ANDA SEDANG MEMBACA
28
Ryohei Yamazaki adalah seorang pemain bolasepak Jepun yang lahir tanggal 14 Mac 1989 di Minamiuonuma, Niigata, Jepun. Bermain di posisi penyerang atau sayap, pemuda dengan tinggi 171sm dan berat 66kg adalah salah seorang dari pemain skuad Olimpik Jepun. Ketika zaman sekolah beliau bermain untuk Sekolah Tinggi Yachiyo dan sebaik saja tamat persekolahan telah menceburi bidang bolasepak profesional dengan bermain untuk kelab Jubilo Iwata di J. League Division 1.
Bagi para peminat bolasepak Malaysia, nama Ryohei Yamazaki mula dikenali ramai semalam apabila anak muda ini menjaringkan gol kedua Jepun dalam perlawanan kelayakan Olimpik menentang Malaysia.
Sebelum lahirnya Ryohei Yamazaki, bolasepak Jepun bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan sangat oleh rakyat negara matahari terbit itu. Malahan bolasepak bukan sukan utama mereka, sebaliknya ia tenggelam di belakang bola lisut dan sumo. Bolasepak di Jepun masa itu dimainkan oleh pekerja-pekerja kilang secara amatur.
Salah satu pasukan bolasepak kilang yang pernah wujud di Jepun ialah Yamaha FC. Pasukan ini, berdasarkan namanya, sudah pastilah sebuah pasukan bolasepak milik Yamaha dan dianggotai oleh para pekerja kilang Yamaha. Syarikat Yamaha menaja kos pengurusan kelab sementara para pekerja yang terpilih sebagai pemain biasanya bekerja dari pagi hingga tengah hari di kilang dan kemudian berlatih pula di padang bola.
Percaya atau tidak, pada tahun 1985 kelab Yamaha FC ini telah bertandang ke Malaysia untuk beberapa siri perlawanan persahabatan. Salah satu lawan mereka ialah Selangor, juara Piala Malaysia 1984 dan tidak syak lagi pasukan bolasepak paling gah dan bongkak di Malaysia ketika itu. Pada 26 Februari 1985 di Stadium Merdeka, Selangor membuktikan bahawa sekumpulan pekerja kilang bukan lawan mereka apabila menundukkan Yamaha FC 3-1.
Yamaha FC turut bermain menentang Pulau Pinang dua hari kemudian tetapi keputusan perlawanan tersebut sudah hilang ditelan zaman. Pasukan pekerja kilang ini kemudiannya pulang ke Jepun dan tidak pernah kembali ke Malaysia lagi.
Pada tahun 1992 bolasepak Jepun melalui proses transformasi. Kebanyakan pasukan bolasepak kilang, pelabuhan, ladang, lombong atau apa saja menyahut seruan FA Jepun dan mula menubuhkan kelab bolasepak secara profesional. Yamaha FC turut tidak ketinggalan dan berubah menjadi Jubilo Iwata bersempena nama bandar Iwata yang menempatkan ibu pejabat konglomerat Yamaha.
(FA Jepun ketika menubuhkan J. League telah menetapkan bahawa kelab bolasepak mesti dikendalikan secara profesional dan nama kelab yang sebelum ini mewakili nama syarikat pemilik mesti ditukar kepada nama bandar di mana kelab itu ditempatkan)
Dengan Jubilo Iwata beransur-ansur berdikari sebagai sebuah kelab profesional, Yamaha beberapa tahun kemudiannya melepaskan hak milik ke atas kelab dan menyerahkannya kepada komuniti Iwata. Namun nama Yamaha FC dikekalkan pada logo kelab sebagai menghargai tradisi dan asal-usul Jubilo Iwata.
(Yamaha kini menaja kelab ragbi Yamaha Jubilo. Kedua-dua Jubilo Iwata dan Yamaha Jubilo berkongsi Stadium Yamaha untuk perlawanan bolasepak dan ragbi masing-masing).
Hari ini, Jubilo Iwata bukan lagi dibarisi pekerja kilang tetapi sebaliknya pemain bolasepak profesional yang gajinya jauh lebih tinggi dari apa yang diperolehi oleh pemain Selangor. Jubilo Iwata telah menjuarai J. League sebanyak 3 kali, sama rekod dengan Yokohama F Marinos dan hanya Kashima Antlers dengan 7 kejuaraan mengatasi mereka. Jubilo Iwata juga pernah menjuarai AFC Champions League 1998/99 sedang pasukan dari liga bolasepak Malaysia pula langsung tidak layak untuk bermain dalam AFC Champions League tersebut, termasuklah Selangor.
Ryohei Yamazaki, yang menjaringkan gol kedua Jepun semalam mungkin tidak tahu tentang Jubilo Iwata selaku Yamaha FC pernah tunduk kepada Selangor. Kita semua pun hampir pasti ramai yang langsung tidak tahu.
Tapi sekarang kita tahu. Tahu betapa bolasepak Jepun berubah dari pasukan kilang menjadi pasukan bertaraf Piala Dunia. Tahu betapa bolasepak Malaysia makin hari semakin bangang, macam Selangor dan misi 33 mereka.
[Maklumat mengenai Yamaha FC pernah datang ke Malaysia dan melawan Selangor aku jumpa secara tidak sengaja ketika 'data mining' untuk menulis buku Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia, yang kini dalam pembikinan dan kalau tiada aral melintang bakal menggegar 'scene' bolasepak tanah air di penghujung Oktober]
Footie Friday: Ryohei Yamazaki, Yamaha FC, Selangor & Jubilo Iwata
Lucius Maximus
Jumaat, September 23, 2011
cerita malaysia tidak ke piala dunia,
footie friday,
jubilo iwata,
kisah klasik bolasepak,
lm,
Selangor

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
PENGULAS
ARKIB BLOG
- Mei (9)
- April (10)
- Mac (4)
- Februari (9)
- Januari (117)
- Disember (2)
- November (10)
- Oktober (6)
- September (9)
- Ogos (4)
- Julai (5)
- Jun (13)
- Mei (20)
- April (21)
- Mac (39)
- Februari (27)
- Januari (44)
- Disember (22)
- November (42)
- Oktober (70)
- September (46)
- Ogos (33)
- Julai (28)
- Jun (9)
- Mei (34)
- April (28)
- Mac (57)
- Februari (61)
- Januari (76)
- Disember (93)
- November (88)
- Oktober (60)
- September (74)
- Ogos (67)
- Julai (59)
- Jun (86)
- Mei (51)
- April (54)
- Mac (41)
- Februari (43)
- Januari (34)
- Disember (34)
- November (60)
- Oktober (49)
- September (45)
- Ogos (62)
ARTIKEL MESUM
-
Adat bermain bola sepak antarabangsa, setiap kali sebelum perlawanan para pemain akan berbaris untuk sesi fotografi sebagai tanda kenang-...
-
PENGAKUAN EKSLUSIF DANIEL GUIZA Daniel Guiza, yang kelihatan sugul, sayu dan marah ketika ditemubual sejurus tamat perlawanan an...
-
"Saya tidak faham mengapa kita perlu membahagikan keupayaan kita. Kita sepatutnya mengembeleng semua kekuatan terhadap satu pasuk...
-
Ong Kim Swee kata, "saya tak tahu nak cakap apa". Tak apa, aku tahu nak cakap apa. Hal Malaysia kalah kepada Bahrain...
-
Sebenarnya, kalau nak baca cerita bola yang menyebut: 1) Pemain negara janji aksi terbaik 2) Jurulatih negara janji aksi terbaik 3) Peng...
-
Bola sepak tidak memerlukan Ultra, Ultras, Ultraman, Ultimate Warrior, Ultra Racing dan sebagainya. Ia hanya memerlukan penyokong yang jujur...
-
Ini abang Mansor Abdul Khoni, jika tak silap aku orang panggil dia Tok Mo. Siapa rajin tengok acara sukan yang melibatkan Malaysia past...
-
Gua nak tanya, apasal lu orang sibuk sembang pasal nama gua sekarang ni? Belia Sabah mahu digunakan digunakan gelaran Harimau Malaysia, ...
-
Di dalam perlawanan yang serba tidak mendebarkan ini, Harimau Kepala Bana telah memperoleh kemenangan yang dicari-cari dah diharapkan oleh ...
LABEL
abang pipi tak boleh cakap besar lagi
(38)
Amboi amboi amboiiiii Mencester...
(8)
Another day at the office
(2)
argentina for world cup
(5)
argentina tanah asal lisa surihani
(5)
arsenal kelab bebudak emo
(21)
arsenal kelab ratu cantik
(13)
Arsenal Kelab Terhebat Di Alam Semesta Hingga Akhir Zaman (tm)
(16)
Arsenal power
(58)
as roma
(1)
bakar membakar amalan kita bersama
(8)
bebola merah liverpool
(3)
Berita Sokernet
(22)
Bermain futsal suatu ibadah
(5)
biar jasa jadi kenangan
(3)
bila manchester seri hilanglah seri muka nazri jorji fdausamad
(5)
bolasepak 101
(5)
bolasepak itu art
(6)
bolasepak malaysia
(56)
bolasepak sebenar
(7)
Brazil
(2)
bundesliga
(13)
cerita piala dunia
(3)
chelsex
(6)
copa libertadores
(5)
debar derbi sedunia
(5)
dingin
(14)
engerland oh engerland
(6)
England
(3)
everton adalah my second team
(3)
FAM
(6)
FAM ke lorong Haji Taib
(7)
Fulham F.C
(1)
Futsal Sokernet
(7)
Holland de Oranje
(4)
Jane loves Spain
(7)
janeallbitterandsarcastik
(1)
jannah melapor diri
(34)
johor fc
(3)
Jom futsal
(4)
kedah fa
(4)
Kejor Yob Kejor
(14)
Kelantan
(14)
kem liverpool
(32)
klasemen
(26)
koresponden piala dunia 2010
(12)
liga eropah
(5)
liga juara-juara untuk mereka yang layak bergelar juara sahaja
(1)
liga korea
(1)
liga mesia
(1)
lisa surihani i love you
(2)
liverpool - sandarkan pada kenangan
(20)
Liverpool menang semua piala pada musim ini. semua tak boleh lawan Liverpool. Liverpool hebat dan power gilerrr siuuuut.
(15)
lm
(232)
mainan budak-budak arsenal
(12)
man u kalah
(3)
manchester united menang
(3)
Manchester United pasukan yang suka merendah diri
(7)
Masih di top 4
(1)
Ob
(145)
Parodi Bolasepak Jangan Emosi Sudah Bro
(30)
paul the octopus
(2)
penulis tamu
(12)
Perak Darul Ridzuan
(10)
pesanan khidmat masyarakat
(10)
Piala Dunia 2010
(39)
piala malaysia
(14)
pipistuta
(90)
prebiu chelsea
(23)
rebiu chelsea
(42)
rebiu Fulham
(4)
Sarah Brandner
(4)
Satu Tumbukan Padu Ke Udara
(8)
sayonara sayonara
(1)
selamat hari jadi
(1)
selamat hari raya
(5)
Selangor
(5)
seoul fc
(1)
serie A
(4)
st pauli
(2)
stadium piala dunia 2010
(11)
sultan bola
(5)
Team paling kewl semenjak manusia kenal tits and boobs
(1)
True Sokernet Stories
(8)
Video Bola
(33)
who lets the drog out
(7)
world cup
(7)
yuna suka jerman
(7)
zigger zagger zigger zagger oi oi oi
(5)
SENARAI JUARA EPL
1992–93 Manchester United
1993–94 Manchester United
1994–95 Blackburn Rovers
1995–96 Manchester United
1996–97 Manchester United
1997–98 Arsenal
1998–99 Manchester United
1999–00 Manchester United
2000–01 Manchester United
2001–02 Arsenal
2002–03 Manchester United
2003–04 Arsenal
2004–05 Chelsea
2005–06 Chelsea
2006–07 Manchester United
2007–08 Manchester United
2008–09 Manchester United
2009–10 Chelsea
2010–11 Astro
2098–99 Liverpool
1993–94 Manchester United
1994–95 Blackburn Rovers
1995–96 Manchester United
1996–97 Manchester United
1997–98 Arsenal
1998–99 Manchester United
1999–00 Manchester United
2000–01 Manchester United
2001–02 Arsenal
2002–03 Manchester United
2003–04 Arsenal
2004–05 Chelsea
2005–06 Chelsea
2006–07 Manchester United
2007–08 Manchester United
2008–09 Manchester United
2009–10 Chelsea
2010–11 Astro
2098–99 Liverpool
LANGGANI RSS KAMI

28 Ulasan:
sejak Liga Semi Pro diperkenalkan bola sepak Malaysia jadi sakai
Tahniah... Cukup semua ramuan untuk tatapan Sultan Bola...
gampang mamat ni.
semoga penulis laen juga boleh wat macam lucy ni..sgt2 berilmiah...
"Tahu betapa bolasepak Malaysia makin hari semakin bangang, macam Selangor dan misi 33 mereka."
haha.. hangin betol ngan slangor..
terbaik dari lucy..
ciss...apsal power sangat entri lucius kali ni?...takde apa yang kita boleh kutuk macam biasa :D..
respect!
//pre-order tak boleh ke?..
Terima kasih Luci...artikel yang sungguh power!terunggul dari ladang
mantap.. kena beli buku ni
semua ni mentaliti untuk berubah dan maju ke depan, satu benda yang sesetengah rakyat Malaysia dan keseluruhan FAM (bukan Sultan Bola je) takde.
great entry Lucy. ini betul-betul padu.
Haji Hasbullah Awang describe mamat no 7 ni as "Ryo Miyaichi yg berkelana di England bersama Arsenal".
de fak. die tak buat research ke. miyaichi takde pun kt KL semalam. baru pas main League Cup tok arsenal selasa aritu. not just once, tapi sampai habis game dok kate miyaichi, miyaichi. klakar klakar.
Gua adalah salah seorang yang tak tahu yamaha fc pernah tunduk kepada Selangor. Sebab sebot yamaha gua ingat RXZ je. Tak ingat pasal bola. Hehehe..
Ryohei: sejah bila Hasbullah Awang tu reliable?
ok den pun ado silap typo.. bukan kat KL. tp kat jepun. tapi still, Hasbullah Awang, ponek2 den score, miyaichi yg dpt namo.
Abang Lucius... izinkan aku berguru dengan bradah..
Tak kira apa syarat.. apa kelayakan.. berapa yurannya..
Akan aku timbangkan..
Pleaz... :(
aik tak der perktaan k...k alhamdullilah.....
gila babas pnya entri..
liverpool & arsenal xkena troll, selangor pulak yg kena,kah3..
Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia...gua tunggu!!!
jurulatih kroni.
ok serius terbaik dari lucy. takde troll pasal liga english. bagus bangat
fuhh padu.. ini baru padu... yang bab misi 33 tu yang paling padu..kahkahkah!
banyak banyak pengulas sokernet gua berkenan betul dengan entri lucy nbi.
entri pengulas lain semua takde ilmu.
kah kah kah!!!
ini beza orang ada pengetahuan berbanding ngan orang yang hanya tahu mengonek.ahahahaa
dengar citer tony fernandez berminat beli selangor fa.
LIKE! terbaek punye entry..baru aku tahu sejarah Jubilo Iwata...
kalau lah entry ni keluar dekat suratkhabar arus perdana - fenomena beb.
sheby singh, rizal hashim & hafizal pun kalah
Really impressed! Well done, Lucy. Keep it up!
steady Lucy..pas ni gua mau cerita piala malaysia pulak...
terbaek
Catat Ulasan