ANDA SEDANG MEMBACA

60

Kenapa Mesti Dikepala Banakan?

Lucius Maximus Selasa, November 08, 2011 , ,


Semalam selepas Malaysia seri dengan Singapura, sidang Sokernet telah sebulat suara mengutuk, mengeji, mencaci, menghina dan mengkepala banakan barisan pemain Harimau Muda.

Namun ada beberapa kutu yang kurang faham dengan tindakan sebulat suara Sokernet mengkepala banakan Harimau Muda. Mereka mengungkit-ungkit cerita tahun lepas atau dua tahun sudah bila Harimau Malaya dan Harimau Muda menang Piala AFF dan pingat emas Sukan SEA sekaligus dipuja oleh Sokernet.

Celaka. Dah menang mestilah dipuja, tak akan hendak dikepala banakan pula?

Dalam bola sepak, apabila kita menilai dan memperati permainan satu-satu pasukan, kita akan berakhir dengan salah satu dari 4 kesimpulan berikut:

1) Main cantik dan keputusan cantik - macam Manchester City
2) Main cantik tapi keputusan bangang - macam Arsenal
3) Main bangang tapi keputusan cantik - macam Chelsea
4) Main bangang dan keputusan bangang - macam Pahang

Perlawanan Malaysia lawan Singapura semalam layak dikategorikan dalam pilihan ke-4. Yakni main bangang dan keputusan juga bangang. Aku boleh terima lagi main cantik keputusan bangang  (macam masa Malaysia kalah 3-0 pada Jerman Barat dalam Olimpik 1972) atau main bangang keputusan cantik (macam masa Malaysia menang pingat emas Sukan SEA 2009 mengalahkan Vietnam 1-0). Tapi kalau main bangang dan keputusan bangang, memang layak kita kepala banakan saja.

Benda ini tak perlu nak cerita susah payah sangat. Siapa yang tengok perlawanan semalam dah boleh tahu tinggi mana tahap bangangnya Malaysia (dan Singapura). Aku yang terlelap dekat 2 ke 3 kali depan TV pun tahu bangangnya Malaysia (dan Singapura) semalam. Siapa yang tak tengok dan takat tahu keputusan 0-0 lepas tu kata 'okay apa?', dia termasuk dalam kategori bangang dan boleh kita kepala banakan sama.

Kesimpulannya, kita bukan lawan dengan Jepun semalam. Kita lawan dengan pasukan bola sepak ASEAN lain yang rata-ratanya semua bangang. Dalam seluruh ASEAN sekarang ini tak ada satu pun negara yang reti main bola. Mana pernah ada pasukan bola sepak ASEAN menang Piala Asia pun? Tapi kalau menang Piala AFF dan pingat emas Sukan SEA memang bersepah.

Jadi kalau bermain satu padang dengan Singapura pun boleh terserlah kebangangan Malaysia semalam, jangan haraplah nak pergi Piala Asia. Piala Dunia lagilah jangan berangan. Itu baru lawan Singapura yang bola sepaknya sama bangang macam kita. Lainlah lawan Jepun atau Jerman atau Argentina ke, bolehlah dimaafkan juga kalau Malaysia berperangai bangang.

Kalau begitulah tahap permainan yang ditunjukkan selepas pergi mengaji sampai ke Slovakia tu, aku pun setuju dengan Pipiyapong, eloklah ramai-ramai pakat bersara je. Umur pun rata-rata masih bawah 23 tahun, sempat lagi nak kejar sijil kimpalan Institut Kemahiran Belia Negara.
























Sekadar gambar hiasan

60 Ulasan:

Fahmi Ismail berkata...

Kepala Banner

paloibinmulau berkata...

Saya bersetuju dgn Lucy dalam isu kepala bana ini. kepala bana yg bangang ni sama mcm pakkordi bodokop la.

p/s: lawa sumandak tu.

Najmi Hayat Bin Abd Malek berkata...

mohon Dahlia TeTeck.

Plus Ultra berkata...

Okeh, bila Lucy bersuara gua terpaksa setuju mengkepala banakan juga pasukan Malaysia ni. Takde yang lebih arif pasal susur galur bola Malaysia ni melainkan Lucy sama seperti dalam buku latest beliau.

Kalau ada Ultra yang tak puas hati, gua kepala banakan mereka juga

sutanbalun18 berkata...

Power la Lucius pasal takde ejaan bangang yg salah.Tulis artikel guna perkataan bangang banyak kali mmg berisiko tinggi.Kekeke

Ariffin Janal berkata...

itu juga salah satu sebab kenapa Malaysia tak ke piala dunia.

jumari jipan berkata...

Setuju memang bangang game semalam. sakit jantung aku tengok!


p/s: Eloklaa amik sijil kimpalan je, mcm aku. Lagi power. kahkahkah..

Wahni Rizal berkata...

Lucy punye tulisan lebih sedap dibaca berbanding pipi, ade fakta yg boleh diambil kira. Walaupun kepala bana merupakan isu utama, masih tidak lari dari isu sebenar bolasepak malaysia.

Dilain kali, Mohon banatkan dahlia teck ok?

Streetwizer berkata...

dem..gua tgh kira brapa byk perkataan bangang dlm entri lucy kali ni...

ijan de bunks berkata...

bangang bangang bangang

Abdul_Sokonek berkata...

mohon dahlia tetek

r.k berkata...

selain sijil kimpalan , siapa yang rasa-rasa nak kerja belayar atas kapal dagang , ghua boleh ejaskan .
boleh belayar satu dunia , bukan setakat Slovakia!

jayB berkata...

gambar hiasa memang tak boleh blah.


hahaha

r i J a L berkata...

terbaek.. i like..

Lucius punya penulisan sentiasa dinanti nantikan..

mohor sesiapa di FAM terbaca mende ni.. depa dok dabit dada depa rasa depa bagus...

Nik Saiful Anuar berkata...

+1, mmg kepala bana dan haram jadah

hantuLongkang berkata...

yang pasal malaysia semalam patut dikepala-banakan tu memang takde orang nak sangkal dah..ke ada jugak?..

tapi pasal buku 'cerita malaysia tidak ke piala dunia', aku nak kepala-banakan sapa2 yang punya idea cetak 50bijik je...evra pun tak se-kepala-bana macam tu sekali..keh2

faizul berkata...

terbaik la lucy. semalam punya match memang tahap kepala bana pun.

Hidemichi berkata...

Gua setuju dgn lu tp gua tak puas hati no.4 tu bukan Liverpool. Liverpool main kan sama bangang dgn Chelsea cuma keputusannya bangang. pahang tak layak langsung masuk dlm list (team-team EPL) tu.

Eh, Dahlia Teck yg baju hitam tu ke? Dlm gambar lagi satu nampak besar dowh dia punya Teck!

Nizam berkata...

ok perenggan yang akhir tu mmg lawak!hahaha

kareem berkata...

perghh...pedih entri lu ni lucy kalau rashideeshukri baca...kehkehkehkeh...

ENCIK TIKUS berkata...

apek memang power..

Ahmad Hisyam berkata...

passing mcm harem
ref pun LEMBUt semacam...

football crazee

Dark Mars berkata...

rashideeshukri memang bangang tahap dewa. tengok la profile dia, muka memang bangang giler

rashideeshukri berkata...

walaupun kelab EPL yang disebutkan di atas (contohnya Chelsea) kadang-kadang bermain secara bangang dan result pun bangang, gua tak nampak pun lu kritik team Chelsea secara terang-terangan.

macam ni punya diskriminasi pun ada? kelakar kan?

mirul berkata...

sebab tu saye tak minat sangat tengok bola tahap negara negara asean ni.

bola tahap tahap ni cume layak ditonton mat mat rempit yang takde akal dan bohsia bohsia felda je.

bangang.

rashideeshukri berkata...

@kareem: gua tak kisah, semua orang boleh cakap apa dia nak cakap. idea masing-masing kan. gua pun rasa siapa la gua nak cakap pasal 'etika penulisan' dekat Lucy, gua pun banyak jugak menuntut dengan dia.

tapi bagi gua, kritikan yang tak berapa relevan mesti dibetulkan.

mirul berkata...

apahal lu nak pedih ni rashideeshukri??

sebab lu liverool ke??

zach berkata...

'Umur pun rata-rata masih bawah 23 tahun, sempat lagi nak kejar sijil kimpalan Institut Kemahiran Belia Negara.'
ayat nie.. hahahha

hantuLongkang berkata...

@rashideeshukri:
argument ko dah terpesong jauh dari titik asal..diskriminasi celah mana ni?

lagipun, entri2 pasal malaysia ni lebih kepada 'kita sama kita'...secara dasar, nada keras yang dihambur sesama kita, itu orang panggil sayang...kita jadi lebih terbuka...etc2..

tapi kalu orang luar yang meng-kepala-banakan malaysia, itu orang panggil benci/caci/saja2 mengutuk takde kisah pasal kita/cari nahas/etc...

benda ni sama jugak dengan pasukan negeri...kalau korang kutuk kelantan, penyokong kelantan jadi defensive...tapi cuba kalau diorang merepek sesama sendiri..diorang akan gelakkan je kalau ada sorang cakap kelantan bangang masa lawan terengganu...

ahh..panjang kalu nak cerita...melibatkan cabang ilmu makrifat..takut ada jadi gila isim pulak :D..

nampaknya pakkordi kena up satu entri pasal 'adat menyokong pasukan negara' pulak :D...

kareem berkata...

sokernettamu kan ade rashidee...kehkehkeh

rashideeshukri berkata...

kah kah kah. gua tak mau abuse Sokernet Tamu untuk entri nak menegakkan benang basah. cukup la dekat sini je.

gua boleh terima argument lu hantulongkang. tapi entah la, mungkin kadang-kadang adat menyokong gua lebih kepada encouragement dari caci maki.

tapi terima kasih la sebab memberikan enlightenment pada gua. gua dah boleh tarik nafas panjang-panjang sekarang dan berfikir balik.

Berbo berkata...

yaaa ENCOURAGEMENT sampai player suma berlemak. bangang bangang bangang

keli berkata...

Permainan yang ditunjukkan Harimau Muda semalam memang gua tak nampak boleh pergi ke mana lepas ni walaupon selepas mengaji di Slovakia. Gua setuju bab tu.

Tapi apakah tahap keupayaan sebenar bolasepak negara kita? Apa yang kita mampu lakukan. Teruskan menyokong atau mengkepala-banakan(kahkahkah)?...Rata-ratanya peminat dekat sini cakap kepala banakan aje. Jadi kepala bana jugalah yang kita dapat. Padan muka...kahkahkah

rashideeshukri berkata...

@Berbo: dunia ni memang tak adil kan? kadang kadang kita kena hantar pergi Slovakia untuk kerja sebab pihak atasan (dibaca: Sultan Bola) yang suruh. taktikal pun berterabur sebab coach suruh buat itu ini tapi last last tak jadi. player macam Fakri masuk sebab nak adapt dengan taktikal. tapi apakan daya dia memang tak boleh buat apa-apa pun.

pasal semua ni, satu skuad kena bangang. memang tak adil betul dunia ni. kenapa lu tak nak fikir dari sudut macam ni? gua terfikir jugak siapa yang bangang sebenarnya sekarang ni.

Katok berkata...

Kecoh la lu rashideeshukri. Tukar gambar la. Macam celaka.

Maman berkata...

Malaysia kene bagi gaji ciput balik, ceramah balik ape itu erti patriotism bukan glam semata, bukan kerana "aku wakil Malaysia, ko ada?". Bila faces kuar media, rata2 yg glam tu xmenepati kualiti yg konon dicanangkan tu. Smpi ke harini, Safee Sali & Norshahrul contoh strikers yg boleh buat aku tenang bile kte mula buat serangan balas. Yg lain, aku mmg xpasti, & hanya harapkan doa & tuah di belah pihak kte. Sygnye, keupayaan team kite hanya sekadar "mengeluarkan peluh & berpenat lelah" tp bukan bermain bola sepak sebenar. Ape pun, Ong Kim Swee kene cepat rombak balik, ingat 1st game kte VS Indon? then, kte bangkit cepat. Itu penting! England pun sokong Malaysia team. So, wake up Malaysia!

Ajiz Nasution berkata...

Bukan ke main macam bangang dah sinonim dengan pasukan Malaysia? Apa yang nak di hairankan pun!

Pet Shop Boys berkata...

Artikel ni bagus sebab takde reference yang buruk tentang Liverpool!

Tahniah Lucius..

Jimmy Stracqualursi berkata...

gua rasa, artikel ni tak ada reference liverpool sebab livepul sudah sedia bangang, maka tak perlu dibangangkan lagi.

Arief_Mazlan berkata...

mcm mana tak kepala bana kalau suma sebok nk memantat je (gambar hiasan)...



luci power!!!

Sopek berkata...

kah3. cam gampang komen ko katok. kah3.

kareem berkata...

tahukah anda, syahrul bangang!!bape banyak peluang tapi tak bole skor

rashideeshukri berkata...

tahukah anda, entri ni boleh bungkus?

TaugehMasakMerah berkata...

hah.apa lagi? mari mengkepala banakan Lucy and the gang pula.this is what we called as Karma!

alfian ahmad berkata...

kepala bana mak ko lucy...kalau tak suka duk malaysia pergi keluar ke uganda lah..sana sesuai untuk kau beruk mat yeh

Comel Macam ^@^ berkata...

aku sebagai peminat blog sokernet ni agak terasa jugak la dgn statement kurang enak karangan lucius maximus ni…walaupun rata-rata kita tahu tahap prestasi skuad Malaysia macam yo-yo…tapi kalau boleh jgn la terlalu beremosi mengkritik pasukan Malaysia…aku pun kecewa jugak bila Malaysia seri lawan singapura….tapi sekurang-kurangnya mengkritik tu berlapik la skit…kau orang semua boleh caci, boleh maki ,boleh hina boleh keji pasukan Malaysia…tapi ingatlah yang kau kutuk tu semua…busuk-busuk pun orang melayu jugak..bangsa kau jugak..seagama lagi tu…memang aku pun mengaku yg aku pun ada jugak membodoh bangangkan pemain-pemain Malaysia…tapi disudut kecik hati aku ... aku bangga dengan pasukan Malaysia…Cuma sekarang ni tak segah masa dulu….tapi aku tetap sokong pasukan Malaysia….walaupun ranking Malaysia teruk…
bagi aku sukan bola sepak ni sekadar hiburan semata-mata…tak perlu nak beremosi…kau orang kutuk keji sumpah seranah pemain Malaysia pun apa kau orang dapat…kepuasan??? bagi aku tak ada yang puas pun kalau kau semua kutuk-kutuk macam ni…lagi kau sakit hati ada la
sebana-bana pemain Malaysia tu pun diorang dapat jugak merasa sekali seumur hidup dapat main bola wakil Malaysia…main lawan pasukan bagus-bagus…yang tak bagus pun ada…sekurang-kurangnya dapatla jugak pengalaman yang boleh diceritakan dekat anak cucu keturunan dia orang semua tu….kau ada??? tak ada kan…tak kan kau nak bagitau kat cucu-cucu kau besok yang kau la pengkritik terhebat bola sepak Malaysia…mesti kau segan nak bagi tau…mesti kau kene kutuk punya….
ni baru game Malaysia…belum lagi liga-liga eropah kebanggaan kau orang semua….bila kalah kutuk…bila menang puji….maki hamun, kutuk keji…sumpah seranah…semua ada dah macam tak bertamadun pun ada jugak aku baca….sekurang-kurangnya kalau nak beri komen sekalipun….sampaikan lah dengan cara yang lebih bersopan…lebih berlapik…jangan la berkelakuan macam orang yang tak ada pegangan hidup..kita melayu orang timur kaya dengan adap sopan…aku tau kau semua muda-muda lagi…belajar bawak bersabar dan kawal emosi…tak kan bila dah tua besok baru belajar nak bersabar….
petang tadi Malaysia dah buktikan sekurang-kurangnya masih ada harapan untuk melangkah .… sejauh mana? aku tak boleh nak ramal …jadi macam mana sekarang???? mungkin kau nak tulis komen…ala Malaysia menang nasib aja tu…tak pun bola tu bulat….atau kau orang nak terus mengkepala banakan Malaysia…
aku tunggu komen sebulat suara dari semua penulis dalam blog ni…

nota kaki: harap kau boleh baca komen aku ni…aku ni budak baru belajar…dan aku memang tak puas hati dengan cara kau beri komen...

balaci terhormat& co. berkata...

ala,main cantik dan mng 9-0 skalipon lwn indon nnti tak guna..sbb takat asia tggara je kan incik lucy??ada betulka itu whai incik??

Lion-O (Thundercats) berkata...

mana lucius..malaysia mng dgn siam..mai aku nak kepala banakan kepala bana engkau...

kareem berkata...

gua tak pasti adakah entri ni akan efek pada jualan CMTKPD...kehkehkeh

Berbo berkata...

dah tentu lawan singapore kelmarin memang satu skuad main macam bangang. kadang kadang tefikir gak, apa benda yang diorang training tiap tiap petang. masuk akedemi dari belasan tahun, passing bola pun cam cilaka

Hidemichi berkata...

Masa gua sekolah asrama dulu ada budak pesen mcm Rashideeshukri ni, kitorang panggil dia Pening!

rashideeshukri berkata...

hai Hidemichi, dah makan?

keli berkata...

Kah Kah Kah
Entri ni berkaitan dengan masa Malaysia lawan Singapura. Komen Malaysia lawan Thailand walaupun menang secara automatik menjadi tidak relevan.

Selain itu juga komen yang mempunyai unsur-unsur pendidikan moral seperti adab sopan, sama-sama melayu, budaya timur dan pegangan hidup juga tidak relevan.

Manakala komen pasal kesan jualan pada buku terbaru Lucy juga tidak berasas memandangkan buku itu cuma dijual 50 bijik je. Takkan tak habis kot. Kahahaaa....:D

siputgulung berkata...

x bace disclamer ke?pedih sgt knape?

phyzL berkata...

sukati admin la nak post cmner pon..kalo dah zahirnyer nampak bangang xkan la tipu kot..marah2 sayang gak..ni sembang sesame kite..sukati la nak kutuk ke apa..sayang gak mesia xde nyer nak tukar negara..period!

Maman berkata...

@siputgulung & @phyzl, you're damn right. Ape pun, bila mane kte kritik secara begini, sebenarnye masih boleh diterima. Kalau Colombia ke Mexico ke, dah kene tembak dah. Lagi pedih. Tahniah Malaysia menang tp style of play mmg xubah. Hmm...

Ajiz Nasution berkata...

Bila baca komen-komen yg rata-ratanya tak boleh terima Lucy mengkepala bana kan Team Malaysia, aku yakin yg Malaysia takkan pergi jauh.. Sebab apa? Sebab ada attitude tak boleh ditegur.. Dah kalau player kebangsaan main macam style kampung, kau nak puji jadah apanya? Bukan keputusan seri tu yg dikepala bana kan tapi mutu permainan..

Dark Mars berkata...

Aku pun pelik.. Player Indon makan nasik. Player Singapore makan nasik. Player Thailand makan nasik. Player Laos, player Kemboja pun makan nasik! Training pun sama jugak. Atas padang. Tapi, kenapa bangang sangat player Mesia nih. Passing rendah x sampai, passing atas, ke laut, shooting lembik macam bapok tua.. Hoi...! Kalau macam ni lah gaya main, memang la aku panggil bangang!

definitely maybe berkata...

masuk entri ni teros tgk gambar.eh kepala bana la.inzal syial!

definitely maybe berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...