Memaparkan catatan dengan label cerita malaysia tidak ke piala dunia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cerita malaysia tidak ke piala dunia. Papar semua catatan
22

GERMAN TAKKAN MENANG ANDAI ARGENTINA KALAH

Yeayyy!!
Hai. Kembalinya anda bersama saya, Gonzailee Higuain yang merupakan pengulas untuk juara menunggu Piala Dunia 2014 iaitu Argentina. Saya ada sikit nak cakap tentang harapan ke atas pasukan saya. Artikel ini sebenarnya sudah ditulis dan disimpan dalam draf sejak tiga bulan yang lalu. Hari ini, saya membuat sedikit suntingan untuk menyesuaikannya dengan keadaan semasa. Maksudnya, situasi ini sudah pun ada dalam bayangan saya sejak tiga bulan lepas lagi. Oh sebelum terlupa, saya mula menyokong Argentina sejak Malaysia tidak layak ke Piala Dunia lagi.

Perlawanan kali ni antara Argentina menentang German bakal menyaksikan keputusan berbeza. Belanda yang menang besar lawan Sepanyol tidak menjamin tempat mereka di final pun. Jadi, jangan cuba buat bangang kabor kemenangan 7-1 German akan bagi pengaruh besar dalam perlawanan ni nanti. Rest is history. Argentina menang nasib melalui sepakan penalti menentang Belanda? Beritahu itu dekat Itali yang menang dengan Perancis pada 2006.

Okeylah. Saya malas nak bicara panjang. Piala Dunia akan jadi milik Argentina. Menang 4-0 atau 5-0 saya tak kisah. Yang pastinya trofi Piala Dunia akan dijulang Messi dengan penuh bongkak depan Pele di tanah Brazil.

Saya juga nak ulas sikit tentang gambar Messi bersama pemimpin Yahudi. Yahudi dan Zionis itu berbeza. Semua Zionis ialah Yahudi tetapi bukan semua Yahudi ialah Zionis. Kalau Messi nak join Yahudi, mampos dia la. Kalau dia nak join Zionis, pun mampos dia jugak. Saya tak peduli. Janji dia tahu main sukan yang saya suka dan saya akan kekalkan kapasiti saya sebagai peminat seorang pemain bola dan bukannya peminat seorang penyokong Yahudi.

Sejarah 1986 akan berulang. Empat tahun lepas, Argentina tewas 4-1 kepada German tapi kemenangan itu tidak menjadikan trofi Piala Dunia menjadi milik German pun. Ingat sini baik-baik. Peristiwa pada 2010 itu bolehlah disimpulkan sebagai "German tidak akan menang andai Argentina kalah."

Vamos Argentina. Kita nak lawan bintang JDT ni. Main elok-elok.

Nota kaki : Apa-apa hal, Pray For Gaza dan satu lagi gambar aku nak tunjuk.

Bakal top scorer 75 gol EPL musim depan. Amacam?
46

Tahukah Anda, Dispendarkan?

LuciusMaximus Isnin, Disember 05, 2011 , ,


Gambar di atas diperolehi dari sumber yang dirahsiakan dan mengikut maklumat tidak rasmi, ianya adalah kerja seorang Ultra.

Selaku penulis buku, aku agak kecewa dengan insiden ini. Bukan kecewa sebab Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia telah dispendarkan, tetapi kecewa kerana ada Ultra yang memakai spendar Minnie Mouse kaler krim.

Harap ketua Ultra bertindak segera dan menasihatkan anak buah beliau untuk tidak lagi memakai spendar Minnie Mouse sebaliknya belilah spendar yang ada corak rimau belang gitu.

Sementara itu, cetakan ketiga Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia bakal berada di kedai-kedai buku berhampiran anda dalam tempoh terdekat ini. Belilah segera sebelum ianya habis diborong oleh pihak Ultra yang mungkin selepas ini mahu buat upacara bakar buku pula.

Kepada Ultra Minnie Mouse, terima kasih di atas promosi percuma!
21

Jika FAM Bubar

LuciusMaximus Isnin, Oktober 31, 2011 ,

Pada satu hari biasa biasa di mana yang tua sibuk beribadat di rumah mahu masuk syurga, yang separuh tua sibuk di pejabat mahu bayar bil, yang muda tak habis-habis berasmara kerana belum dapat dan yang kanak-kanak semakin obes di hadapan TV dan komputer, muncul satu susuk yang tidak asing lagi di kaca TV. Dengan kepala bersongkok,Sultan Bola ingin membuat satu pengumuman yang penting lagi mendebarkan. 
“Beta dengan ini mengisytiharkan Harimau Malaya dilupuskan dan semua liga bola sepak tempatan dibubar dan dihentikan serta-merta. Semua pemain bola sepak boleh balik kampung tanam jagung,” titah Sultan Bola. 
Maka terhenti terus pekerjaan seluruh rakyat Malaysia. Semuanya hairan berkerut-kerut kening tertanya-tanya. Semuanya melopong tak tentu hala. Belum dan 5 minit, semuanya sambung kerja seperti biasa.Yang beribadat - sambung bersila, yang bekerja - sambung menjenguk Facebook, yang berasmara - sambung membelek teman masing-masing dan yang kanak-kanak sambung baring sambil mengunyah. 
Pemain-pemain bola sepak yang buat-buat terkejut pula, bagai lembu pulanglah mereka ke kampung halaman masing-masing. Yang mendengar cakap pergilah dia menanam jagung. Yang pandai bercakap mulalah dia cuba-cuba menjual insurans. Dan yang banyak cakap, terus sibuk dia berpersatuan menuntut pampasan itu dan ini akibat tak pernah menyimpan. 

Mengikut catatan cerdik pandai sejarah, 25 tahun selepas kejadian 'Sultan Bola kepala bersongkok keluar TV', pasukan bola sepak Malaysia bermain hingga ke peringkat separuh akhir Piala Dunia. Beberapa bulan selepas itu, Lucius Maximus berjaya menyiapkan penulisan buku Cerita Malaysia Ke Piala Dunia. Ianya menjadi 'best seller' selama 12 bulan berturut-turut di MPH, Kinokuniya, Popular dan beberapa toko buku mamak yang lain.

Itu cerita kalau 'Sultan Bola kepala bersongkok keluar TV' untuk umum bola sepak tempatan bubar. Tapi setakat hari ini Sultan Bola sekadar keluar TV untuk umum harga tiket bola RM50 masih murah berbanding harga tiket bola di negara lain. Jadi kita tahu Malaysia memang tidak akan ke Piala Dunia walaupun dalam tempoh 25 tahun lagi.

Atas sebab itu buku Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia ditulis, bukan yang sebaliknya. Atas sebab itu jugalah malam ini ramai-ramai kita perlu berbondong ke Rasta TTDI pada jam 8 untuk membeli buku yang berharga RM20 senashkah ini, kerana ianya jauh lebih murah dari harga tiket bola yang dijual FAM.

Siapa yang masih ragu-ragu, masih berkira-kira atau masih belum membudayakan amalan membaca, sila beringat bahawa hanya 50 nashkah terhad buku ini dicetak!


Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia
Rasta TTDI 8 malam
RM20 senashkah

"Seperti yang dijangka, Malaysia ghairah memburu gol dan kami hanya perlu menunggu sebarang kesilapan pihak lawan untuk melancarkan serangan balas" - Carlos Alberto Perreira

"Saya telah melakukan tugas saya sebaik mungkin. Saya tidak pernah menipu sesiapa mahu pun memperdaya sesiapa juga" - Frank Lord

"Mungkin para pegawai boleh memberikan saya rehat panjang dan lupakan saja tentang Seoul" - Shebby Singh

"Korea Selatan ibarat berada di atas pokok menanti untuk gugur. Malaysia mampu menggoncang mereka hingga jatuh" - Trevor Hartley

"Dunia belum berakhir" - Sultan Bola

15

Moh kita ke Majlis Pelancaran Buku Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia.




Pergi tengok Final Piala Malaysia kena bayar RM50. Burger stadium rasa papan. Tapi kalau korang datang ke event ni, korang tak payah bayar se sen pun dan kami bagi makan FREE!

Berikut adalah detail Majlis:

Hari: Isnin
Tarikh: 31 Oktober 2011
Masa: 8 malam - 10 malam
Tempat: Rasta TTDI, Kolompo
Pakaian: Wajib pakai custome Helloween, siapa tak pakai, dia Liverpool.

Oh ya, harga buku adalah RM20.00. Ketika majlis ini, buku akan hanya di jual sebanyak 50 bijik sahaja. Kenapa 50 bijik? Ikut suka abang la. Jadi, sila datang cepat, tak main ye nak tempah-tempah.

Lagi satu tambahan, pihak Sokernet juga telah menerbangkan khas Lucius Maximus dari Sabah untuk membuat penampilan istimewa di majlis ini. Boleh la korang dapat sign dan bergambar serta berpelukan mesra dengan beliau, kalau tidak, kalian perlu ke Kota Kinabalu, Sabah untuk berbuat demikian, Adinda Liyana mesti suka. ik ik ik..

Akhir kata, seperti biasa, ajak la sekali kawan-kawan kalian yang lain memeriahkan majlis yang gilang gemilang ini, dan tolonglah promote sekali majlis ini kepada semua rakyat malaysia termasuklah Sultan Bola, info lanjut mengenai majlis ini di SINI.

Ok, ini betul-betul last, siapa tak datang, mak dia itam.

28

Footie Friday: Ryohei Yamazaki, Yamaha FC, Selangor & Jubilo Iwata





Ryohei Yamazaki adalah seorang pemain bolasepak Jepun yang lahir tanggal 14 Mac 1989 di Minamiuonuma, Niigata, Jepun. Bermain di posisi penyerang atau sayap, pemuda dengan tinggi 171sm dan berat 66kg adalah salah seorang dari pemain skuad Olimpik Jepun. Ketika zaman sekolah beliau bermain untuk Sekolah Tinggi Yachiyo dan sebaik saja tamat persekolahan telah menceburi bidang bolasepak profesional dengan bermain untuk kelab Jubilo Iwata di J. League Division 1.

Bagi para peminat bolasepak Malaysia, nama Ryohei Yamazaki mula dikenali ramai semalam apabila anak muda ini menjaringkan gol kedua Jepun dalam perlawanan kelayakan Olimpik menentang Malaysia.

Sebelum lahirnya Ryohei Yamazaki, bolasepak Jepun bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan sangat oleh rakyat negara matahari terbit itu. Malahan bolasepak bukan sukan utama mereka, sebaliknya ia tenggelam di belakang bola lisut dan sumo. Bolasepak di Jepun masa itu dimainkan oleh pekerja-pekerja kilang secara amatur.

Salah satu pasukan bolasepak kilang yang pernah wujud di Jepun ialah Yamaha FC. Pasukan ini, berdasarkan namanya, sudah pastilah sebuah pasukan bolasepak milik Yamaha dan dianggotai oleh para pekerja kilang Yamaha. Syarikat Yamaha menaja kos pengurusan kelab sementara para pekerja yang terpilih sebagai pemain biasanya bekerja dari pagi hingga tengah hari di kilang dan kemudian berlatih pula di padang bola.

Percaya atau tidak, pada tahun 1985 kelab Yamaha FC ini telah bertandang ke Malaysia untuk beberapa siri perlawanan persahabatan. Salah satu lawan mereka ialah Selangor, juara Piala Malaysia 1984 dan tidak syak lagi pasukan bolasepak paling gah dan bongkak di Malaysia ketika itu. Pada 26 Februari 1985 di Stadium Merdeka, Selangor membuktikan bahawa sekumpulan pekerja kilang bukan lawan mereka apabila menundukkan Yamaha FC 3-1.

Yamaha FC turut bermain menentang Pulau Pinang dua hari kemudian tetapi keputusan perlawanan tersebut sudah hilang ditelan zaman. Pasukan pekerja kilang ini kemudiannya pulang ke Jepun dan tidak pernah kembali ke Malaysia lagi.

Pada tahun 1992 bolasepak Jepun melalui proses transformasi. Kebanyakan pasukan bolasepak kilang, pelabuhan, ladang, lombong atau apa saja menyahut seruan FA Jepun dan mula menubuhkan kelab bolasepak secara profesional. Yamaha FC turut tidak ketinggalan dan berubah menjadi Jubilo Iwata bersempena nama bandar Iwata yang menempatkan ibu pejabat konglomerat Yamaha.

(FA Jepun ketika menubuhkan J. League telah menetapkan bahawa kelab bolasepak mesti dikendalikan secara profesional dan nama kelab yang sebelum ini mewakili nama syarikat pemilik mesti ditukar kepada nama bandar di mana kelab itu ditempatkan)


Dengan Jubilo Iwata beransur-ansur berdikari sebagai sebuah kelab profesional, Yamaha beberapa tahun kemudiannya melepaskan hak milik ke atas kelab dan menyerahkannya kepada komuniti Iwata. Namun nama Yamaha FC dikekalkan pada logo kelab sebagai menghargai tradisi dan asal-usul Jubilo Iwata.

(Yamaha kini menaja kelab ragbi Yamaha Jubilo. Kedua-dua Jubilo Iwata dan Yamaha Jubilo berkongsi Stadium Yamaha untuk perlawanan bolasepak dan ragbi masing-masing).

Hari ini, Jubilo Iwata bukan lagi dibarisi pekerja kilang tetapi sebaliknya pemain bolasepak profesional yang gajinya jauh lebih tinggi dari apa yang diperolehi oleh pemain Selangor. Jubilo Iwata telah menjuarai J. League sebanyak 3 kali, sama rekod dengan Yokohama F Marinos dan hanya Kashima Antlers dengan 7 kejuaraan mengatasi mereka. Jubilo Iwata juga pernah menjuarai AFC Champions League 1998/99 sedang pasukan dari liga bolasepak Malaysia pula langsung tidak layak untuk bermain dalam AFC Champions League tersebut, termasuklah Selangor.

Ryohei Yamazaki, yang menjaringkan gol kedua Jepun semalam mungkin tidak tahu tentang Jubilo Iwata selaku Yamaha FC pernah tunduk kepada Selangor. Kita semua pun hampir pasti ramai yang langsung tidak tahu.

Tapi sekarang kita tahu. Tahu betapa bolasepak Jepun berubah dari pasukan kilang menjadi pasukan bertaraf Piala Dunia. Tahu betapa bolasepak Malaysia makin hari semakin bangang, macam Selangor dan misi 33 mereka.

[Maklumat mengenai Yamaha FC pernah datang ke Malaysia dan melawan Selangor aku jumpa secara tidak sengaja ketika 'data mining' untuk menulis buku Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia, yang kini dalam pembikinan dan kalau tiada aral melintang bakal menggegar 'scene' bolasepak tanah air di penghujung Oktober]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...