ANDA SEDANG MEMBACA

27

Rebiu: Can Mali Can

LuciusMaximus Isnin, November 08, 2010 , , ,

Can Mali Can Ooo Ooo
Can Mali Can Ooo Ooo
Can Mali Can
Ketipung Payung


SMS dari Carlo Ancelotti sebelum perlawanan.

Kasi can la Liverpool menang, ye dak?

Siyes ke?

Siyes la. Takkan nak biar kelab bersejarah dan berprestij terus kat ambang relegasi? Karang yang seronok Gary Neville juga.

Okay la. Kasi can.


Maka Chelsea memulakan perlawanan tanpa kelibat dubuk liar, The Drog. Ramires dimasukkan di bahagian tengah bersama Zhirkov, dua posisi yang lazimnya diisi oleh Lampard dan Essien.

Bukan pandang rendah. Sekadar kasi can.

Awal perlawanan, Chelsea bermain dengan rentak yang lebih perlahan sementara Liverpool nampaknya cuba mencari gol seawal mungkin. Menyedari The Reds begitu bersemangat untuk menjaringkan gol seawal mungkin, The Blues dengan murah hati membuka ruang.

Minit ke-11, Terry dan Cech sepakat untuk memberi Torres peluang merembat gol pertama. Ini namanya hidup bermuafakat dan bertolak ansur.

Sebaik saja gol pertama dijaringkan, Chelsea bertukar kepada gear tinggi dan mula melajukan rentak permainan. Kedua pasukan saling menyerang pun begitu di sebalik The Reds mendahului, Anfield masih sunyi dari lagu keramat You’ll Never Walk Alone.

Bothered? Bukan ada Dennis Wise dengan Vinnie Jones.

Atas semangat setiakawan dan menghargai lagu yang bagus, Branislav Ivanovic memberi peluang buat Torres untuk sekali lagi merobek gawang Chelsea. Gol minit ke-44 dibiarkan dengan sahaja oleh Cech. Kasi can katanya.

Barulah Anfield bergema dengan lagu keramat mereka.

Separuh masa kedua mempunyai wajah berbeza apabila jaguh klasemen, Chelsea mula bertaring. Dubuk liar The Drog dimasukkan untuk memberi latihan pertahanan buat para pemain Liverpool. Kemudiannya King Carlo meletakkan Bosingwa mengganti Ivanovic di sebelah kanan, untuk memberi kelebihan overlapping di kedua belah sayap Chelsea. Sturridge dimasukkan sebagai pilihan terakhir untuk menggandakan kuasa serangan berantai.

Liverpool banyak bertahan di separuh masa kedua dan ini bersesuaian dengan apa yang telah direncanakan oleh King Carlo. Yakni memberi latihan kepada Liverpool untuk bermain dalam tekanan serangan dari pihak alwan yang dikepalai oleh seekor dubuk liar. Untuk Chelsea pula, bermain dalam keadaan ketinggalan dua gol dan terdesak untuk mengejar adalah bagus sebagai persediaan pusingan kalah mati Champions League nanti.

Pepe Reina cemerlang di gawang, menafikan rembatan jarak dekat Malouda pada minit ke-66 setelah menerima lorongan cantik dari The Drog. Sementara itu seorang lagi pemain bernama Palang Gol juga turut cemerlang bila berjaya menghalang percubaan Anelka kemudiannya.

Secara keseluruhan, ianya permainan yang baik. Liverpool menguasai separuh masa pertama dengan kebijaksanaan Torres sementara Chelsea pula menyerlah di separuh masa kedua tetapi dinafikan oleh keutuhan pertahanan Liverpool di bawah kelolaan Carragher.

Mungkin ianya bukan bolasepak sebenar dari sudut Manchester United. Kerana bolasepak sebenar bagi mereka ialah tidak kalah tapi banyak seri dengan kelab entah mana-mana. Mungkin juga bukan bolasepak ART mengikut kaca mata Arsenal. Kerana bolasepak ART bagi mereka ialah kalah mengejut dengan kelab entah mana-mana

Dengan 3 mata penuh, Liverpool naik ke tangga ke-9. Ia satu perkembangan sihat yang dialu-alukan oleh Chelsea yang seperti biasa, masih klasemen.

Ya masih klasemen. Kerana hanya Chelsea yang mampu menghalang Gary Neville dari mencecah angka 19.

“Chelsea tak rugi pun hilang 3 mata today” – SMS dari Jannah Liverpool.

Betul. Apa ada hal?

27 Ulasan:

Faiz Tapit berkata...

1st!

Faiz Tapit berkata...

2nd skali

LuciusMaximus berkata...

Ku lekuk juga budak Tapit ni nanti

Pet Shop Boys berkata...

Tahniah Liverpool :)

Liverpool main lain macamlah semalam...
Gua cuka gak takut kena lauk je dgn Chelsea haha. tapi Torres membuktikan dia mmasih berbisa.

farwalis berkata...

TAPIT NAK KLASEMEN JUGAK

nak macam chelsea jugak tu

drizzt berkata...

kasi can la lagi yer hak hak hak

Point of View berkata...

cilakak lucy masih bernada riak

Azlan Zed berkata...

sudah kalah memberi can pula?

kah kah kah !

Jarr berkata...

Lucius, dah sms King Carlo suruh beli Andy Carroll January nanti?

YNWA

Arajo Dilangit berkata...

Msg dr Gary Ndevil : mlm nie pesta muda-mudi kt umah aku sempena kekalahan chelskid dan ucapan ribuan terima kasih kepada best frienemy Nando kerana menjaringkan 2 gol yg hebat...hehe...

[ a D D y ] berkata...

terima kasih kepada cech kerana memberi semangat kepada torres untuk menjaringkan gol yang cantik..

afiq. berkata...

lu gila ke apa? kelab bersejarah tu. kenalah kasik chance! HAHA!

P/S: aku bukan penyokong Bulus.

Ozgur Cek berkata...

haha xpe la bg can pun lucy...
ckap kat obe dulu jersi chelsea macam ni...
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=166075796750203&set=a.102106586480458.4805.100000433515460

p/s: jersi ni dikeluarkan utk dubuk liar je...

FreeMen berkata...

torres dah naik sawan.

LS berkata...

torres dah high

adinda anna liyana berkata...

uiks abg lucy...
garangnya entry...

seri 1 mata
kalah 0 mata

jadi mana lg bgs?
1 point can make a difference.

tp yg paling menarik adalah:

lawan arsenal, liverpool SERI.
lawan chelsea, liverpool MENANG.
lawan man utd? Kita suh berbatov yg jwb la...

muahahahaha...

mikhaelahmad berkata...

kala mengejut dengan kelab entah mana-mana?

beb, aku rasa liverpool ni pun dah buh dalam kategori kelab entah mana-mana.

haha

dueng berkata...

"Untuk Chelsea pula, bermain dalam keadaan ketinggalan dua gol dan terdesak untuk mengejar adalah bagus sebagai persediaan pusingan kalah mati Champions League nanti."

hrrmm..kalau dengan kelab picisan macam Liverpool pun Chelsea takleh menang, macam mana nak menang dengan the best clubs in Europe?

Adakah ini bermaksud kita boleh simpulkan bahawa peluang Chelsea nak menang CL sangat tipis? Yeah, i agree to that.

Jarr berkata...

banjir kat utagha dah nak cetek..
kita yg tak banjir ni jgn la nak ikut cetek sama...kah kah kah.

adinda anna liyana berkata...

mendalam kata-katamu itu jarr...

CL tu cite lain la...
jgn rosakkan mood org2 yg sedang meraikan kemenangan liverpool ni..

igt senang ke liverpool nk mng?
keh keh keh...

zu berkata...

lepas liverpool kasi can season lepas utk chelshit angkat piala,
apa ada hal kalau chelshit plak kasi can.
susu dibalas susu, ye tak?
masih klasemen lagi..

prediction cik jannah pasti tepat,
sekiranya maxi tak manganjing cech pagi td..
maxi pun satu hal,
yang nak menganjing cech tu apahal?
score je la. lob skit bola tu.
ini tak, nak jugak dia layan cech tu macam binatang.
last2 apa pun tarak!

bak kata sathinathan(cam ne sathianathan boleh sesat ke situ plak ni), 1st half, liverpool menunjukkan cara serangan dgn torres sebagai kepala. kuyt tunjuk camne nak buat overhead thru pass.
2nd half, liverpool tunjuk plak camne nak bertahan.
carragher pun saya tengok main dah macam shukor adan dah..
clear bola cam takde akal.
menyepak mengikut arah telor..

walaupun chelshit bagi can je,
tapi sekurang2nya takde la liverpool nak dok kat dasar liga lagi kan..
saper2 yang bet season depan liverpool main championship,
belum terlewat lagi nak tarik balik bet tu.
saper2 plak yang place bet chelshit menang UCL, hah, rentikan laaaa

ku.mahu.KAY.tahu berkata...

yes!
great review lucius
ape ade hal!

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

zu is linda radzi in the making..

ayobkelubi berkata...

o0o00o kasi can rupanya lucius.

aku dah membayangkan dia still nak guna frasa KLASEMEN dia lagi tu.

yelah. KALAH pun klasemen bagai lagik kan?.

tapi

itulah. the drog masuk untuk bagi latihan kepada pertahanan liverpool.terima kasih the drog.

apa pertahanan chelsea dah cukup training sgt ker semalam ek?. *garuk kepala*.

terima kasih.

Zinedine Zaiddin berkata...

Gambar senget la bro.

Arajo Dilangit berkata...

gambar senget tanda2 awal chelsea nk tumbang...hehe...

jamsarisabian berkata...

sekali dia pukul keliling ngan arsenal manu sume kene sekali tamparan menganjing nye..haha..counter terbaek dari ladang by the great lucy..haha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...