ANDA SEDANG MEMBACA

58

Malaysia 1-1 Indonesia (4-3 pen) - Edisi Media Pencacai Penjilat Kepala Bana

LuciusMaximus Selasa, November 22, 2011 , ,

Malaysia - Raja bola sepak ASEAN


Skuad bola sepak bawah 23 tahun negara menghadiahkan pingat ibu segala emas buat semua rakyat Malaysia berbilang kaum apabila berjaya menundukkan Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua pasukan terikat 1-1 hingga masa tambahan.

Anak buah jurulatih bijaksana Ong Kim Swee membuktikan lawatan sambil belajar mereka ke Slovakia berbaloi dengan aksi persembahan yang mengikut kata Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mirip seperti zaman emas bola sepak Malaysia dekad 1970-an.

Berdepan hampir 100,000 penyokong fanatik Garuda, skuad Harimau Muda tidak goyah tetapi sebaliknya menanam tekad untuk mempertahankan pingat emas yang dimenangi ketika Sukan SEA 2009.

Tetapi Indonesia terlebih dulu mengasak kubu pertahanan negara dan terlebih dulu di depan apabila Gunawan Dwi Cahyo menanduk bola masuk ke gawang Malaysia melepas penjaga gol tersohor, Khairul Fahmi.

Tetapi ibarat harimau luka, Malaysia bangkit kembali menyamakan kedudukan apabila umpanan kapten berwawasan Baddrol Bakhtiar ditanduk kemas oleh Mohd Asraruddin untuk gol penyamaan Harimau Muda sekaligus melenyapkan sorakan Indonesia di Gelora Bung Karno.

Kedua pasukan terus mengasak hingga ke masa tambahan dengan Indonesia bermatian mengekang pergerakan adiwira Fakri Saarani. Manakala itu setiap percubaan Garuda Muda berjaya dipatahkan oleh barisan utuh pertahanan Malaysia dan ketangkasan Khairul Fahmi di gawang.

Menjelang sepakan penalti, tangan emas Khairul Fahmi berjaya menepis tendangan Ferdinand Sinaga. Kapten Malaysia, Baddrol Bakhtiar kemudiannya menggalas tugas berat di bahu dalam sepakan terakhir tetapi rembatan kencang beliau gagal ditangkap kemas Kurnia Meiga untuk bola bergolek masuk ke gawang.

Kejayaan mempertahankan pingat emas merupakan hadiah terbaik Harimau Muda buat peminat bola sepak Malaysia khususnya Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah yang sebelum itu berkenan mencemar duli turun bertemu para pemain bagi merestui perjuangan skuad Harimau Muda.


Nota: 

Kalau Sokernet nak tulis berbunga begini memang senang dan boleh saja. Tapi kemudiannya apa beza Sokernet dengan suratkhabar macam Harian Metro, Kosmo! atau Utusan Malaysia? Lebih baik kamu semua baca suratkhabar saja dari baca Sokernet. Baca saja berita sukan yang ditulis oleh wartawan profesional sekaum dengan Rizal Hashim yang dibayar gajinya setiap bulan dan perlu menulis dengan baik untuk menjaga periuk nasi anak bini di rumah. Di situ saja kita sudah boleh nampak kenapa sukan Malaysia khususnya bola sepak selalu ke laut. Kerana yang menulis tidak berani menegakkan yang hak dan menentang kebathilan.


Tapi di Sokernet, para penulis tidak dibayar gaji dan tidak terhutang budi dengan sesiapa pun. Kami tulis sebab minat dan atas sebab itu kami bersuara dengan jujur dan tanpa sebarang batasan.


Ya, Malaysia menang. Tapi apa yang kepala bana tetap kepala bana. Kalau Malaysia menang Piala Dunia sekali pun dan permainan Fakri Saarani masih kepala bana, kami akan kata dia kepala bana.

Tak suka, beli Harian Metro dan baca sampai jadi bangang.

*Nanti dalam Footie Friday aku bagi versi rasmi Sokernet

58 Ulasan:

Mohd Nizamuddin berkata...

cool...aku sngt suke entry ko lucy.. kepala bana nye fakri

Ajeossi berkata...

\m/

jayB berkata...

terbaik la.

mdazlnshkni berkata...

tahniah malaysia!

Le Ali berkata...

ini pasal mutu permainan, bukan pasal sumbangan. tahi masih tahi, walaupun pada asalnya makanan yang mahal dan enak. fakri masih fakri. dia kena terima hakikat dia berkepala bana.

Tanpa Nama berkata...

stuju! kepala bana yg plng menyerlah dlm skuad harimau muda semalam adalah Fakri.. nasib baek teman sekepala-bananya Izzaq tidak diturunkan.. kalau x, akan menjadi lebih fakap lah permainan mlm td.. keh3..

apa2 pun, penalti Baddrol semalam mmng epic! boleh lah dia ceritakan kpd anak cucunya nanti bagaimana penaltinya memberi emas kepada Mesia.. huhu~

hellghast berkata...

memang benar dia kepala bana,gua pun dah lama tau,tapi bana-bana dia pun dia yang menjaringkan gol yang membawa Malaysia ke Final...enuff said...apepun in your face indog!!!

Fakhrul Iskandar berkata...

adiwira xtahan tu..hahahah

mcphisto berkata...

ingatkan utusan dah beli sokernet
nasib baik lucy dah letak nota kat hujung tu

Aziz Nasution berkata...

Esok confirm masa lawan Syria si bangang abadi ni akan main lagi.. Aku saspek si FUCKERi ni ada kabel besar dalam FAM..

Mintak2 Gary Steven Robbat, Wan Zack, Kecik dapat main esok..

speedrider berkata...

kah kah kahhhhhh

Mista Maman berkata...

Mmg superb! Lucy, keep it up! Honest & firm are the answer. Live it or get yourself fhack out of here..~

Tanpa Nama berkata...

eh, memang pukimak la si fuckri tu boleh main full time pulak. cibai!

nasir berkata...

"Indonesia bermatian mengekang pergerakan adiwira Fakri Saarani" ayat xtahan...wakakaka

Chaoi berkata...

waa xpayah ak susah beli kosmo n harian metro...di sokernet semua ada..tulisan lagi telus dan jujur..

TAF berkata...

http://www.indopos.co.id/index.php/berita-indo-rewiew/18180-final-lawan-malaysia-lengkapi-juara-umum.html

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

#FakriBana : Carutan 'kepala bana' sudah ditukar oleh DBP kepada 'kepala Fakri' atas arahan pengarahnya setelah dia menonton perlawanan akhir bolasepak Sukan SEA malam tadi.

Tengku Firmino berkata...

SPOT ON , JUST SPOT ON!!!

nwa berkata...

Kalau nak ikutkan,media di england lagi macam sial.Menang 1-0 pun drang tiaw jugak.drang tiaw lebih hebat dari sokernet.tapi adakah bolasepak england power?liga jela,tp negara xpower mana pun...yang peminat mahu bukanlah ulasan yang berbunga2 seperti metro,kosmo dan utusan,dan bukan juga yang mengutuk 24 jam..tapi biarlah ulasan yg seimbang..sape yg power,kita bg kredit,dan yg kepala bana blh trus dikepalabanakan..xkan lah 100% ko nak kepalabanakan even dah menang??
Igt kita main dibawah tekanan di bung karno,lu ingat senang ker????

Fahmi Ismail berkata...

Khabarnya, Fakri Saarani dipancing kelab-kelab gergasi Eropah setelah persembahan bertaraf 'adiwira' semalam...Tahniah!

Pet Shop Boys berkata...

nak baca media pencacai Penjilat Kepala bana baca Kosmo Metro Utusan...nak baca media emo sumpah seranah baca Sokernet hahaha!...

Tapi fikiran yang logik memang akan mempersoalkan kenapa Fakri terpilih dalam skuad ini. namun begitu jangan lupa yang Chelsea membeli Torres.

idysur tagem berkata...

CHELSEA KALAH LAGI!!!
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

jebat berkata...

camna la fakri ni boleh jadi striker........main full time plak tu...buat gol tak boleh,gelecek pun tak boleh,stop bola pun hancur,lari pun selo....penalti pun tak masuk...yak ampunnnn..bwk2 la bertaubat fakri.......

LuciusMaximus berkata...

nwa ni aku tak tahu nak label kepala bana atau bangang.

Siapa-siapa boleh tolong?

Comel Macam ^@^ berkata...

tahniah diucapkan kepada harimau muda malaysia...walopon kerap dikepalabanakan oleh sokernet sekurang2nya pemain telah menunjukkan semangat juang dan mental yg tinggi....

Arief_Mazlan berkata...

nwa ni bapak segala kepala bana, lebih kepala bana dr fakri saarani...




Hail Lucy!!!!

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

#FakriBana - Memakai topeng Fakri Saarani di parti Haloween mampu membuatkan pengunjung-pengunjung lain ketakutan sampai terkencing.

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

#FakriBana : Disebabkan permainan Fakri Saarani begitu teruk, DBP telah memberikan penghormatan kepadanya dengan menukar istilah 'bencana alam' kepada 'bencana fakri'.

zan berkata...

Pergh..
Nak samakan dengan England.
Bola England tak power? Kalau tak power takde la ranking FIFA bawah 10.
Kalau tak power, takdelah menang World Cup dulu kan?
Kurang-kurang dia tak power bila sampai level dunia.
Cukuplah Fakri je yang kepala bana. Takyahlah nak tambahkan lagi list kepala bana tu.

nwa berkata...

butoh!orang komen baik2 lu nak kepala banakan gua....lu komen team malaysia boleh pulak...apa lu ingat semua lu buat betul?gua dah cakap,yang kepala bana,lu kepala banakan la...tapi bagi la kredit sorang dua yang main ok..bukanlah pujian melambung,tapi just bagi credit,paham bagi credit tu apa?lu bagi credit stail kasar pun ok la...tapi kalau lu kepala banakan 1 team ,lu pun sama kepala bana dengan fakri tu

zan:kau ni pun kepala bana jugak,kau memang la nampak england power,tapi ko ingat orang england anggap team drang power ke?

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

‎#FakriBana : Kehadiran Fakri Saarani di persada bolasepak telah membuatkan Torres boleh berbangga dengan skil menyudahnya di depan pintu gol.

sero berkata...

wehh nwa kepale bana.... boleh tak ko bace "Disclaimer" dari pengelola sokernet tu... bace 3 perenggan awal je...

kalau ko nak beli / bace puji2an, pilah beli metroll atau sokernet.com, kalau rase panas hati bace jgn postkan komen, nnt ko nampak bangang

LuciusMaximus berkata...

nwa,

Itulah bila membaca tu perati betul-betul, fahamkan dan jangan jadi malas macam Melayu.

Setakat permainan Malaysia dalam Sukan SEA ni, aku hanya kepala banakan Fakri Saarani. Kalau ada aku kepala banakan seluruh pasukan, itu pun masa Malaysia seri dengan Singapura. Memang layak pun kalau dinilai pada corak permainan dalam perlawanan itu.

Tapi kalau kau sedar, setakat ini memang aku tak pernah petik secara individu nama seperti Baddrol Bakhtiar atau Khairul Fahmi untuk dikepala banakan. Kenapa? Sebab permainan mereka bagi aku bagus.

Masalahnya tadi, dalam komen pertama kau, kau terus persoal kenapa mesti kena kepala bana 100% kalau dah menang. Aku nak tanya balik, tang mana dalam pos ini yang aku kepala banakan 100% pasukan Harimau Muda?

Aku nak kau cari balik dari pos yang ini di mana aku sebut Harimau Muda kepala bana. Cari balik sampai jumpa.

Tak jumpa, memang sah kau sendiri yang kepala bana!

kushyrie berkata...

Fakri deserved a credit but he is still a banahead.

fullstop!


#selamanyaharimaumalaya

Ikanbilis berkata...

nwa..

kan lucy dah kabo artikel penuh jumaat nih.. tunggu jer la.. nak kredit pegi kedai topup :-D

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

‎#FakriBana : Selepas buku 'Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia', Lucius Maksimus akan menulis buku 'Cerita Fakri Yang kepala Bana'.

nwa berkata...

ok..sbenarnya aku tujukan komen aku tadi bukan kat kau sorang...tapi kat penulis lain juga...yelah,penulis yg kepala banakan 1 team tu la,hehe..aku stuju masa lwn singapore tu mmg 1 team kepala bana,tapi aku cuba rilek,sbb dulu pun kita kalah truk dgn indon 1st game AFF..ok semua ni slah paham,ternyata lucy masih yg terbaik di sokernet


aku tunggu artikel jumaat ni!

Ahmad Afif berkata...

Tapi kan, aku rasa yang Zubir try yang offside last last minit tu, superb juga di persada antarabangsa. Tapi yang di sebut kepala bana tu, memang dah, kepala pun, aksi dia. Dah macam kepala Bonai pun ada. Pakai stokin nipis agaknya susah sangat nak rembat.

faizul berkata...

"Ya, Malaysia menang. Tapi apa yang kepala bana tetap kepala bana. Kalau Malaysia menang Piala Dunia sekali pun dan permainan Fakri Saarani masih kepala bana, kami akan kata dia kepala bana."

ni yang best ni. ahahaha. thumbs up lucy

Aziz Nasution berkata...

Dalam kempen sukan sea kali ini, aku nampak Fadhli Shas paling improve a lot.. Makin matang dalam membuat keputusan, tenang dan agak tepat dalam baca pergerakan lawan.. The next our strong hold in making..

Harimau muda ada keeper, line of defender dan playmaker2 yg bagus.. Tinggal nak cari striker yang betul2 kejam je lagi..

zu berkata...

bagi aku, pada sesiapa sahaja peminat yang bukan hanya menonton atau bersorak untuk team malaysia, tapi sekaligus menilai permainan dan individu, pasti akan menyokong apa sahaja yang telah dinyatakan oleh lucius.
kerana itu memang fakta yang telus.
dan pada sesiapa jua yang masih mem-backup fakri secara tegar, setelah menyaksikan apa yang beliau telah lakukan semalam, kepala bana ke atas mereka juga masih boleh dikira satu makian yang agak lembut juga.

sekiranya team malaysia main macam gampang esok, dan alasan letih kerana bermain dengan masa yang panjang masa lawan indonesia semalam dilontarkan, jangan segan silu kepala banakan si fakri tu.
kalau tak kerana fakri, malaysia akan menang lebih awal tanpa perlu masa tambahan.

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

#FakriBana: Izzaq Faris sesungguhnya belajar sesuatu yang berharga di Sukan SEA 2011; iaitu jangan paksa diri jadi bana macam Fakri Saarani.

Mista Maman berkata...

You're damn true, @zu!

Xeno berkata...

FFFFFFFFFFFFFF

FFFFFFFFFFFFFF

FFFFFFFFFFFFFFFUUUUUUUUUUUUU

FFFFFFFFFFFFUUUUUUUUUUUUUKKKK

RIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII!!!!

hantuLongkang berkata...

entri ni 'adiwira fakri'...entri footy friday nanti, 'adibana fakri'..

jadi aku skip yang ni, aku simpan tenaga baca footy friday minggu depan.. :D

LuciusMaximus berkata...

nwa,

Apa ada hal?

Hizwan Nizam berkata...

like !

hafizudin berkata...

member aku ada sorang nama subhana.
orang panggil bana.
pempuan.
aku risau kalau dia baru berjinak nak baca sokernet.
dia salah faham kita tengah sebut pasal kepala dia.

bergurau.

Kurast berkata...

pada aku yang penting mereka menang. Kalau main cantik tapi kalah tak guna...menang di kutuk, kalah apa lagi! cuma kali ni aku brsetuju, kerana kalau ade anugerak pengkepalabana, maka mamat yg pakai jersi nama Fakri tu memanglah calon yg selayaknya!

..sakit jantung aku mlm tadi...

r.k berkata...

my mate lucy , thank so now i can rest my case .

let them open their eyes fucking wide .

keli berkata...

Kalau nak baca liputan perlawanan sila layari sokernet.com
Kalau nak berita penuh dengan ulasan positif dan puji-pujian sila layari laman web FAM.
Kalau nak liputan penuh sumpahan yang jujur dan realiti sebenar sila layari sokernet.blogspot.com
Tapi siapa kata Fakri bermain baik dan juga tak patut dikepalabanakan sebab membuat semua orang sakit jantung sial sila layari guabudakkakibangku.blogspot.com
kakakaka...

cecx berkata...

mana dah xnampak si GGMU & BADEL yg bekap Fakri dlm entri sblum ni...

aku tgk pengomen dlm entri ni nwa yg komen negatif, tapi syukur dia dh insaf.. GGMU & BADEL ni xbrani kot nk komen kat entri lucy..

ops lupa..lucy dah tulis last2 tu,,mungkin mereka dh jd bangang kot skarang ni...hahaha

pokdegrunge berkata...

mulim zubir mmg solid maen..

fakri ni mmg babi la babi babi..

nwa ni babi siapa?

kobetz berkata...

jika semalam kita tewas, fakri dikepalabanakan oleh rakyat malaysia..tp dijulang mat2 indon dan bibik2 indon kerana menjadi player ke12 pasukan mereka..


Q/a indon xrs hina ke tgk si bangang ni pon dpt medal emas?
aku skt ati tgk muka xbslh dia ms dia sarung gold medal tu..dem!

FLy berkata...

fakri bangang

PemburuBana berkata...

zan berkata...

Pergh..
Nak samakan dengan England.
Bola England tak power? Kalau tak power takde la ranking FIFA bawah 10.Kalau tak power, takdelah menang World Cup dulu kan?
Kurang-kurang dia tak power bila sampai level dunia.Cukuplah Fakri je yang kepala bana. Takyahlah nak tambahkan lagi list kepala bana tu.

*England menang tahun 1966 pun sbb x byk team main* :P

pejalan kaki berkata...

pihak doping tu sebenarnya nk urine fakri sorg jek kalau kau nak tau...disyaki mengambil penalti dibawah pengaruh gam cap senapang...kakakakaka

akubukanpemikirhebat berkata...

Aku rasa kemenangan hari tuh yg paling berharga bukannya pingat ibu pingat emas tuh, tapi bagaimana kita akhirnya berjaya melepasi halangan terbesar semasa zaman kegelapan bola sepak kita iaitu "ketakutan utk gagal" "mentaliti mudah mengalah" "dicaci oleh penyokong sendiri". Kita telah berjaya atasi halangan psikologi yg hebat bermain dibwh tekanan yg tinggi, semua org termasuk Fakri Saarani. Itulah kemenangan sebenar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...