harap wan jamak, rezal n idris karim martabatkan bolasepak johor...ala apa la nasib sijengking...

nwa berkata...

johor fc all the way...
walopun maen cam pantek tp still blh layak quarter piala msia
kalau 1 ari nnt sume team negeri dihapuskan dan hanya kelab2 saja yg wujud,Johor FC akan jd team legend
team kelab yg plg power dan plg lama bertahan
MPPJ dulu pun power gak,tp xbertahan lama
bayangkan 1 ari nnt team2 bola kat msia ialah Johor FC,Muar United,Tanjung Malim Rovers,Cheras Wanderers,Shamelin Perkasa(xde kena mengena ngan ibraim ali)...pehh baru la best...syarat2 die nnt,org politik dilarang manage team2 bola ni sume

moon berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
moon berkata...

kwn-kwn semua rileks ok.
simple je..skrg kite kene fokus sabtu ni di pasir gudang..klu dpt gi final.mmg cara.satunyer club yg bertahan smpi skrg dan g final..ramai2 ke psr gudang ok.kiter bg sokongan pd kwn2 kite tu..

lepas ni klu jd johor fc + Johor FA..compom
aku da malas nk g tgk bola..wakil semua peminat johor fc kulai..

ZBM berkata...

tu lah org politik nie x pandai urus kewangan..
mcm bisnes gak perlu ada saingan..lagi banyak pesaing lagi bagus.. cuba tgk orag lain yg dah maju..
tu lah..org melayu poltik mmg x bijak..sama mcm nak urus kan team bolasepak gak..
pikir2 kan..lah ooiii..org 2 di atas tuuuu...

Seorang Nazurah berkata...

orang politik tahu belit aje demi survival politik mereka. depa ntah2 tak reti main bola!

aku teringatlah zaman2 sebelum khaled nordin jadi menteri...once upon a time, dia ada sponsor liga ameno kalo aku x silap. bagus gak khaled tu... tak lokek tapi takde la dia campo tangan ke apa.

kenkadang ahli politik pun kena jual gak...hehe

melodi jaya idup lagi ke?
la ni aku dengar team JPJ pun power... haha

Seorang Nazurah berkata...

cops! TMJ pun ada team bola... errr errkkss!

amir aiman akashah berkata...

abg long bagi lima bintang keatas entri atau ulasan ini.
sesungguhnya ramai yang kabur dan samar tentang JDT yg wujud dalam kancah liga suyper sekarang ini.
ramai khalayak tertipu termasuk la bangsa johor itu sendiri.

FAM? usah bicara tentang FAM......FAM memang bahalol utk selamanya.

kejadian ular sawa ditelan ular lidi ini tidak diketahui oleh FIFA....bayangkan andai FIFA tahu pasal kes dan sindrom ini?

tiadakah siapa2 yang berani dan punya lobang utk mengheret FIFA dalam kemelut kehadiran pasukan haram ke kancah liga super malaysia??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...