ANDA SEDANG MEMBACA

24

Wan Jamak Gayo Pejuang - Jasamu dikonang!

Jorji Rabu, Mac 23, 2011 , ,




Jang tak terkejut bilo Wan Jamak letak jawatan. Jang tau lamo dah dari sumber Jang di Somban. Menurut sumber Jang, MB tak pueh hati dengan prestasi skuad Jang yang merudum dari awal musim. MB agak eh ikut style bola omputih ni..prestasi menurun, tukar jurulatih.

Adakah itu satu tindakan tepat?

Apo sobab sebonar skuad Jang bermain buruk sedangkan musim lepas bermain baik dibawah Wan Jamak? Adakah berpunca dari masalah gaji? EPF tak bayar oleh PBNS? Bonus Pialo Malaysia yang dijanjikan tak nampak? Rasuah? Bookie? Taktikal atau sebab kahwin artis? Apo bijik sebonar masalah dalam bolasepak Jang Ultra Jang ni?

Jang pun poning jugak memikirkannya. Haa..nampak? Jang 'memikirkan' permasaalahan bolasepak tempatan disitu!

Pada pendapat Jang, dalam kes Skuad Nogori, Wan Jamak tak salah. 3 tahun beliau membimbing skuad Nogori dan kita lihat hasilnya dibawah;

Rekod Wan Jamak di Negeri Sembilan

2007/2008 - Naib Juara Liga Super

2009 - Separuh akhir Piala FA dan Juara Piala Malaysia

2010 - Naib juara Piala Sumbangsih, Juara Piala FA dan Naib juara Piala Malaysia

Wan Jamak ada perancangan 5 tahun beliau. Beliau juga sepatutnya diberi peluang untuk membawa bangkit semula pasukan Nogori seterusnya menghabiskan misi 5 tahun beliau yang telah digariskan ketika beliau mula-mula dilantik dahulu.

Meminta beliau meletak jawatan adalah satu tindakan 'melatah' dan harus dikecam!

Apapun, Jang ucapkan terima kasih kepada Wan Jamak diatas sumbangan beliau selama ini kepada pasukan Jang. Jang mendoakan kejayaan Wan Jamak dimasa hadapan bersama pasukan lain.


Sementara itu, selamat datang kepada jurulatih baru Nogori, Saudara Mohd Azraai Khor Abdullah. Jang harap beliau mampu membawa skuad Jang bangkit semula. Susah Jang nak bercerito hal macam ni, Jang biaso cito hal angkuh-angkuh jer.. jadi, AK Jang, bawak pasukan Jang naik semulo!

24 Ulasan:

aSr1 berkata...

first..nice post jang..

Din Guerreroz berkata...

seken plak... keh keh keh...

Ahmad Firdausi Hafiz berkata...

kito nk juaro. cukup la 3 taun sumo naib jo

Azfar Ridhwan berkata...

jorji, punca sebenar ialah faizal zainal, bekas penolong pengurus N9 sebab banyak campur tangan dalam taktikal pasukan mengalahkan wan jamak. tengoklah kat sideline, dia plak lebih2 berdiri maki2 tapi wan jamak duduk je.

pastu penyokong memberontak suh si faizal berundur. so, Menteri Besar N9 @ Presiden Bola Sepak N9 ambil tindakan dengan 'mengundurkan' faizal zainal tapi memberi jawatan baru, Setiausaha Persatuan Bola Sepak N9. tu naik pangkat! baru je tu pastu tak lama wan jamak kene sack plak. memang bangsat la politik dalam sukan ni.

apa2 pun, harap Azraai Khor (AK-9, da macam bunyi senapang) dapat kemudi N9 macam dia kat Kedah dulu treble untuk 2 musim! Misi Tiga Piala musim depan la :P

Syafiq berkata...

kalau nak cakap pasal faizal zainal,die dah takde aritu pun kalah jugak.ape cite?

snomed3 berkata...

slamat datang AK...

ijan de bunks berkata...

xpo la,bondo da lopeh..
kang klu dikonang2 di koba an mcm libepol yg menyandarkan pada kenangan plak...
so kono monang sumo baki liga yg tinggal lopeh 2 ado pialo malaysia lg..
"musuhnya habis binasa"

Khuzrin Kamarudin berkata...

Wan jamak sila jadi coach Johor FC.... :)

tsubasa berkata...

yeah.. like komen Khuzrin Kamarudin..
dialu²kan wan jamak jadi coach Johor FC. enjut lebah enjut!!

mark berkata...

apo2hal, bondo dah lopeh..den doakan yo WJ sukses kat tompek lain..isnyaallah

Tanpa Nama berkata...

wan jamak ni org kelantan ka?

PELAUNG PULAU berkata...

AK-9..lagak pejuang..gentar tiado..dengan coach klasemen. kompem jang tiap2 taun sonyum yo...

Streetwizer berkata...

bye2 wan jamak..welcome AK 9!!!

Pet Shop Boys berkata...

wan Jamak ni macam rafa Benitez ah jugak...habis madu sepah dibuang

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

"Bagai sirih pulang ke gagang..."

Jika Wan Jamak pulang ke Johor untuk melatih pasukan bolasepak di selatan tanah air itu, maka ianya sama seperti King Kenny kembali ke Liverpool untuk menyelamatkan The Res dari bermain play-off untuk turun liga!

Kalau Wan Jamak pulang ke Johor, silalah melatih Johor FC. Johor FA boleh tumpukan perhatian kepada Liga FAM.

zach berkata...

tinggallah idris karim keseorangan.. papanya membawa diri.. mencari mak yang baru

r.k berkata...

boto tu , sayang poit , tak sampai laie 5 tahun dah kono presyer cani . patut eh Tok Mat piki an balik , sebolum ni takdo apo meslah , tetibo yo jadi season ni . mano silap eh .. den raso bukan WJ punco eh ,
nasib baik la yang ganti eh AK9 , takdola risau na .

mogo smuo musuh eh habih binaso .

Tanpa Nama berkata...

peh, azraai khoor tu,
bukan calang2, kenapalah kedah tak ambik balik dia ni.

miSs dee 4 dino berkata...

den pun xsalahkan WJ..bukan tindakan yg bijak pun suh WJ letak jawatan..WJ dah banyak berjaso kek n9 nie..masalah eh org lain..kot WJ xsayang team nogori, lamo dah dio buek hal..nie takdo pun..dio yg angkat team n9 jd team elit dr team belasahan 3 thn lepas..if banyak na politik dalam pengurusan+attitude pemain yg ramai bona STAR nak tunjuk star..lotak lah alex ferguson sekali pun camtuh yo..
den totap sokong nogori sojak 20 tahun dulu..

hellghast berkata...

@ Kelon Eric Bana

Wan Jamak orang Johor,Asal Johor...

kalau dia latih Johor FC,ade potensi pasukan kelab mencabar dengan lebih sengit,kalau juara tu kena tunggu musim akan datang la

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

@Meen, AK-9 tidak pulang ke Kedah kerana pada pandangannya Kedah FA sudah tidak terurus dan tidak komited untuk memperkuatkan pasukan. Mungkin ada keputusan di peringkat pengurusan Kedah FA yang membuatkan AK-9 tawar hati untuk pulang ke Kedah. Hal ini sudah kedengaran di dalam laporan blog liga tempatan dan laporan media.

Apapun, saya berharap supaya Wan Jamak dan AK-9 mampu membuktikan kepada semua bahawa mereka sememangnya ikon dalam kejurulatihan liga tempatan. Kepincangan pasukan bukan akibat silap latihan, tetapi lebih kepada silap tadbir dan silap urus pihak pengurusan pasukan.

ayobkelubi berkata...

punco eh mmg faizal zainal..den kalau jumpo dio kek senawan..mmg den langgar 'an..bangang bona..ingat dio lejen bona eh kek som'ban tu?.

ptuihhh!.

MB pun satu gak...wan jamak habis handal dah..dio buang eh org tuo tu..apo lah nasib..tapi apo2 pun Jang totap kono sosah ngan selangor. keh keh keh..

sinach zawawi berkata...

ini bukti sokernet memerlukan penulis2 yg arif ttg liga super. sejarah pasukan2.yg kenal pemain2 zaman2 dulu kala. baru meriah.baru teringin mamat2 gile EPL tu tgk ape best sgt MSL ni..

anyway,aku dulu arap AK ni jd coach kelate lpas Sathia kna gantung.tp xperla, Karathu pon klaseman jugakkkk

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

@Sinach Zawawi - Kehebatan Kelantan dalam 3 tahun kebelakangan ini lebih bertunjangkan kepada kehebatan pengurusan yang dibawa oleh Tan Sri Anuar Musa.

Lihat sahaja penajaan yang berjaya ditarik oleh Tan Sri Anuar Musa kepada Kelantan, dan tidak lupa juga percaturan beliau mendapatkan jurulatih dan pemain-pemain yang berkaliber telah berjaya menjadikan Happy Warrior sebagai pasukan yang digeruni sekarang ini.

Ini sekaligus membuktikan bahawa sekiranya pasukan liga tempatan mahu maju, perubahan dari segi pengurusan dan cara mentadbir perlu dilakukan. Tidak guna mempunyai pemain-pemain berkaliber namun pengurusan yang lemah menjadi duri dalam daging. Lihat kepada apa yang terjadi kepada Kedah dan N. Sembilan sekarang ini. Badan sendiri habis binasa!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...