"Henhssshh budak budak Madrid sekarang ni main bolo teruk betei! Tak ada gaya nak menang langsung! Harap gaji aje besor. Aku dulu main punya la power. Kadang kadang dah elok-elok aku main bek, diorang letak main penyerang. Bangang apa? Tapi dalam game la..."
"Tapi sebenarnya setakat Messi tu, aku kejor lari biasa biasa pun dah boleh makan..."
31 Ulasan:
frust ke pipi?haha
muka carlos habis angkuh dah tu. keh keh keh
"kalaulah aku bersabar!!"....
senyum cam pipiyapong la pulakkk
barca bwk lg satu ucl la musim ni nmpknye
mourinho bleh cube lg season dpn
hahaha..letak penyerang dalam game?...aku masa main PS1 dulu pun selalu letak roberto carlos ni penyerang sebab speed dia 9...hahaha
Tahukah anda, bahawa kita sudah tahu pemenang Champion League tahun ini?
Manchester United?
Hahahahaha!
ayat TTB jahat, tapi aku suka.
Manchester United?
hahahahaha!
Apapun, kembali ke liga tempatan:
In Norizan We Trust!
Prestasi baik The Yobs di pusingan pertama Liga Super tidak dapat diteruskan oleh pemain-pemain The Yobs apabila mereka tewas 3 gol tanpa balas di Paroi, malam tadi. Kepincangan dan kelemahan di bahagian pertahanan dilihat sebagai penyumbang kepada kekalahan tersebut.
Setelah berjaya menjadi pertahanan paling kebal di pusingan pertama Liga Super, pertahanan The Yobs nampaknya seperti hilang konsentrasi dan rentak apabila melepaskan 9 gol dalam 3 perlawanan berturut-turut apabila memasuki pusingan kedua. Perkembangan ini pasti membuatkan Cikgu Jan sedikit resah dengan formasi dan taktik pertahanan yang digunakan sekarang ini dan dia perlu berusaha untuk menyelesaikan masalah di bahagian pertahanan ini secepat mungkin bagi memastikan sekurang-kurangnya The Yobs dapat memberikan saingan di kelompok teratas liga Super.
Di dalam perlawanan semalam, Perak tampak menguasai sebahagian besar perlawanan. Setelah ketinggalan dengan 1 gol di separuh masa pertama, Cikgu Jan telah membuat pertukaran taktikal dan pemain iaitu memasukkan Shafik Jamal untuk memperkuatkan serangan dalam usaha mencari gol penyamaan. Pertukaran itu terus memberikan impak kepada jentera The Yobs. Bahagian tengah dan serangan The Yobs mejadi lebih mantap dengan hantaran-hantaran pendek yang tepat. Gandingan Shafik Jamal, Razali Balotelli dan Akmal Rizal di separuh masa kedua telah mempamerkan permainan yang cantik namun gol masih gagal dicari. Ini sedikit sebanyak menambah rasa kecewa pemain di dalam perlawanan itu dan akibatnya The Yobs dihukum dengan 2 gol mudah dari Khairuddin Omar akibat kelalaian pertahanan The Yobs.
Apapun, masih ada 10 perlawanan yang perlu dilalui oleh The Yobs, dan diharapkan Cikgu Jan dan anak buahnya mampu memperbaiki kelemahan dan menjadikan The Yobs sebagai pesaing utama di dalam Ligar Super musim ini.
Perak kalah lagi mau bebel panjang2,kalah dengan budak2 simpanan pulak tuh! hahaha!!!
takpe,musim depan ade lagi,btw kalau main 11 vs 11 tak boleh barca nak menang,harapkan pengadil bagi kat merah barulah boleh score...
Pedro dari 2nd classico main mcm betine,tangan kena kat dada sikit menggelupur tekup muka mcm kena lempang,kena cuit sikit jatuh mcm lemah syahwat...kena tepuk belakang badan mengelitai berpusing2 mcm gasing daaa...
Tahukah anda, bahawa kita sudah tahu pemenang Liga SupeL tahun ini?
The Yobs?
Hahahahaha!
kah kah kah...maybe razali umr kandasamy pergi meniaga nasi vanggey kot...patutla kalah....silalah butthurt wahai TTB...kah kah kah...
Apa guna sembang tahun depan, padahal tahun ini pun menggelupur mahu memang liga, menggelupur mahu menang El Classico, dan GAGAL untuk ke final Kejuaraan Eropah?
Streetwizer,
Apa guna mahu sakit bontot, sekiranya kedudukan The Yobs di carta liga dan kutipan mata The Yobs sekarang ini agak baik?
Kalau askar Tok Gajah, Sumandak Sabah dan Ultras Singa Utara, lain ceritalah...
ttb correction :
n9 3 1 perak
jali skor semalam
keeper utama perak smalam tak main sebab 2 n9 boleh menang..
kebanyakan player n9 dari skuad piala presiden..tp bile main piala presiden tak perform plak..
ape2 pon den happy dengan perfomance n9...
"Musuhnya Habis Binasa"
@ijan
Terima kasih atas pembetulan. ;-)
oppss..terlajak tajuk sudaa..tetiba psl perak, tetiba perak asik kalah, tetiba kelantan kat atas.tapi yang tak tetiba adalah real madrid kalah, sebab dah dijangka..hehe.yang dok atas sekali tuh mane leh comment..taip '1st' sudahla...hahaha
Jangan cerita pasal Real Madrid kalau jersi beli dekat pasar malam.
Kalau jersi beli online boleh cerita pasal Real Madrid tak ?
Ada jawatan kosong jadi pengulas tak kat sokernet ni? TTB nak apply tuh...resume mmg mantop dah...kakakakkaa...:D
Tahukah anda, bahawa kita sudah tahu pemenang Champions League tahun ini?
:P
tahukah anda geng2 terdesak terpakse menyokong barca..wlaupon team sndiri pernah diayamkn barca...
lepas tengok 3 kali el clssico tahun ni(final copa de la rey tak tengok sebab ade program) aku harap man u menang final sebab menyampah tengok queen drama produk barca...even mascherano yang dulu tangker dekat libepol boleh jadi bapok dekat barca...
hanya arsenal saje yang pernah kalahkan barca dalam CL tahun ni..hope man u boleh..
saya gunners saya ok!
fak barca..
belum tau lagi la juara nya.. tk kisah lah sapa juara nya kan aku harap game yg terbaik je dalam sejarah UEFA
GGMU
@nyzm:
final terbaik dalam sejarah UEFA tetap AC Milan vs Liverpool tahun 1605...hiahaha
GGBarca
@hantulongkang: 1605? wow, dah lama jugak UCL ni yek? kiranya AC Milan dengan Liverpool ni dah boleh masuk muzium macam Melaka jugak la kan?
@rashidee: eh? belum masuk lagi ek??
kui :p
1605? Tapi kat tin sardin tu cakap lain?
;P
saya Madrid, saya ok
barcelona dengan manchester united pernah juara champions league dekat wembley. dua-dua team pakai jersi away masa juara kat wembley.. man utd tahun ni main away..
sejarah mungkin berulang.. kahkahkah
Catat Ulasan