ANDA SEDANG MEMBACA

100

AMARAN KERAS DARI SOKERNET

LuciusMaximus Jumaat, Disember 31, 2010 , ,


Gua nak tanya, apasal lu orang sibuk sembang pasal nama gua sekarang ni?


Belia Sabah mahu digunakan digunakan gelaran Harimau Malaysia, bukan Harimau Malaya

TUARAN: Belia di Sabah teruja dengan skuad bola sepak Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki 2010, tetapi mahu gelaran "Harimau Malaya" yang dirujuk kepada skuad itu digantikan dengan "Harimau Malaysia".

Ramai belia di Sabah dikatakan tersinggung dengan ungkapan Harimau Malaya yang sering digunakan pihak media.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Jahid Jahim, berkata ramai golongan belia di Sabah menghubungi beliau yang mengadu tersinggung dengan pihak media yang sering merujuk pasukan Malaysia dengan gelaran Harimau Malaya atau Singa Malaya.

"Saya lihat memang ada asas mereka berperasaan begitu kerana ia tidak melambangkan semangat 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Sepatutnya perkataan Harimau Malaysia yang digunakan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jahid yang juga Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) berharap media nasional terutama pengarang sukan sentiasa bertanggungjawab dan mengambil kira sensitiviti peminat bola sepak di Sabah khususnya golongan belia berhubung penggunaan perkataan Malaya yang jelas maksudnya secara literal, tidak membabitkan Sabah dan Sarawak.

"Walaupun penggunaan perkataan Harimau Malaya yang merujuk kepada pasukan Malaysia yang memenangi Piala AFF Suzuki itu hanya perkara kecil, namun ia bercanggah dengan aspirasi dan semangat 1Malaysia," katanya.


Sumber: Berita Hairan

Ini adalah hujah paling bodoh dalam sejarah bolasepak Malaysia. Memikirkan yang ianya datang dari seorang menteri sukan hanya menunjukkan yang menteri ini tidak faham sebutir haram pun pasal sukan, khususnya bolasepak.

Datuk Jahid Jahim ini aku berani bertaruh sebelum ini tidak tahu sebutir haram pun pasal bolasepak Malaysia. Dan belia Sabah yang merasa tersinggung kononnya pasukan bolasepak Malaysia diberi gelaran Harimau Malaya yang sebenarnya selama ini hanya tahu tengok perlawanan bolasepak Manchester United.

Inilah masalahnya bila kita menjadi juara. Tiba-tiba semua bercakap pasal bolasepak Malaysia dan Harimau Malaya dan semua mengaku jadi pandai. Tapi kalau betul pandai tidak apa. Masalahnya bila ada yang tak berapa pandai berlagak konon pandai.

Pasukan bolasepak Malaysia wujud lama sebelum Malaysia terbentuk atau Malaya mencapai kemerdekaan,yakni pada tahun 1953 ketika melawan Korea Selatan (sebagai perlawanan antarabangsa diiktiraf yang pertama). Lama sebelum itu pula FAM sudah diasaskan pada 1933, bermula dengan Football Association of Malaya dan kemudiannya ditukar ke Malaysia.

Tetapi nama gelaran pasukan bolasepak kita ialah Harimau Malaya bersempena mengambil nama spesis harimau dari nama yang sama yang hanya wujud di Semenanjung Tanah Melayu. Tidak ada kena-mengena dengan isu politik atau perkauman. Dan Pak Belang bernama Harimau Malaya ini (Panthera tigris malayensis nama saintifiknya di Malaysia, Panthera tigris jacksoni di seluruh dunia) dinamakan Harimau Malaya atau Malayan Tiger sebab alamat rumah dia di Semenanjung Tanah Melayu/Malaya, sebab itu bukan dinamakan Harimau Malaysia atau Harimau 1Malaysia. Tak percaya tanya Animal Planet!

Menamakan pasukan bola kebangsaan dengan nama haiwan tertentu adalah normal dalam bolasepak. Pasukan Filipina digelar Azkal yang membawa maksud anjing jalanan dan tidak ada siapa pun yang nak kecoh walaupun maksudnya agak hina. Indonesia digelar Garuda dan walaupun ianya hayawan mitos tetap tidak menjadi masalah. Iraq digelar 'Lions of Mesapotamia' bukannya 'Lions of Iraq'. Singapura pula dinamakan 'The Lions' walaupun kita tahu tidak ada singa di Singapura (kecuali di zoo). Kenapa Tunisia digelar Les Aigles de Carthage (Helang Carthage) walaupun kerajaan Carthage itu sudah beribu tahun terkubur?

Ini semua soal tradisi. Tradisi dalam bolasepak adalah penting. Dan pasukan bolasepak kita dari berpuluh tahun dulu diberi gelaran Harimau Malaya. Itu tradisi bolasepak kita. Mengubahnya hanya membuat arwah Supermokh menyumpah kita semua nanti.

Jadi aku harap Datuk Jahid Jahim dan mereka yang lain sila fahamkan betul-betul perkara ini. Jangn bodohkan diri sendiri, awak tu menteri merangkap ketua pemuda.

Sekarang aku nak tanya, masa Harimau Malaya tak reti main bola dan asyik kalah dulu, apasal Datuk Jahid Jahim tak pernah kompelin isu nama Harimau Malaya ini?

***
Pertama sekali, Luci maafkan gua kerana menumpang di entry lu. Bila baca entry lu ni, gua bergegas pegi ambik gambar yang rasanya tak patut dia punya hipokrit!


Perompak sukan rakyat!

Patutnya datuk Jahid Jahim ketengahkan isu yang lebih nasionalis, isu yang real tentang betapa celakanya nasib marhaen bila Piala Dunia dilacurkan baru baru ini. Lagi, beliau patut menyuruh penaja iklan di atas menyiarkan game game liga tempatan secara intensif, sekurang kurangnya. Iklan iklan macam ni semua nak elak cukai dan...... Kipppaaaasssssssss!!!!
-pidomat tumpang lalu-


100 Ulasan:

aranhellstorm berkata...

itu lah dia masalahnya, bila mng semua smgt, bila kalah senyap je pun..

aranhellstorm berkata...

eh? 1st! haha

AlexiaAqram berkata...

bodoh dan bangang yg tak boleh di ajar pembantu menteri sabah ni.

gelaran nama binatang pun tak reti beza.

aspirasi 1Malaysia kepala bana kau!

Admin berkata...

btul 2 lucius..aku stuju nga pndapat ko...bila pasukan kita mnang, masing2 nk tnjuk pndai...bila pasukan kita klh, msing2 wt dono jer..mlh lagi truk ade yg mncemuh...ni dipanggil sikap x profesional...atau lbih snang lau kita sbut "bodoh sombong"

MOFASAD berkata...

pundek na haram bonggok gampang.

dah menang semua timbul kan kote tu.

kepala spanar saiz 20 tuk lu menteri

Berto berkata...

x pasal2 nanti buat Harimau1Malaysia plak..naya je

Faiz Tapit berkata...

hahah.... boley tahan bahlol la jugak
btw,, nice entry bro

iniialahaku berkata...

bnyak sgt isu ni la timbul..tmbah2 bila geng2 politik masuk campur mulala...pkat nk nama habes

Ozzz3000 berkata...

semak je. dulu xde pun cmni

Bapak berkata...

ni la bahana nak tumpang glamer, meraban x tentu pasal...hahah...

nak mengampu pun jgnla sampai skuad bola sepak negara nak ditukar jd Harimau 1Malaysia..hahha...

Mumia.Megat.Menjelma berkata...

Lucy, gua mntk izin mncarut...

wahai bahalol bangang ank kerbau pendek (mrujuk pd b**i), wat nme nenek ko la al-malaysia ank kongkek... harimau malaya tu spesis binatang, mmg sah2 xtau psl bola & x pnah masuk zoo...tgk menatang rimau tu dr dekat...

sekian...sori gua emo...
smua bnda nak 1 Malaysia/di-Malaysiakan mmg ngok!

Unknown berkata...

amik kau penangan 1malaysia, nk sgt, kahkahkah

Asrulsani berkata...

entah.. dah lama guna Harimau Malaya, kenapa lepas menang AFF baru nak kecoh?

Aku rasa kalau Malaysia tak lepas group stage hari tu, mesti takde siapa nak kecoh-kecoh hal ni. Kenapa tak cadangkan terus "Harimau 1Malaysia"? kahkahkah

Datuk Jahid, Malaya tu sempena nama spesis harimau je Datuk.. takde kena mengena dengan politik negara.

Kekalkan tradisi!

p/s: norsharul dapat offer Sriwijaya FC? pucuk dicita, ulam mendatang.

xeroxing09 berkata...

la ni aku nk ckp
Jahid Jahim Azkal!

afrohead berkata...

nice one bruv!

Hasrol Nizam berkata...

semua konon2 nak ambil berat pasal pasukan bola sepak harimau malaya ni. dulu tak penah ambil tahu pun. pandang sebelah mata je

asrmzmr berkata...

Jahid Jahim Azkal!!!

zan berkata...

wa mau letak kat fb brada..

Obefiend Weiland berkata...

BEBAL

tu je gua bole cakap

harimau malaya dulu kini selamanya

kareem berkata...

Gua rase artikel ni patut diketengahkan dalam akhbar perdana. Manalah tahu betul2 diorang gila tuh pegi tukar Harimau 1Malaysia pulak..Kote betul...

Xeno berkata...

haha. harimau malaya memang biasa dijumpai di semenanjung saja, nama spesis dia pon camtu

aku ingat tahun 2007, sapa yang pakai jersi atau baju rimau (hitam kuning belang) mesti digelar 'loser'. sekarang apa jadi? haha

mr dimaz berkata...

bodo sial sume bnde nk di 1 malaysia kn..tu la pk lu sblm buang,,x pasal kne maki..

-zAp- berkata...

sukan dan politik

afterc berkata...

Budak Jahid tu saja nak publisiti murahan. Aspirasi semangat 1Malaysia konon tp cuma nak menjilat punggung pengasas 1Malaysia.

Saya amat tidak setuju ayat "Belia di Sabah...". Ia telah mengeneralisasikan pendapatnya kepada semua belia di Sabah kononnya. Pada saya itu hanya pendapat peribadi Datuk Jahid sendiri dan disokong oleh beberapa orang barua beliau..haha

Tambahan pula, Datuk Jahid itu bukannya belia lagi jadi bagaimana beliau dapat mendakwa bahawa suara beliau mewakili belia seluruh Sabah. Saya cadangkan Datuk Jahid hanyutkan seluar dalamnya di Sungai Tamparuli sempena Tahun Baru tengah malam nanti..

Akhir kata, banyak-banyakkan membaca wahai Datuk Jahid. Kalau malas membaca pun boleh bertanya kepada yang tahu apa maksud Harimau Malaya aka Malayan Tiger itu.

Cob Nobbler berkata...

Apakah Red Devils tu menandakan semua fan Manchester United tu syaitonirojim?

Jahid..hahahaha!macam-macam la bila orang politik masuk campur..

Nazri berkata...

fwdkan entri ni kat menteri yang bebal tu

Trekker berkata...

aku cadangkan agar Gunung Kinabalu ditukar nama kepada Gunung Malaysia...baru la 1malaysia!!!

FdausAmad berkata...

Bila dah menang..banyak benda bodoh terkeluar.

Abdul Sokernet berkata...

Lucy, gua mntk izin mncarut...

wahai bahalol bangang ank kerbau pendek (mrujuk pd b**i), wat nme nenek ko la al-malaysia ank kongkek...

-> ni pun bodo gak. mintak izin mencarut tapi nak tulis BABI pun dicensored.

Owen berkata...

Belia Sabah? damn bodoh guna term mcm tu. It just the buttlicker politician and its definately not represent all sabahan, and he already make it look like one.
bodoh gila!

Saya Sabahan love harimau malaya!
Saya okay!

PELAUNG PULAU berkata...

lucy ni orang forum CARI kaa? cam kenai ja..hahaha

faiz berkata...

pelik. bebal tapi bleh jadi menetri?

MOFASAD berkata...

A.S

hahahahahaha

Mohammmad Syakir berkata...

harap berita ni tak dapat perhatian para atasan lain yang ada jahil binatang ni..lagipun berita ni pasal datuk tu syok-bangga-tumpang sekaki-membodek untuk raikan kejayaan bola tapi dok jauh,cuma mampu merungut kat wartawan la.

benda dah terang!

-MsGoodNite- berkata...

Yeah! Go Luci... bantai lagi depa2 yg suka-suka cakap pakai idung, suka-suka kembang..suka-suka kuncup. Tak reti tradisi ke...???

Diorg je bising, org lain tak bising pun? kecoh!

Jetsetters Clothing berkata...

perlukah politik campur tangan dalam sukan?

anyways, saya pun belia dari Sabah and bagi saya, saya tiada masalah pun dengan nama tu. lansung tidak tersinggung.

sero berkata...

semua nak menumpang bila popular bila ade peluang... eh kejap? pilihanraya dah nak dekat kan...

brader datuk jahid jahim ni ade FB tak?...meh kite spam wall die sikit

jonxxn berkata...

sekarang dah ramai graduate sarjana muda falsafah bola sepak

keli berkata...

It's all about politics. Nothing more. Mmg la glory hunter.....time menang je ader.
Org sume sepak bola, karang ade kene sepak kepala plak jd bola..kakaka..
Lucy kalo sound org mmg teros tembak kote je....ngeri. Gua akn tapis komen gua lps ni....kikiki
Hrp2 sgt la x tukar please....Harimau Malaysia???? X sedap siyot...!!!

PELAUNG PULAU berkata...

Bola sepak mungkin disenarai Road To LondonOleh RAJA SHAHRIR ABU BAKARsukan@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan bersedia untuk menyenaraikan skuad bola sepak dalam program Road to London 2012 berdasarkan kejayaan skuad Harimau Malaya merangkul kejuaran Piala Suzuki AFF di Jakarta, kelmarin.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pihaknya akan membincangkan perkara itu dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dalam waktu terdekat,
Jelas beliau, kementerian bersedia mempertimbangkan perkara tersebut setelah menyaksikan kebangkitan sukan bola sepak seperti menerusi kejayaan kelmarin dan prestasi membanggakan pada temasya Sukan SEA dan Asia lalu.
"Bagaimanapun, kita sedar pasukan yang memenangi Piala Suzuki semalam terdiri daripada pemain yang berusia 21, 22 malah ada yang berusia 19 tahun.
"Namun, dengan kejayaan itu, mengapa tidak (menyertakan sukan bola sepak dalam Road to London 2012)," katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan Pertunjukan Semua Seni Mempertahankan Diri (AMAEE) di sini, semalam.
AMAEE anjuran Kelab Putera 1Malaysia turut dihadiri Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Sementara itu, Ahmad Shabery menjelaskan penggunaan nama Harimau Malaya pada skuad bola sepak kebangsaan dipercayai berasal daripada nama saintifik spesies harimau itu yang terdapat di negara ini.

Justeru katanya, ia sama seperti penggunaan nama Harimau Bengaal di India ataupun Kucing Parsi atau Kucing Siam di negara lain.

"Bagaimanapun Kementerian sedia membincangkan perkara itu dengan pihak berkenaan bagi menjaga sensitiviti semua rakyat di negara ini," katanya.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Jahid Jahim mahu penggunaan gelaran Harimau Malaya untuk skuad bola sepak kebangsaan ditukar kepada Harimau Malaysia, bagi memelihara aspirasi negara dan semangat 1Malaysia.

Dalam perkembangan lain, Abdul Azeez berkata, pertunjukan AMAEE memberi kesan positif bukan sahaja kepada belia tempatan, malahan para pemuda dari seluruh dunia.
AMAEE yang julung-julung kali diadakan di negara ini menyaksikan penyertaan hampir 20 belia antarabangsa seperti dari Malaysia, Thailand, Iran, Palestin, Autralia dan Jerman.



so how bila politik masuk??????????????

PELAUNG PULAU berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
My Love berkata...

Salam..

Sebelum tukar nama Harimau Malaya, sila la Datuk Jahid tu tukar nama bapa beliau dulu... sbb Jahim tu salah satu drp nama neraka (Neraka Jahim)

DIYSAR berkata...

dah menang baru nak amik pot...entah entah liga malaysia pon x amik kisah

.Gory. berkata...

Wey, kita mintak semua kalau depa usul nak tukar, kita protes. Ini soal tradisi, bukan soal politik. Sejarah negara tu beb. Malaysia wujud 1963 sedangkan Harimau Malaya sejak dulu lagi.

Norizwan Azlan berkata...

masing2 nak tunjuk star dah agaknya!

ong ong kedek kedek berkata...

ini semua lalang je ni, dah menang masing2 mula nak tunjuk pandai padahal bodoh melangit... faking!!!

Unknown berkata...

adeh..org politik ni..kecoh plak benda camni...heran aku dibuatnya

Hafizzuddin Rubaee berkata...

Jahid Jahim fan chelsea kot Lucy..ha3

Ikalel berkata...

Dua jari tengah ke udara utk Pembantu Menteri tersebut.

Mr. AL berkata...

astro? fukken lick my ass la astro...

support harimau malaya konon, korang gak yang upah org yg brtanggungjawab memupuskan harimau malaya ni..

fukken sacked abbas saad la astro, then baru nk support timnas malaya ni..

iKHwAn berkata...

Gua lebih tertarik dengan tembakan sinis pnulis terhadap ass-tro tu.. gua mmg sokong 123%..

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

@Super AL/Pidomat

Tak silap saya Astro baru-baru ini mahu menyiarkan perlawanan Liga tempatan melaui Astro Arena, tapi mendapat halangan dari penaja utama, iaitu TELEKOM MALAYSIA.

Asrulsani berkata...

@TTB
aku pun pernah tengok astro siarkan liga super secara langsung, yang disiarkan serentak dengan perlawanan di tv1. kalau tv1 siarkan kedah mln selangor, arena siarkan kelantan mln johor fc. tapi mungkin kadang-kadang je kot.. yang tu aku setuju.

adan espn, ada starsports. ada tv1, ada arena.

p/s: aku bukan pekerja astro.

keli berkata...

Tp mmg berlagak giler muke rimau kt gmbr niee....
Gua dpt rase kebrutalan rimau ni...
Pandai otai2 kite dulu amk gelaran..salute!

SFB berkata...

wakakakka kalau la Harimau Malaya tukar jadi Harimau 1Malaysia... haram tak ganas langsung nama... kucing liar pun gelak mengekek je nanti...

Kurt berkata...

Sejak bila pulak nama pasukan ni bole jadi sensitiviti kaum ni?Makin bodoh aku tgk org2 politik kt Malaysia ni?dulu xder cmni pun...setakat nak pggl Harimau Malaya di org ni xamik pot pun...jap lg bila mng cup suma nk jd hero....sokernet, please bwk isu ni ke tgh sebelum dia org ni mng kes...aku xnk nama tu ditukar...please...mcm mimpi buruk rasanya....aku sedia menyokong sokernet....

LuciusMaximus berkata...

@Pelaung Pulau,

Tak ada masalah sebenarya kalau politik dan sukan campur aduk. Memang dalam sukan pun ada politik. Kalau satu negara tu berminat nak jadi tuan rumah Piala Dunia tapi tak ada sokongan politik (sokongan kerajaan) memanf susah nak dapat. FIFA sendiri pun banyak politik.

Apa Shabery Cheek buat, cuba letak bolasepak dalam senarai Road to London itu betul. Betul sebab dia gunakan kedudukan politik beliau untuk majukan sukan. Yang tak betulnya, bila ahli politik gunakan sukan untuk kedudukan politik, macam Jahid Jahim.

Politik dan sukan tak boleh dipisahkan. Tapi kena tengok cara, tengok faedahnya untuk sukan secara keseluruhan atau untuk ahli politik itu saja.

Momento berkata...

geli la dgr Harimau 1Malaysia,cm F1 1M'sia,x kemane pn..kempen 1Malaysia pn dh brp juta habis.

Fa-T berkata...

jgn risau...
bodoh jenis ni boleh diajar...

dan jangan risau...
bodoh tak berjangkit!

top_ace7 berkata...

adoi. tolong lah woi. Harimau Malaysia? geli bulu ketiak aku dengar. tak keras langsung bunyinya. Malaya lebih mantap bunyinya sebab melambangkan perjuangan orang terdahulu.

nanti kalau orang Animal Planet tanya Harimau Malaysia tuu spesies apa? kita nak jawab apa? spesies Sang Wira?

afterc berkata...

@Fa-T

Tapi saya risau sebab penyakit bodoh mcm ni tidak ada ubatnya..hehe

Sy's Den berkata...

Bila sukan dipolitikkan in a wrong way. Bebal sial ini menteri.

Wey team Sabah FA apa cerita weh? Mau tinguk kamurang main Liga Super musim depan!

Unknown berkata...

Hahaha kelakarlah caption utk gambar Pak Rimau tu.

bowe berkata...

http://jahidjahim.blogspot.com/

ni blog jahid tu..ada link ke twitter n fb skali kat sana..in case kalau ada yg nak serang la..apa lagi..pegi ah serang..

Jantan Terhangat berkata...

patut RTM yang ucapkan tahniah..

damn astro!

ijan de bunks berkata...

fucken astrok
tp mmak sial bkak bola pki astro..
warung sblh mamak pki ariel biase..
ak dgr org warung jerit gol dlu bru ak jerit..
potong stim tgk bola..

ska berkata...

fuct lah Jahid... menangguk di Ayer Keroh, Melaka........ ni yg aku temperature niiiiiii

MuJE berkata...

semua pakat nak jilat jubur najib

bowe berkata...

iklan for liverepool supporter..
http://www.PetitionOnline.com/mod_perl/petition-sign.cgi?hodgson

online petition for ask NSVE to sack uncle roy

shukri hidayat berkata...

fark la astro. Komentator pon ntah pape

ni pehal ade loser sesat lak

Seorang Nazurah berkata...

ah... sorang lagi politician bodoh! sesia aje kena bodoh dengan orang lepas sendiri tak tapis level kebodohan sebelum bercakap.

aku rasa YB ni yang racist dan kenegerian, sibuk nak suruh tukar nama harimau malaya kepada harimau malaysia takut nama itu tidak menggambarkan semangat 1malaysia... adoyaiii

jamsarisabian berkata...

Dgrnye beliau nak bwk perkara nih ke mahkamah brsme2 tuntutan penukaran nme harimau malaya dan universiti malaya kpd harimau malaysia dan universiti malaysia..malah ada gak ura2 tuntutan penukaran nama ni dibuat oleh kumpulan Himalaya yang fames ngan lagu Junaidah 365 2..ada gak perbincangan nak bawak isu nama banjaran Himalaya ke mahkamah antarabangsa mohon tukar ke banjaran Himalaysia..semua nye demi semangat 1Malaysia..juboq hang..haha..

Point of View berkata...

izinkan gua menambah komen jamsari sabian.menteri bangang ini juga turut menuntut agar tempat bernama tasikmalaya di pulau jawa ditukar kepada tasikmalaysia

I Am Legend berkata...

Yang sebenarnya Datuk Jahid Jahim ni nak tukar Harimau Malaya ke Orang Utan Borneo

sirap berkata...

harimau malaya said 'cukup-cukuplah der, korang nak nama lain buat team lain, ini team tada jual punya'

keli berkata...

Aaaaa.....byk giler da komen. Da 75. Masok thun baru da ni 2011. Gua rase tahon menganjing liverpool patot da abis jugak sbb nnt org kate sokernet blog anti liverpool the most succesful club in England dan dasar2 2010 kne disemak semule. Kikikiki...

Qazwsx berkata...

ni la time mamat jahid tu nk publisiti kn.hahhahha

Union Equatoriale berkata...

gua cuma nak protes 2 isu:
1.Penukaran nama harimau malaya ke harimau malaysia oleh jahid jahim yg jelas tak tau apa pasal bola
2.Cubaan oleh keli utk mempengaruhi sokernet utk tidak menganjing liverpool dlm 2011 ni

Hehehehe

Jojoe Ali berkata...

Aik? Ucap tahniah pun kena?
Haha.. gasak ah. Janji JAHID tu pegi masuk tadika balik cepat sket. Nak jadi popular tak kena tempat le YB.. sudahnya, semua buku teks + ensiklopedia suma kena rombak balik.

Benda ni tak beza lansung dengan haiwan pelancongan rasmi Terengganu yang tetiba tuka jadi Nemo.. Haih. Nak mengajar, kenalah belajar dulu.

Satu lagi contoh bodoh yang tak terajaq~!!

julu berkata...

haih.. penyu tetap di hati kami.. x gitu abg Jarr..haha

btw, follower blog awek apex lg ramai follower sokernet..mmm..

Abdul Munir Sanusi berkata...

Gua salute gua salute sama lu Brader Lukis!

ddYanie berkata...

yup! menyokong kata2 peng'komen' 1st di atas..bila kalah xla jugak senyap..tapi kutuk pulak Team Malaysia xtau main and so on..oke,, im sabahan..huhu nasib baik sy antara yg x melenting terus bila org duk tanya pendapat sy sal gelaran Harimau Malaya nih..sy diam & hanya mendengar but then, sy cari info bg menjawab kekusutan ini..See,, haa dpt jwpn & penjelasan kat blog nih..thanx a lot yah!

Tanpa Nama berkata...

Woi... xde button likes?!! geram toi.. aku suke gile statement nie...haish...

Zo Ahmad berkata...

apsal tak mintak tuka name jadi Harimau Jahid je???

thomas berkata...

menjaga sensitiviti semua rakyat konon,

rajagobal dgn kunalan tak terasa ape-ape pon,die pulak yg terlebih sensitif mcm kepale kote.

Soldadu merah berkata...

belia sabah tidak sebodoh itu nak mengungkit hal ini...yang bodoh itu menteri bangang dan kaki ampu dia..

isu badak dulu pun dipolitikkan...semua ikut telunjuk orang politik...

kai azmier berkata...

betoi2! dulu time kalh dulu letak nam ape pun tak hingin langsung nk pandang.. dgr pekatan bola sepak malysia ja rami da menguap.. tapi bila da mng semua sibuknak tukar nam itu dan ini.. adeh!

karamazov berkata...

Dear Datuk Jahid Jahim Yang Jahil,

tia payah ko mau tukar itu Harimau Malaya pigi Harimau Malaysia, bikin malu urang Borneo saja kau ni.

Kami faham la bah, yang kau itu mau mengampu dan melacurkan kemenangan pasukan negara dalam AFF Suzuki Cup demi karier politik ko yang nda seberapa itu, tapi ko ni kan buduh terlampau. Kau paham ka yang itu nama Harimau Malaya satu mistik dan berpuaka ...jangan ko main2 mau tukar sesuka ati, nanti ko punya tontolou lakat di dahi baru ko tau .

Lagipun istilah Harimau Malaysia itu geographically incorrect, tiada Harimau di Borneo geng, paling2 pun Harimau Dahan saja ...punya kiut tu , bikin malu saja buat maskot ooo


Sincerely
Belia Sarawak yang pissed off

Qazwsx berkata...

wei dorg kena ingt..xsemua yg skong team malaysia tu org umngok ok...1malaysia kejadah la.ak pegi stadium bkn nk skng najib ke 1malaysia ke apa,ak datang sbb nk sokong HARIMAU MALAYA.bongok!dlu siap ada MP kecoh kt parlimen kata team Malaysia maen cm bapok..skrg bru lu nk ekcoh tukar nama la bagai.

Arajo Dilangit berkata...

one loser puppet of politikus-usang from borneo...patut humban jer dia dlm sangkar harimau malaya...hehe..

ONN berkata...

Adeh! Malu bila dengar news ni! Kalau ada sorang pun pemain sabah terselit dlm team xpa. Ni sesaja menimbulkan isu yg x patut. Ekstrimis x bertempat sungguh! Da bagi holiday pun x cukup kaa?? YB cakap ikut kepala sendiri n x ikut suara rakyat majoriti yg bangkang poin ekstrimis...

JAIRO berkata...

setahu aku di sabah tiada harimau la.. badak sumbu byk la......

"Dan belia Sabah yang merasa tersinggung kononnya pasukan bolasepak Malaysia diberi gelaran Harimau Malaya yang sebenarnya selama ini hanya tahu tengok perlawanan bolasepak Manchester United."

part ni aku sangat setuju.. tetiba semua la jadi penyokong pasukan malaysia hahahahahahahhaaha apa2 pun bayern munich rules hahahahaha

Unknown berkata...

Org Swk ilek jer..hehe..yg penting pemain2 bermain dgn semangat juang yg tinggi untuk menaikkan nama negara kita MALAYSIA di persada bola sepak Asia..terbukti tugas mereka selesai dan pasukan MALAYSIA menjuarai kejohanan AFF Suzuki Cup 2010..Harimau Malaya ke Harimau Malaysia ke tak kisah la..janji semua pemain2 berasal dr MALAYSIA...Bola sepak menyatukan kita semua...jadik jgn ada yg trsinggung..

jenjibam berkata...

patut astro ucap tahniah kat RTM1

Pa'ang berkata...

tukarla jd 'HARIMAU JADIAN'.bia menteri tu tak panas pala butt dia..

Seizer berkata...

tukar je jadi HARIMAU KUNING!




dISEBALIK KEKALAHAN DI BLACKBURN





.

Encik Peluang berkata...

hahaha...bilo ore berpolitik bercakap sal bola mmg jd waso gong....

nEuR0 shEwAzni berkata...

izin share kat blog saye ye ! neuroshewazni.blogspot .

maer wan berkata...

kalau ini macam, we'll soon see:

Kucing Iran (dari Kucing Parsi),
Kembar Thailand (dari Kembar Siam)..

ada beran?

Balqis Riza berkata...

mohon share

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...