Reina |
Ramli memanggil anak driver teksi sebelah rumahnya yang sedang giat mengorek pasir. Budak berusia 8 tahun itu pantas bangkit dan mengesat-ngesat pasir yang melumuri tangan ke bajunya. Dia tidak risau dengan kotoran itu kerana ibunya adalah pengguna Vanish yang fanatik. Jidin mencari-cari seliparnya. Setelah ketemu, Jidin menyarung selipar itu kemas-kemas di tangannya lalu berlari pantas mendapatkan Ramli. Ramli tersenyum.
"Jidin tolong abang pergi kedai mapley kejap. Abang lapar la. Kejap lagi abang nak tengok Liverpool."
Ramli meminta pertolongan separa arahan. Bibirnya tidak pernah lekang dengan nama keramat kelab Inggeris itu. Sejak pulih dari kerasukan, masyarakat setempat melayan Ramli dengan baik sekali. Jiran sebelah -menyebelah memberi bantuan apa sahaja yang dikehendaki Ramli. Pernah sekali Ramli tersadung tunggul batu di hadapan rumahnya, habis pejabat SUK diamuk masyarakat setempat yang merisaukan perihal Ramli. Ramli pula mengambil kesempatan atas kebaikan masyarakat. Padahal game Man City vs Liverpool lambat lagi. Pukul 12 tengah malam. Ramli yang baru bangun tidur pada petang ahad itu terasa lapar dan apabila membuka pintu sahaja dia ternampak Jidin.
"Jidin pergi balik rumah, mintak kat mak RM 100, cakap abang Ramli tengah lapar dan memerlukan makanan dengan kadar segera. Abang nak nasi putih, ayam goreng dua, peha dan kepak, papadom satu plastik, kuah campur. Air fresh orange dua bungkus, lepas tu belikan rokok Dunhill dua kotak. Balance bagi kat abang."
Jidin, mengangguk dua kali dan berlari pulang mendapatkan ibunya yang sedang mengutip baju di halaman belakang. Sejak mendapat layanan baik, selera Ramli terus berubah. Kalau dulu maggi, maggi, dan maggi hari-hari. Sekarang rokok pun dah bertukar jenama, baju pun dah kemeja, rambut pun dah pacak, 2T pun dah pakai 2T Shell, lantai pun dah berkarpet bulu-bulu. Ramli semakin bergaya. Cuma satu sahaja kurangnya, Ramli masih sokong Liverpool.
Tengah malam itu Ramli menunggu perlawanan seperti biasa. Ramli terbaring mantap diatas sofa jenama Cavenzi pemberian orang-orang kampung yang mengutip derma disebabkan kerasukannya tempoh hari. Mereka lakukan itu kerana mahu Ramli hidup selesa. Selesa menonton pasukan Liverpool agar mulutnya tidak berbuih lagi. Sementara menunggu Ramli bangkit dan mencapai remote Astro diatas coffee table. Ditukarnya ke channel MTV. Terpapar video clip Jennifer Lopez yang sedang menari tertonggeng-tonggeng. Ramli jadi teruja. Matanya terbeliak, kepalanya terangguk-angguk mengikut rentak. Kemudian keluar pula video clip Justin Bieber. Ramli jadi menyampah. Dia naik geram pula. Ramli lantas baring semula sambil menekan punat on pada remote air-cond. Dia perlu menyejukkan hatinya untuk menonton Liverpool sebentar lagi. Ramli perlu tenang.
Sambil berbaring Ramli menyumpah-nyumpah di dalam hati. Dia hairan mengapa Bieber begitu digilai gadis-gadis. Tambah menyakitkan hati, Rokiah adalah peminat tegar Justin Bieber. Pernah sekali Ramli menegur Rokiah tentang minatnya, Rokiah merajuk dan menghentak kepala Ramli ke tanah. Sejak itu Ramli tidak berani menegur lagi. Dia hanya mampu menyumpah sahaja di dalam hati. Sambil berbaring, Ramli menyebut babi sebanyak satu kali apabila mengenangkan hal itu. Ramli menukar channel semula dan melihat pundit-pundit masih berbicara sesama mereka. Akibat keselesaan yang dinikmatinya ketika berbaring, sambil dihembus pelan-pelan pula oleh air-cond, Ramli terlelap.
Ramli bangkit semula apabila commentator menjerit, "Gerraaaarrrrdd!"
Ramli terkejut lalu bangkit berdiri. dilihatnya pemain-pemain Liverpool sedang berpelukan sesama sendiri. Ramli jadi hairan. Matanya pantas menangkap scoreboard pada sudut atas belah kanan tv. 1-2 minit ke 73'. Ramli happy. Dia kemudian menjadi baran apabila mengetahui yang dirinya tertidur.
"Babi! Macam mana boleh tertidur?!"
Babi lagi.
Ramli kemudian duduk semula dan tidak bersandar. Dia risau dirinya terlelap lagi dan terlepas kemenangan Liverpool di kota Manchester. Biarpun pasukan yang ditentang bukanlah pasukan Manchester yang kuat, Ramli tidak kisah, asal nama Manchester sahaja sudah cukup membuat darahnya mendidih. Dan kemenangan yang bakal dikecapi Liverpool sebentar lagi akan dijadikan modal untuk bermegah-megah di kilang. Memikirkan itu, Ramli jadi bersemangat. Dia tersenyum dan menggetar-getarkan kedua kakinya menanti. Ramli berharap perlawanan segera tamat.
Tiba-tiba, lima minit kemudian, bola dihantar cantik kepada Aguero pada sudut kanan padang, Aguero mengawal kemas, Reina, penjaga gol Liverpool, yang bagaikan disampuk, meluru laju ke arah Aguero. Ramli jadi cemas tak patut.
"Babi Reina, Babi Reina, Babi Reina." Ramli memulakan zikir.
Aguero pula bila melihat pintu gol yang sudah ditinggalkan, membuat pusingan kemas gaya seorang pemain Amerika Selatan, mengatasi Reina. Aguero kemudian merembat, dan...
"Babi! Babi! Babi! Baabiiiiii!!!!!"
Ramli kerasukan babi. Jiran-jiran datang menerjah pintu rumah yang separuh terbuka. Osman, abang pemandu teksi sebelah rumah, serta beberapa lagi orang pemuda dan dua tiga orang anak kecil termasuk Jidin mendapatkan Ramli. Ramli masih seperti tadi. Terpekik, terlolong menjerit babi babi tanpa menghiraukan sesiapa sambil mulut berbuih. Keadaan Ramli tidak berubah setelah lima minit berlalu. Osman dan abang pemandu teksi mengambil keputusan drastik. Mereka mengikat Ramli dengan tali dan menutup mulutnya dengan sehelai kain. Osman bercadang membawa Ramlli ke rumah imam dengan tujuan berubat sekali lagi. Ramli pun dipapah keluar...
19 Ulasan:
cool story bro!
Reina = Syed Adney.
Haha. Citer macam ni pun wujud ke? Haha
barulah power
Biarpun pasukan yang ditentang bukanlah pasukan Manchester yang kuat, Ramli tidak kisah...
yg ni ayat angkuh xde pada pen'try' yg len...
kah3.. oh rina..wat was he doing? -afte game
Ke'babi'an terjadi lagik..tp ending dia mcm copy paste je..nmpk sgt malas tahap LIVERPOOLnya..
tak kisahla cerita ni ori ke tak..janji ia digarap dengan kemas gaya sutradara mamat khalid.penuh seram dan mengerikan kisah ini..tahniah anak muda!!!
kahkahkah!
bila filem nk keluar nie?
this is not so football entry.
linestory yg baekk!!
layan....
kah kah mcm kotey pny entry.
ni baru angkuh dan sombong.
bdk kampung si ramli ni. concern btoi jiran2 dia terhdap kondisi dia.
ade ke org bckp skema mcm ramli?? byk tgk gerakhas ni
sekarang ni aku rasa danny armando yang kena rasuk...kisah liverpool lebih menarik dari MU nampaknya :D...
ke dah sokong city sekarang?..budak2 MU ni bukan boleh kira sangat :D
aku sebagai penyokong liverpool ingin mengucapkan bahawa aku pun berzikir babi babi babi kepada saudara reina kerana berkelakuan seperti monyet yang ternampak pisang aguero lalu cuba terkam.
cuba fikir, kalaulah reina lepak bersahaja sekitar gawang gol, berkemungkinan liverpool hanya beza 6 points saja untuk ke champions league.
fucked up kan?
Bagi
dari baca entri hang..baik aku baca entri jali bah yang bosan tu..entri hang 10 kali ganda selupa celaka dari entri jali bah.. nak tulis pasa bola ka nak tulis cerpen bangang?
Setuju. Gua support lu
Catat Ulasan