Keme udoh banyak kali menang pialanye kome, ater bagi can le pulak kat kome, ye dak?
Negeri Sembilan lawan Perlis
Negeri Sembilan juara Piala Malaysia sebanyak 2 kali akan bertemu dengan skuad Singa Utara yakni Perlis yang juga telah menjulang Piala Malaysia sebanyak 2 kali. Kedua-dua pasukan pernah bertemu dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2006 yang memihak kepada Perlis dengan kemenangan 2-1, tetapi untuk musim 2010 Negeri Sembilan jelas lebih kuat berbanding Perlis. Pun begitu harus diingat sekalipun menang 3-2 sebelum ini dalam saingan Liga Super ketika menentang Perlis di Paroi, Negeri Sembilan tunduk pula bila bertandang ke Kangar (Perlis menang 2-0). Atas kertas Negeri Sembilan dilihat sebagai pilihan utama tetapi dalam bolasepak Malaysia segalanya mungkin. Jika Shukor Adan mengamalkan teknik menendang mengikut arah telur, ada kemungkinan Perlis mampu membuat kejutan.
Pahang lawan Kedah
Kedah yang bangga dengan pencapaian Double Treble mereka musim 2007 dan 2008 kini bukanlah lagi kuasa bolasepak yang digeruni seperti beberapa tahun dulu. Kejayaan Double Treble mereka dan rekod 4 kejuaraan Piala Malaysia kini lebih kepada hanya kenangan, sesuai dengan slogan pasukan yang berbunyi 'Biar Jasa Jadi Kenangan' (macam Liverpool pun ada). Namun berdepan dengan anak-anak ikan Sultan Bola, Kedah dijangka mempunyai laluan yang agak mudah. Itu pun jika skuad Tok Gajah, juara Piala Malaysia 2 kali, tidak secara tiba-tiba mendapat pertolongan dari Sultan Bola. Pastinya ramai peminat bolasepak Malaysia yang neutral lebih cenderung memilih Kedah muncul pemenang. Ya ramai yang masih tidak puas hati dengan tindakan Sultan Bola 'menyelamatkan' Pahang dari penyingkiran Liga Super awal musim 2010.
Johor FC lawan Terengganu
Johor FC muncul pasukan kelab tunggal yang layak ke suku akhir, di saat pasukan negeri Johor pula terus merudum jatuh. Dan di sebalik kejayaan ini ura-ura sudah terdengar bahawa Johor FC bakal diserap dan digabungkan dengan Johor musim depan. Ya inilah keunikan bolasepak Malaysia. Kelab yang berjaya dipaksa bungkus dan diambil alih oleh persatuan bolasepak negeri yang gagal melahirkan pasukan bolasepak mereka sendiri. Apa punya tur? Terengganu yang satu-satunya kejuaraan Piala Malaysia mereka ialah pada 2001 dijangka tidak ada masalah mengatasi Johor FC. Irfan Baktu tu dah macam Claudio Ranieri rupanya.
Selangor lawan Kelantan
Red Giants bertemu Red Warriors. Di satu sudut ialah sebuah pasukan yang penuh dengan sejarah dan kejuaraan, 32 Piala Malaysia, 6 kejuaraan liga dan 5 Piala FA. Sementara di satu sudut lagi ialah sebuah pasukan yang masih tercari-cari tempat mereka dalam sejarah bolasepak Malaysia, belum ada Piala Malaysia, kejuaraan liga mahu pun Piala FA. Kedua-duanya mempunyai kumpulan penyokong fanatik yang ramai, di satu pihak berbangga dengan Stadium Shah Alam mereka yang hebat, di satu pihak lagi hanya mempunyai stadium biasa-biasa saja dan gemar pula membakar stadium orang lain. Di antara keduanya penuh dengan bintang bolasepak terkemuka dunia, macam Amri Yahyah yang pernah membuat Edwin van der Sar terketar lutut atau Akmal Rizal yang pernah sekelab dengan Jose Luis Chilavert. Siapakah yang bakal menang dalam pertarungan ini nanti? Berapakah mercun yang akan diletupkan? Berapa banyak pula kerusi stadium yang akan dibakar? Kita nantikan debarannya!
KEMASKINI: LUCIUS TERKHILAF ATAU SULTAN BOLA YANG SUCKS?
Kedah lawan Terengganu? Atau Johor FC yang lawan Terengganu? Pahang lawan siapa pula? Sultan Bola yang dah berpuluh tahun jadi Presiden FAM ini tiada siapa nak lawan ke?!
Siapa juara Kumpulan B yang sebenarnya? Pahang atau Terengganu? Antara mereka ini siapa pula yang akan menghadap wakil Kumpulan C, Johor FC dan Kedah?
Ini adalah keajaiban bolasepak Malaysia saudara-saudari sekalian. Buat perlawanan malam minggu dan pagi Ahad buka laman FAM dan masih belum ada kemaskini atau keputusan rasmi yang boleh kita gunakan. Okay, pejabat FAM tutup hari Ahad tapi kalau mahu kemaskini laman sesawang dari istana Sultan Bola pun boleh. Ke Sultan Bola belum bangun lagi?
Benda yang macam ini yang membuatkan bolasepak kita sucks. Diulang, SUCKS! Sokernet baru nak beri sokongan padu dan cuba menghangatkan saingan Piala Malaysia tapi FAM masih tidur. RTM sendiri pun malam tadi dah pening kepala, siapa juara Kumpulan B yang sebenarnya?
Dari Wikipedia, kedudukan Kumpulan B dilaporkan seperti berikut
Pahang 3W 1D 2L 10GF 8GA +2GD 10 Points
Terengganu 3W 1D 2L 10GF 7GA +3GD 10 Points
Ikut perbezaan jaringan sepatutnya Terengganu di atas (kelebihan 3 gol berbanding 2 untuk Pahang), tetapi RTM dan Wikipedia melaporkan Pahang adalah juara Kumpulan B. Ini tidak mustahil jika pengiraan kedudukan mengambil kira rekod pertemuan dalam kumpulan antara Pahang dan Terengganu.
14 September Terengganu 1 - Pahang 3
3 Oktober Pahang 0 - Terengganu 2
Jika dilihat pada agregat kedua-dua pasukan terikat dengan 3 gol masing-masing, tetapi jika diambil kira sistem gol tempat lawan (away goal rule) sebagai tiebreaker maka Pahang dikira sebagai juara kumpulan mengatasi Terengganu.
Soalannya sekarang ialah tiebreaker yang mana menjadi pilihan utama FAM dan bagaimana aturannya. Kita tahu dalam mana-mana penentuan kedudukan dalam peringkat kumpulan atau liga mata yang dikutip menjadi penentu kedudukan. Tetapi bagaimana jika kedua-dua pasukan mengutip jumlah mata yang sama? Adakah goal difference dijadikan tiebreaker pertama, atau goal scored atau goal against? Atau perlu diambil kira "higher number of goals scored away from home in the group matches played among the teams in question" (seperti yang digunakan dalam Champions League musim 2006/07, Rule 4.05).
Soalannya, sistem tiebreaker mana yang menjadi pilihan FAM? Jawapan terbaik mungkin ada pada RTM yang mengatakan (malam tadi) Pahang adalah juara Kumpulan B dan bukannya Terengganu. Tetapi selagi FAM tidak memberikan kenyataan rasmi atau paling tidak mengemaskini laman sesawang mereka, susah untuk mencari sumber rujukan yang sahih.
Soalan kedua, macam mana bolasepak Malaysia hendak maju kalau peminat bolasepak tidak diberikan maklumat yang sepatutnya oleh FAM? Suratkhabar hari ini pun hampir tiada jawapan kerana tidak tahu mahu letak Pahang atau Terengganu sebagai juara Kumpulan B.
Soalan ketiga, Sultan Bola mana? Tidur lagi ke? Dah petang Ahad dah ni woi!

57 Ulasan:
selangor lagi teruk, bakar stadium sendiri
emmet : kaya sangat kot? haha.
"di satu pihak lagi hanya mempunyai stadium biasa-biasa saja dan gemar pula membakar stadium orang lain.."
memang tak boleh blah..hahaha..
tak keterlaluan kalau menganggap kelantan vs selangor ibarat liverpool vs man u..gile argh..GGSFC (Selangor FC)..Haha..
tu la sobab eh sey mintak kontrekter buek stedium paroi xdo kusi..
bukan apa, diorang cakap daripada orang lain yang bakar baik diorang bakar sendiri puas hati kalau kena ganti pun sendiri yang bakar. hahahahaha...
KAMONNNNNNNNNN JOHORRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR
kenalah selangor kali ni...GO MORE KELATE GO MORE!!!!!!!!!!!
selambe je Selangor titik Kelate. 4-1 aggt.
Tapi gua punya instict ini tahun Pahang juara. Sebab nama dekat dekat Pohang steeler, kelab korea yang power.
Ni dah official la ni?? Sebab ada ura kata Terengganu lwan Kedah.. Tapi lawan kedah ke johor Fc ke, bukan masalah pun..
JOHOR FCCCCCCCCCCCCCCCCCCCCCCC
Walaupun main cam lahanat xde sistem,tp johor ttp johor...kahkahkah
Perghh, Pahang tiba-tiba masuk suku akhir. Cayalah. Haram sorang player pun gua tak kenal. Gua dah lama bolayan skuad Pahang selepas 1992.
JOHOR FC JUARA! yahuuuuu!!
Viva Selangorrrrrrrrrr
SELANGOR!!!!!!!!!!!!!!!!
hobin jang hobin....
MERAH KUNING LAMBANG KEBANGGAAN!
setakat lawan budu apa nak heran.....
Apakah skrip yg sama akan berulang di pertemuan Kelantan dan Selangor? Ataupun Kelantan bakal melakukan kejutan dengan pemain2 bintang mereka?
SAma-sama kita saksikan. Jangan ada yang main api udah ler~
Mana berita team perak? Betul ke tarik diri ni? Aku konpius.
At least Pahang masuk jugak quarter final, mana pasukan Perak yang digembar
gembur hebat sangat tuh....kakakaka
wait a sec. lucy, lu dah salah bro!
Kumpulan A - 1) N9 2) qelate
Kumpulan B - 1) Terengganu 2) Pahang
Kumpulan C - 1) Johor FC 2) Kedah
Kumpulan D - 1) SELANGOR 2) Perlis
makanya N9 vs Perlis (betul), SELANGOR vs qelate (juga betul), Terengganu vs Kedah, dan Johor FC vs Pahang
bukan Terengganu vs JFC, Pahang vs Kedah
apsal tv1 beria-ia ckp pahang lwn kedah?
mn satu betul?
Aku pun layan LIVE kelantan vs KL plus tadi, pengulas cakap Pahang vs Kedah...tp betul gak, sbb Pahang ngan Ganu kongsi mata, maybe ganu lebih gol kot...Apapun, tak sabar nak tgk Selangor vs Kelantan.
Seperti biasa, pada waktu komen ini ditulis, laman web FAM tidak dapat diakses. Sila ambil perhatian.
Sekian laporan Hong Ju Khee utk berita sokernet
http://malaysiafootball-dimos.blogspot.com/2010/08/piala-malaysia-2010.html
link atas utk keputusan, kedudukan penuh Piala Malaysia, peringkat kumpulan.
fan selangor pakat ramai2 trun Shah Alam selasa ni. Segan oi fan away team lg ramai dari home mcm itu hari.
ala lucy terkhilaf la tu. xpe dimaafkan. steady lucy.
viva selangor!
GGMU!
terengganu juara tahun ni...sayang t-team takleh masuk..
dengar komentator mlm td rasa nak menangis.yang interview player postmatch pun haru biru.
"apa rancangan Kedah JIKA layak ke suku akhir?"soalan utk Badrol Bakhtiar
aku rasa kali ni laluan terbuka luas bagi Johor FC,setelah berjaya bertahan dan salah sebuah kelab yang komited dan serius dlm mencabar pasukan2 pilihan.kali ni sahaja peluang yang ada buat pasukan kelab ini,kelab yang tiada diberi keistimewaan oleh sultan mahupun pegawai FAM.
come on sang lebah!
"Shukor Adan mengamalkan teknik menendang mengikut arah telur"
dem gila..!
"Irfan Baktu tu dah macam Claudio Ranieri rupanya"
hahaha..
Tranung Ne'lang
Laman web organisasi pn x terurus..apatah lagi organisasi tu sendiri. tu yg liga jadi cacamarba haru biru..KAH KAH KAH
Aku selaku fanatik Johor fc... trus menerus skuad yg dipimpin Eddy helmi manan ni...
Tapi fakta dah salah... Johor FC jumpa Pahang.. bukan terengganu yee? enjut lebah enjut!!!!!
the-red-giants.blogspot.com
Johor Fc vs Pahang.korang nak tengok sape menang?!!!
10 Pasukan Bola Sepak Terbaik Dunia Pernah Disaksikan
http://demamfootball.blogspot.com/2010/10/10-pasukan-bola-sepak-terbaik-dunia.html
sempoi thn ni lineup... prediction Selangor vs NS final.. hehe
go go Red Giants!
prediction final: NS vs Selangor
NS vs Kelantan
coz aku rase NS team yg sentiasa steady tanpa tekanan yg tinggi.
secondly NS nyer player semua bleh skor goal. dari defend sampai la midfield walaupon striker hancor
Thirdly, coz NS team kesayangan den.. ha3 hobin jang hobin
Selangor vs Kelantan, selangor menang kot. hehe...sebab selangor mmg da bese menang. Kelantan, menang bt kecoh jela, menang piale xdelar...
Terengganu nak ulang final 2001, tapi sayang perak "tarik diri" plak saat saat akhir..takpelah, terengganu tunggu selangor or NS lah final nanti..pastu cium Cup terus...
aku time2 gini mmg angkat kening je kalau nampak Deus ngan Aranhellstorm..kah kah kah..
kronologi idea bernas FAM dlm bolasepak kita:
1- masuk pemain import
2- buang pemain import
3- masuk pemain import
4- buang pemain import
dlu kedah gah dgn importnya tp malang kna fired..
Azraai kor dan fan hijau kuning bangkang habis abisan.. dgar citer lepas ni import masuk balik..cilako
jawapannya mudah...
ikut perkiraan goal difference...
tak payah tunggu FAM, RTM sebut pun
kita dah tahu siapa yg jadi johan kumpulan B
wallahualam...
jarr, Kelantan takleh masuk final ke jarr??
Kalau masuk lawan Ganu, camne plak?? Angkat kening jugak la kita... heh heh :P
mengomen kepada update diatas,aku pun pelik sebab tengahari tadi aku nak tengok fixture perlawanan berikutnya,aku klik2 takde respon,dahlah laman web hodoh.kalau takde johor dan aku bukan org malaysia,dah lama aku baling najis kalau malaysia main.
Dan lagi satu sultan bola kawal segala galanya,ape?dia ingat kalau jumpe dengan johor fc tu pahang boleh pulun la konon...kalau dia ingat johor fc ni kelab cikai dia silap,kami penyokong johor memang dah cukup benci dengan sultan bola tak tau malu tu,kepada rakyat sultan bola...mesti korang rasa malu ada sultan pilih kasih dan menyalah gunakan kuasa...
Talkizcheap - kelantan takleh lawan ganu...nanti kalau capacity penonton 80,000,FRU ngan Polis kena 160,000..dabel.mana nak sumbat?kah kah kah...musuh tradisi weih...kalau jumpa konpem ade bas terbalik, kereta kena bakar..damn sungguh.
jeng parok.
semua mestilah sokong pasukan negeri sendiri. apa bahalol sokong negeri orang. nak sokong negeri bini pong jauh panggang dari ayam.
gomo sekali ni. kalah belakang kira. gomo dulu belaka.
berkenaan update. em.. KEHKEH!
website FAM ni fully english ka?
go selangor go selangor go!
Kejop Yop Kejor!!!
jarr: ari tu Liga Super, kawe gi stadium tgk Kelate vs Ganu, takdok sekor buto pakai jersi putih, guano kiro, boh?? :P
Merah Kuning lambang kebanggaan
Selangor merancang kejayaan
(sapa Red Giants sila sambung)
Aku tak tahu saper lawan saper, tp yang aku tahu, Wan Perlis mesti sokong Perlis...hihi
sapa y tgk game t-team v sgor mest perasan benda nih
pengulas A : xrimas ke syamsuri mustafa paka head cover
pengulas B : cech paka rileks je paka xda pe2...
kesimpulan-kpd pihak astro,nk pilih pengulas plz y tahu psl bola x gagap n xbias
tq
Dua2 pengulas tu orang kelantan ker?
go to hell la malaysian football...no improvement,suck,more politic....anyway,EPL the best
http://www.youtube.com/watch?v=6r3JAJclOu0
hitler marah fan kelantan..
woitt..
klate vs trengganu..
musuh tradisi weh..
dulu diorg main utk bergaduh.. haha
gua syak, ada kepentingan peribadi...
kah kah kah
Catat Ulasan