ANDA SEDANG MEMBACA

51

Konfrontasi

LuciusMaximus Isnin, Disember 27, 2010 , , , ,

(Artikel ini patut keluar sebelum 26 Disember, tapi faktor malas, sibuk dan komputer rosak membantutkan segalanya. Biasalah, kerja dengan Sokernet bukan dapat upah, kena maki lagi adalah. Seperkara lagi, artikel ini ada nada kebencian dan tidak menyentuh sangat mengenai perlawanan epik tersebut. Kalau rasa tak berminat, boleh abaikan)

“Kalau kita lapar itu biasa. Kalau kita malu itu juga biasa. Tapi kalau kita lapar atau malu itu karena Malaysia, kurang ajar!” – Bung Karno

Apaan sih yang kurang ajar? Kerana lapar dan malu? Kalau Indonesia lapar atau malu itu masalah Indonesia sendiri. Jangan tunding jari pada negara lain dan jadikannya sebagai kambing hitam.

Cerita bagaimana Indonesia sentiasa menjadikan Malaysia kambing hitam bukan benda baru. Bukan baru berlaku malam tadi apabila Markus dilaser para Ultraman Malaysia. Bukan juga berlaku pada tahun 1962 saat Sukarno tidak puas hati dengan pembentukan Malaysia dan terbantutnya cita-cita beliau menakluk Sarawak, Sabah dan Brunei yang digelarnya Kalimantan Utara. Cerita Indonesia tidak puas hati dan berdendam dengan Malaysia jauh lebih lama dari itu.

Kita kembali pada sejarah secara ringkas. Lama sebelum adanya Indonesia dan Malaysia, telah wujud terlebih dulu Empayar Srivijaya. Srivijaya ini letaknya di Palembang, Sumatera. Ia adalah empayar Melayu yang pertama, terbentuk pada kurun ke-7 dan menguasai seluruh Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu dari kepulauan Riau, Singapura hingga menganjur ke selatan Siam dan juga bahagian timur Jawa. Dari Srivijaya inilah berkembangnya tamadun Melayu awal dan dari keturunan raja inilah munculnya Parameswara, pengasas Kesultanan Melayu Melaka.

Namun pada kurun ke-13 ada kuasa baru muncul di Jawa, bermula dengan nama awal kerajaan Singhasari yang pastinya dipelopori oleh bangsa Jawa itu sendiri. Mereka bangkit menyaingi Srivijaya dalam siri peperangan yang berlarutan lamanya. Singhasari kemudiannya berubah menjadi kerajaan Majapahit dan persaingan Srivijaya-Majapahit berterusan pula.

Konflik Srivijaya-Majapahit bukan sekadar persaingan Melayu-Jawa. Ia juga persaingan agama. Persaingan antara ajaran Buddha di pihak Srivijaya dan Majapahit yang mahu menegakkan syiar Hindu di Asia Tenggara. Tanggal 1377, Srivijaya akhirnya tunduk pada tampuk kekuasaan Majapahit.

Dari Palembang, takhta Srivijaya atau apa yang tinggal dari sisanya berpindah ke Temasek (kini Singapura). Pemberontakan oleh saki-baki tentera dan wilayah yang setia pada Srivijaya berterusan untuk beberapa tahun lamanya hinggalah pada tahun 1401, bila Majapahit menyerang Temasek untuk menamatkan pemberontakan tersebut. Pewaris takhta Srivijaya di Temasek ketika itu, Parameswara namanya, lari ke Semenanjung Tanah Melayu di tempat yang kemudian dinamakan Melaka.

Dan begitulah seterusnya. Majapahit tumbang, begitu juga Melaka. Penjajah datang dan pergi. Akhirnya Indonesia merdeka dan Malaysia terbentuk. Kemudian Sukarno ‘butthurt’, menjerit Ganyang Malaysia dan tercetus Konfrontasi. Konfrontasi tamat 1966, Sukarno digulingkan dan Malaysia beroleh kemenangan moral. Selebihnya Indonesia sentiasa menyimpan dendam pada Malaysia, kalau mereka lapar, kalau mereka malu, kambing hitamnya ialah Malaysia. Kalau kalah bolasepak, kambing hitamnya Ultraman dari Malaysia yang memancar sinaran laser kepada Markus Si Botak.

Indonesia hari ini adalah jelas reinkarnasi (kelahiran semula) Majapahit. Malah itulah yang sebenarnya menjadi pegangan dan aspirasi Sukarno awal penubuhan Indonesia. Dan itulah yang dilihat oleh pejuang-pejuang kemerdekaan wilayah bergolak Indonesia hari ini, baik Gerakan Aceh Merdeka atau Organisasi Papua Merdeka, bahawa Indonesia hari ini tidak lebih dari sebuah kesinambungan Majapahit atau dalam istilah hari ini, Imperialisme Jawa.

Dan Malaysia, kita selalu melihat diri kita sebagai kesinambungan Kesultanan Melayu Melaka. Itu silap. Yang sebetulnya kita harus melihat diri kita sebagai pewaris kesinambungan Srivijaya. Jangan setakat berbangga dengan Islamnya Melaka tapi malu dengan Buddha Vajrayana dari Srivijaya dulu.

Dan satu-satunya pemimpin Malaysia yang pernah berani menuntut hak-hak kita sebagai pewaris Srivijaya dulu ialah Tan Sri Ghazali Shafie. Nama glamer beliau, King Ghaz.

King Ghaz lahir di Kuala Lipis, Pahang. Tapi beliau tidak ada kena-mengena dengan Pipiyapong, bau bacang pun jauh sekali. Beliau antara individu yang bertanggungjawab dalam pembentukan Malaysia melalui penglibatannya dalam Suruhanjaya Cobbold. Usai terbentuknya Malaysia, King Ghaz menjadi wakil tetap Malaysia ke PBB. Dan Malaysia pula terpilih sebagai ahli tidak tetap Majlis Keselamatan PBB. Lagilah Sukarno dan seluruh Indonesia ‘butthurt’ tahap klasemen.

Sebagai wakil tetap Malaysia di saat Konfrontasi memuncak, King Ghaz lantang bersuara mengutuk perbuatan terkutuk Indonesia menyerang Malaysia. King Ghaz dan Malaysia mencipta sejarah sebagai negara pertama di dunia yang menyeludup masuk senjata ke dalam Majlis Keselamatan PBB, mengejutkan para pengawal keselamatan. Senjata tersebut milik tentera Indonesia, diseludup masuk dalam usaha Malaysia mendedahkan pembohongan Sukarno kononnya mereka yang menyerang Malaysia ialah gerila dan sukarelawan Indonesia, bukan tentera Indonesia.

Dan seperkara lagi yang mungkin tidak pernah diceritakan dalam buku sejarah sekolah, ialah bagaimana King Ghaz sebagai wakil Malaysia pernah mengusulkan kepada Amerika Syarikat satu rancangan sulit untuk menghancurkan Indonesia. Dalam perbincangan King Ghaz dengan dengan Setiuasaha Politik dari Amerika Syarikat, beliau memaklumkan Malaysia boleh sahaja mempengaruhi pemberontak di Sumatera dan Sulawesi untuk bangun menentang Indonesia. Dengan bantuan Amerika Syarikat, Indonesia akan berpecah kepada wilayah-wilayah kecil di mana Malaysia kemudiannya bersedia untuk mengambil alih wilayah tersebut untuk diserap dalam Persekutuan Malaysia.

Dalam erti kata lain, cadangan King Ghaz ialah memindahkan pusat pemerintahan dari Jakarta ke Kuala Lumpur. Maknanya Indonesia bubar dan Malaysia ambil-alih wilayahnya, atau berakhirnya Majapahit dan kembalinya era Empayar Srivijaya.

Tapi seperti termaktub dalam sejarah, Amerika Syarikat akhirnya menemui sekutu dalaman untuk dijadikan proksi bernama Jeneral Suharto. Sukarno digulingkan dan Suharto menjadi Presiden dan bermulalah Orde Baru. Malaysia pula kekal ke hari ini selepas cita-cita Sukarno untuk Ganyang Malaysia dan menakluki seluruh Borneo gagal.

Namun bayangkan, jika Amerika Syarikat tidak menemui proksi bernama Suharto untuk menggulingkan Sukarno mungkin negara Uncle Sam itu akan menerima cadangan King Ghaz dan Malaysia. Dan itu berlaku maka tidak adalah Indonesia sebaliknya yang ada ialah Malaysia Raya. Dan pada 26 Disember kita tidak perlu bermain bolasepak melawan skuad Garuda.

Apa kena-mengena cerita ini semua dengan perlawanan bolasepak Piala AFF Suzuki 2010 baru-baru ini? Tidak ada kena-mengena sangat sebenarnya. Melainkan untuk kita semua memahami kenapa Indonesia sangat dengki dan benci kepada Malaysia dari dulu hingga sekarang. Macam aku katakan tadi, perasaan ini semua muncul dari ribuan tahun dulu, Indonesia lawan Malaysia ialah Majapahit lawan Srivijaya, Jawa lawan Melayu dan pernah pada satu masa, Hindu lawan Buddha.

Dan sebetulnya, atas semangat King Ghaz dan Kuala Lipis Hardcore, kita juga perlu tanam sentimen yang serupa. Tidaklah sampai berperang atau berbunuhan, tapi paling tidak dalam bolasepak kita perlu serapkan semangat patriotisme dan unsur politik.

Macam bila England bertemu Scotland, atau Perancis atau Jerman. Negara Rio Ferdinand dan Nasron Yasin (J Or Ji) ini pernah berperang dan bersaing dalam lipatan sejarah beribu tahun lamanya dengan negara-negara tersebut. Atau bila negara kesayangan Nazri Vovin dan tanah asal Lisa Surihani, Argentina bertemu Brazil, keduanya kuasa besar Amerika Latin dan sentiasa mahu jadi yang terklasemen di benua masing-masing. Atau bila England menghadap Argentina dan semboyan Perang Falkland didendangkan. Tidak perlu aku sebut tentang Jepun lawan China atau Korea Selatan (dan juga Utara), tentang sentimen disebaliknya. Atau Afrika Selatan lawan Mesir atau Mesir lawan Algeria, apa lagi Iran lawan Iraq atau paling hebat, Amerika Syarikat.

Dan sebab itulah bila Malaysia lawan Indonesia 26 Disember lalu, kita juga perlu ada semangat patriotisme dan keinginan menganjing Indonesia sebanyak mungkin. Sebab itu aku habiskan 90 minit perlawanan mendengar ulasan Haji Hasbullah Awang sambil menganjing penyokong Indonesia di Twitter.

Ada yang tegur aku tidak patut panggil mereka sebagai Indon. Masalahnya setiap kali England bertemu Jerman, peminat bolasepak mereka akan pantas memanggil penyokong Jerman sebagai Kraut atau lebih teruk lagi, Hun (rujuk Atilla The Hun). Dan Indonesia sendiri lazim merujuk kita sebagai Malingsia.

Maka aku mulakan, melalui proksi @SOKERNET_TWEET, tweet yang berbunyi berikut:

1) Seluruh rakyat Aceh dan Papua menyokong penuh Harimau Malaya. Katakan tidak pada Imperialisme Jawa (merujuk pada pejuang pemisah di dua wilayah ini dan bagaimana mereka menganggap Indonesia sebagai kesinambungan penjajahan Majapahit dan Jawa)

2) Banyak sangat follow tweet L’pool ni mesti kerja @jannahtesl, tak Harimau Malaya sungguh! (okay yang ini tidak ada kena-mengena, saja nak anjing Liverpool kejap)

3) Ayo Ganyang Indonesia! (awal perlawanan, meminjam dari slogan perang mereka sendiri saat Konfrontasi dulu, yang ini diretweet banyak kali oleh penyokong Indonesia)

4) Padan muka Markus (saat pancaran laser dikenakan kepada kiper botak ini)

5) Markus sangkut di jaring, laser punya salah juga ke? (apabila kaki Markus tersangkut di jaring pintu gol, luar biasa ada juga penyokong Indonesia yang mendakwa kakinya tersangkut kerana pancaran laser)

6) Kamon Malaysia. Harimau harus ratah Garuda. Hayawan mitos! (yang ini bukan aku, tapi Obefiend, juga diretweet banyak kali oleh Indon)

7) Pemain Timnas Indon, Octo khabarnya gemar makan Octopus (mengajing dengan lawak bodoh begini pun diretweet berulang-kali oleh Indon, yang tidak puas hati dengan penggunaan istilah Indon dan dakwaan Octo suka makan sotong kurita)

8) Lalat Indon mula menghurungi #harimaumalaya, dasar Pendatang Tanpa Izin (di-tweet apabila para Indon mula menyedari hashtag #harimaumalaya dan mula melakukan apa yang mereka cukup pandai, spamming. Macam mereka selalu spamming secara haram masuk ke Malaysia)

9) Indonesia gol! Tapi... Curi ayam! (saat Gonzales pemain kelahiran Uruguay, Provinsi Indonesia di Amerika Selatan, meledak gok secara ofsaid. Para Indon juga retweet banyak kali, kehairanan dengan istilah ‘curi ayam’ yang digunakan)

10) Orang Malaysia sebenarnya memang mulut laser. Tak percaya tanya Azwan Ali (selepas Markus buat drama sinetron tengah padang tentang isu laser, juga diretweet oleh Indon dengan tidak puas hati. Naik saham Azwan Ali)

11) Malaysia gol dengan tembakan laser Death Star (heheh, Malaysia 1 Indonesia 0)

12) Safee Sali: Saya memang asal orang Aceh tapi bermain untuk Malaysia sebab TNI banyak membantai orang Aceh (sebaik sahaj Safee Sali menjaringkan gol. Isu ini diretweet banyak kali oleh Indon, sampai ada yang bersungguh menuntut agar disiasat jika benar Safee Sali orang Aceh. Jika ya, pengkhianat harus dibunuh katanya. Dasar Majapahit!)

13) LASER 3 – INDON 0 (laju sangat Malaysia jaringkan gol, tahu-tahu dah 3 biji. Main curang guna laser, kata Indon sekalian)

14) Upin & Ipin kirim salam kepada semua rakyat Indonesia (menggunakan siri kartun Upin & Ipin yang popular di sana. Kapan mau tumbuh rambutnya, tanya seorang cewe Twitter Indon)

15) Kapan Bambang Pamungkas mau skor? Nanti bisa main sama Selangor kembali (selepas Bambang Pamungkas dimasukkan saat Indonesia hampir bungkus)

16) I bet Bung Karno dislike this (ketika perlawanan masuk masa tambahan. Aku yakin Bung Karno ‘turn in his grave’)

17) Malaysia screw Indonesia like Ashraff Sinclair screw Bunga Citra Lestari (sebaik wisel penamat ditiupkan, juga diretweet berulang kembali tapi kali ini oleh penyokong Malaysia. Indon? Tiba-tiba semua dah senyap)

Reaksi penyokong Indonesia rata-rata ‘butthurt’. Dari nak bakar Petronas hinggalah ke mendoakan semua rakyat Malaysia masuk neraka. Dan mereka masih ‘butthurt’ hingga ke saat ini. Khususnya terhadap laser. Tapi kesan dari menganjing ini, pengikut @SOKERNET_TWEET melompat dari 170 sebelum perlawanan kepada 212 saat ini. Tidak kurang 10 darinya adalah rakyat Indonesia. Sokernet bakal menembusi pasaran baru!

Okay, maaflah kalau artikel berjela ini tidak mengulas perlawanan secara terperinci. Aku rasa yang itu semua sudah dibuat oleh puluhan akhbar lain, dari akhbar Utusan Malaysia hinggalah kepada koran Kompas. Tugas aku melaporkan apa yang disebalik perlawanan itu.

Perlawanan akhir kedua tanggal 29 Disember hari Rabu ini. Di Gelora Bung Karno, stadium yang dinamakan bersempenan mantan presiden yang beria mahu Ganyang Malaysia tapi tidak kesampaian. Kalau Rajagopal tidak berperangai macam Arsene Wenger, dia hanya perlu ke sana dan letakkan kapal terbang skuad Harimau Malaya di depan pintu gol Malaysia. Sambil pemain Malaysia semua segak bergaya dengan Rayban Wayfarer masing-masing.

Apa ada hal?

51 Ulasan:

Faiz Tapit berkata...

semat cial... kah3

segiempat tepat berkata...

like

talkIZcheap! berkata...

double 'Like'!! :p

Mumia.Megat.Menjelma berkata...

Penuh fakta yg NatGeo pn x kaji..
Ter'Klasemen btol...

"Hye..im Rajagobal..Cool"

pizli.mw berkata...

Terima kasih Lucius, sekarang aku faham kenapa diaorang benci sangat dengan Malaysia (sejarah memang aku mangkuk sikit) Terima kasih..

-zAp- berkata...

kejam.tp gua suka.haha

Adirumi berkata...

aku gugel & wiki pasal fakta artikel ni, tapi tak jumpa! betul2 rare!

Asrulsani berkata...

aku nak tengok ada cowok/cewek komen artikel ni.

Azfar Ridhwan berkata...

part Ashraf Sinclair screw Bunga Citra Lestari tu memang analogi terbaik! Hahaha

DIYSAR berkata...

mmg terbaik aar lucy artikel ni hahaha..tweets yg first tu mmg style aku respek beb, btw tweets 1,4,5,6,11 14 dan 16 mmg aku rtweets hahahah

owh lupa plak no 17 pon aku rt

The Sharkox berkata...

Memang klasemen dan rare..

LOOOOOOOOOOOLazer

keli berkata...

Mse gua bace ni pon gua g tgh menyibok kt forum dowg.....never give up never surrender...kakaka.....pukimak pelakon sinetron anak2 haram belanda...geram gua...

Nk g perang lg....x pueh ati lg...fire!!!!

Cob Nobbler berkata...

gua jawa - nampaknya gua kena sokong empayar gua.

gua setia dengan imperialisme gua.hahaha!

2nd round masih ada!LOL!

Zinedine Zaiddin berkata...

Entri sejarah dan berilmiah, jarang sekali diulas sehingga sebegini rupa. X sangka betul rivalry Malaysia dgn Indonesia punya la lama..lagi lama dari sejarah perang Falkland.

Berto berkata...

pergh, macam mana buku teks sejarah pomfor dgn pomfive x de maklumat2 mcm ni haa??


aha, gua nak buat akaun twitter la lepas ni..seronok butthurt indon2 ni

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

adeh.. gua ada akaun twitter tapi tak reti gune la.. sangat rugi!

Sy's Den berkata...

Sokernet sungguh kejam. Sapa leader "Ops Butthurt" ni? LOL.

Aku membayangkan kalu Malaysia menang kat GBK, mahu kene guling SBY kot.

Kuwe berkata...

KEHKEH.

Aku lebih suka menganjing di Nike football Malaysia, Facebook. yang hampir 70% new post nya bahasa majapahit. Sampai kena block.

anjingan 1: kalau batik lo punya lo amik, dangdut lo punya lo amik, rasa sayang lo punya lo amik, gonzales lo punya lo amek. KEHKEH.

anjingan 2: kat indon takda brand nike?

anjingan 3: ORANG INDON KEBANYAKKAN CAPS LOCK ROSAK?

anjingan 4: Indon bolos sebab laser. Hah, apa lagi indon. Kat Bung karno bawak la laser banyak banyak. baru Malaysia pun bolos. KEHKEH. Ini khurafat lo.

dsfsafadsfa etc

lucuis raja wikiball. awwwsome.

Unknown berkata...

jom ramai2 g indon tgk malaysia angkat piala, kite msk padang skali celebrate, kahkahkah

AlexiaAqram berkata...

semboyan telah berbunyi.

menuju medan bakti.

dari perlis hingga ke sabah.

ayuh kita lancarkan perang psikologi tahap 3!

LS berkata...

Malaysia perlu main seperti lawan Vietnam. Strategi defend sehabis baik, buat-buat tak gol.

Pasal Indonesia, they r dirty scums..

Sutera_suci berkata...

Double thumbs up to da writer..

farwalis berkata...

hidup malaysia raya!

JalakLenteng berkata...

Kalau lepas menang nanti, ada sapa2 (player ka, rajagopal pun ok) lari ke tengah padang paihtu pacak bendera malaysia kat tengah padang lagi la butthurt depa... (Buat ala Souness dulu di turki)

-apis- berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
-apis- berkata...

perghh...first time aku baca sejarah smbil tergelak..klu ada cikgu sejarah mcm ni confirm dpt A..
cayalah bro maximus!
cayalah malaysia!
belah la indon!hahaha....

nonespecial berkata...

article of the year.. sempena penutup thn 2010

Lutfi Muzir berkata...

eyaahh , gomo malaysia gomo !
, pulun mlaysia pulun !
, hogoh mlaysia hogoh !
,AMUK HARIMAU AMUK !!!!!

Abdul Munir Sanusi berkata...

Ini jarang-jarang dalam ada Buku Sejarah. Terima kasih Lucius Maximus.

Kita Ganyang satu kali Indomee. Ganyang.

afiq. berkata...

Indon will still be Indon.. ada saje modal bangang diorang bila dah kalah. entah bila nak sedar pun tak tahu?

anyway, memang terbaik lu Luci! LIKE 1 kali!

Kuasa Autonomi berkata...

Ah cilaker Luci, apsal liverpool pun nak kena anjing?

Tp seryes respek ngan artikel majapahit itu, kapan mau tumbuh rambutnya?

p/s: pagi tadi aku mimpi #indonmabukbawakwajapakaikasutonizuka... trending twitter skang nih...wahahahaha

Kuasa Autonomi berkata...

oh, ini akaun twitter saya @kuasaautonomi. Baru bukak setengah jam lalu. Kepada semua peminat2 timnas indon sila la follow klu tak malu...

Jorji berkata...

Aummmmm!

Wanturd™ berkata...

haha. cepat je j or ji aumm. kah3

nampaknye adik beradik menang minggu ni. rajagobal n arsenegobal pon menang.

Ocen berkata...

saya mohon artikel ini dinaikkan semula ketika mana perlawanan antara malaysia vs indonesia bakal diadakan pada masa akan datang,disamping mengubah isi penganjingan dan isi perlawanan mengikut perederan zaman dalam masa yang sama masih menceritakan sejarah yang tidak ramai orang yang tahu.sebagai tatapan bakal pembaca2 sokernet akan datang...sekian

your sincerely,
yuu donaghue

p/s:maju laser untuk sukan

adijaya berkata...

Arsenal 3-1 Chelsea
Pecundang!

Ozzz3000 berkata...

xsabar tunggu entry abg pipi
bro lucius? msti entry xde point apa ada hal..haha
suspect fan artsenal guna laser kt emirates td..haha lg skali

Jojoe Ali berkata...

Hanjing. Tu je komen aku. Hauhuahua HAIL LUCIUS!!!~

nwa berkata...

ni lah artikel yg aku tggu...dan semestinya lucy save the day!!!
xpyhla lagi kita berbasa basi menyalahkan org yg guna laser tu,yer kita tau salah,tp dlm bolasepak,ia lebih dari hidup dan mati....ape kejadah nk mengaku2 buat salah?korang igt kalo kita berlembut mengaku,yg indon kepala bana ni nk berlembut?pergi lan chowww laaaa,padahal semua org dh tau yg 1st game dulu mmg ada laser juga digunakan oleh indon...mereka ini mmg kepala batu......org brengsek perlu dilayan secara brengsekkk!!!!

Cesc Luzeza berkata...

terbaik...

"pendatang izin" berkata...

Mmg terbaik artikel,
tp lebih terbaik pg td punyer game Arsenal benam chelsea 3-1..ek!!!

salah entry nie..

Pet Shop Boys berkata...

Rizal blogger dalam tv tu Lucius Maximus ka?

blogtakterbatas berkata...

Alam Melayu Minangkabau pun muak dgn ajakan perang si Majapahit ni..lawan laga kerbau lagi la jom!!!kah3

Aziz Nasution berkata...

Terbaik artikel ni...Tapi lagi terbaik kalau ada komen berbaur Pro-Indon kat sini yang sakit j*bor lepas kena ratah haritu..huhuhu

xirsme berkata...

Allahyarham Tan Sri Ghazali Shafie..

keturunan Panglima Tujuh Lapis..pejuang Melayu di Kuala Lipis,Pahang.

paling giat dan gigih membantu menaikkan melayu

memperkenalkan DEB

datuk saudara ku

al-fatihah

SFB berkata...

kenyang gua makan garuda ahad mlm ari tu... safee sali panggang baik punye, rajagopal kasi rencah sikit.. ultraman membantu dari jauh..

wakakakka pegi mam sama indon...

julu berkata...

kalo Malaysia menang esok,helicopter kene dtg amek kat tgh padang player2 malaysia,..
serius ni.. xleh main2.. kat indon diorg dh gila dgn bola diorg..
siap ade nama kek "kuih irfan bachtim"..
haha

me berkata...

Indonesia yang menambah api kebencian memang INDONsial!!!

ijan de bunks berkata...

respect dgn artikel ni

Nabil Hussein berkata...

penuh dgn pendidikan.apa kata dibukukan pulak?

Rizqalisuf berkata...

aah tak pasal plak org keturunan jawa semua kene cop indon. mcm la org indon yg kutuk mesia tu semua jawa. takpe la lucius. pasni ko tanggungla kalau sume org nk ckp org jawa ni indon sbb baca artikel ko ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...