Ini bukan IKLAN, tetapi CSR dari Sokernet.
UYA! adalah entiti perniagaan berkonsepkan Distro yang mementingkan ketrampilan remaja selaras dengan akhlak dan budaya indie yang murni. Premise UYA! kini dibuka (seperti alamat di atas) dengan aktiviti sulungnya 'Baazar Raya' bermula 3-5th September 2010. Nak beli baju raya, seluar raya, beg raya, topi raya, handbag raya..semua ada jual di UYA!. Semua cun, semua lawa, semua daboommm!.
Apa kaitan UYA! dengan Sokernet?
Untuk pengetahuan adik adik,
Sokernet melalui proxinya The Ismaelist memiliki syer dalam UYA! (undisclosed percentage).
Langkah membeli syer sebegini amat penting demi memantapkan kelangsungan Sokernet dalam menempuhi cabaran dan dugaan dari pesaing pesaing samada dari dalam atau luar negara.
Sokernet bukan sekadar BLOG adik adik, malah kami mempunyai rancangan masa depan yang strategik lagi dinamik demi mencapai status media bolasepak nombor satu negara.
Bermula di UYA!, Selain main Futsal, InsyaAllah lepas raya kita akan anjurkan tontonan perlawanan EPL secara beramai ramai, perlawanan Winning Eleven dan penjualan cenderahati (masih dalam penelitian Contract Approval Comittee).
Di UYA!, kami ketepikan segala sentimen kelab, yang ujud cuma perpaduan dan keharmonian dikalangan pengulas dan semua pembaca Sokernet. Di sana kita boleh melepak, pekena teh, makan roti canai, beli baju baju yang trendy, tengok bola, tonton movie dan sebagainya.
Dan persoalan lebih penting sekarang..untuk siapa semua nikmat ini?, untuk siapa?
Jawapannya mudah..
UNTUK KITA BERSAMA.
Jadi, datanglah beramai ramai malam ini! malam esok! dan malam lusa!
Pengulas yang akan berada di sana:
Lucius Maximus (VVIP)
Jorji
Pipi
Awi
fdaus
Obe (tbc)
Bart (tbc)
Saudagar (tbc)
Dingin (tbc)
Nazri dan Jannah tak dapat hadir sebab ada oversea assigment.
p/s: Pembeli baju Sokernet dilembah Klang, boleh juga dapatkan baju anda secara live di UYA! mulai malam ini
Sebelum datang ambik, emel ke hilangpunca@gmail.com, bagitau pipi supaya dia boleh cross-check berapa dan siapa yang nak datang ambik. Emelkan segera!
"Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk akhbar KOSMO hari ni mukasurat 55."
Lu orang tengok tu masuk segmen Sukan! beb...
Once Sokernet always Sokernet.
Jumpa di sana!!!!
25 Ulasan:
tahniah la Luca...tahniah sokernet..
entry sosialis abis..saya suka!
the onece is so sweet .
gua nak beli baju raye kat sane...
ok r.k..gua dah betulkan.
Mentang-mentang aku jauh, walaupun aku dah confirm kehadiran melalui FB pada 5hb tetap nama aku tak masuk...
Takpe, merajuk ah!
alolololo...
Bang Luca, ada katalog? Kot-kot leh beli on9 ke?
bile tshirt sokernet nk smpi?wa nk balik kg da nie..
Lucius Maximus (VVIP) tak tahan
waktu beroperasi pukul berapa sampai berapa?
orang-orang kebanyakan pon boleh join ke?
Boleh!!
masa 9pm - 3am.
errr... Jannah?
baguih dok ada UYA nie.
Majulah UYA, Sokernet untuk kita bersama.
UYA!
even, orang x'art', xdak band, xgendong SLR, xkepit awek pakai tudung belit2? pon bley join
Bolehhhhhhh!!!
Ustaz, ustazah, imam muda, mat punk, makwe kolej,
semua dijemput datang!
Insyaallah kalau takde aral.Sapot sokernet punye community.
Gua nak pow luca..ekekekekee
sokernet makin kaya
gua sayang sokernet
gua terai pergi usha kalau rajin. boleh usha awe.., uh oh, baju raya dekat sana.
Wow best nih...dekat jer ngan rumah aku. Klu takde aral melintang, akan ku cargas!!!
Stormtrooper pakai tanjak, if that's not cool enough, nothing does! ^^
Topeng storm trooper tu ade jual x?
Macam haram...Gua dahla duk jauh..Ni nak kena amek plak baju sokernet yg gua tempah dulu tu kat UYA pulak...Macamana gua nak pakai baju sokernet buat semayang raya bai??Ah..gua nak gak baju gua diposkan sebelum start raya ni...
Ni yang aku tak suka ni.
Sokernet dah jadik kapitalis.
:@(
takde pun logo/nama Sokernet dalam tu?
Catat Ulasan