Power nak mampos! |
1. Saya berada di rumah ketika Pahang melakukan sepak mula menentang sebuah pasukan yang saya kurang arif dengan logo harimau dan beberapa biji bintang pada pakaian mereka yang kelihatan seperti baju celup, sejenis fesyen yang saya kurang gemari.
2. Pasukan yang ditakdirkan bertemu Pahang itu bergelar Johor Darul Takzim FC. Sebelum ini saya tidak pernah dengar nama pasukan ini di dalam saingan liga mahupun piala tempatan. Mereka bermain di Stadium Darul Makmur atau dalam Bahasa Sepanyolnya Santiago Bernabeu, sebuah stadium yang bersejarah dan pernah dilabelkan sebagai stadium tercanggih di Asia Tenggara sekitar awal 70-an.
3. Saya menganggap mereka Johor yang palsu kerana semua sudah sedia maklum bahawa pasukan Johor sebenar sememangnya masih berada di Liga Perdana iaitu liga yang sedikit rendah prestijnya berbanding Liga Super.
4. Senarai kesebelasan utama pasukan Pahang untuk perlawanan malam tadi tidak begitu mengejutkan apabila menampilkan dua penyerang import iaitu Nikolce Klečkarovski dan Mohamed Borji. Faizol Hussien dan Amirul Hadi pula diberi kepercayaan mengemudi barisan tengah sementara Gopi dan Hafiz Kamal di bangku simpanan. Saya agak hairan Fauzi Roslan bermula sebagai winger.
5. Pahang melakukan kejutan di awal perlawanan apabila penyerang import, Nico dengan sambil lewa menendang bola masuk ke dalam gol. Malangnya gol itu tidak dikira kerana penjaga gol Johor palsu yang berterabur menangkap bola dikasihani pengadil.
6. Separuh masa pertama pasukan berjersi kain celup itu berjaya mendahului perlawanan dengan jaringan 2-0. Saya fikir pertahanan Johor DT yang tidak bermain guna otak dan hanya tahu clear bola bernama Muslim itu telah berjaya mengawal penyerang import Pahang dengan baik. Namun Pahang masih bermain bola sepak yang mantap dan sistematik.
7. Dollah Salleh menelefon saya memberitahu, "jangan bimbang" lalu saya mendapat tangkap sedikit sebanyak strategi bekas bintang Johor sebenar itu. Untuk makluman dia tidak pernah bermain untuk Johor DT.
8. Seperti yang telah dijangka, kedua-dua penyerang import dikeluarkan oleh Dollah Salleh lalu memasukkan Surendran dan Gopi. Fauzi Roslan serta-merta diberi tugasan sebagai penyerang dibantu Alex di belakangnya.
9. Barisan pertahanan Johor DT menjadi hairan. Mereka mula berasa tidak ada kerja kerana tugasan tight marking kepada dua penyerang import Pahang telah tamat. Di hadapan mereka hanya tinggal anak-anak tempatan yang tidak perlu dipandang tinggi. Jadi Muslim berasakan dia cuma perlu menumpukan sepenuh perhatian kepada clear bola merata-rata apabila bola sampai di kawasan pasukannya.
10. Itulah strategi Dollah Salleh dan salah seorang bekas juri pertandingan Raja Lawak, Zainal Abidin Hassan. Pasukan Pahang mula bermain bola sepak sebenar iaitu sejenis bola sepak power mirip pasukan ter-power di dunia bernama Arsenal.
11. Kurang 5 minit, Fauzi Roslan berjaya mendapatkan gol pertama Pahang. Bola yang dihantar oleh Faizol Hussien sungguh cantik bak sutera dan disambut tenang oleh Fauzi yang melepaskan satu tendangan yang yakin tanpa berambut perang. Ramai bertanya kepada saya, 'adakah kakinya diperbuat daripada rare earth?'
12. Saya mendapati Safiq Rahim mula menjadi gila. Dia lupa bermain bola berpasukan dan berperasaan bahawa tendangan dan hantaran jauh gopohnya bergeliga untuk bahagian serangan.
13. Muslim pula terus-menerus bangang. Dia bertahan dengan cara menendang bola mengikut bangangnya dan bola banyak menuju kaki pemain Pahang yang lalu tenang menyerang kembali melalui lubuk Johor DT iaitu Tuah. Entah dari manalah TMJ mendapat pemain bernama Tuah itu.
14. Di bangku simpanan, Presiden PBNJ menjadi kucar-kacir menyuruh Fandi menukar pemain itu, pemain ini. Fandi Ahmad yang profesional dan berpengalaman menjaringkan gol di Liga Juara Juara Eropah hanya menjeling sinis.
15. Pada minit ke-72, sekali lagi Fauzi Roslan melakukan sepakan lencong yang bersahaja menjadikan kedudukan 2-2. Ia sememangnya gol bertaraf dunia dan jarang-jarang boleh dibeli dengan wang ringgit.
16. Johor DT mula bermain seperti tongong. Hantaran lambung demi hantaran lambung dilakukan dengan penuh harapan. Barisan tengahnya seperti anak ayam buta. Saya pasti seluruh rakyat Malaysia ketawa tidak kering gusi melihat keletah mereka.
17. Akhirnya Pahang tidak gemar lagi bersikap hipokrit. Mereka mendapatkan gol kemenangan hasil jaringan Surendran pada minit ke-83. Seluruh Malaysia meraikan gol itu dengan penuh kepuasan setelah sekian lama bersabar.
18. Perlawanan tamat dengan Pahang sombong mengutip 3 mata penuh dan mengekalkan reputasi mereka sebagai pasukan terbaik pernah wujud di negara ini. Johor DT pulang dengan tangan kosong namun tidak perlu khuatir kerana persembahan mereka malam tadi dibayar tinggi. Jalaluddin Jaafar yang berusia 38 tahun itu pun tidak pernah mengecapi nikmat bayaran sehebat mereka di dalam karier panjangnya.
19. Saya kurang pasti sama ada Safee yang ternama itu ada menyentuh bola atau hanya menunggang ke sana sini di dalam padang.
20. Saya harap Johor DT dapat belajar sesuatu dari permainan Pahang yang power itu. Walau bagaimanapun saya berpandangan jika penyokong bola sepak masih menyokong kebangangan, ia tidak akan menjadi bola sepak. Lebih-lebih lagi bangang yang datangnya dari Harimau Malaya.
21. Sekian ulasan saya dan saya sudahi dengan sebaris mutiara kata berbunyi; 'Pemain yang baik datangnya dari bola sepak yang baik, bukan dari tendangan percuma yang cantik semata-mata.'
22. Kenapa Pahang power sangat niiiiii? Kenapa? Kenapaaaa? Kah kah kah!
22. Kenapa Pahang power sangat niiiiii? Kenapa? Kenapaaaa? Kah kah kah!
33 Ulasan:
'penulisan berkualiti tinggi dari pipistuta.good work good work'-wulan guritno
Power!!!
Padat. Bangang rajagobal dibawa star bersama2 ke jhr dtmj
ini baru padu!!!!!!!!!!!!!!!
Penulisan gaya tun.
Harap pengulas baru sokernet belajar menulis dr en pipi. Ini barulah gaya sebenar sokernet. Yg lain nampak mcm setaraf sookerliks aje levelnya.
dah macam EPL plak man comeback2 neh. cayalah Pahang.
ni sapa letak bangkai tengah2 sokernet ni?..dahtu tiru style mahathir, kosong originality!!
lawak pulak dibuat2..pasukan kain celup lah, dollah salleh telepon dia lah...tu lawak budak2 tingkatan 1 la lahanat..dah kiamat idea ke?..atau idea ko memang berhenti berkembang sejak tingkatan 1 dulu?
kalu ko amalkan buat entri tahap kaki macam ni lagi, sampai bila2 la ko jadi pengulas percubaan, Pipiyapong Abdillah Hamzah oit!..
//keh2..
#PahangPower
kahkah! baik punya ulasan. niceee one!
22. Tu sebab tak jumpa TRW lagi tu, he he...
Saya kurang pasti sama ada Safee yang ternama itu ada menyentuh bola atau hanya menunggang ke sana sini di dalam padang.
# kah kah kah lawak giler!! agaknya dia training sambil tolak bola guna tayar sym gts la tu
@hantuLongkang Pipi pengulas percubaan? Kau ni biar betul? Baru semalam ikut Sokernet ke macam mana ni?
ni mmg paling power,pahang power selamanya
hantu longkang...perghh nama...dah la hantu...longkang plak 2...ni mesti fans JDT..dulu fans apa erk???
#belum jumpa TRW gi JDT nie...tapi da ke laut...sorry 2 say la...
Kemon lah! Sarcasm tahap tadika macam hantuLongkang tu pun korang takleh baca ke? Baru lagi korang semua dalam sokernet ni...
#Pergh!! Aku pun dah join kem 'baru vs lama' jugak dah sekarang...
hantulongkag ni baru hidup ke ape??? malang la hidup klu x kenal king pipi
Hantu longkang poyo je... puih
Cilake, gua climax beb baca artikel ni. Lu tak takut ke putter golf ke? Hahaha
Tak perasan ke hantu longkang tulis //keh2.. bawah tu? Relaxlah.
kah kah kahak...ada yg x kenal hantulongkang...baru masuk ke
2 tumbukan padu ke udara!
dibalas 2 tumbukan padu ke udara dengan 1 heading ke udara!
kat fesbuk aku ade nmpk org tulis pahang ni team bawahan. buta sejarah agaknye org tu. kalau ckp pahang ni team bawahan, johor dt yg kalah dgn pahang ni nak panggil ape?
#PahangPower
point 12 and 16 classic pipi
ramai budak baru kat sini ke? tak kenal hantulongkang? zzz...
Bangang cakap hantulongkang tak kenal Pipi. Bangang bangang bangang bangang bangang bangang bangang bertalu-talu.
hahahahha. yang tak kenal hantulongkang tu dah boleh tanam muka dalam tanah dah. pesen bingai.
hantulongkang abang senior
kalau junior jumpa kena bagi salam
kalau tak malam kang kena panggil time rollcall
Aku dapat bayangkan macam mana berdekahnya hantulongkang ni bila baca komen. Kakakaka.
Power cam arsengal tu yg tak leh tahan tu..
Hahahaha..
Kontol...
kahkahkahkah!
nampak sangat ramai pengomen percubaan dalam sokernet ni
Hantulongkang pun tak kenal!
bangang abadi!
puii!
p/s : aku rindu rashidee.
kelakor la yg kata hantulongkang baru baca sokernet.last2 kena batang hidung dorg balik
*bagus gak geng bajet star ni pergi JDT.nak tengok bijak ke x rajagopal tgk JDT.jadi bahan melawak satu malaysia
rindu kat keli jgk....
Catat Ulasan