ANDA SEDANG MEMBACA

28

Footie Friday: Ryohei Yamazaki, Yamaha FC, Selangor & Jubilo Iwata





Ryohei Yamazaki adalah seorang pemain bolasepak Jepun yang lahir tanggal 14 Mac 1989 di Minamiuonuma, Niigata, Jepun. Bermain di posisi penyerang atau sayap, pemuda dengan tinggi 171sm dan berat 66kg adalah salah seorang dari pemain skuad Olimpik Jepun. Ketika zaman sekolah beliau bermain untuk Sekolah Tinggi Yachiyo dan sebaik saja tamat persekolahan telah menceburi bidang bolasepak profesional dengan bermain untuk kelab Jubilo Iwata di J. League Division 1.

Bagi para peminat bolasepak Malaysia, nama Ryohei Yamazaki mula dikenali ramai semalam apabila anak muda ini menjaringkan gol kedua Jepun dalam perlawanan kelayakan Olimpik menentang Malaysia.

Sebelum lahirnya Ryohei Yamazaki, bolasepak Jepun bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan sangat oleh rakyat negara matahari terbit itu. Malahan bolasepak bukan sukan utama mereka, sebaliknya ia tenggelam di belakang bola lisut dan sumo. Bolasepak di Jepun masa itu dimainkan oleh pekerja-pekerja kilang secara amatur.

Salah satu pasukan bolasepak kilang yang pernah wujud di Jepun ialah Yamaha FC. Pasukan ini, berdasarkan namanya, sudah pastilah sebuah pasukan bolasepak milik Yamaha dan dianggotai oleh para pekerja kilang Yamaha. Syarikat Yamaha menaja kos pengurusan kelab sementara para pekerja yang terpilih sebagai pemain biasanya bekerja dari pagi hingga tengah hari di kilang dan kemudian berlatih pula di padang bola.

Percaya atau tidak, pada tahun 1985 kelab Yamaha FC ini telah bertandang ke Malaysia untuk beberapa siri perlawanan persahabatan. Salah satu lawan mereka ialah Selangor, juara Piala Malaysia 1984 dan tidak syak lagi pasukan bolasepak paling gah dan bongkak di Malaysia ketika itu. Pada 26 Februari 1985 di Stadium Merdeka, Selangor membuktikan bahawa sekumpulan pekerja kilang bukan lawan mereka apabila menundukkan Yamaha FC 3-1.

Yamaha FC turut bermain menentang Pulau Pinang dua hari kemudian tetapi keputusan perlawanan tersebut sudah hilang ditelan zaman. Pasukan pekerja kilang ini kemudiannya pulang ke Jepun dan tidak pernah kembali ke Malaysia lagi.

Pada tahun 1992 bolasepak Jepun melalui proses transformasi. Kebanyakan pasukan bolasepak kilang, pelabuhan, ladang, lombong atau apa saja menyahut seruan FA Jepun dan mula menubuhkan kelab bolasepak secara profesional. Yamaha FC turut tidak ketinggalan dan berubah menjadi Jubilo Iwata bersempena nama bandar Iwata yang menempatkan ibu pejabat konglomerat Yamaha.

(FA Jepun ketika menubuhkan J. League telah menetapkan bahawa kelab bolasepak mesti dikendalikan secara profesional dan nama kelab yang sebelum ini mewakili nama syarikat pemilik mesti ditukar kepada nama bandar di mana kelab itu ditempatkan)


Dengan Jubilo Iwata beransur-ansur berdikari sebagai sebuah kelab profesional, Yamaha beberapa tahun kemudiannya melepaskan hak milik ke atas kelab dan menyerahkannya kepada komuniti Iwata. Namun nama Yamaha FC dikekalkan pada logo kelab sebagai menghargai tradisi dan asal-usul Jubilo Iwata.

(Yamaha kini menaja kelab ragbi Yamaha Jubilo. Kedua-dua Jubilo Iwata dan Yamaha Jubilo berkongsi Stadium Yamaha untuk perlawanan bolasepak dan ragbi masing-masing).

Hari ini, Jubilo Iwata bukan lagi dibarisi pekerja kilang tetapi sebaliknya pemain bolasepak profesional yang gajinya jauh lebih tinggi dari apa yang diperolehi oleh pemain Selangor. Jubilo Iwata telah menjuarai J. League sebanyak 3 kali, sama rekod dengan Yokohama F Marinos dan hanya Kashima Antlers dengan 7 kejuaraan mengatasi mereka. Jubilo Iwata juga pernah menjuarai AFC Champions League 1998/99 sedang pasukan dari liga bolasepak Malaysia pula langsung tidak layak untuk bermain dalam AFC Champions League tersebut, termasuklah Selangor.

Ryohei Yamazaki, yang menjaringkan gol kedua Jepun semalam mungkin tidak tahu tentang Jubilo Iwata selaku Yamaha FC pernah tunduk kepada Selangor. Kita semua pun hampir pasti ramai yang langsung tidak tahu.

Tapi sekarang kita tahu. Tahu betapa bolasepak Jepun berubah dari pasukan kilang menjadi pasukan bertaraf Piala Dunia. Tahu betapa bolasepak Malaysia makin hari semakin bangang, macam Selangor dan misi 33 mereka.

[Maklumat mengenai Yamaha FC pernah datang ke Malaysia dan melawan Selangor aku jumpa secara tidak sengaja ketika 'data mining' untuk menulis buku Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia, yang kini dalam pembikinan dan kalau tiada aral melintang bakal menggegar 'scene' bolasepak tanah air di penghujung Oktober]

28 Ulasan:

mdikhqoi berkata...

sejak Liga Semi Pro diperkenalkan bola sepak Malaysia jadi sakai

Inn berkata...

Tahniah... Cukup semua ramuan untuk tatapan Sultan Bola...

Hizwan Nizam berkata...

gampang mamat ni.

awal berkata...

semoga penulis laen juga boleh wat macam lucy ni..sgt2 berilmiah...

Nik Zulkhairi berkata...

"Tahu betapa bolasepak Malaysia makin hari semakin bangang, macam Selangor dan misi 33 mereka."

haha.. hangin betol ngan slangor..

Raiden berkata...

terbaik dari lucy..

hantuLongkang berkata...

ciss...apsal power sangat entri lucius kali ni?...takde apa yang kita boleh kutuk macam biasa :D..

respect!

//pre-order tak boleh ke?..

Fahmi Ismail berkata...

Terima kasih Luci...artikel yang sungguh power!terunggul dari ladang

aqli berkata...

mantap.. kena beli buku ni

rashideeshukri berkata...

semua ni mentaliti untuk berubah dan maju ke depan, satu benda yang sesetengah rakyat Malaysia dan keseluruhan FAM (bukan Sultan Bola je) takde.

great entry Lucy. ini betul-betul padu.

Ryohei Yamazaki (bkn nama sebenar) berkata...

Haji Hasbullah Awang describe mamat no 7 ni as "Ryo Miyaichi yg berkelana di England bersama Arsenal".

de fak. die tak buat research ke. miyaichi takde pun kt KL semalam. baru pas main League Cup tok arsenal selasa aritu. not just once, tapi sampai habis game dok kate miyaichi, miyaichi. klakar klakar.

keli berkata...

Gua adalah salah seorang yang tak tahu yamaha fc pernah tunduk kepada Selangor. Sebab sebot yamaha gua ingat RXZ je. Tak ingat pasal bola. Hehehe..

pawangBuaya berkata...

Ryohei: sejah bila Hasbullah Awang tu reliable?

Ryohei Yamazaki (bkn nama sebenar) berkata...

ok den pun ado silap typo.. bukan kat KL. tp kat jepun. tapi still, Hasbullah Awang, ponek2 den score, miyaichi yg dpt namo.

Khuzrin Kamarudin berkata...

Abang Lucius... izinkan aku berguru dengan bradah..

Tak kira apa syarat.. apa kelayakan.. berapa yurannya..

Akan aku timbangkan..

Pleaz... :(

RABUN berkata...

aik tak der perktaan k...k alhamdullilah.....

Ozgur Cek berkata...

gila babas pnya entri..
liverpool & arsenal xkena troll, selangor pulak yg kena,kah3..

Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia...gua tunggu!!!

Maniax berkata...

jurulatih kroni.

ijan de bunks berkata...

ok serius terbaik dari lucy. takde troll pasal liga english. bagus bangat

PELAUNG PULAU berkata...

fuhh padu.. ini baru padu... yang bab misi 33 tu yang paling padu..kahkahkah!

mirul berkata...

banyak banyak pengulas sokernet gua berkenan betul dengan entri lucy nbi.

entri pengulas lain semua takde ilmu.

kah kah kah!!!

pojak berkata...

ini beza orang ada pengetahuan berbanding ngan orang yang hanya tahu mengonek.ahahahaa

kepalakotak berkata...

dengar citer tony fernandez berminat beli selangor fa.

SheiLa berkata...

LIKE! terbaek punye entry..baru aku tahu sejarah Jubilo Iwata...

mdfaizal berkata...

kalau lah entry ni keluar dekat suratkhabar arus perdana - fenomena beb.
sheby singh, rizal hashim & hafizal pun kalah

Mista Maman berkata...

Really impressed! Well done, Lucy. Keep it up!

Streetwizer berkata...

steady Lucy..pas ni gua mau cerita piala malaysia pulak...

geronggang berkata...

terbaek

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...