ANDA SEDANG MEMBACA

21

Jika FAM Bubar

Lucius Maximus Isnin, Oktober 31, 2011 ,

Pada satu hari biasa biasa di mana yang tua sibuk beribadat di rumah mahu masuk syurga, yang separuh tua sibuk di pejabat mahu bayar bil, yang muda tak habis-habis berasmara kerana belum dapat dan yang kanak-kanak semakin obes di hadapan TV dan komputer, muncul satu susuk yang tidak asing lagi di kaca TV. Dengan kepala bersongkok,Sultan Bola ingin membuat satu pengumuman yang penting lagi mendebarkan. 
“Beta dengan ini mengisytiharkan Harimau Malaya dilupuskan dan semua liga bola sepak tempatan dibubar dan dihentikan serta-merta. Semua pemain bola sepak boleh balik kampung tanam jagung,” titah Sultan Bola. 
Maka terhenti terus pekerjaan seluruh rakyat Malaysia. Semuanya hairan berkerut-kerut kening tertanya-tanya. Semuanya melopong tak tentu hala. Belum dan 5 minit, semuanya sambung kerja seperti biasa.Yang beribadat - sambung bersila, yang bekerja - sambung menjenguk Facebook, yang berasmara - sambung membelek teman masing-masing dan yang kanak-kanak sambung baring sambil mengunyah. 
Pemain-pemain bola sepak yang buat-buat terkejut pula, bagai lembu pulanglah mereka ke kampung halaman masing-masing. Yang mendengar cakap pergilah dia menanam jagung. Yang pandai bercakap mulalah dia cuba-cuba menjual insurans. Dan yang banyak cakap, terus sibuk dia berpersatuan menuntut pampasan itu dan ini akibat tak pernah menyimpan. 

Mengikut catatan cerdik pandai sejarah, 25 tahun selepas kejadian 'Sultan Bola kepala bersongkok keluar TV', pasukan bola sepak Malaysia bermain hingga ke peringkat separuh akhir Piala Dunia. Beberapa bulan selepas itu, Lucius Maximus berjaya menyiapkan penulisan buku Cerita Malaysia Ke Piala Dunia. Ianya menjadi 'best seller' selama 12 bulan berturut-turut di MPH, Kinokuniya, Popular dan beberapa toko buku mamak yang lain.

Itu cerita kalau 'Sultan Bola kepala bersongkok keluar TV' untuk umum bola sepak tempatan bubar. Tapi setakat hari ini Sultan Bola sekadar keluar TV untuk umum harga tiket bola RM50 masih murah berbanding harga tiket bola di negara lain. Jadi kita tahu Malaysia memang tidak akan ke Piala Dunia walaupun dalam tempoh 25 tahun lagi.

Atas sebab itu buku Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia ditulis, bukan yang sebaliknya. Atas sebab itu jugalah malam ini ramai-ramai kita perlu berbondong ke Rasta TTDI pada jam 8 untuk membeli buku yang berharga RM20 senashkah ini, kerana ianya jauh lebih murah dari harga tiket bola yang dijual FAM.

Siapa yang masih ragu-ragu, masih berkira-kira atau masih belum membudayakan amalan membaca, sila beringat bahawa hanya 50 nashkah terhad buku ini dicetak!


Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia
Rasta TTDI 8 malam
RM20 senashkah

"Seperti yang dijangka, Malaysia ghairah memburu gol dan kami hanya perlu menunggu sebarang kesilapan pihak lawan untuk melancarkan serangan balas" - Carlos Alberto Perreira

"Saya telah melakukan tugas saya sebaik mungkin. Saya tidak pernah menipu sesiapa mahu pun memperdaya sesiapa juga" - Frank Lord

"Mungkin para pegawai boleh memberikan saya rehat panjang dan lupakan saja tentang Seoul" - Shebby Singh

"Korea Selatan ibarat berada di atas pokok menanti untuk gugur. Malaysia mampu menggoncang mereka hingga jatuh" - Trevor Hartley

"Dunia belum berakhir" - Sultan Bola

21 Ulasan:

(the naked writer) berkata...

tak dapat datang tapi nak beli. mcm mane ni?

(the naked writer) berkata...

tak dapat datang tapi nak beli. macam mane ni?

Pros|mrcool berkata...

klau luar kolompo takde ke?
nk bli cmner?

Najmi Hayat Bin Abd Malek berkata...

Nak pergi jauh la brader Luci. Ingat nak oreder online je. Please cepat sikit announce jualan online.

Arief_Mazlan berkata...

best... tp yg xbest xdpt nk gi rasta. mohon online order...

LuQuE berkata...

mohon jual cara online brader!!!

Taufiq Ali berkata...

mohon di jual atas talian atau sokernet akan kena godam macam FAM (mungkin kepala maurinho akan tumbuh konek jika perlu)

Hazwan Arif berkata...

Gua nk order online bro...



ayat last paling best kah3

cantona79 berkata...

Harap Sultan Bola ada order buat tatapan hari mendatang.

Ozgur Cek berkata...

‎"Malah kalau difikirkan secara mendalam angan Mat Jenin pun jauh lebih realistik."

Streetwizer berkata...

mohon penjualan online atau sultan bola borong semua buku lucy...

Soldadu merah berkata...

adakah kalian takut akan kemurkaan sultan bola kalau jual secara online?

izat123 berkata...

pipi,buku ni cetak la lebih sikit.boleh kaya korang..ramai nak beli buku ni.ta aci la main terhad2

kelisa_samudera berkata...

sape yg menerbitkan dan memiliki buku ni sebenarnya boleh didakwa kerana menghasut.

ok fine. bagi aku 2 buku.

Dark Mars berkata...

sape yg memiliki buku ini sebenarnya boleh didakwa kerana menjadi pengkhianat kepada Soltan Bola.

Ok fine. Bagi aku 4 buku!

hantuLongkang berkata...

50 bijik je?...
pejabat sokernet kat mana?..aku nak pergi cabut atap dia :D..

rudz berkata...

saya sebagai anak jati Pahang, amat-amat berasa kesal,...
.
..
..
..
..
sebab cetak 50 jer, (( takde semangat konglemerat langsung))

Kurast berkata...

"Dunia belum berakhir" - Sultan Bola = FO! Jose Mourinho je bole gune ayat ni... Kalau laris 50 naskah, lepas ni mohon jual melalui talianhidup, kalu x jual, bersiap sedia untuk di sultan bolakan!

RPC berkata...

aku termiss launching
anyway teruskan usaha gigih anda lucy

nak harap FAM buat keje berfaedah macam ni jangan harap la...

paloibinmulau berkata...

Kat S.S. Mubaruk ada jual ini book kah?

SangKunang berkata...

"ketika buku ini ditulis, posisi Malaysia dalam kedudukan FIFA ialah pada angka 144 dunia. Melainkan satu hari nanti FIFA menambah pasukan yang bertanding di Piala Dunia dari 32 kepada 144 pasukan, barulah kita boleh berangan untuk ke Piala Dunia. Itupun jika kedudukan Malaysia tidak jatuh ke posisi ke 150..."

gua sudah memilikinyaaaaa... tengs lucius ! lu memang rockkkk beb

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...