ANDA SEDANG MEMBACA
34
Harimau Malaya Hall of Fame
8 Safiq Rahim (Selangor) - Kapitan
2 Sabre Mat Abu (Kedah)
3 Faizal Muhamad (Harimau Muda A)
4 Asraruddin Putra (Selangor)
6 Razman Roslan (Selangor)
7 Khairul Helmi (Kedah)
9 Norshahrul Idlan (Kelantan)
10 Safee Sali (Selangor)
12 Amar Rohidan (Perlis)
14 Khyril Muhymeen (Kedah)
15 K Gurusamy (Harimau Muda A)
16 S Kunalan (Negeri Sembilan)
17 Amri Yahyah (Selangor)
18 Mahalli Jasuli (Harimau Muda A)
19 Faizal Abu Bakar (Kedah)
20 Izzaq Faris (Harimau Muda A)
21 Amirul Hadi (Selangor)
22 Khairul Fahmi (Kelantan)
24 Muslim Ahmad (Harimau Muda A)
26 Ashari Samsudin (Terengganu)
27 Fadhli Shas (Harimau Muda A)
28 Sharbine Allawee (Terengganu)
Jurumudi: (Datuk) K Rajagobal (AMN)
TAHNIAH! dari Sokernet serta rakyat Malaysia dan terima kasih kami kepada jasa dan sumbangan anda!
MALAYSIA
22 pemain yang disenaraikan untuk skuad Harimau Malaya, pecahannya ialah 6 Selangor, 4 Kedah, 2 Kelantan, 2 Terengganu, 1 Negeri Sembilan, 1 Perlis dan 6 orang anak remaja Harimau Muda A. Dengan skuad yang muda remaja kita mengejutkan Indonesia dan skuad senior ASEAN yang lain. Apa yang Malaysia buat ialah mirip seperti Jerman dalam Piala Dunia 2010. Bezanya Jerman cuma tempat ketiga sedangkan kita adalah CHAMPIONS!
K Rajagobal membuktikan jurulatih tempatan juga tidak kurang hebatnya. Dan falsafah menyandarkan harapan kepada pemain muda sepatutnya dipelajari dengan segera oleh Arsene Wenger. Malahan Jakarta Globe, akhbar bahasa Inggeris utama di sana ada menulis, “K Rajagobal should be approached by Arsenal”. Aku bukan melawak, memang betul!
Barisan pemain Harimau Malaya pula, rata-ratanya menunjukkan prestasi yang membanggakan. Safee Sali ada bercakap tentang bermain di Indonesia. Kalau betul ya teruskan aja! Pemain Malaysia perlu berani menimba pengalaman bermain di luar negara. Setakat Khairul ‘Apek’ Fahmi, senang-senang je boleh main kat J.League kalau ikut performa dia malam tadi.
Dengan barisan pemain yang masih muda, kita semua tertanya-tanya sejauh manakah skuad Harimau Malaya ini mampu pergi? Adakah kita sekadar jaguh ASEAN atau sebenarnya layak untuk bertanding di persada Asia dan dunia?
Seharusnya kejayaan 2010 ini menjadi petanda baik untuk 2011. Minat bolasepak sudah mula kelihatan apabila kita menang pingat emas Sukan SEA 2009 bila musim bolasepak 2010 kita mula menarik kehadiran penonton. Tahun depan dengan bermulanya liga bolasepak tempatan, kita rakyat Malaysia harus berbondong-bondong ke stadium.
Dan tugas menghidupkan kembali bolasepak Malaysia tidak terhad di bahu para pemain Harimau Malaya atau penyokongnya. Media juga perlu main peranan. Sudah tiba masanya akhbar dari Utusan Melayu hingga ke Sun, Sinchew Jit Poh atau Malaysian Nanban mengulas bolasepak tempatan dengan aktif. Hitz FM, Hot FM atau stesen radio yang lain perlu memulakan rancangan bual pagi mereka dengan aktiviti menganjing untuk memanaskan bolasepak tempatan. Kita perlu bercakap mengenai Kelantan dan Selangor, mengenai warna boxer Safee Sali atau apa yang Khairul Fahmi buat bersama aweknya jejariruncing.blogspot setiap malam jumaat!
Perkara yang sama juga terletak pada bahu media alternatif termasuk Sokernet. Maka oleh itu mulai tahun depan aku rasa Sokernet perlu aktif menulis tentang bolasepak tempatan. Jangan ikut musim sahaja (peringatan untuk diri sendiri dan pengulas Sokernet yang lain).
Cakap-cakap ‘kebangkitan kembali bolasepak Malaysia’ perlu kita materialisasikan. Jangan asyik sembang kencang saja macam blog Fdausamad.
Bolasepak Malaysia masih ada harapan sebenarnya. Nak menang Piala Dunia atau Piala Asia itu mungkin masih sukar, tapi paling tidak kita boleh cuba melayakkan diri.
Dalam pada itu, sebagai pengkritik FAM yang tegar, sukacita aku mahu mengingatkan bahawa kejayaan ini bukan bermakna Sultan Bola perlu kekal sebagai Presiden FAM. Ia juga tidak bermakna cara kita menjalankan liga bolasepak kita (mengikut negeri) adalah cara yang betul. Perubahan kepimpinan mesti kita teruskan, pembangunan bolasepak mesti kita acukan mengikut negara bolasepak maju yang lain.
Indonesia, Thailand, Singapura dan termasuklah Filipina sekarang berani berubah. Kita?
INDONESIA
Di sini, bolasepak ialah sepakbola dan Indonesia ialah lawan yang perlu kita salut! Bahawa Malaysia dan Indonesia mempunyai sejarah permusuhan ribuan tahun lamanya di sebalik asalnya serumpun dan berkongsi budaya menjadikan pertembungan kedua pasukan di perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010 begitu mengujakan.
Derbi Malaysia-Indonesia kini boleh diletakkan sebagai pertembungan bolasepak paling sengit di ASEAN. Tidak pernah ada perlawanan bolasepak di ASEAN sebelum ini yang penuh kontroversi dan provokasi seperti Malaysia bertemu Indonesia.
Tabik juga buat Timnas Indonesia, skuad Garuda yang berjuang hingga ke minit terakhir sekalipun bermula dengan defisit 3 gol. Tabik juga buat penyokong Merah Putih yang memenuhi Gelora Bung Karno dan kekal bersama Garuda hingga wasit meniup pluit panjang.
Indonesia turun dalam kejohanan kali ini dengan barisan pemain yang dianggap antara terbaik pernah dihasilkan. Tidak cukup dengan itu, mereka juga turut disertai pemain yang dinaturalisasikan.
22 pemain yang disenaraikan untuk skuad Garuda, pecahannya ialah 5 Sriwijaya FC, 5 Arema FC, 4 Persib Bandung, 3 Persija Jakarta dan setiap seorang dari Persisam Putra Samarinda, Persipura Jayapura, Persiwa Wamena, Persijap Jepara dan Persema Malang. Kesemuanya dari kelab yang bermain dalam Liga Super Indonesia.
Seperkara yang dapat kita pelajari dari Piala AFF Suzuki 2010 ini ialah sepakbola di Indonesia merupakan satu kegilaan. Ya mereka juga mengikuti EPL dan liga-liga Eropah yang lain tetapi rakyat Indonesia juga fanatik dengan kelab sepakbola dan timnas mereka sendiri. Lihat saja di Gelora Bung Karno malam tadi atau diskusi sepakbola mereka di Twitter untuk memahami ketaksuban rakyat Indonesia.
Tidak cukup dengan itu, media cetak dan elektronik Indonesia banyak memberi liputan seputar sepakbola mereka jauh melebihi media cetak dan elektronik Malaysia memberi liputan semasa bolasepak kita. Malahan liputan seputar itu bukan terhad di atas padang, tetapi juga meliputi hal ehwal kehidupan pesepakbola itu sendiri. Siapa yang ganteng dan keren, siapa yang pacaran dan cumbuan sama artis atau model dan bermacam lagi.
Sebenarnya jika hendak dibandingkan dengan Malaysia, kita jelas jauh ketinggalan. Betul kita menang malam tadi, tapi mereka jelas menang sorak dan publisiti. Dan sorak serta publisiti itu juga penting jika mahu bolasepak atau sepakbola terus hidup di negara masing-masing. Oleh itu di Indonesia, kerana adanya kegilaan terhadap sepakbola, tajaan pihak korporat mencurah-curah masuk untuk membantu memajukan sepakbola. Di Malaysia, kita masih lagi mengharapkan bantuan YB-YB dari UMNO.
Salut buat Indonesia kerana bijak menjadikan sepakbola itu sukan dan juga hiburan.
Tetapi mungkin ramai dari kita tidak tahu, Indonesia juga bermain dalam Piala AFF Suzuki 2010 dengan diselubungi masalah dalaman mereka sendiri. Yang pertama, ialah isu kepimpinan Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) di mana adanya muncul suara-suara revolusi menuntut Pengerusi PSSI, Nurdin Halid mengundurkan diri. Kedua, tentang prospek berlakunya perpecahan dalam liga sepakbola Indonesia dengan kemunculan Liga Primer Indonesia sebagai ‘breakaway league’dari Liga Super Indonesia.
Namun begitu, masalah ini sebenarnya adalah ‘blessing in disguise’. Pertama Nurdin Halid bukan Sultan, jadi untuk menukarnya adalah semudah Julia Perez menukar dari BH biasa ke BH laserin. Kedua, adanya ‘breakaway league’ seperti Liga Primer Indonesia adalah petanda sepakbola di sana satu industri yang nilainya bertrilion (dalam Rupiah). English Premier League sendiri asalnya adalah ‘breakaway league’ dari English Fooball League.
Safee Sali, yang bukan lahir di Aceh ada berkata dia teringin untuk bermain sepakbola di Indonesia kerana liga mereka adalah yang terbaik di Asia Tenggara. Aku bersetuju 110% dengan Safee Sali, liga sepakbola Indonesia memang yang terbaik di Asia Tenggara. Aku cadangkan, Sriwijaya FC untuk Safee Sali.
FILIPINA
Skuad bolasepak Filipina atau Azkals (street dogs/anjing jalanan) adalah antara pasukan bolasepak tertua di Asia. Tapi di negara di mana sukan bola keranjang dan Manny Pacquiao menjadi kegilaan utama, sipaang-bola di Filipina tidak semaju negara ASEAN yang lain.
Namun, Piala AFF Suzuki 2010 memperlihatkan kepada kita semua imej Azklas yang baru. Mereka layak ke separuh akhir dan sekali pun tumpas kepada Garuda, jurulatih mereka Simon McMenemy berjaya melakukan ‘jaringan peribadi’ ke atas Rahma Azhari, mangkuk seks (sexpot) Indonesia.
Dengan dibarisi penjaga gol Fulham serta beberapa bekas pemain remaja Chelsea dan pemain kelab luar negara yang lain, Azkals berkemungkinan bakal muncul kuasa baru bolasepak ASEAN.
VIETNAM
Elly Tran Ha! Me sucky, sucky. Me love you long time!
SINGAPURA
Singa Temasek sudah hilang taring. Lepas ini taubat mereka akan mengaku lebih ramai warga Afrika sebagai rakat dan pemain bolasepak mereka.
THAILAND
FA Thailand dan pakar-pakar bolasepak negara Gajah Putih semuanya sedang sibuk garu kepala memikirkan di mana silapnya skuad Changsuek (gajah perang) hari ini. Kiatisak Senamuang lapornya sudah sampai beruban kepala, sementara Piyapong Pue-On khabarnya kini cuba mendapatkan khidmat nasihat dari adiknya Pipiyapong.
Yang sebenarnya Thailand perlukan Rafalution. Baru senang hidup Harimau Malaya.
NEGARA ASEAN LAIN
Myanmar asalnya dulu hebat tapi mungkin sebab ghairah sangat nak memenjarakan rakyat sendiri maka bolasepaknya jadi tunggang langgang. Brunei, Kemboja dan Laos masih lagi mempunyai perjalanan yang jauh untuk bersaing dengan rakan-rakan ASEAN yang lain. Timor Leste? Mungkin kita boleh jemput mereka bermain dalam liga bolasepak Malaysia sebagai pendedahan awal kepada bolasepak sebenar.
KINGS OF ASEAN
Dengan mengambil kira Piala AFF sebagai kejohanan utama dan Sukan SEA sebagai kejohanan sekunder, kedudukan semasa bolasepak ASEAN terlihat seperti berikut:
1) Thailand – 3 Piala AFF dan 11 Sukan SEA
2) Singapura – 3 Piala AFF dan 0 Sukan SEA
3) Malaysia – 1 Piala AFF dan 5 Sukan SEA
4) Vietnam – 1 Piala AFF dan 1 Sukan SEA
5) Myanmar – 0 Piala AFF dan 5 Sukan SEA
6) Indonesia – 0 Piala AFF dan 2 Sukan SEA
Sekalipun Singapura mungkin di atas kita (3 Piala AFF), tetapi jelas kita jauh lebih baik secara keseluruhan dengan mempunyai 5 pingat emas Sukan SEA untuk bolasepak. Lagi 2 Piala AFF dan kita akan berada di atas Singapura dan bersedia mengejar Thailand!
Twitter War
Sokernet sekali lagi berjuang untuk Harimau Malaya dan negara tercinta pada perlawanan akhir kedua. Walau tidak berada baik di atas padang mahu pun di kerusi Gelora Bung Karno, para pengulas Sokernet ‘berperang’ dengan cewek-cewek Indon di Twitter. @SOKERNET_TWEET kini mempunyai 532 pengikut dan semua pengulas-pengulas lelaki Sokernet khabarnya kini mempunyai skandal cewek Indon masing-masing. Jannah pula dilaporkan kini sudah mula bertweet secara mesum dengan Markus Horison!
Sorotan Piala AFF Suzuki 2010

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
34 Ulasan:
buang politik dan sultan dari FAM
bangga.
undur!
nak tengok malaysia masuk piala dunia..sebulum tutup mata
anak jati Perlis pun ada
lepas ni,qualify piala asia
Olimpik Mac ni lawan Pakistan. Mari kita berbondong bondong ke stadium.
Agak agak ranking FIFA kita naik tak?
http://us.detiksport.com/sepakbola/read/2010/12/30/031203/1535586/76/fans-nekat-malaysia-diamankan
ni member aku..fad. ex AMP punya staff
http://www.facebook.com/profile.php?id=1010273753 ni facebook mamat yang bernai mati tu
Entry yang amat menarik,lucy berjaya mengupas dengan panjang lebar,semuanya masuk akal dan perkara2 ini patut kita buka mata...namun aku kesalkan,dimana wajah2 bukan melayu ketika kita bersama2 melihat kebangkitan Harimau Malaya?
ane2 kat kedai mamak pun sokong bola sebab dgn cara itu diaorg boleh ketuk duit korang mahal2 tanpa korang perasan.kaum lain?
apapun aku yakin dengan sokongan kita,mutu permainan Malaysia lebih maju,tetapi jika ingin melihat stadium penuh untuk perlawanan liga2 aku rasa mustahil.
apapun entry ini amat bermaklumat...lucy memang best dalam mengalihkan tumpuan kepada entry cukur jambul...HAHAHAHA!!!!!
abg luci...
panjangnya entry ni...
sempat bancuh tepung buat cekodok tau nak abiskan baca...
Lucy, ko up kan entry suruh FAM buat DVD road to AFF Cup, jual n kasik invest sket ke grassroot football kat malaysia ni...toksah mahal sangat...nanti kluar plak dvd9 haram...
btw...kepala dah gondol belum?
sumpah aku suke blog ni
yes, i like it, next target afc
Tp kat malaysia ni org lbh nk cari duit dan politik yg x abes2...
Gua slalu jgk ajk mmbr gua g stadium kalo selangor men....excuse2 bese yg gua slalu dpt..
1. Keje la baiii....OT bley dpt duit.
2. Nnt time blk sesak baiii...
3. Baek tgk EPL. Bru world class. Tp liverpool jelar yg world class kakakaa....
4. Gua nk tgk wayang dgn awek gua..
5. Tgk bola dpt pe bkn dpt duit pon. Gua wat bisnes MLM lg bgs ade faedah.
6. G klabbing le...layannn....
Ape yg lucy bg mmg sume idea yg bagos. Tp realitinye mmg payah..so camne nk buat.....layannnn...
wahhhhh wahhhh..yg no.3 very the very tak tahan keli...
untunglah kalau betul..
Indon dah mulakan perang siber secara keji.. laman web FAM hijacked!
---------------
http://komiksukan.blogspot.com/2010/12/edisi-46-panas-laman-web-fam-digodam.html
Komen gua mmg bg penekanan kt no.3 tu dan yg terbaek prnh gua hasilkan..kakaka.....
Apedehal....why so mean sgt....gurau manje je tu.....
terbaik ah entri ni..i loikeeee...>_<
wahhh wahhh..selalu nampak guna ayat why so mean tu?
that's why I like you so much!
Hahaha thank you so much psl bg gua pinjam ayat2 tuh miss yana.....kiiki...mmg spesel laaa....
Hopefully this Malaysia team will bring back our glory days.
Glory glory Malaysia
GGM!!!!
Yg hruf U bole jalan....kakakakaka
1st gn 2nd paragraph tu sgt suka...
yg last tu pun suka jgklah...at least glory2 tu digunakan juga..U tu xde takpe.. sbb mmg bkn tuk malaysia..
terbaek dr ladang lucy. tp apasal ulasan team vietnam ayatnya sebaris je? penumpuan lebih kpd gambar kot..tp apasal ada dua bola dlm baju ek?
khairul fahmi sesuai sangat main jleague dengan muka dia yang persis orang jepang.
lucy da gondol,,mmg sweet..
byk idea nk ngangjing pasni..
btw,,arap libepool trus kalah..kehkeh
setuju sangat la pasal FAM tu. Ditakuti pula FAM rasa bangga diri dan rasa maksum pula bila Skuad Negara menang AFF Cup.
Grassroots development masih banyak ketirisan tunas2 muda.
Bilangan pasukan dalam liga super juga perlu diperbanyak. Banyak pasukan, lagi ramai player yang boleh diasuh, diasah dan digilap bakatnya.
Dan harap ini adalah sebagai permulaan untuk masa depan bolasepak malaysia yang lebih cemerlang, dan bukan harapan palsu dan penyudah kepada satu permulaan.
Majulah Bolasepak di Tanah Tumpahnya Darahku!
Thanks for the post lucy.
Sampai part vietnam aja aku dah inzal. Hampeh hahahaha
Lucy kool...ala2 Sivaji..
keh3..
Ulasan yg ckup bernas & bgus.
Hrp ad wakil FAM yg baca smua tu ngn nada serius...
Gua baru nak bace ulasan pasal juara bertahan piala aff, rupernyer sebaris jek...
Apapun,gua arap Sultan Bola tetap turun!!
steady...semangat dgn point2 utk bola mesia.mesti keep on develop n improving.ini dah permulaan yg baik utk bolasepak negara.
tapi dah turun tang Elly tran Ha tu..abih semngat dah lari skit ni..huish.haha
malaysia memang pantas juara..
saya yakin squad muda kalian semakin solid beberapa tahun mendatang..
semoga bola sepak asia tenggara semakin maju..
KICK OUT POLITICS FROM FOOTBALL!! AND WE'RE CHAMPION OF ASIA !
champion of ASEAN je baru kot? Asia next target perhaps?
aduh... kenapa ada gambar Elly Tran Ha... berdarah idong aku kejap...
+_+
Catat Ulasan